You are on page 1of 3

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS HARI ORIENTASI TINGKATAN 1


SMK DHARMA SESI 2024/2025

JUMAAT / 8 MAC 2024 / MAKMAL KOMPUTER

Bil Perkara /Upacara


1. House Keeping

Perhatian, murid-murid, para ibu bapa dan guru-aguru diminta mengambil tempat masing-
masing kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

2. Ucapan Alu-aluan

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia


MADANI.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha
Pn. Noriza binti Mohamed Nasir
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma

(jika ada)
Yang Berusaha
En. Gunasegaran a/l Kuppan
Yang Dipertua PIBG
dan barisan AJK PIBG SMK Dharma

Yang Dihormati
Pn. Norina binti Mahmud
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Rahimah binti Endut


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Mariana binti Zaini


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Norly Suziena binti Nordin


Guru Kanan Mata pelajaran

En. Punanesvaran a/l Nadairaja


Guru Kaunselor

para ibu bapa,


barisan pendidik merangkap Jawatankuasa Pelaksana majlis,
seterusnya murid-murid Tingkatan 1 yang diraikan sekalian.
Hadirin,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
dapatlah kita bertemu secara bersemuka bagi tuan puan yang berada di dalam makmal
komputer ini manakala secara hybrid bagi anak-anak tingkatan 1 di dalam kelas melalui
google meet.

Hadirin,
majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas kesudian
meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan Majlis Orientasi Tingkatan 1 SMK Dharma
bagi Sesi 2024/2025.

Tahniah dan terima kasih juga kerana telah memilih untuk anak-anak tuan puan meneruskan
pembelajaran di SMK Dharma. Kami warga pendidik akan sedaya upaya untuk melakukan
yang terbaik untuk kejayaan murid-murid di sini.
3. Bacaan Doa

Hadirin, bagi memohon keberkatan majlis pada hari ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
En. Muhammad Hafiz bin Che Mahmood.
Dipersilakan.

(Doa)

Amin, amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En. Muhammad Hafiz bin Che Mahmood atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

4. Ucapan Pengetua

Hadir,
tanpa melengahkan masa lagi,
majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
Yang Berusaha
Pn. Noriza binti Mohamed Nasir
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(ucapan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Pn. Noriza binti Mohamed Nasir
atas ucapan alu-aluan beliau sebentar tadi.

5. Bersurai

Hadirin,
dengan itu berakhiralah sudah Majlis Hari Orientasi Murid Tingkatan 1 SMK Dharma bagi
Sesi 2024/2025.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih atas keahadiran tuan puan sekali gus
menjayakan majlis pada hari ini.

Selepas ini, murid-murid akan bergerak ke Bengkel RBT bersama-sama guru kelas bagi
agihan buku teks kecuali bagi murid-murid yang membuat permohonan pertukaran sekolah.
Manakala ibu bapa dipersilakan untuk membeli buku tulis di kedai buku dan ke kantin bagi
membuat tempahan tanda nama dan buku disiplin.

Sekian, terima kasih.


Majlis mohon bersurai.

Pengacara majlis : Pn. Irma Hanum binti Jubri

You might also like