You are on page 1of 3

Skrip Program Dialog Prestasi Guru BersamaWarisTingkatan 1 2, 3 dan 5

tahun 2019

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikumwbt, dan salamat sejahtera

Yang Berusaha
EncikSuhaimi bin Harris, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul
Rahman

Yang Berusaha
Encik Mohd Fauzi b Mohd Kamal, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha
Datin Hamidah binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha
Encik Mohd Zairi bin Md Zain, Penolong Kanan KoKurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,


Para ibu bapa waris pelajar, guru-guru tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat
yang saya hormati.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di
Dewan Perdana pada hari yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan
satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu Dialog Prestasi Guru Bersama
Waris Murid Tingkatan 3 dan tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Abdul Rahman.

Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan
pada hari ini.

Justeru, besarlah harapan agar majlis ini menjadi tonggak ke arah meningkatkan
lagi mutu pencapaian kami dalam bidang akademik..insyaAllah.

Hadirin hadirat yang saya muliakan


Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput saudara Mohammad Izzul Hafizi
bin Zaki untuk memimpin bacaan doa,dipersilakan.

(DOA)

Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima


kasih kepada Mohammad Izzul Hafizi bin Zaki atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang saya muliakan,

Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan yang bakal disampaikan oleh
Yang Berusaha Encik Suhaimi bin Haris selaku Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua.

(UCAPAN)

Begitulah berakhirnya ucapan yang begitu padat berinformasi buat renungan dan
panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan.

Aturcara diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada murid


tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang lulus semua mata pelajaran bagi peperiksaan
pertengahan tahun.
Bagi menyempurnakan upacara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Pengetua dengan diiringi Yang Berusaha En Mohd Fauzi bin Mohd Kamal,
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

(PENYAMPAIAN SIJIL)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua
atas kesudian melangsungkan upacara sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang saya muliakan,


Agenda seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para guru.
Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan ujian 1 dan
peperiksaan pertengahan tahun 2019. Selepas itu, tuan-tuan dan puan-puan boleh
bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-
tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan
untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi
peningkatan pencapaian anak-anak menjelang PT3 dan SPM pada tahun ini. Insya
Allah.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

You might also like