You are on page 1of 2

Yang berusaha Tuan Pengetua, En Azlizham Bin Abdul Rashad, yang dihormati Penolong

Kanan Akademik, Pn Nooridah binti Shafie, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn Zainon
binti Mohamed Yusop, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn Asmah Binti Awang, Ketua-ketua
Bidang, Guru Bimbingan dan kaunseling, Rakan-rakan guru dan AKP serta pelajar-pelajar
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kita diberikan kekuatan
untuk berhimpun dalam Majlis Pelancaran Dengue Patrol” SMK Bukit Rokan 2023.

Untuk makluman semua, pelancaran “Dengue Patrol” SMK Bukit Rokan 2023 bertujuan
Untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya denggi dan kesan-kesannya,
menyemai sikap tanggungjawab menjaga persekitaran daripada jangkitan Denggi, dan
Membentuk murid yang prihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera

Guru-guru dan pelajar sekalian, Bagi menambahkan keberkatan majlis pada pagi ini, majlis
mempersilakan saudara alif nazhan dari kelas 4 inovatif untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih saudara alif nazhan atas bacaan doa itu tadi.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Pengetua, En Azlizham Bin Abdul Rashad, bagi menyampaikan ucapan ,
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Demikian tadi ucapan Yang Berusaha Tuan Pengetua, En Azlizham Bin Abdul Rashad. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Beralih kita ke acara seterusnya, bagi melengkapkan pelancaran program, majlis sekali lagi
menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua, diiringi Penolong Kanan Akademik, Pn Nooridah
binti Shafie dan Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn Zainon binti Mohamed Yusop bagi
menyempurnakan perasmian majlis pelancaran program pada pagi ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Gimik pelancaran)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan barisan penolong kanan di atas
penyempurnaan gimik pelancaran itu tadi

Guru-guru dan pelajar sekalian, majlis diteruskan dengan tayangan video dan kuiz denggi,
oleh itu majlis mempersilakan Pn Farehah binti Nordin untuk mengendalikan aktiviti
tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Farehah binti Nordin, di atas pengendalian aktiviti
sebentar tadi.

Guru-guru dan pelajar sekalian, dengan berakhirnya aktiviti tadi, maka majlis akan
melabuhkan tirainya. Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis kita pada hari ini.
Madah diungkap santun bicara Pantun dilantun mengusik hati Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati.

Sekian wabillahi taufiq wal hidayah, wassalaualikum wbt.

You might also like