You are on page 1of 4

ACARA PERKARA CATATAN

TAYANGAN Mari lah sama-sama kita saksikan tayangan


VIDEO video skuad bebas denggi.

KETIBAAN Mengalu-alukan kehadiran penceramah


JEMPUTAN jemputan pada hari ini Encik Muhammad bin
Saifuddin.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

PEMBUKAAN Yang Berusaha


Sir Joseph Lincoln A/L J.Samuel
GURU BESAR Sk Ulu Semenyih

Yang Dihormati
Encik Sharuddin bin Anuar
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Encik Shahrul Izal bin Shaari


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Cik Nor Azimah binti Ramli


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Pn Aziyah binti Ahmad


PENOLONG KANAN PETANG

DAN
Yang Dihormati dan dialu alukan kehadiran

Encik Muhammad Bin Saifuddin


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Selaku penceramah kita pada hari ini, bersama
team beliau daripada Pejabat Kesihatan Daerah
Hulu Langat.

Serta rakan-rakan guru dan murid-murid


skus yg dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnia dan izinnya, kita dapat sama2
berkumpul di dewan ini untuk mengikuti
program dan ceramah bahaya denggi.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,


majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
ustaz Nor Azlan Bin Mohd Rawi utk
membacakan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada al fadhil ustaz


atas bacaan doa itu tadi.

JEMPUTAN Sebelum saya menjemput tuan penceramah


PENCERAMA kita,
H
Di sini saya nyatakan serba sedikit biodata
ringkas penceramah kita pada hari ini.

Dilahirkan di Semporna, Sabah. Bersekolah di


SMK Tagasan Kuching, Sarawak dan
melanjutkan pelajaran di Institut Latihan
Kementerian Kesihatan, Kuching Sarawak.

Beliau pernah bekerja di unit vector Hulu


Langat selama 2 tahun dan baru 1 tahun 7
bulan bekerja di Unit Kesihatan Persekitaran
serta berstatus bujang.

Seterusnya tanpa melengahkan masa majlis


dengan penuh hormat menjemput dan
mempersilakan En Muhammad bin Saifuddin ,
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran,
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, untuk
tampil menyampaikan cearamah beliau yang
bertajuk Bahaya Denggi.

Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Ceramah Encik Muhammad bin Saifuddin atas maklumat
tentang bahaya demam denggi. Semoga apa
yang disampaikan dapat memberi kesedaran
untuk kita sama-sama berusaha membentaras
tempat pembiakan nyamuk aedes di
persekitaran sekolah dan rumah kita.

BACAAN Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh


IKRAR skuad denggi yang diketuai oleh Naim irfan
Syahputra bin Syawal. Dipersilakan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada


skuad denggi atas bacaan ikrar yang penuh
bersemangat itu tadi.

Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih


Sijil kepada En Muhammad bin Saifuddin di atas
Penghargaan kesudian meluangkan masa untuk hadir
menyampaikan ceramah , majlis dengan ini
mempersilakan Cik Nor Azimah binti Ramli
Penolong Kanan Kokurikulum diiringi Puan
Norita Binti Mohd Haidir, selaku Penyelaras
Program untuk menyampaikan sijil penghargaan
kepada tuan penceramah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Nor Azimah


Binti Ramli di atas kesudian menyampaikan sijil
sebentar tadi.
Selesainya upacara penyampaian sijil
penghargaan itu tadi maka berakhirlah program
ceramah denggi peringkat sk ulu semenyih.

Majli dengan segala hormatnya mempersilakan


tuan penceramah diiringi tuan guru besar dan
penolong-penolong kanan untuk menikmati
jamuan ringan.

Dipersilakan.

Saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah


wassalamualaikum.
TEKS JURUACARA PROGRAM BAHAYA DENGGI 18 Januari 2023

You might also like