You are on page 1of 5

TEKS MC MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2022

ATURCARA TEKS
MAJLIS
Hadirin dimohon berdiri.
KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Inspektor Ngo Su
Siao,Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya dengan diiringi oleh
Yang Berusaha En. Mohd Rizal Bin Hj. Rais, Guru Besar SK Sri
Subang Jaya dan barisan pentadbir.

NYANYIAN Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri


LAGU Selangor.

SALUTASI Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam


sejahtera,

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Yang Berbahagia Inspektor Ngo Su Siao,


Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik IPD Subang Jaya

Yang Berusaha En Mohd Rizal bin Hj. Rais


Guru Besar SK Sri Subang Jaya

Yang Berusaha Pn. Ruzila Bt. Yaakop


Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sri Subang Jaya

Pn. Norazurainee bt Abdullah


Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

En. Zainuddin bin Che Mat


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

barisan guru dan murid-murid yang dikasihi.


Selamat datang ke :

Majlis Watikah Pelantikan Unit Pengawas dan Pemimpin


Muda SK Sri Subang Jaya bagi Tahun 2022

BACAAN DOA Hadirin Yang Dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan adik
Muhammad Shafiq Aiman bin Ahmad Rostam untuk mengetuai
bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

UCAPAN GURU Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


BESAR Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada adik Muhammad Shafiq Aiman bin Ahmad Rostam
atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha En. Mohd


Rizal B Hj Rais, Guru Besar SK Sri Subang Jaya untuk
menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PERASMIAN Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Rizal


bin Hj. Rais atas ucapan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Inspektor


Ngo Su Siao,Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Watikah Pelantikan
Unit Pengawas dan Pemimpin Muda SK Sri Subang Jaya bagi
Tahun 2022. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
….
MONTAJ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Inspektor Ngo Su Siao, Pegawai Penyiasat
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang
Jaya atas perasmian itu tadi.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj. Marilah sama-sama


kita saksikan sebuah tayangan montaj yang telah disediakan.

PENYAMPAIAN Demikian tadi tayangan montaj tentang aktiviti yang telah


WATIKAH dijalankan oleh para pelajar.

- KETUA DAN Hadirin yang dihormati sekalian,


PENOLONG
KETUA KELAS Bukit Enggang menjadi pelengkap
Panorama indah cukup mendamaikan
-PENGAWAS Ucapan aluan sudah diungkap
KANTIN Menyusul kini  watikah Pelantikan

Untuk menyempunakan majlis penyampaian watikah Pelantikan,


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Inspektor Ngo Su Siao, Pegawai Penyiasat
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang
Jaya
dengan diringi oleh Yang Berusaha En. Mohd Rizal Bin Hj. Rais,
Guru Besar SK Sri Subang Jaya untuk menyampaikan watikah
pelantikan.
Dipersilakan…

Kita mulakan penyampaian watikah Pelantikan kepada Ketua


Kelas dan Penolong Ketua Kelas…

PENYAMPAIAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang


CENDERAHATI Berbahagia Inspektor Ngo Su Siao, Pegawai Penyiasat
KEPADA Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang
PERASMI Jaya menyampaikan watikah pelantikan itu tadi.

Mohon terus berada di pentas.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia


Inspektor Ngo Su Siao hadir bersama-sama dalam majlis yang
kita adakan pada hari ini, pihak Majlis mempersilakan Yang
Berusaha Encik Mohd Rizal Bin Hj Rais, Guru Besar SK Sri
Subang Jaya dengan diiringi oleh Yang Berusaha Pn
Norazurainee Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid untuk menyampaikan cenderahati kenang-
kenangan.  Dipersilakan….

Majlis mempersilakan Inspektor Ngo Su Siao,Pegawai


Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD
Subang Jaya untuk menerima cenderahati.

PENYAMPAIAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian En.


WATIKAH Mohd. Rizal Bin Hj. Rais, Guru Besar SK Sri Subang Jaya
menyampaikan cenderahati itu tadi.
-PEMIMPIN
MUDA
-PENGAWAS Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan
MUSOLLA Inspektor Ngo Su Siao,Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan
-PRS dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya dengan diiringi
oleh Yang Berusaha En. Mohd. Rizal Bin Hj. Rais, Guru Besar
SK Sri Subang Jaya untuk meninggalkan majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah Pelantikan


kepada Pengawas Kantin. Dengan itu, majlis menjemput Yang
Berusaha Pn. Norazurainee bt Abdullah, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid dengan diiringi oleh En. Zainuddin Bin Che
Mat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan
watikah pelantikan.

PENYAMPAIAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn.


WATIKAH Norazurainee Bt Abdullah atas penyampaian watikah itu tadi.

-PENGAWAS Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah Pelantikan


ICT kepada Pengawas ICT. Dengan itu, majlis menjemput Pn.
-PENGAWAS Ruzila bt Yaakop, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dengan
PSS diiringi oleh Yang Berusaha Pn. Norazurainee bt Abdullah, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan watikah
pelantikan.

PENYAMPAIAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn.


WATIKAH Ruzila bt Yaakop, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas
penyampaian watikah itu tadi.
-PENGAWAS
SEKOLAH Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha En Mohd Rizal Bin
Hj. Rais, Guru Besar SK Sri Subang Jaya untuk menyampaikan
watikah pelantikan kepada pengawas sekolah.

IKRAR Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian En.


PENGAWAS Mohd. Rizal Bin Hj. Rais, Guru Besar SK Sri Subang Jaya
menyampaikan watikah pelantikan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari barisan pengawas


Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya Tahun 2022.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan adik Nur Adlina


Bt Mohd Jeffri ,Ketua Pengawas Sekolah Sri Subang Jaya untuk
mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

PENUTUP Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada adik Nur Adlina
Bt Mohd Jeffri atas bacaan ikrar itu tadi.

Murid-murid dipersilakan duduk.

Nasi dihidang di atas meja,


Kuah kari belum dirasa,
Majlis diakhiri sekian saja,
Maaf sekiranya terkasar bahasa

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Watikah Pelantikan Unit Pengawas dan


Pemimpin Muda SK Sri Subang Jaya bagi Tahun 2022

.....ucapan tahniah buat murid yang telah dipilih..

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya
ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan
majlis sebentar tadi. Sekian, terima kasih....

You might also like