You are on page 1of 12

Teks Pengerusi Majlis

Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan


2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

SEBELUM Sidang hadirin yang dimuliakan,


Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Tamat Pra sekolah &
Penganugerahan Kecemerlangan Murid SK Felda Sungai Panching Utara
2018 . Majlis kita akan bermula sebentar lagi, sebaik sahaja ketibaan
Yang berbahagia En Mohd Sanusi b Mohd Ali . Sehubungan itu pihak
majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab
majlis seperti berikut:

a) Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Dif


jemputan dan perasmi, dibuat oleh Pengerusi Majlis.
b) Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod
senyap.
c) Terus berada di dalam majlis sehingga akhir.
d) Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
e) Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian
hadapan.
f) Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian untuk
menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat.
g) Hadirin diminta berdiri sejurus Pengerusi Majlis menggumumkan
ketibaan tetamu kehormat.

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari


Tuan-tuan dan Puan-puan.

1
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Ketibaan Mengumumkan perarakan ketibaan Najib


Yang berbahagia
En Mohd Sanusi B Mohd Ali
Pengurus felda Sg Panching Utara

Dengan diiringi Guru Besar SK F SG Panching Utara, Yang Dipertua PIBG


dan barisan guru Penolong Kanan SKSPU

Announcing “the” arrival of “the” honourable


MR. Mohd Sanusi B Mohd Ali
MANAGER OF FELDA SG. PANCHING UTARA

Nyanyian lagu
Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan Lagu
Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami dengan iringan muzik.
Hadirin diminta berdiri
Najib
Ladies and gentlemen,
Now, let us stand straight to sing our National and state anthem.

************************ nyanyian lagu ******************

Terima kasih kepada semua hadirin sekalian. Hadirin dipersilakan duduk.

Thank you. All audience may be seated.

Persembahan ***********persembahan pra sekolah dan nasyid ****************


pembukaan
Pihak majlis mengambil peluang seawal waktu untuk menyatakan Najib
sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran perasmi:

Yang berbahagia En Mohd Sanusi B Mohd Ali


Dif-dif jemputan, dan hadirin sekalian ke majlis anugerah kecemerlangan
SKSPU 2018 pada pagi yang berbahagia ini…..

Yang berbahagia dan hadirin sekalian:

Dari kedah pergi ke perlis


2
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Singgah bersantai di tepi jeti


Persembahan menyusul memeriahkan majlis
Moga hadirin terhibur dihati

Dengan itu terimalah persembahan dari pra sekolah skspu dan


persembahan nasyid yang bertajuk Assalamualaikum dari kumpulan
nasyid An Najah….dengan sukacitanya dipersilakan……..

Now, let us enjoy an incredible performance by the pupils.


Let us welcome a group of pre school pupils and Nasyid performance to
enliven our ceremony today.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Untuk makluman hadirin


sekalian, persembahan pra sekolah sebentar tadi adalah dibawah
bimbingan pn nur asiah, pn rosliza, pn emy haslina dan pn
rosalwani….dan persembahan nasyid itu tadi di bawah bimbingan ustaz
mohd najib…..

Thank you to the group of pupils for the marvelous performance just
now.

Bismillahir Rahmanir Rahim .


Alu-aluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera, salam Malaysia Baharu…

Yang berbahagia
En Mohd Sanusi b mohd Ali najib
Pengurus felda sg panching utara

Yang berusaha
Encik Nordin b ahmad
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Berusaha,
Cikgu Roslee b Ismail,
3
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Guru Besar Sk f Sungai Panching Utara,

Barisan guru penolong kanan, guru-guru SKSPU, para ibu bapa dan
murid-murid sekalian.

Sungguh manis si buah lokan,


Dibeli dari Pulau Mutiara,
Selamat datang kami ucapkan,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Honourable guests,
Mr. Mohd Sanusi b mohd Ali
Manager of felda sg panching utara

Mr. Nordin b ahmad


Head of Parents and Teachers Association

Najib
Cikgu Roslee b Ismail,
Headmaster of SKSPU

The senior Assistant teachers, teachers, parents, guardians and


honoured attendees.

Hadirin yang dihormati,

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-


Nya dapat kita sama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis ceria
dan penuh bermakna pada hari ini.

Bagi pihak SKSPU , kami mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat,


dif-dif jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Majlis
Penyampaian Sijil Tamat pra sekolah dan Penganugerahan
Kecemerlangan Murid SKSPU 2018 pada hari ini.

We would like to extend a warm welcome to all the distinguished guest


and participants to the preschool graduation and Outstanding Awards of
Excellence Ceremony.

4
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain
mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para murid bagi
mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan
terutamanya dalam peperiksaan awam mahupun peperiksaan dalaman.
Justeru, adalah menjadi harapan kami warga dididik agar ianya menjadi
tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi
dalam diri kami sebagai murid di sekolah ini.

Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Bawakan rotan di buat tongkat, Najib
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang
akan dibacakan oleh: Al Fadhil Us Mohd Fazli B Mohd Nor Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

In the name of the Most Gracious and Merciful Allah, let us seek strength
and guidance for this morning’s gathering.

I would like to call upon Us Mohd Fazli B Mohd Nor to recite the prayer.

Please welcome

****************** DOA DIBACAKAN *************************

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Al Fadhil Us Mohd Fazli B Mohd Nor atas bacaan doa itu tadi.

Thank you Us Mohd Fazli B Mohd Nor for leading the prayer.

Ucapan Yang Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Dipertua PIBG Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

5
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Duduk sekawan gadis jelita, Najib


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Tirai ucapan pada hari ini dimulakan dengan ucapan YDP PIBG SKSPU .
untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan en nordin b
ahmad YDP PIBG SKSPU untuk menyampaikan ucapan alu-aluan….
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Without any further delay, we would like to invite Mr. nordin b ahmad,
Head of Parents and Teachers Association to deliver his speech.

*********************** UCAPAN YDP PIBG ********************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Encik Nordin b


ahmad atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Thank you Mr Nordin Bin Ahmad

Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu


Guru Besar Roslee B Ismail, Guru Besar SKSPU bagi menyampaikan ucapan. Majlis Najib
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Next, we would to invite Mr. Roslee Bin Ismail, headmaster of SK f Sg


Panching Utara to convey his speech

UCAPAN

Ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Thank you Mr. Roslee bin Ismail for the inspiring speech

6
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Hadirin sekalian,

Ucapan Kalau dilipat sebesar kuku,


perasmi Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh sering disebut,
Yang dekat sering digamit, najib
Seuntai salam sejambak rasa,
Dengar bicara merisik rasa.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan ucapan perasmian. Untuk
itu, majis menjemput dan mempersilakan, Yang berbahagia, en mohd
sanusi b mohd ali, Pengurus felda sg panching utara untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Sijil
Tamat pra sekolah dan Penganugerahan Kecemerlangan Murid SKSPU
2018…………………. Majlis mempersilakan.

Ladies and gentlemen, Without further ado, we would like to call upon
the Manager of Felda Sg. Panching Utara, Mr mohd sanusi b mohd ali, to
deliver his speech and officiate this ceremony.

Please welcome.

***********(Ucapan Perasmi)

Pihak majlis menghimpunkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak


terhingga atas ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang
berbahagia en mohd sanusi b mohd ali…..

Thank you Mr Mohd Sanusi for the speech.

7
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

*aturcara seterusnya akan dipengerusikan dalam bahasa melayu….

Penyampaian Kita mulakan majlis penyampaian sijil, dengan penyampaian sijil tamat
Sijil Graduasi pra sekolah….
Prasekolah
Untuk menyempurnakan penyampaian Sijil Tamat Prasekolah, majlis
dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Cikgu roslee b
ismail GB SKSPU untuk mengiringi en mohd sanusi b mohd ali bagi
menyempurnakan upacara penyampaian sijil.

Majlis mempersilakan…

BACA NAMA MURID MENGIKUT SENARAI KELAS

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada en mohd sanusi


b mohd ali atas kesudian menyampaikan Sijil Tamat Prasekolah kepada
murid-murid Prasekolah SK F SG PANCHING UTARA

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan


cikgu roslee b ismail, guru besar SKSPU untuk menyampaikan
cenderahati kepada en mohd sanusi b mohd ali……dipersilakan….

……………………………………REHAT…………………………………………………..

Tuan-tuan puan-puan siding hadirin sekalian, majlis berhenti rehat


seketika untuk minum pagi dan akan disambung semula pada jam
10.05pagi…..majlis mempersilakan dif-dif jemputan untuk ke kantin….
8
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Persembahan
nasyid lagu 2 Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai halwa telinga, penyegar mata, penenang minda, seterusnya


sama-sama kita saksikan persembahan nasyid dengan lagu kedua.
Dengan ini dijemput kumpulan nasyid an najah untuk menyampaikan
lagu yang bertajuk NOSTALGIA

********************** persembahan****************

Begitulah tadi persembahan nasyid oleh kump nasyid an najah di bawah


bimbingan ustaz mohd najib…..

JURUACARA MEMBACAKAN AGENDA DAN SENARAI NAMA PENERIMA


HADIAH MENGIKUT BUKU PROGRAM

Penyampaian Hadirin Sekalian,


Hadiah Akhir Majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Dan
Tahun Anugerah pencapaian Akademik terbaik tahun 2018

Sesi 1

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah dan anugerah


kecemerlangan pelajar, majlis dengan ini menjemput cikgu zaiton bt
, Guru Penolong Kanan Kurikulum dengan diirigi oleh cikgu dayang bt
, Guru Penolong Kanan HEM untuk naik ke atas pentas menyampaikan
hadiah kepada murid-murid .

************* MC baca ikut buku program******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu Zaiton bt atas


kesudian menyampaikan hadiah.

9
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Sesi 2
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah dan anugerah


kecemerlangan pelajar yang seterusnya, majlis dengan ini menjemput
cikgu sofian, Guru Penolong Kanan KoKurikulum untuk menjemput dan
mengirigi cikgu dayang bt , Guru penolong kanan HEM untuk naik ke atas
pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid .

************* MC baca ikut buku program******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu dayang bt


atas kesudian menyampaikan hadiah.

Sesi 3 ANUGERAH TOKOH MURID 2018

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah tokoh murid


2018…bagi menyempurnakan upacara, majlis mempersilakan cikgu
roslee b ismail guru besar sk f sg panching utara

Dengan diiringi cikgu zaiton bt guru penolong kanan


pentadbiran…dipersilakan…..

***********Emcee baca ikut buku program****************

Hadirin sekalian,

10
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

Dengan berakhirnya penyampaian hagiah terakhir itu tadi, maka tibalah


masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak
majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau bicara sepanjang mengendalikan majlis ini.

PANTUN:
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan
itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama
insan.
Sekian wabillahi taufik......................Majlis bersurai

11
Teks Pengerusi Majlis
Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan
2018
SK FELDA SUNGAI PANCHING UTARA

BIODATA TOKOH MURID

12

You might also like