You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN

SK DATO’ SAGOR 2022M/1443H

PERKARA
Ucapan aluan Daun selasih usah dipilis,
Izinkan saya mulakan majlis.

Dengan bismillah…restu dipinta ,segala usaha telahpun mendapat


hidayah-nya,semoga beroleh seluruh berkat-Nya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Yang berusaha
Cikgu Zainal Anuar Bin Hj Abdul Rashid
Guru Besar SK Dato’ Sagor.

Yang berusaha
Cikgu Noorsalmi Binti Shaari
Penolong kanan Pentadbiran SK Dato’ Sagor.

Yang berusaha
Cikgu Mohd Rizal Bin Rabudin
Penolong Kanan Hal Ehwal murid SK Dato’ Sagor.

Yang berusaha
Cikgu Mohd Mahathir bin Mohd Tahir
Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato’ Sagor.

Yang berusaha
Cikgu Robiaton Adawiyah Binti Md Nuri
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Dato’ Sagor.

Rakan-rakan guru, ustaz ustazah serta murid-murid yang dikasihi


sekalian.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN
SK DATO’ SAGOR 2022M/1443H

Ahlan wahsahlan diucapkan kepada semua ke Pelancaran Sambutan


Program Ihya’ Ramadan SK Dato’ Sagor bagi Tahun 2023/1444H .

Alhamdulillah ,seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat rabbul izzah,Tuhan yang Maha Esa kerana
dengan limpah izinnya dapat kita berkumpul bagi menjayakan satu
majlis yang penuh bermanfaat dan murni yang telah dianjurkan oleh
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor.

Ucapan aluan Hadirin sekalian


Buat pengetahuan semua , seringkali tibanya bulan Ramadan al-
Mubarak, Panitia Pendidikan Islam SK Dato’ Sagor akan menganjurkan
program Ihya’ Ramadan bagi tujuan menghidupkan bulan Ramadan
dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat berlandaskan bulan
Ramadan kepada semua murid, guru dan kakitangan SK Dato’ Sagor.

Bacaan doa Indah busana pakaian menantu,


Serasi di padan kain pelikat,
Mohon doa pada yang satu,
Agar majlis mendapat berkat.

Hadirin sekalian,bagi memberkati majlis pada pagi ini,


dipersilakan Adik Muhammad Thaqif Waldan bin Muhammad Hariz
untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Adik Muhammad


Thaqif Waldan bin Muhammad Hariz atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita pada pagi ini diberkati olehNya.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN
SK DATO’ SAGOR 2022M/1443H

Ucapan Ketua Majlis diteruskan lagi dengan menjemput, Yang berusaha Al-Fadhilah
Panitia Ustazah Fadzilah binti Khazari untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Guru Cantik sungguh songket tenunan,


Besar Menjadi kebanggaan zaman berzaman,
Marilah kita dengarkan pesanan,
Pesanan tuan guru besar jadikan pedoman.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput, Yang berusaha Cikgu Zainal
Anuar Bin Hj Abdul Rashid, Guru Besar SK Dato’ Sagor untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan pelancaran Sambutan
Program Ihya’ Ramadan SK Dato’ Sagor.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.


Gimik Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran Sambutan Program Ihya’
Pelancaran Ramadan yang akan disempurnakan oleh tuan guru besar, Cikgu Zainal
Anuar bin Hj Abdul Rashid bersama barisan pentadbir SK Dato’ Sagor
seterusnya melancarkan tabung Infaq Mahabbah Ramadan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas gimik pelancaran yang


sangat kreatif sebentar tadi.

Penyerahan Al- Warga dewan yang dihormati,


Quran /pax Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan Al-Quran dan
kurma dan Muqaddam kepada murid setiap kelas. Al-Quran akan diserahkan
kismis kepada wakil kelas murid tahap 2 dan muqaddam kepada wakil kelas
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN
SK DATO’ SAGOR 2022M/1443H

tahap 1. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Cikgu Zainal Anuar bin Hj Abdul Rashid, Guru Besar SK
Dato’ Sagor sambil diiringi Cikgu Mohd Rizal Bin Rabudin, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SK Dato’ Sagor bagi menyempurnakan
upacara penyerahan Al-Quran dan Muqaddam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mempersilakan wakil kelas (panggil kelas tahap 2 dulu):-

PRA SEK GENIUS


PRA SEK INTELLIGENCE
PRA SEK INTELLECT
PPKI
THN 1 SHAFIE
THN 1 HANBALI
THN 1 MALIKI
THN 2 SHAFIE
THN 2 HANBALI
THN 3 SHAFIE
THN 3 HANBALI
THN 4 SHAFIE
THN 4 HANBALI
THN 4 MALIKI
THN 5 SHAFIE
THN 5 HANBALI
THN 5 MALIKI
THN 6 SHAFIE
THN 6 HANBALI
THN 6 MALIKI

Penyampaian Warga dewan yang dihormati,


sumbangan Box Majlis diteruskan lagi pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan. Untuk itu
Ramadan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu
Zainal Anuar bin Hj Abdul Rashid, Guru Besar SK Dato’ Sagor bagi
menyempurnakan upacara pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN
SK DATO’ SAGOR 2022M/1443H

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zainal Anuar bin Hj Abdul Rashid
di atas pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan sebentar tadi.

Penutup Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, maka berakhirlah
sudah Pelancaran Sambutan Program Ihya’ Ramadan SK Dato’ Sagor
bagi Tahun 2023/1444H. Sebelum majlis melabuhkan tirainya ,kami
mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf
seandainya semasa kami menerajui majlis ini, terdapat tutur dan
ungkap bicara yang menyinggung hati dan jiwa. Sesungguhnya apa
yang terbaik itu adalah datangnya daripada Allah swt dan yang
selainnya adalah kerana kelemahan kami sendiri.
Kata bermadah semarak rasa,
Pengubat lara kesuma di anjung,
Andai ada terkasar bahasa,
Maaf dipinta jari disusun.

Bagi pihak majlis, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Sekian wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt.

You might also like