You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM CERAMAH AMBANG RAMADAN


SK KUNAK 2 TAHUN 2022

TARIKH: 31 MAC 2022

PERKARA TEKS PIC


Ucapan Bismillahirrahmanirrahim.. Kita mulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al
Pengacara Majlis Fatihah.

Assalamualaikum WBT..
1. Yg Berbahagia Ustaz Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed
Penceramah Bebas dan Tokoh Maal Hijrah Tahun 2014

2. Yg. Berusaha En. Salim Bin Samai


(Guru Besar SK Kunak 2)

3. Yg. Dihormati Pn. Hjh Zahria binti Saming


(Penolong Kanan Pentadbiran SK Kunak 2)

4. Yg. Dihormati Pn. Rukayah binti Hj Judin


(penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kunak 2)

5. Yg. Dihormati En. Amadun Bin Sawanun


(Penolong Kanan Kokurikulum SK Kunak 2)

6. Seterusnya, rakan-rakan guru, hadirin dan hadirat yang dirahmati


sekalian.

Salam ramadhan kami hulurkan,


Dengan izinnya kita ditemukan,
Rasa syukur kami lafazkan,
Kesudian hadirin menerima jemputan.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan izinNya, kita
dapat berkumpul pada malam ini dalam Program Ceramah Ambang Ramadan
peringkat SK Kunak 2 anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab SK. Kunak 2.

Bagi memberkati majlis pada malam ini, marilah kita sama-sama mengaminkan
Bacaan Doa bacaan doa oleh Ustaz ______________________. Dipersilakan.
*****
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz _____________ atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Guru Hadirin yang dirahmati,


Besar Sebelum kita meneruskan sesi ceramah kita pada malam ini, eloklah kiranya
saya menjemput Tuan Guru Besar En. Salim bin Samai untuk menyampaikan
ucapan aluan beliau.

******
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Salim bin Samai, Guru Besar SK
Kunak 2 atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

1
Ceramah Hadirin dan hadirat sekalian,
Ambang
Ramadan Sebelum saya menjemput penceramah khas kita pada malam ini, eloklah
kiranya saya bacakan terlebih dahulu biodata beliau.
Tajuk:
Persediaan dan Beliau merupakan ….
Amalan
Menyambut 1) Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ramadan 2) Penceramah Bebas
3) Tokoh Maal Hijrah 2014

*****

Dengan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Berbahagia Ustaz
Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed untuk menyampaikan ceramah beliau yang
bertajuk ‘Persediaan dan Amalan Menyambut Ramadan’. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed atas perkongsian dan ceramah
yang telah disampaikan.

Penutup
Hadirin yang dimuliakan,
Kembang melati sungguh indah
Ditengah taman jadi hiasan
Wangi Ramadhan terhidu sudah
andai tersalah mohon dimaafkan

Semoga kehadiran kita dalam majlis ilmu ini bernilai ibadah di sisi Allah SWT,
beroleh pandangan rahmat dan keberkatan dari-Nya dan semoga kita menjadi
antara hamba-hamba-Nya yang terpilih untuk beramal ibadah di sepanjang
bulan Ramadan ini.
Dikesempatan ini juga saya mewakili jawatankuasa penganjur ingin
mengucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah dalam bulan Ramadan
ini dengan penuh ikhlas dan istiqamah.

Sekian, Wabillahit taufiq wal hidayah.. Assalamualaikum WBT.

You might also like