You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKWR 2022

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Mazlan bin Mohamad,
diiringi oleh Yang Berusaha Encik Amran bin Mohd Nor, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja , Yang Berusaha Tn Hj. Tuan Silmi bin
Tuan Ismail, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh,
Yang dihormati Tengku Harith Hakimi bin Tengku Abdul Aziz Yang
Dipertua PIBG SK Wakaf Raja,

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
‫بسم هللا الرحمن الرحيم الحمد هلل رب العالمين‬
‫والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia , Dato’ Mazlan bin Mohamad ,


Pengarah Urusan MM Mega Maju Global Sdn.Bhd

Yang Berusaha, Tn Hj Tuan Silmi bin Tuan Ismail


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh

Yang Berusaha En. Amran bin Mohd Nor, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Wakaf Raja,

Yang Dihormati, Tengku Harith Hakimi bin Tengku Abdul Aziz


Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja ,

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SK Wakaf Raja

Yang dihormati, AJK PIBG sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, barisan


Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan

Serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan
waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal
dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan Wawasan SK
Wakaf Raja bagi MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Peringkat
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKWR 2022

Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat o ait tuan dirai.

Bacaan Doa Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat


dan barakah dari Yang Maha Esa.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Muhamad bin Deraman untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhamad bin


Deraman atas pimpinan o aitu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Persembahan

Ucapan Guru Hadirin sekalian,


TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKWR 2022

Besar Majlis diteruskan dengan ucapan Aluan daripada Yang Berusaha Encik
Amran bin Mohd Nor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja.
Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru
Besar atas ucapan sbentar tadi.

Ucapan Bagi memeriahkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis Noor Mazlina
mempersilakan Yang Berusaha Tn.Hj Tuan Silmi bin Tuan Ismail ,Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh untuk menyampaikan
bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

*************ucapan *************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn.Hj Tuan Silmi bin
Tuan Ismail ,Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh atas ucapan
sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi melengkapkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati
memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Yang Berbahagia
Dato’ Mazlan bin Mohamad, Pengarah Urusan MM Mega Maju Global
Sdn.Bhd untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SK
WAKAF RAJA. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

********** Ucapan Yang Berbahagia *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia Dato’ Mazlan bin Mohamad , Pengarah Urusan MM Mega
Maju Global Sdn.Bhd atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian
Hadiah
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKWR 2022

Penutup Dari mana asal usah diusul,


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili Pihak Pentadbir SK Wakaf Raja dan seluruh Warga SKWR
merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’
Mazlan bin Mohamad dan juga tetamu VIP kita di atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk majlis Perasmian Majlis
Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2022.Tidak dilupakan juga kepada
ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian yang
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Akhir sekali kami akhiri dengan


Wabillahitaufik wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

You might also like