You are on page 1of 5

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PROGRAM PENDIDIKAN

KHAS INTEGRASI SK BANDAR BUKIT MAHKOTA


Tarikh: 03 Ogos 2018 Hari: Isnin Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

MC
MASA TEKS QUE

Mengumumkan ketibaan yang berusaha


TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN
Pengumuman Guru Besar SK Bandar Bukit Mahkota ke Majlis Perasmian
ketibaan Bangunan Baharu Program Pendidikan Khas Intergrasi SK
Bandar Bukit Mahkota 2018 diiringi oleh PN NORMALA BINTI
MISMAN, Penolong Kanan PPKI dan dif-dif jemputan.

ALUAN PENGACARA MAJLIS:

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda ;
Hadir tuan puan meriahkan suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Yang Berusaha,

Tn Hj Mohammed Nashan Bin Singgan,


Guru Besar SK Bandar Bukit Mahkota

Yang dihormati,
Pn Normala Binti Misman,
Penolong Kanan PPKI SK Bandar Bukit Mahkota,
Merangkap Pengerusi Majlis Perasmian Bangunan Baharu
Salutasi PPKI SK Bandar Bukit Mahkota

Yang Berbahagia,
En Muhammad Bin Hisham,
Pengerusi PIBG,
SK Bandar Bukit Mahkota

Yang Dihormati,
Pn Puziah Tuban,
Penolong Kanan HEM,
SK Bandar Bukit Mahkota

seterusnya

Barisan Ketua Bidang,Kaunselor, Ajk PIBG, Ibu Bapa , Guru-


Guru SK Bandar Bukit Mahkota serta para pelajar PPKI yang
dikasihi sekalian.
Di bawah bayu punya gelaran,
Gunung Kinabalu jadi tarikan,
Tawau nan indah kini kenyataan;

Selamat datang kami ucapkan,


Ke Dewan Raflesia kita ditemukan,
Moga dilimpah seribu kebekatan.

Ucapan Dari Dewan SEROJA, SK BANDAR BUKIT MAHKOTA


Alu-Aluan Majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
Selamat kedatangan Yang Berusaha Tn Hj Mohammed Nashan Bin
Datang Singgan
Guru Besar SK Bandar Bukit Mahkota
Dan
DIF kehormat, tuan-tuan dan puan -puan ke
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SK BANDAR BUKIT
MAHKOTA, 2018.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis akan dimulakan dengan
bacaan doa.
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan AlFadil Ustaz
Wan Azmi bin Wan Omar, untuk memimpin bacaan doa
Bacaan Doa
sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati
hendaknya.
Majlis mempersilakan.
(Bacaan Doa)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Wan
Azmi Bin Wan Omar atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Adat Berbahasa Menyampaikan Pesan,


Adat Majlis Menyampaikan Ucapan,

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Perasmian Bangunan


Baharu PPKI , majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha Pn Normala Binti Misman ,Penolong Kanan
PPKI SK Bandar Bukit Mahkota merangkap Pengerusi Majlis
Ucapan Perasmian Bangunan Baharu PPKI SK Bandar Bukit Mahkota
Alu-Aluan untuk menyampaikan ucapan .
dipersilakan.

********UCAPAN*****

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Normala


Misman atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Cempaka sari warisan sejati,


Menjadi kebanggaan seisi negeri;
Ucapan yang berusaha memang dinanti,
Berilmu tinggi bijak bestari.
Ucapan .
Perasmian
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji
Mohammed Nashan Bin Singgan, Guru Besar SK Bandar
Bukit Mahkota untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Ppki
2018.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
******UCAPAN********
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berusaha Tn Haji
Mohammed Nashan Bin Singgan atas ucapan dan
perasmian majlis itu tadi.
Mohon Yang Berusaha Tn Haji Mohammed Nashan Bin
Singgan kekal dipentas bagi acara seterusnya.

Sebagai simbolik kepada acara perasmian pada pagi ini


dipersilakan Yang Berusaha Tn Haji Mohamed Nashan Bin
Singgan untuk acara pemotongan reben dan menandatangan
plak perasmian bangunan baharu.Diiringi oleh Pn Normala
Binti Misman serta barisan penolong kanan dan tetamu
jemputan yang lain.

GIMIK
Terima kasih diucapkan.

Dengan potongan reben dan menandatangan plak perasmian


itu tadi maka rasmi sudah bangunan baharu PPKI SK Bandar
Bukit Mahkota.

Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Seterusnya kita akan dipertontonkan dengan satu tayangan


Tayangan multimedia berkaitan aktiviti PPKI sepanjang tahun 2016 hingga
Multimedia
awal tahun 2017.
Sebagai tanda penghargaan, sekalung budi seuntai kasih,
Majlis mempersilakan Yang Berusaha ……. untuk
Penyampaian menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha ……
Cenderamata Sebagai tanda terima kasih kami, majlis menjemput yang

berusaha …… untuk menerima cenderahati.

Dipersilakan.
Hadirin dan hadirat sekalian

Pantai damai indah berseri,


Tampak bersih penghibur hati;
Selesai sudah majlis ini,
Terima kasih daun keladi.
PENUTUP

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.
Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung,
kami memohon ampun dan maaf,
sekian terima kasih.

RUMUSAN
Kesimpulannya, sebagai seorang juruacara ataupun pengacara majlis secara
umumnya bertanggungjawab mengendalikan sesuatu majlis/acara dari permulaan
hingga selesai. Kelancaran perjalanan sesuatu majlis/acara bergantung kepada
kebolehan dan kemahiran seseorang Pengacara Majlis. Seorang juruacara mestilah
bertindak pantas dalam membuat sebarang keputusan yang rasional sekiranya
berlaku sebarang perubahan agar objektif majlis dapat dicapai.

You might also like