You are on page 1of 9

TEKS JURUACARA MAJLIS ANUGERAH SERI BESTARI PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) BANDAR MARAN

2018

ACARA SKRIP / TEKS

KETIBAAN KPP BTPN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim,
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang

LAGU NEGARAKU
Bagi menyemarakkan rasa cintakan negara dan negeri, marilah bersama kita menyanyikan
lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang. Semua hadirin diminta bersedia.
***********************Nyanyian lagu*************************
Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin di atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

1
ACARA SKRIP / TEKS
Bismillahirahmanirrahim, Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh & salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Pahang
Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran,
Yang Berusaha, Tuan Haji Khalil Safri bin Adam, Pengerusi Majlis Guru Besar Kelompok Luit
merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Maran.
Yang Berusaha, En. Idzahar bin Abu Bakar, Pengerusi Pusat Kegiatan Guru Bandar Maran merangkap
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Paya Pasir
Yang Berusaha, En. Mohd. Rafie bin Haji Ismail, Ketua Pusat Kegiatan Guru Bandar Maran.
Penolong-penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Negeri Pahang
Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Maran,
Pengetua-pengetua,
Guru Besar-Guru Besar
Pegawai-pegawai Pusat Kegiatan Guru Daerah Maran
Guru-guru Perpustakaan dan Media
Guru -guru Penyelaras Bestari
Juruteknik-juruteknik computer sekolah
Murid-murid
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian

2
ACARA SKRIP / TEKS

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Moga majlis tambah ceria.

Segala puji bagi Allah, di atas limpah kurniaNya, kita bersama di Dewan Seminar Pejabat
Pendidikan Daerah Maran bagi menjayakan Majlis Anugerah Seri Bestari Pusat Kegiatan Guru
Bandar Maran tahun 2018.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua
Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang ke majlis ini.

Majlis turut mengalu-alukan kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian bagi menjayakan
dan memeriahkan majlis pada hari ini.

3
ACARA SKRIP / TEKS

Doa dipohon, restu dipinta, semoga majlis diberkati Yang Maha Esa. Bagi memohon keberkatan,
DOA
majlis menjemput Al-Fadil Ustaz Abdul Jalil bin Mat Nor untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
*****************************Bacaan Doa*******************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz Abdul Jalil bin Mat Nor yang telah
memimpin bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis Anugerah Seri Bestari Pusat Kegiatan Guru Bandar Maran tahun 2018 ini merupakan majlis
yang julung kalinya diadakan.
Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf dan mengapresiasi warga pendidik
khususnya pihak pentadbir sekolah, Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras Bestari dan
juruteknik komputer sekolah dalam melaksanakan inisiatif ICT dan pengurusan Pusat Sumber
Sekolah.
Selain itu, majlis ini juga berhasrat memberi penghargaan kepada komuniti luar yang telah
berkolaborasi dan bekerjasama dengan PKG Bandar Maran.

4
ACARA SKRIP / TEKS

Ucapan KPPD Maran Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Maka tak lengkaplah majlis jika tiada bicaranya

Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Maran, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
**********************Ucapan KPPD Maran *********************
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin
Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran yang telah menyampaikan ucapan sebentar tadi.

ACARA SKRIP / TEKS


Ucapan KPP BTPN Bukan Keris Tanpa Ulunya
5
Bukan Majlis Kalau Tanpa Ucapannya

Kemuncak acara, majlis menjemput, Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim,
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Seri Bestari Pusat Kegiatan Guru Bandar
Maran tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*************************Ucapan KPP BTPN***********************
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Kamal bin
Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang yang telah
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
Persembahan Hadirin sekalian,
Menyerikan majlis pada hari ini ialah acara persembahan. Dimulakan dengan persembahan Action
Song bertajuk “Kids At School” oleh murid-murid SK Seri Keramat. Dipersilakan.
************************Persembahan Action Song ***********************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman
hadirin semua, persembahan Action Song yang dibimbing oleh Pn. Wan Nur Ayuni bt Wan
Mohamad dari SK Seri Keramat itu tadi telah mewakili negeri Pahang di Karnival Perpaduan
Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan tahun 2018, baru-baru ini. Syabas diucapkan.
ACARA SKRIP / TEKS

6
Hadirin sekalian,
ACARA Berlayar kapal menuju arah ,
PENYAMPAIAN Singgah berlabuh menurun muatan ,
Budi dan bakti ikhlas dicurah ,
ANUGERAH
Anugerah diberi tanda penghargaan

Tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian sijil dan anugerah. Majlis
menjemput Yang Berusaha, En. Mohd. Rafie bin Haji Ismail, Ketua Pusat Kegiatan Guru Bandar
Maran bagi mengiringi Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Maran menyempurnakan acara ini.
************************Penyampaian Hadiah I*************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad
Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran yang telah menyampaikan sijil dan
hadiah sebentar tadi.
Persembahan Syair Hadirin sekalian,
Sekarang terimalah sebuah dendangan syair berjudul Irama Siti Zawiyah yang akan dilagukan oleh Saudari
Nurul Athirah binti Mohd. Nazri dan Saudari Nur Balqis Sofea Amira binti Jaslin dari SMK Seri Jengka.
Dipersilakan.
*************************Syair************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudari Nurul Athirah binti Mohd. Nazri dan Saudari Nur
Balqis Sofea Amira binti Jaslin dari SMK Seri Jengka yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

ACARA SKRIP / TEKS


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
7
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha, En. Mohd. Rafie bin Haji Ismail, Ketua Pusat
Kegiatan Guru Bandar Maran bagi mengiringi Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Kamal bin
Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang bagi
menyempurnakan acara penyampaian anugerah.
*************************Penyampaian Anugerah************************
Rujuk senarai penerima Anugerah
Penyampaian Kemuncak penyampaian anugerah ialah Anugerah Khas Seri Bestari. Anugerah ini diberikan kepada
Anugerah Seri individu yang menunjukkan kepimpinan terbaik yang boleh dijadikan teladan dan sentiasa memberi
Bestari sokongan kepada setiap aktiviti Pusat Kegiatan Guru Bandar Maran khususnya bagi perlaksanaan Pusat
Sumber Sekolah dan Makmal ICT sekolah.
Anugerah Khas Seri Bestari dianugerahkan kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin
Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran.
*************************Anugerah Khas Seri Bestari*************************
Seterusnya, disampaikan plak penghargaan kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin
Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran.
Penyampaian Seterusnya dijemput Yang Berusaha, En. Mohd. Rafie bin Haji Ismail, Ketua Pusat Kegiatan Guru
cenderamata Bandar Maran untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaaan kepada Yang Berbahagia, Tuan
Haji Mohamed Kamal bin Hashim yang telah menyempurnakan majlis pada hari ini.

Penutup Hadirin sekalian,


Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penerima anugerah. Semoga lebih
8
cemerlang di masa hadapan.
Dengan ini, Majlis Anugerah Seri Bestari Pusat Kegiatan Guru Bandar Maran tahun 2018 melabuhkan
tirainya.
Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim
dan semua hadirin kerana telah sudi hadir memeriahkan majlis ini.
Maaf jua dipohon andai terdapat ketidaksempurnaan dalam mengendalikan majlis. Akhir kata salam
sayang salam penuh ceria dari pihak pengelola dengan ucapan
” Yang jauh kita dekatkan , Yang dekat kita mesra-mesrakan ”.
Sekian.Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Penggambaran Sekarang dijemput untuk sesi penggambaran.

You might also like