You are on page 1of 10

MAJLIS PENANGGUHAN RASMI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PELAJAR IPG

SEMESTER 7/2019

Tarikh : Isnin, 18 November 2019


Tempat : Dewan Asajaya, IPG Kampus Tun Abdul Razak
Masa : 09.15 pagi-11.30 pagi
Pengacara Majlis : Mohd Syukri bin Rosle , Dorry anak Man

Aturcara majlis :

Masa Agenda
1. Ketibaan VIP
2. Nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Ibu Pertiwiku dan Lagu
0915 -11.30 IPGKTARku Gemilang.
pagi 3. Bacaan doa oleh Muhd Naim Mustaqim
4. Ucapan Pembukaan Penghulu
5. Ucapan Alu-aluan Penyelaras
6. Persembahan Terbaik
7. Ucapan perasmian oleh Yg. Berusaha KUKP
8. Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
9. Sesi Bergambar
10. Penutup
MASA AGENDA SKRIP CATATAN

Warga Dewan Bagi memastikan kelancaran majlis, dipohon kerjasama Syukri


bersedia tuan-tuan dan puan-puan untuk mematikan telefon atau
meletakkannya dalam ‘mode senyap’. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan , Dorry

Ketibaan VIP Yg. Berusaha


diiringi Encik Abu Bakar Sham bin Jamil, Ketua Unit Khidmat
Penyelaras Pengurusan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Program
diiringi oleh,

Yang Dihormati,
Puan Hajah Safiah binti Haji Shain
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKTAR.

Yang Dihormati,
Encik Ahmad Shah bin Abu Bakar
Penyelaras Program Transformasi Minda merangkap
Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan.

Dan

Yang Dikasihi,
Saudara Peter Chien Chze Kong ,
Penghulu PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
PELAJAR IPG SEMESTER 7/2019 Peringkat IPGKTAR.
Sidang hadirin dipohon untuk terus berdiri bagi sama-
sama menyanyikan lagu Negara Ku, Lagu Ibu Pertiwiku
dan lagu IPGM.

“Nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Ibu Pertiwiku dan


Lagu IPGKTARku Gemilang.”

Hadirin semua dipersilakan duduk.

Kata-kata doa Assalamua’alaikum.... Syukri

pembukaan ‫الحمد هلل رب العالمين بنعمته تتم الصالحات والصالة والسالم على أشرف األنبياء‬
dan bacaan ........................................‫والمرسلين‬
doa
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Untuk memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita


sama-sama mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh
saudara Muhd Naim Mustaqim bin Muslan.

Majlis mempersilakan.

“Bacaan Doa”

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara


Muhd Naim Mustaqim bin Muslan di atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita pada hari ini diberkati Allah SWT.
Ucapan Yg. Berusaha, Dorry

salutasi dif-dif Encik Abu Bakar Sham bin Jamil, Ketua Unit Khidmat
Pengurusan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Yang Dihormati,
Puan Hajah Safiah binti Haji Shain
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKTAR.

Yang Dihormati,
Encik Ahmad Shah bin Abu Bakar
Penyelaras Program Transformasi Minda merangkap K.
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,

Yang Dikasihi,
Saudara Peter Chien Chze Kong,
Penghulu PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
PELAJAR IPG SEMESTER 7/2019 Peringkat IPGKTAR,
IPG Kampus Tun Abdul Razak.

barisan urusetia program, para pensyarah dan siswa


guru yang dikasihi.

Selamat datang ke MAJLIS PENANGGUHAN RASMI


PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PELAJAR IPG
SEMESTER 7 TAHUN 2019 Peringkat IPGKTAR.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan, Syukri

Pembukaan
oleh Penghulu Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada saudara,
Peter Chien Chze Kong, selaku Penghulu PROGRAM
TRANSFORMASI MINDA PELAJAR IPG SEMESTER 7
TAHUN 2019.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.
Dorry
Ucapan Alu- Hadirin yang dihormati,
aluan
Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput
Yang Dihormati,
Encik Ahmad Shah bin Abu Bakar
Penyelaras Program Transformasi Minda merangkap
Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan bagi majlis kita pada
pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.
Syukri
Persembahan Seterusnya,
Kumpulan Majlis kita akan diteruskan lagi dengan santapan
Terbaik persembahan kumpulan terbaik bagi Malam
Persembahan Program Transformasi Minda yang
diadakan pada malam Jumaat yang lepas.

Dengan itu, majlis mempersilakan Kumpulan 9 untuk


mempersembahkan persembahan mereka yang bertajuk
Cikgu Ahwong bukan Kaleng-Kaleng berdasarkan Slot
14 iaitu Tatakelakuan dan Tatatertib-Aku Janji.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pesembahan yang amat


menarik sebentar tadi.

Ucapan Dorry

perasmian Daun semulur di pekan sari,


penangguhan Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha,


Encik Abu Bakar Sham bin Jamil, Ketua Unit Khidmat
Pengurusan, IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan
dan menangguhkan Program Transformasi Minda
Pelajar Semester 7 Tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

“Ucapan Yg Brusaha Pengarah IPTAR”

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih dan


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berusaha, Encik Abu Bakar Sham bin Jamil, Ketua Unit
Khidmat Pengurusan, IPG Kampus Tun Abdul
Razak.atas kesudian menyampaikan ucapan perasmian
penangguhan sebentar tadi.

Syukri
Penyampaian Diminta Encik Abu Bakar Sham bin Jamil, Ketua Unit
Hadiah dan Khidmat Pengurusan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Cenderamata untuk kekal di atas pentas bagi sesi penyerahan hadiah
dan cenderamata.

Dijemput Yang Dihormati, Encik Ahmad Shah selaku


Penyelaras Program PTM dan saudara Peter Chien
untuk bersama-sama di atas pentas bagi sesi
penyerahan hadiah dan cenderamata.

Untuk makluman sidang hadirin, pada malam Jumaat


yang lepas, Malam Persembahan bagi program PTM
Semester 7 telah diadakan dan terdapat 10 kumpulan
telah membuat persembahan mengikut tema dan slot
yang telah ditetapkan. Slot-slot tersebut adalah slot-slot
yang telah diperkenalkan sepanjang PTM.

Tanpa melengahkan masa, kita mulakan penyampaian


hadiah dengan penyampaian hadiah saguhati. Diminta
wakil setiap kumpulan untuk bersedia.

Penerima saguhati yang pertama, dijemput kumpulan


10 untuk menerima hadiah.
Dipersilakan penerima saguhati seterusnya, Kumpulan
5.
Seterusnya, dipersilakan kumpulan 4.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput penerima
saguhati seterusnya iaitu Kump 8.
Seterusnya, Kumpulan 7 dan diikuti dengan Kumpulan
1.
Dan penerima hadiah saguhati yang terakhir adalah
kump 3.

Seterusnya, saat yang ditunggu-tunggu iaitu


penyampaian hadiah kepada peserta yang mendapat
tempat ke-3, ke-2 dan Johan bagi Malam Persembahan
PTM bagi pelajar Semester 7 peringkat IPGKTAR.

Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan yang meraih


markah sebanyak 90 peratus iaitu Kumpulan 6. Dijemput
wakil kumpulan untuk menerima hadiah.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan 2 dengan


catatan markah sebanyak 92 peratus.

Dan pemenang bagi Malam Persembahan PTM ialah


Kmpulan 9 dengan meraih markah terkumpul sebanyak
92.5 peratus. Dipersilakan wakil kumpulan untuk
menerima hadiah.

Taniah diucapkan kepada semua pemenang.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Dorry
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
daripada para peserta kepada pihak penganjur.

Dijemput Peter Chien selaku Penghulu untuk


menyerahkan cenderamata kepada Yang Dihormati,
Encik Ahmad Shah selaku Penyelaras Program PTM
bagi Semester 7 peringkat IPGKTAR.

Seterusnya, dijemput sekali lagi Peter Chien selaku


Penghulu bersama dengan Yang Dihormati, Encik
Ahmad Shah selaku Penyelaras Program PTM untuk
untuk menyerahkan cenderamata daripada pihak peserta
dan urusetia kepada Yang Berusaha, Encik Abu Bakar
Sham bin Jamil, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, IPG
Kampus Tun Abdul Razak atas kesudian hadir ke majlis
ini dan merasmikan majlis penangguhan PTM pada kali
ini.
Dorry
Sesi Seterusnya, diminta semua hadirin sekalian tampil ke
Bergambar hadapan untuk sesi bergambar.

PENUTUP Hadirin warga dewan yang dikasihi, Syukri

Dengan izin Allah SWT dan ria’yahnya, maka


alhamdulillah, majlis kita pada pagi ini telah sampai ke
penghujungnya.

Pohon berangan tempat bertemu


girangnya rasa si anak dara
pulanglah kalian membawa ilmu
binalah bangsa bangunkan negara

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putera dan puteri
Sempurna sudah majlis ini
Salah dan silap harap dimaafi.

Sesungguhnya, semua yang baik itu datangnya dari


Allah S.W.T, dan kelemahan itu datang daripada diri
kami sendiri.

*Beri Salam Penutup*


Diminta, Dorry

Yg. Berusaha
Encik Abu Bakar Sham bin Jamil, Ketua Unit Khidmat
Pengurusan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Diiringi oleh,

Yang Dihormati,
Puan Hajah Safiah binti Haji Shain
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKTAR.

Yang Dihormati,
Encik Ahmad Shah bin Abu Bakar
Penyelaras Program Transformasi Minda merangkap K.
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan.

Dan

Yang Dikasihi,
Saudara Peter Chien Chze Kong,
Penghulu PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
PELAJAR IPG SEMESTER 7/2019 Peringkat IPGKTAR.

untuk meninggalkan dewan.

You might also like