You are on page 1of 8

ATUR CARA MESYUARAT PIBG 2022

7.30 malam : Pendaftaran ahli PIBG SKDTK

8.00 : Ketibaan Tetamu Jemputan,


malam YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Undang-Undang & Parlmien)
Merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah

: Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKDTK Bil.47/2022


8.15 malam  Bacaan Doa oleh Ustaz Azlan Bin Muis

 Ucapan Yang Dipertua PIBG


En Nazri Bin Ramli

:  Ucapan dan perasmian oleh Penasihat PIBG


Encik Mohd Isha bin Bakar, Guru Besar SKDTK

Penyampaian hadiah kepada guru-guru yang bertukar


Persembahan murid SKDTK

Mesyuarat Agung dijalankan


9.00 malam
1. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG SKDTK)
2. Ucapan Penasihat (Guru Besar)
3. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil.46
/2021
4. Perkara-perkara berbangkit Minit Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG Bil.46/2021
5. Membentangkan, menerima dan meluluskan penyata Kewangan
PIBG Bil.46/2021 berakhir pada 31 Disember 2021.
6. Membincangkan dan membahaskan Usul / Cadangan yang
:
dipersetujui
7. Perlantikan AJK sesi 2022/2024
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Tamat
10.00 malam

TEKS PENGACARA MAJLIS


MESYUARAT PIBG BIL. 47 TAHUN 2022

AGENDA CATATAN

PERINGATAN Perhatian kepada hadirin sekalian, majlis kita akan AZILAH


SEBELUM MAJLIS bermula sebentar lagi. Mohon kerjasama semua
BERMULA untuk memenuhi ruang yang masih kosong di
bahagian hadapan. Sukacita juga diminta hadirin
memastikan telefon bibit dimatikan atau diletakkan
dalam mod senyap..Segala kerjasama tuan/puan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ketibaan Yang Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia AZILAH


Berhormat
DATUK WIRA HJH MAS ERMIEYATI BT HJ SAMSUDIN
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal
Ehwal Undang - Undang& Parlimen) Merangkap Ahli
Parlimen Masjid Tanah

dengan diiringi oleh dif-dif jemputan… ke MAJLIS


PERASMIAN MESYUARAT AGONG PIBG SKDTK BIL 47
TAHUN 2022.

KATA ALUAN Dahan meranti bersarang merbah, Lynn


SIkunang-kunang terbang berkawan,
Tetamu dinanti tibalah sudah,
Selamat datang kami ucapkan.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak dicelah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera,
SALAM MELAKA BERWIBAWA, PINTAR HIJAU BERSIH,
Salam SK Datuk Tambichik Karim, Transformasi
Sekolah 2025 Cohort 3, Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik, Negara Sejahtera…

Yang Berbahagia, Lynn


DATUK WIRA HJH MAS ERMIEYATI BT HJ SAMSUDIN
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal
Ehwal Undang - Undang& Parlimen) Merangkap Ahli
Parlimen Masjid Tanah

Yang Berusaha,
En MOHD ISHA BAKAR, Guru Besar SK Datuk
Tambichik Karim

Yang dihormati,
En .Norizam B. Majid
GPK Pentadbiran,

Pn. Ilyani binti Ab Hamid


GPK HEM

En Saifullizan B. Zainal Abidin


GPK Kokurikulum

Yang berbahagia,
En. Nazri bin Ramli, Yang Dipertua PIBG SKDTK

Naib Yang DIpertua PIBG SKDTK


Seterusnya barisan jawatankuasa PIBG SKDTK, para
pendidik serta warga kerja SKDTK, tuan-tuan dan
puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, dapat kita
berkumpul pada hari yang mulia ini bagi sama-sama
meraikan MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG
PIBG SKDTK BIL 47 TAHUN 2022. Pihak majlis dan
seluruh warga SK Datuk Tambichik arim merakamkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang
Berbahagia Datuk serta hadirin sekalian kerana dapat
meluangkan masa pada malam yang mendamaikan
ini untuk sama-sama hadir bagi menjayakan majlis ini.

Bacaan doa Menadah tangan tanda kesyukuran,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
AZILAH
Untuk memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama mengaminkan doa yang bakal
dipimpin oleh Alfadil Ustaz Hj AZlan B. Muis

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*selesai doa
Amin, amin, amin ya rabbal alamin..
Terima kasih alfadil ustaz atas bacaan doa sebentar
tadi.Semoga dengan bacaan sebentar tadi
memberikan kelancaran dan keberkatan kepada
majlis kita pada mala mini.

UCAPAN ALU- Para hadirin yang dihormati sekalian,


ALUAN
Majlis kini diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh
En. Nazri B. Ramly, Yang Dipertua PIBG SK Datuk
Lynn
Tambichik Karim .Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
*Selesai ucapan..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yangn
Berbahagia En Nazri atas ucapan aluan beliau yang
cukup bermakna sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan pula Yang Berusaha


UCAPAN EN MOHD ISHA B. BAKAR, GURU BESARSK Datuk
Tambichik selaku penasihat PIBG ke pentas untuk
YDP PIBG
menyampaikan sepatah dua kata bersempena MAJLIS
PERASMIAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG
bagi tahun ini. Dipersilakan.

UCAPAN Demikian tadi ucapan dari Guru Besar SK Datuk AZILAH


PERASMIAN Tambichik Karim. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih atas ucapan beliau itu tadi.

Hadirin sekalian,
Kini tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Tanpa
melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim
menjemput Yang Berhormat
DATUK WIRA HJH MAS ERMIEYATI BT HJ SAMSUDIN
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal
Ehwal Undang - Undang& Parlimen) Merangkap Ahli
Parlimen Masjid Tanah untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan MESYUARAT AGONG
TAHUNAN PIBG SK DATUK TAMBICHIK KARIM BIL 47
BAGI TAHUN 2022. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

*selesai ucapan
Lynn

Ribuan terima kasih majlis ucapkan atas kesudian


Yang Berhormat Datuk Wira Hjh Mas Ermieyatie bt Hj
Samsudin atas kesudian menyempurnakan MAJLIS
PERASMIAN MESYUARAT AGONG PIBG SKDTK Bil 47
pada tahun ini.

Pohon selasih tumbuh dihalaman,


Dibuat hidangan kasih sejati,
Moga jalinan kasih terus berpanjangan,
Mengeratkan hubungan mengabadikan bakti.

Penyampaian Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan AZILAH


Hadiah penyampaian hadiah dari PIBG SKDTK sebagai tanda
penghargaan kepada GURU-GURU yang telah
Kepada guru
berpindah.
yang berpindah.
Untuk makluman yang Berbahagia Datuk dan para &
hadirin, kami telah menyenaraikan sedikit sebanyak
sumbangan yang telah diberi oleh guru2 yang
berpindah ini kepada SEKOLAH, …………………………….
………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
lynn
Dengan ini, majlis menjemput ……………………..
Untuk mengiringi …………………………….. ………… ke
pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah
tersebut.

Dijemput ………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Datuk atas kesudian menyampaikan
hadiah itu tadi

PERSEMBAHAN Untuk memeriahkan lagi MAJLIS PERASMIAN AZILAH


MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG SKDTK BIL 47
TAHUN 2022pada hari ini, maka kita berehat seketika
untuk menikmati persembahan dari murid-murid SK
Datuk Tambichik Karim.
Dengan ini, dijemput adik
……………………………………….ke pentas utama bagi
menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk “Arjuna
Beta. Buat pengetahuan para hadirin, kumpulan
murid ini dibimbing oleh guru muzik En. Mohd
Hafiezu bin Zainal Abidin dan dibantu oleh Pn. Nur
Aisyah binti Sa’aid @ Zaidun

*selesai muzik

Tahniah buat anak-anak didik dan guru-guru


pembimbingnya.
Lynn

PENYAMPAIAN Sebagai tanda penghargaan dari kami jawatankuasa En. Khairi


CENDERAHATI PIBG dan warga SK Datuk Tambichik karim, maka
dipersilakan Yang Berusaha En Mohd Isha B. Bakar,
Tuan Guru Besar dengan diiringi En. Nazri bin Ramly,
YDP PIBG SKDTK untuk menyampaikan cenderahati
kepada Yang Berhormat Datuk Wira Hjh Mas
Ermieyat Bt Hj Samsudin sebagai tanda kenang-
kenangan atas kesudian beliau merasmikan
mesyuarat agong tahunan pada kali ini. Dipersilakan…

*selesai bagi hadiah


Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar dan YDP PIBG..

PENUTUP Alhamdulillah, MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT Lynn


AGONG TAHUNAN PIBG SKDTK BIL 47 TAHUN 2022
telah sampai ke penghujungnya.

Sebelum kita memulakan persidangan mesyuarat


agong tahunan sebentar lagi, kami dengan penuh
takzim menjemput Yang Berbahagia serta dif-dif
jemputan untuk menikmati juadah yang telah
disediakan. Kepada hadirin juga dijemput sama untuk
menikmati hidangan yang telah tersedia.

Maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari ini.


Maaf dipinta andai kata ada tersilap bahasa dan
terlebih bicara sepanjang majlis berlangsung.

Terukir indah cantiknya alis,


Tampak ayu berseri rupa,
Tamatlah sudah acara majlis,
Moga bertemu di lain ketika.

Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum wbt.

You might also like