You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN

MUDA SK SERI KENANGA BAGI SESI 2023/2024

PERKARA TEKS CATATAN

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan


JEMPUTAN
Tetamu kehormat diiringi oleh

Barisan Pentadbir SK Seri Kenanga

NYANYIAN HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


LAGU
SEBAGAI PEMULA MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA
MENYANYIKAN RANGKAIAN 3 BUAH LAGU :

LAGU BANGSA JOHOR, LAGU NEGARAKU, DAN LAGU SEKOLAH

SIDANG DEWAN DIPERSILAKAN BERDIRI.

********************************************************
Terima Kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

KATA ALUAN Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera.

YANG BERBAHAGIA
ENCIK ZAKARIA BIN ALI
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SK SERI KENANGA

YANG BERUSAHA
TN HJ ASMUNI BIN KASPAN
GURU BESAR SK SERI KENANGA
YANG DIHORMATI
BARISAN KEPIMPNAN PENOLONG KANAN SK SERI KENANGA
BARISAN PENDIDIK SK SERI KENANGA
SERTA BARISAN BADAN EKSEKUTIF MURID-MURID YANG DIKASIHI
SEKALIAN

MERAFAKKAN Sirih berlipat sirih pinang,


KESYUKURAN
Siri dari pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya


dapat kita bersama-sama berkumpul bagi meraikan 

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

SK Seri Kenanga bagi sesi 2023/2024.

BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat, 

Dipetik gadis di tepi titi, 

Doa dibaca memohon Rahmat, 

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi memohon keberkatan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh
Saudara ___________________________.

Majlis mempersilakan.

….………………………………………………………………………………………………………
Amin-amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GURU Adat berbahasa menyampaikan pesan,


BESAR Adat majlis menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis hari ini,


Majlis dengan sukacitanya mempersilakan,

Yang Berusaha
Tn Hj Asmuni bin Kaspan
Guru Besar SK Seri Kenanga

Untuk menyampaikan ucapan.


Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Demikianlah kata, demikianlah ucapan,
Daripada Tuan Guru Besar insan budiman,
Sekalung penghargaan kami hadiahkan,
Kata nasihat tidak dilupakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan yang telah disampaikan tadi.

UCAPAN Bukan keris kalau tanpa ulunya,


PERASMIAN Bukan Majlis kalau tanpa ucapannya,

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

YANG BERBAHAGIA
ENCIK ZAKARIA BIN ALI
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SK SERI KENANGA

Untuk menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyerahan Watikah


Pemimpin Muda SK Seri Kenanga.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
..………………………………………………………………………………………………………
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ENCIK ZAKARIA BIN
ALI atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
PENYERAHAN Hadirin sekalian,
WATIKAH Majlis diteruskan lagi dengan penyampaianPenyerahan Watikah
Pelantikan Pemimpin Muda SK Seri Kenanga.
PELANTIKAN
Dengan ini, majlis mempersilakan

Tuan Guru Besar

untuk mengiringi

YANG BERBAHAGIA
ENCIK ZAKARIA BIN ALI
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SK SERI KENANGA

bagi menyempurnakan majlis penyerahan Watikah Pelantikan


Pemimpin Muda SK Seri Kenanga bagi sesi 2023/2024.

Dengan ini, majlis menjemput ……

Terima kasih diucapakan kepada ENCIK ZAKARIA BIN ALI


atas kesudian menyempurnakan majlis penyerahan Watikah
Pelantikan Pemimpin Muda SK Seri Kenanga itu tadi.

BACAAN IKRAR Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh Badan Wakil
Kepimpinan SK Seri Kenanga bagi sesi 2022 yang diketuai
&
oleh Saudara ______________________ serta menyampaikan
ucapan ketua murid.
UCAPAN KETUA
MURID

Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan & bacaan ikrar yang penuh


bersemangat sebentar tadi.
Dengan berakhirnya bacaan ikrar sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Bunga Seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua kami pohonkan.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang
buruk itu datang daripada diri kami sendiri.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum wbt

You might also like