You are on page 1of 5

TEKS MC MAJLIS SELUHUR BUDI SEJAMBAK KENANGAN DAN MAJLIS MAKAN MALAM KGS 2021

TARIKH : 27 NOV 2021

MASA : 8.30 MLM

TEMPAT : HARD ROCK DESARU COAST

QUE EXPLAIN NOTES

KETIBAAN TETAMU Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat dating saya ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Yang diraikan PN NOR AFIDA BINTI RASSID beserta keluarga.

Yang Berusaha PN JAHLELAWATI BINTI KHAIRAN, guru besar sekolah kebangsaan sempang

EN WAN MOHD RIZMAN BIN WAN ISMAIL, guru penolong kanan pentadbiran

EN MOHD AZIMAN BIN AZMI, guru penolong kanan hal ehwal murid

EN MOHD ISMAIL BIN BERAHIM, guru penolong kanan kokurikulum

Yang berusaha USTAZ AKMAL B HASHIM, pengerusi kelab guru dan staf sk sempang

Rakan-rakan guru, para AKP serta hadirin sekalian.

Alhamdulillah dapat kita berkumpul pada malam ini dalam MAJLIS SELUHUR BUDI
SEJAMBAK KENANGAN DAN MAJLIS MAKAN MALAM KGS SK Sempang BAGI TAHUN 2021.

Untuk makluman hadirin, majlis pada malam ini adalah bertujuan untuk meraikan PN NOR
AFIDA yang telah berkhidmat di tempat baharu serta majlis makan malam kelab guru dan
staf SK Sempang.
BACAAN DOA Hadirin,

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh
AL FADIL USTAZ MOHD ZAIDI BIN BACHIK.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ustaz Zaidi di atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN Tuan tuan dan puan puan,


PENGERUSI KGS
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Untuk maksud itu, majlis menjemput, USTAZ AKMAL BIN HASHIM, PENGERUSI KELAB
GURU DAN STAF SK Sempang, bagi menyampaikan ucapan beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada USTAZ AKMAL atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN GB Hadirin,

Majlis diteruskan lagi dengan uacapan daripada Guru Besar, PN JAHLELAWATI BINTI
KHAIRAN.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar atas ucapan sebentar tadi.
TAYANGAN Baiklah,
MULTIMEDIA
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.

………..TAYANGAN

Untuk makluman hadirin tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh

UCAPAN PN Hadirin,
NORAFIDA
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti nantikan iaitu ucapan daripada yang dirai, PN
NOR AFIDA BT RASSID.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PN NOR AFIDA
atas ucapan itu tadi.

PERSEMBAHAN
MURID
HADIAH Tuan-tuan dan puan puan

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah.

Dijemput GURU BESAR diiringi EN WAN MOHD RIZMAN untuk menyampaikan hadiah.

Kita mulakan dengan hadiah untuk PN NORAFIDA daripada Kelab Guru dan Staf SK
Sempang.

Seterusnya, hadiah kepada guru-guru dan staf SK Sempang, yang pertama yang telah
disediakan oleh KELAB GURU DAN STAF:
1. PN GB
2. EN WAN MOHD RIZMAN
3. EN MOHD AZIMAN
4. EN MOHD ISMAIL
5. USTAZ AKMAL
6. EN. ZAIDI
7. EN KHAIRUDDIN
8. USTAZAH SYARIFATUL FATEHA
9. EN MOHD HAFIZ
10. EN SYAFIQ
11. PN NAJIHAH
12.PN MERIANI MOHAMED
13. PN MAZLINA

Terima kasih diucapkan kepada PN GB atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

BERSURAI Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan PN NOR AFIDA kerana sudi
untuk bersama kita pada malam yang penuh makna ini. Kami di SK Sempang mendoakan
agar kak fida bertambah ceria dan bahagia selalu. Inshaa ALLAH.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan majlis pada malam ini.

Di kesempatan ini sy memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian, sampai di sini sahaja wa billa……………………………


Dan selamat malam

SESI BERGAMBAR
Hadirin diminta untuk tunggu sebentar bagi sesi bergambar

You might also like