You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOI KEMBARA MERDEKA KELUARGA

MALAYSIA KMKM 2022

AKTIVITI TEKS UCAPAN


Salutasi BismilLahir Rahmanir Rahim.
Assalamu `alaikum Wa Rahmatul Lahiwa Barakatuh dan
Salam sejahtera.

Yang Berusaha Tn. Nor Kamar bin Nordin


Pengetua SMK Lui Barat

Yang Dihormati, En. Mohd Tahir bin Abd Hamid


Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

Pn. Faizah binti Mohamad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Anita bin Mohamed Ali


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

En. Kamarul Zaman Bin Jaffar selaku penyelaras program serta barisan AJK
Pelaksana Bulan Kebangsaan

Guru-guru, dan seterusnya Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Ucapan Buat ketupat bersama rendang,


Alu-Aluan Jadi hidangan di waktu petang,
Kami mengucapkan selamat datang,
Pengacara Ke Majlis Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia KMKM 2022

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berdiri,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Assalammualaikum, Salam sejahtera dan Salam TS25.


Nyanyian Hadirin sekalian,
lagu
Negaraku Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku.
Dipohon semua hadirin untuk berdiri dan bersedia.

Para hadirin dipersilakan duduk.Terima kasih atas nyanyian lagu Negaraku


sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sambutan bulan kebangsaan


merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan pada setiap tahun untuk
meningkatkan semangat kecintaan terhadap negara di samping mengenang
jasa para pemimpin dan pejuang kemerdekaan. Antara objektif majlis ini
ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan serta
meningkatkan persaingan secara sihat antara murid-murid.

Oleh itu terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti pertandingan
nyanyian lagu patriotik dan kuiz sejarah. Diharapkan agar semua murid dapat
memberi komitmen dan menyertai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh
pihak sekolah.

Ucapan Hadirin yang dihormati,


Pengetua

Oleh itu, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Nor
Kamar bin Nordin, Pengetua SMK Lui Barat untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat
Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lui Barat bagi tahun 2021.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*** UCAPAN****

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Gimik Hadirin yang dimuliakan,


Pelancaran
Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan gimik pelancaran
sempena sambutan bulan kebangsaan
Terima kasih atas gimik pelancaran sebentar tadi. Semoga semangat patriotik
akan terus tersemai dalam jiwa kita.

Bacaan sajak Hadirin sekalian,

Majlis kita akan diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak.


Oleh itu majlis mempersilakan saudari Narmatha a/p Vengadaraman dari
kelas 5 Sains untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk Sambutan
Merdeka.
Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Nyanyian Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian lagu oleh “Here In My
Lagu Home” yang bakal dibawakan oleh pelajar kelas 3 RK.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang memukau sebentar tadi.

Persembaha Hadirin sekalian,


n Nasyid
Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah, majlis kita akan diteruskan lagi
dengan persembahan nasyid oleh pelajar dari kelas 2AA .
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,


Majlis
Bersurai Sebagai penutup tirai majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat dengan
kibaran jalur gemilang. Para hadirin diminta untuk berdiri

Kita telah pun berada di penghujung acara. Pihak majlis mengambil


kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan
dengan lancar..

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
WabillahiTaufikWalhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

You might also like