You are on page 1of 11

TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

1.Menyambut
kedatangan
Menguntum manis senyuman si dara,

Datang teruna ingin bersua,

Assalamualaikum mulai bicara,

Salam hormat untuk semua.

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t , salam Sejahtera terlebih


dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulilah kerana dengan limpah
dan kurniannya maka/ dapat kita bersama berkumpul pada hari ini / Di
dalam Mesyuarat Agung tahunan PIBG sk sungai telor kali ke 37 2022 di
dewan raya Kampung Sungai Telor yg sejahtera ini

2.Ucapan alu-aluan Mari dimakan sirih puan,

Sirih dipetik di Tasek Chini,

Selamat datang tuan dan puan,

Menjadi penyeri majlis ini.

Yang Berbahagia YB RASHIDAH BINTI ISMAIL, Ahli dewan undangan negeri


Kawasan pasir raja.

Yang Berusaha Cikgu ROHAYU BINTI ABDUL RAHIM, GURU Besar


Sekolah Kebangsaan Sungai Telor,

yang dihormati,Encik Abdul Ramlee bin Abdul Rahman, YDP PIBG SK


SUNGAI TELOR

Barisan Pentadbir Sk Sungai Telor, barisan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu


Bapa dan Guru, guru-guru, kumpulan sokongan ibu bapa dan hadirin hadirat
yang dihormati sekalian.
TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

3. Bacaan doa

Buah langsat di celah pohon,

Ambil galah jolok-jolokkan,

Tangan diangkat doa dipohon,

Moga Allah dapat restukan.

Bagi memberkati lagi Majlis kita pada hari ini, Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan al fadhil Ustaz Yusazrin bin Kasiron untuk mengetuai
bacaan doa. ”tafaddal mashkura’..

Aamiin..aamiin ya rabbal alamin.. Terima kasih ustaz Yusazrin atas pimpinan


ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung
diberkati Yang Maha Agung.

4. Ucapan Guru Masak ranum si buah rambután,


Besar
Dimakan sebiji menjadi rinduan,

Hadir tuan dengan jemputan,

Mohon diungkap kata aluan.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis pada hari ini diteruskan dengan

mendengar bingkisan dan lontaran kata oleh Yang Berusaha CIKGU

ROHAYU BT ABDUL RAHIM, Guru Besar Sk sungai Telor untuk


TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

**********************ucapan aluan***************************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Yang

Berusaha Cikgu ROHAYU BT ABDUL RAHIM,. Guru Besar Sk sungai

Telor . Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

5. Ucapan YDP Tuah tersenyum pada Si Teja,


PIBG Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila,

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada YDP PIBG
SK SUNGAI Telor , Encik Abdul Ramlee bin Abdul Rahman

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan…

Terima kasih Encik Abdul Ramlee bin abdul Rahman selaku Ydp Pibg SKST
di atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

6.
TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

PERSEMBAHAN Pakaian dipakai cantik berseri,


GIMIK
Untuk meraikan kita semua,

Majlis kita tidak akan berseri,

Tanpa persembahan multimedia…

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan persembahan tayangan

montaj mesyuarat Agung tahunan PIBG SK SUNGAI TELOR KALI KE 37

dan

****************** persembahan montaj**************************

Majlis Merakamkan ribuan terima kasih diatas persembahan itu tadi. Untuk
pengetahuan semua, persembahan montaj tadi, adalah hasil karya cikgu
Fairul Hasran bin Samsudin .

_____________________________________________________________

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Akustik daripada saudara

Nur Hakimi yang merupakan Alumni SKST tahun______________

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan ..

********************************************************************************

Terima Kasih diucapakan kepada saudara Nur Hakimi atas persembahan


yang sangat memukau itu tadi.
TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

7. UCAPAN
PERASMIAN
Marilah mari menyorong papan,
YB RASHDAH
Papan disorong ke pohon kuini,

Marilah tuan mari ke depan,

Melafazkan rasmi majlis ini.

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan daripada Yb


Rashidah Binti Ismail bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
Kali 37 dan seterusnya membuat pelancaran Alumni sk sungai telor Mulai
2022.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan .

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yb Rashidah binti


Ismail, Ahli dewan undangan negeri Kawasan pasir raja.

di atas kesudian merasmikan Majlis kita pada hari ini.

PERSEMBAHAN HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN


GIMIK Majlis diserikan lagi dengan persembahan Akustik daripada saudara

Nur Hakimi yang merupakan Alumni SKST tahun______________

Majlis dengan ini mempersilakan ..

8. PENYAMPAIAN Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


ANUGERAH
MURID

Majlis dengan ini,akan diteruskan lagi dengan acara penyampaian Hadiah


TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

kepada tokoh murid terbaik , tokoh ibu bapa terbaik dan tokoh guru terbaik
bagi tahun 2022

Bagi menyempurnakan penyampaian ini, majlis sukacitanya menjemput Yang

Berusaha Cikgu Rohayu Bt Abdul Rahim guru besar skst dan yang dihormati

Encik Abdul Ramlee bin Abdul Rahman , Ydp Pibg untuk mengiringi Yang

Berbahagia Yb Rashidah Bt Ismail, bagi menyampaikan sijil dan

penghargaan kepada tokoh murid, guru dan ibu bapa sekolah kebangsaan

sungai telor.

Rujuk slaid

Kategori ikon para sekolah

Tempat ketiga jatuh kepada adik _______________

Tempat kedua_________________

Dan tempat pertama_____________

Sebagai tanda penghargaan ddan terima kasih mempersilakan cikgu Rohayu


bt abdul rahim Gb Skst untuk memberikan cenderahati atas

Terima kasih diucapakn kepada Yb Rashidah bt Ismail, Ahli dewan undangan


negeri Kawasan pasir raja di atas penyampaian sijil dan penghargaan itu tadi.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang


berbahagia yb Rashidah bt Ismail , Ahli dewan undangan negeri Kawasan
pasir raja atas kesudian menambah seri majlis pda hari ini.

Dipersilakan puan rohayu Bersama ydp mengiri yb rashidah Bersama dif-dif


TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

9 . Taklimat oleh Hadirin yang di hormati sekalian,


Pegawai BANK
RAKYAT

Majlis pada hari ini akan diteruskan lagi dengan Taklimat Pegawai Bank
Rakyat. Dengan ini Majlis mempersilakan encik Mohd Mohd FadZil Bin
Hamzah,Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Tinggi untuk
menyampaikan taklimat tersebut.

******************************************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Mohd FadZil Bin Hamzah selaku
Penolong Pengurus cawangan Bank Rakyat Kota Tinggi diatas perkongsian
taklimat berkaitan dengan isu scamer sebentar tadi.

TAKLIMAT Hadirin yang di hormati sekalian,


OLEH SYARIKAT
WOW

Majlis akan diteruskan lagi dengan Taklimat oleh Syarikat inovasi WOw
Interprise, Dengan ini Majlis mempersilakan EN ZAKARIA BIN ATAN ,
Pengurus Syarikat Inovasi Wow untuk menyampaikan taklimat tersebut .
dengan segalah hormatnya dipersilakan.

******************************************************************************
TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada encik Mohd Nasri bin Ali Khan atas
taklimat yang telah disampaikan itu tadi.

SEMINAR Hadirin dan hadirat sekalian,


KEIBUBAPAAN
Majlis akan diteruskan lagi dengan Seminar Keibubapaan yang akan
disampaikan oleh Ustaz Saiful Nizam bin Tahir

Dengan ini, Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Saiful Nizam Bin Tahir atas
taklimat yang telah disampaikan itu tadi.

MESYUARAT -PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


AGUNG PIBG
KALI 37 -PEMBENTNGAN PENYATA KEWANGAN 2021

- PEMBENTANGAN USUL 202

11 Hadirin yang dihormati sekalian ,


PEMBENTANGAN
PENYATA Majlis akan diteruskan lagi dengan pembentangan Penyata Kewangan PIBG
KEWANGAN 2020 bagi tahun 2020 . Dengan itu Majlis mempersilakan Cikgu Normalili binti Idris

selaku Bendahari PIBG untuk membentangkan penyata keewangan.

Terima kasih di ucapak kepada cikgu Normalili di atas pembentangan itu tadi.

Oleh itu, saya minta Ahli mesyuarat untuk mengesahkan dan menyokong
pembentangan kewangan tersebut..

12. PENGESAHAN Hadirin – hadirat yang dirahmati Allah,


MINIT
MESYUARAT Majlis akan diteruskan dengan pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas. Oleh
TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

itu Majlis dengan ini mempersilakan Cikgu Nur Afiqah Binti ZULKAFLI Selaku
Setiausaha PIBG 2021 ,

---------------------------------------------------------------------------------------

Oleh itu, saya minta Ahli mesyuarat k dicadangkan untuk di sahkan dan dan
menyokong minit mesyuarat ini.

PEMBERIAN HADIRIN HADIRAT SEKALIAN


SUMBANGAN
YATIM DAN Majlis akan diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan yatim dan asnaf
ASNAF SKST murid SK Sungai Telor .
IMPI enterprise
Bagi menyempurnakan Majlis, Majlis mempersilakan Cikgu Rohayu Bt Abdul
Rahim mengiringi Encik Abdul Ramlee bin Abdul Rahim YDP Pibg untuk
penyerahan sumbagan tersebut.

13 Cabutan bertuah Hadirin hadirat yang di hormati sekalian,


(2)
Kini kita ke acara cabutan yang ditunggu-tunggu rasanya semua tak sabar
dengan hadiah yang sgt berharga.. mari kita lihat siapa yang bertuah selepas

Dengan itu Majlis dengan ini mempersilakan ___________________ untuk


putarkan roda bertuah tersebut.

----------------------------------------------------------------------------

Tahniah kepada ----------------------- kepada yang belum bertuah , jangan risau


masi hada lagi peluang insyAllah ,. Rezeki tak pernah salah alamat
insyaAllah..

17. PENUTUP

Mari dipetik sirih puan,

Sirih dipetik di tepi perigi,

Terima kasih tuan dan puan,


TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

Dilain masa berjumpa lagi.

Dengan berakhirnya penyampaian cabutan bertuah itu tadi, maka majlis kita
sudah sampai ke penghujungnya

Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa kerja, majlis sekali lagi ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan
padu dalam menjayakan mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini.

Saya Selaku pengacara majlis memohon ampun dan maaf atas segala
kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini diadakan.

Sekian , Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualikum WBT.

Majlis dengan ini bersurai.

Semua di minta membuka kamera utk sesi bergambar


TEKS MC MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 (2022)

You might also like