You are on page 1of 12

TEKS PENGACARAAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 & 16

SK KEM SYED SIRAJUDDIN

MC QUE ANN
MASTURA PERSEDIAAN Para hadirin yang saya hormati.

Mohon perhatian, minta kerjasama, majlis akan dimulakan


sebentar sahaja lagi. Saya akan umumkan etika yang harus
dipatuhi bagi memastikan majlis berjalan lancar.

1. Sila pastikan mode telefon anda berada dalam


keadaan mode senyap.
2. Para hadirin diminta berdiri ketika yang berbahagia
perasmi iaitu Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria
masuk ke perkarangan Dewan Garison.
3. Sila berdiri ketika menyanyikan lagu Negaraku.
4. Menghormati bacaan doa.
5. Memberi kerjsasama ketika mesyuarat berlangsung.
6. Dan seterusnya, hadirin diminta terus kekal setia
berada di dalam dewan kerana pada akhir majlis akan
diadakan acara cabutan nombor bertuah.

Terima kasih.
HAJIRA PROMOSI Untuk makluman semua,
HADIAH
Antara hadiah menarik bagi pemenang cabutan nombor
bertuah pada hari ini ialah :

1. Hamper makanan
2. Hamper buah-buahan
3. Dan barangan keperluan dapur seperti beras basmathi,
tepung, minyak masak

Serta hadiah utama menanti pemenang iaitu :

1. Penginapan Percuma 2 hari 1 malam di O’cup


Homestay KLCC bernilai RM 300.00.
2. Baucar Tunai di Uncle’s Buyen Pizza.
3. Dapur gas memasak
4. Set perkakasan dapur

Maka, suka hati diingatkan kepada para hadirin untuk


menyimpan nombor cabutan bertuah yang terdapat di
belakang keratan QR code buku program mesyuarat
agung PIBG. Dan nombor cabutan ini terhad kepada satu
keluarga satu nombor cabutan sahaja. Terima kasih.
MASTURA KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan….

Yang Berbahagia,
Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria
Ketua Cawangan Tadbir / Logistik Markas Garison
Kem Syed Sirajuddin

Dengan diiringi…..
Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati
Encik Mohd Noor bin Ibrahim
Encik Khairul Hafizan bin Dollah
………………………………………………………………………….

Serta…. tetamu jemputan masuk ke perkarangan dewan.

Para hadirin diminta berdiri.


MASTURA NYANYIAN Hadirin sekalian,
LAGU Sebagai tanda cintakan negara.
NEGARAKU Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku
dengan penuh bersemangat.

.................................... Nyanyian Negaraku.......................

Hadirin dipersilakan duduk.

HAJIRA SALUTASI Jika ada pancing di tangan,


Mari mengail ikan kerapu,
Kami menunggu datangmu tuan,
Majlis berseri bertambah mutu.

Bismillahirahmanirrahim...

Yang Berbahagia,
Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria
Ketua Cawangan Tadbir / Logistik Markas Garison
Kem Syed Sirajuddin

Yang Berusaha,
Encik Mohd Noor Bin Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin

Yang Dihormati,
Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati
Pegawai Pemerintah 21 RAD
Merangkap Yang Dipertua PIBG SK Kem Syed Sirajuddin

Encik Khairul Hafizan bin Dollah


Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Tampin
Merangkap Pegawai Personel SK Kem Syed Sirajuddin
Puan Mariah binti Rani, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Zulkefli bin Omar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid,

Encik Mehad bin Mahzan, Guru Penolong Kokurikulum,

Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai Pasukan,


Guru-Guru SK Kem Syed Sirajuddin, Ahli Jawatankuasa PIBG
serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejatera.

MASTURA UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,


SELAMAT
DATANG Kapur gambir dalam puan,
Menggobek sirih tepi serambi,
Selamat datang hadirin dan taulan,
Tambah sempurna majlis kami.

Sutera baharu hamba tukarkan,


Buat belanja membeli busar,
Ibu bapa guru kita satukan,
Dalam acara begini besar.

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan
limpah dan izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi
yang berbahagia ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kem Syed Sirajuddin kali Ke-
15 bagi tahun 2021 dan ke-16 bagi tahun 2022.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Garison


Kem Syed Sirajuddin, majlis berbesar hati mengucapkan
selamat datang kepada tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah ini.
HAJIRA BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Dari Perlis puspa ku mohon,


Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohammad


Fadhli bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

............................. Bacaan doa .........................................

Amiin…. Amiin.. Ya robbal alamin.


Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita berada dalam keberkatan ilahi.

MASTURA UCAPAN Bergema gong di hujung pekan,


YDP PIBG Bunyinya seakan paluan geta,
Mesyuarat agung kita jayakan,
Mendengar ucapan YDP kita.

Hadirin sekalian,

Tirai Mesyuarat PIBG dibuka dengan ucapan alu-aluan.

Untuk itu, majlis mempersilakan


Yang Dihormati Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati
Pegawai Pemerintah 21 RAD
Merangkap Yang Dipertua PIBG SK Kem Syed Sirajuddin
tampil ke persada majlis bagi menyampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

...................................Ucapan YDP PIBG...............................


Hadirin sekalian, acara cabutan bertuah kita mulakan dengan
mempersilakan Yang Dihormati Leftenan Kolonel Zahiri bin
Pati untuk membuat 3 cabutan nombor bertuah.
Majlis mempersilakan tuan.

…………………………………….Cabutan nombor……………………………

Diharapkan para hadirin bersedia dengan nombor bertuah


masing-masing yang terdapat pada QR code buku program.

Untuk itu , dipersilakan Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati


ke persada majlis untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Dipersilakan, pemegang nombor …………… untuk tampil ke


atas pentas bagi menerima hadiah.

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada


Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati atas ucapan alu-aluan
disampaikan dan kesudian menyempurnakan acara cabutan
nombor bertuah sebentar tadi.

HAJIRA UCAPAN Duduk menyakat si anak tupai,


GURU BESAR Duduk bertapa di pohon ru,
Kata sepakat moga dicapai
Antara ibu bapa dan juga guru.

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,


Belikan saya kain belacu,
Silakan tuan segera tampil,
Sampaikan sesuatu bingkisan kalbu.

Hadirin sekalian,
Mesyuarat PIBG kali ke-15 dan 16 kini diteruskan dengan
mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Noor Bin Ibrahim
Guru Besar SK Kem Syed Sirajuddin tampil ke persada majlis
bagi menyampaikan ucapan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan tuan.

.................................Ucapan Guru Besar ............................

Hadirin sekalian, acara cabutan bertuah kita teruskan dengan


mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Noor bin Ibrahim
untuk membuat 3 cabutan nombor bertuah.
Majlis mempersilakan tuan.

…………………………………….Cabutan nombor……………………………

Diharapkan para hadirin bersedia dengan nombor bertuah


masing-masing yang terdapat pada QR code buku program.

Untuk itu , dipersilakan Encik Mohd Noor bin Ibrahim


ke persada majlis untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Dipersilakan, pemegang nombor …………… untuk tampil ke


atas pentas bagi menerima hadiah.

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada Encik Mohd Noor


bin Ibrahim atas ucapan yang disampaikan dan kesudian
menyempurnakan acara cabutan nombor bertuah sebentar
tadi.

MASTURA UCAPAN Hadirin sekalian,


PERASMIAN
Terbang di awan burung kedidi,
Di atas papan batang jerami,
Tampillah tuan kami hormati,
Bersama ucapan kata perasmi.
Sidang dewan budiman sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan


Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria
Ketua Cawangan Tadbir / Logistik Markas Garison Kem Syed
Sirajuddin Gemas tampil ke persada majlis bagi
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SK Kem Syed Sirajuddin
kali ke-15 dan 16.

Dipersilakan tuan.

.................................Ucapan Perasmian.............................

Sidang dewan dihormati, acara cabutan bertuah kita


teruskan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Leftenan
Kolonel Johari bin Zakaria untuk membuat 3 cabutan nombor
bertuah. Majlis mempersilakan tuan.

…………………………………….Cabutan nombor……………………………

Diharapkan para hadirin bersedia dengan nombor bertuah


masing-masing yang terdapat pada QR code buku program.

Untuk itu , dipersilakan Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria


ke persada majlis untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Dipersilakan, pemegang nombor …………… untuk tampil ke


atas pentas bagi menerima hadiah.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria
atas kesudian merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-15
dan 16 SK Kem Syed Sirajuddin sebentar tadi.
HAJIRA PENYAMPAIAN Kayu dikerat di tepi kuala,
CENDERAMATA Untuk jualan di Tanjung Puri,
VIP Sebelum mesyuarat kita bermula,
Molek bingkisan kita memberi.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,
majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata
kepada perasmi.

Untuk itu majlis mempersilakan En. Mohd Noor Bin Ibrahim


Tuan Guru Besar SK Kem Syed Sirajuddin tampil ke persada
majlis dengan diiringi Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati

Yang Dipertua PIBG SK Kem Syed Sirajuddin untuk


menyempurnakan acara penyampaian cenderamata.

Majlis mempersilakan,

Seterusnya, majlis mempersilakan


Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria
Ketua Cawangan Tadbir / Logistik Markas Garison Kem Syed
Sirajuddin untuk tampil ke atas pentas bagi menerima
bingkisan molek sebagai tanda penghargaan daripada pihak
sekolah. Majlis mempersilakan.

........................ Penyampaian Cendermata ........................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd


Noor Bin Ibrahim, Leftenan Kolonel Johari bin Zakaria dan
Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati atas penyempurnaan acara
penyampaian cenderamata sebentar tadi.
MASTURA JAMUAN Sidang dewan dihormati sekalian,

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Leftenan


Kolonel Johari bin Zakaria dengan diiringi
Yang Berusaha, En. Mohd Noor Bin Ibrahim serta tetamu
jemputan dan barisan pentadbir untuk menikmati juadah
yang telah disediakan.

Dipersilakan.

HAJIRA PENYERAHAN Ikan peda di tepi lokan,


KEPADA WAKIL Menjadi tangkapan oleh Pak Tua,
YDP PIBG Pelbagai agenda akan dibincangkan,
Untuk kepentingan murid semua.

Dengan cermat sarang diserah,


Sarang tempua di pohon sena,
Dengan hormat majlis diserah,
Kepada YDP yang bijaksana.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Mesyuarat PIBG Kali Ke-15 dan 16 kini saya serahkan kepada
Yang dihormati , Leftenan Kolonel Zahiri bin Pati
Yang Dipertua PIBG SK Kem Syed Sirajuddin
bagi mengemudi acara.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.


MC QUE ANN

HAJIRA CABUTAN Sidang dewan dihormati, acara cabutan bertuah kita


BERTUAH teruskan dengan mempersilakan
MASTURA
……………………………………………………………………………………..
untuk membuat 3 cabutan nombor bertuah. Majlis
mempersilakan tuan.
…………………………………….Cabutan nombor……………………………
Diharapkan para hadirin bersedia dengan nombor bertuah
masing-masing yang terdapat pada QR code buku program.

Untuk itu , dipersilakan …………………………………………………………


ke persada majlis untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Dipersilakan, pemegang nombor …………… untuk tampil ke


atas pentas bagi menerima hadiah.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


…………………………………………………………………………………………….
atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah
kepada pemenang sebentar tadi.

HAJIRA PENYAMPAIAN Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Qhairin binti


REPLIKA Baharudin untuk menyampaikan hadiah utama cabutan
BAUCAR nombor bertuah iaitu Replika Baucar Penginapan 2 hari 1
PENGINAPAN malam di O’cup Homestay KLLCC yang bernilai RM 300.00.

Untuk makluman semua, homestay 3 bilik tidur dan 2 bilik air


ini mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti gimnasium,
kolam renang dan kelengkapan barangan dapur.

Jika ada yang berminat untuk merasai pengalaman bercuti di


Homestay berhadapan KLCC ini, tuan puan boleh berhubung
terus dengan Puan Qhairin untuk melakukan tempahan.

Tahniah diucapkan kepada ……………………………………………..


atas kemenangan Grand Prize itu tadi.
Sidang dewan budiman,
MASTURA PENUTUP

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah cabutan nombor


bertuah itu tadi, maka majlis kini melabuhkan tirai.

Saya mewakili pihak pengelola Mesyuarat Agung PIBG


SK Kem Syed Sirajuddin kali ke-15 bagi tahun 2021 dan kali
ke-16 tahun 2022, merakamkan sekalung penghargaan
kepada semua tetamu dan ibu bapa yang hadir pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga dikirim buat para penyumbang


hadiah pada majlis hari ini iaitu :

……………………RUJUK NAMA DALAM BUKU PROGRAM……..

Semoga para penyumbang dikurnia rezeki melimpah ruah


dan memperoleh keberkatan dalam kehidupan seharian.
Semoga nilai hadiah juga semakin besar menanti para
pemenang pada tahun hadapan.

Sepuluh jari kami susun memohon maaf jika ada


keterlanjuran atau salah bicara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini. Izinkan kami mengundur diri.

Kain yang carik cuma di hujung,


Dibuat alas mengelap kendi,
Budi yang baik tetap dijunjung,
Tahun hadapan berjumpa lagi.

Saya akhiri dengan kalam suci wabillahi taufiq wal hidayah.


Assalamuaaikum w.b.t.
Salam permisi.

You might also like