You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BACATHON SEJATI 2022

Tarikh : 31 OCTOBER 2022


Tempat : DATARAN ASPIRASI SEJATI

AGENDA PENERANGAN
VIDEO MONTAJ Bismillahirrahmanirrahim

- Dalam tentatif Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian ,


video video
montaj dahulu Sebelum kita mulakan majlis , marilah sama – sama kita
saksikan video montaj yang telah disediakan.

UCAPAN ALUAN
PENGACARA Jika ada pancing di tangan,
MAJLIS Mari mengail ikan kerapu,
Kami menunggu datangmu tuan,
Majlis berseri bertambah mutu.

Yang Berbahagia
Dato’ Haji Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Zin
@ Zakaria

Yang Berbahagia
Datin Wan Azizah binti Abdul Rahman
Yang di-Pertua Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Jalan 3
Yang Berusaha,
Puan Rozita binti Ahmad,
Guru Besar Sekolah kebangsaan Jalan 3,

Yang berusaha
Puan Syahidah Aisyah Somchit,
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum

Yang berusaha
Encik Nik Ramadhan bin Nik Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang berusaha
Puan Hairunisah binti Roslan,
Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang berusaha,
Puan Norazlina binti Nizal@Nizar
Penolong Kanan Petang
Sekolah Kebangsaan Jalan 3

Seterusnya, AJK PIBG , guru-guru serta murid yang


dikasihi sekalian.

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya


dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini
bagi kita melancarkan Program Bacathon SEJATI 2022
VIDEO MONTAJ Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
- Dalam tentatif asal Majlis kita takkan berseri,
video montaj Tanpa persembahan multimedia
selepas ucapan
pengerusi majlis Hadirin sekalian ,

Marilah kita sama – sama menyaksikan video montaj


yang telah disediakan.

UCAPAN YDP PIBG Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
Tampillah Datin kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput


dan mempersilakan

Yang Berbahagia
Datin Wan Azizah binti Abdul Rahman
Yang di-Pertua Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Jalan 3

untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Zaidi Bin Hj


Mohd Zin@Zakaria

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan


Program Bacathon Sekolah Kebangsaan Jalan 3 bagi
tahun 2022.
GIMIK PELANCARAN Begitulah tadi
gimik perasmian yang cukup menarik, simbolik, rasmi
sudah Program Bacathon SEJATI 2022.

Murid – murid sudah mula mengorak langkah mengutip


sumbangan untuk program ini bermula dari 24 October
2022 sehinggalah berakhirnya tempoh pada 30 November
2022 nanti.
PENYAMPAIAN Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan
CENDERAMATA
KEPADA PERASMI Yang Berusaha,
(tiada dalam tentatif) Puan Rozita binti Ahmad,
Guru Besar Sekolah kebangsaan Jalan 3,

diiringi

Yang Berbahagia
Datin Wan Azizah binti Abdul Rahman
Yang di-Pertua Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Jalan 3

…..untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Yang Berbahagia
Dato’ Haji Mohd Zaidi Bin Hj Mohd
Zin@Zakaria

untuk menerima cenderamata sebagai tanda kenangan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


penyempurnaan acara sebentar tadi.
PENUTUP/BERSURAI Bertiup bayu di pantai indah,
Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang,

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Usai sudah majlis ringkas penuh makna pada pagi ini.


Sebelum melabuhkan tirai, kami memohon maaf andai
ada kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama -


sama berganding bahu menjayakan program ini.

FOTOGRAFI [Utk merakam kenangan majlis penuh makna pada pagi


(kalau ada) ini, dipersilakan Datuk KPPM dan barisan tetamu
mengambil tempat untuk sesi bergambar]
JAMUAN Hadirin, para tetamu yang dikasihi,
- Tiada dalam
tentatif Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis mempersilakan

Yang Berbahagia
Dato’ Haji Mohd Zaidi Bin Hj Mohd
Zin@Zakaria

para tetamu , AJK PIBG untuk menikmati juadah yang


telah disediakan di Bilik Sejati Haven.

SERAH MAJLIS Dengan ini, majlis diserahkan kepada guru bertugas.

Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

You might also like