You are on page 1of 3

Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan SMK Bukit Saujana

dan
Lambaian Kasih Sanjungan Budi Mantan PK HEM Pn Rafidah bt Abdul Aziz

Terima kasih kepada Ust Shahrul atas tazkirah yang disampaikan sebentar
tadi.Moga Ramadhan kali ini memberikan seribu 1 rahmat dan keberkatan
kepada kita dalam menjalani ibadah puasa selama sebulan.Aminnnnn..

Bismillahirrahmanirrahim ,Assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera

Yang Berusaha, Tuan Ahmad Jais binAhmad, Pengetua SMK Bukit Saujana
Yang berusaha Cgu Hjh Nuri bt Yahaya Pk Pentadbiran,Cgu Yazid bin Harun,PK
HEM,cgu Norhayati PK Koko
Barisan Ketua Bidang,
Yang diraikan,Mantan PK HEM SMK Bukit Saujana cgu Rafidah bt Abdul
Aziz, Barisan guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH
sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan SMK Bukit Saujana
dan
Lambaian Kasih Sanjungan Budi Mantan PK HEM Pn Rafidah bt Abdul Aziz

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan
Pengetua SMK Bukit Saujana,Tuan Ahmad Jais bin Ahmad, untuk
menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.

Seterusnya dijemput sekali lagi Tuan Pengetua dengan diiringi Cgu Hjh
Nuri bt Yahaya dan Cgu Yazid bin Harun untuk menyempurnakan
penyerahan penarafan surau imarah (Rising Starz) dan sekaligus
menyempurnakan pelancaran tabung Ramadhan.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan Cgu Rafidah bt Abdul Aziz,mantan PK HEM SMK Bukit
Saujana. Sebelum itu izinkan saya membaca serba sedikit latar belakang
beliau.

Cgu Rafidah memulakan khidmat beliau sebagai seorang guru pada 8 Ogos
tahun 1994 yang juga merupakan tahun pertama beliau mencurahkan bakti
di SMK Bukit Saujana sehingga tahun 2022 bulan Mac iaitu selama 28 tahun
beliau berada di Saujana.Bermaksud beliau bermula dari seorang guru
akademik biasa sehingga bergelar Pen.Kanan HEM semuanya di sekolah
tercinta ini.Beliau merupakan seorang yang suka tersenyum,ceria dan
paling penting sekali pandai memasak.Sebut apa sahaja menu daripada
tradisional ke western mahupun fusion semuanya beliau mahir juga
rasanya marvellous.Rakan guru juga sering menempah kek mahupun
hidangan kuihmuih daripada beliau.Dan secara peribadi juga saya melihat
Cgu Rafidah seorang yang rajin bekerja dan komited dalam setiap
pekerjaan yang beliau lakukan.
Tanpa membuang masa lagi majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakanCgu Rafidah bt Abdul Aziz untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan Cgu Rafidah bt Abdul Aziz atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Cgu Rafidah bt Abdul
Aziz

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan Cgu
Rafidah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, Tuan Ahmad Jais bin Ahmad untuk


menyampaikan cenderamata daripada pihak pengurusan
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Cgu Noriah bt Nordin untuk menyampaikan cenderamata


daripada Bidang Bahasa
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Cgu Annamal untuk menyampaikan cenderamata daripada


Bidang Sains dan Math
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Cgu Rozita untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


koperasi
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Cgu Norintan Talib untuk menyampaikan cenderamata


daripada Bidang Kemanusiaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Cgu Norhayati bt Ali untuk menyampaikan cenderamata


daripada Unit Kokurikulum
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Cgu Hamzi untuk menyampaikan cenderamata daripada


bidang Teknik dan Vokasional
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Cgu Yazid bin Harun untuk menyampaikan cenderamata


daripada Unit HEM
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Ustazah Ratna bt Abdul Aziz untuk menyampaikan hadiah
daripada Panitia Pend.Islam
PPKI – Cgu Lai Shyuan Kang
panitia PSV – Cgu Ropisah bt Yahya

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan Cgu Rafidah bt Abdul Aziz

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.Izinkan saya
menyampaikan pantun sempena majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi
buat Cgu Rafidah hari ini.

Hujan turun badan pun basah


Batang galah Haluan perahu
Niat di hati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu

Berdayung sampan ke tanah semenanjung


Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan Cgu rafidah kerana sudi bersama kita
pada pagi ini dan kami semua mendoakan agar Cgu Rafidah ceria di tempat
baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like