You are on page 1of 3

ALU-ALUAN Bissmillahirrahmanirahim

PENGACARA
MAJLIS Ke pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Yang Berusaha
Pn Noor Azizah binti Abd Ghani, Guru Besar Sekolah Kebangsaan SK
Desa Petaling.

Yang Berusaha
Pn Suganthi a/p Arumugam, GPK Pentadbiran
En Mustapa bin Kidam, GPK Hal Ehwal Murid
Pn Halimatun Sa’adiah binti Bakar, GPK Kokurikulum
Pn Syahidah binti Mohamed Mokhtar, GPK PPKI

Yang Dihormati
Guru-guru danmurid-murid yang dikasihi sekalian.sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi


kerana dengan limpah kurnianya, maka kita diberikan luangan waktu untuk
sama-sama berkumpul di dewan ini sempena Mini Karnival Kokurikulum
2018.
DOA Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini.Dipersilakan


___________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


____________________________ di atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GB Hadirin yang dihormati,

Meneruskan bingkisan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


yang berusaha Pn Noor Azizah binti Abd Ghani, Guru Besar SK Desa
Petaling untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih.


PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati sekalian,
ANUGERAH Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian anugerah Mini Karnival
Kokurikulum 2018 pada tahun ini.

Majlis dengan ini menjemput Pn Halimatun Ss’adiah binti Bakar bagi


menjemput dan mengiringi Pn Noor Azizah binti Abd Ghani, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Desa Petaling untuk menyempurnakan penyampaian
hadiah ini. Dipersilakan.

………………………………………………………………………………………..

Bagi Anugerah ……….


………………………………………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noor Azizah dan Pn Halimatun Sa’adiah


kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.
PENUTUP Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Segala yang baik itu datang dari
Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan atas
kelemahan diri saya sendiri. Wabillah hi taufik wal hidayah,
Assalamualaikum wbt.
Majlis bersurai.

You might also like