You are on page 1of 8

MAPC SKBNT 2022/23

Teks Pengacara Majlis


Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang 2022/23

SKRIP ATURAN MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat masing-masing


di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada hari ini,
di sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan


nada deringan telefon bimbit masing-masing atau menukarkan kepada
SEBELUM
mode senyap.
BERMULA
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir dapat MAJLIS
memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan terlebih
dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu yang akan datang
seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat berdiri
semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama


hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Saharuddin bin Saleh,


Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.71 Tg. Batu mewakili
YB Datuk Andi Muhammad Suryadi bin Hj. Bandy, Ahli Parlimen
P.191 Kalabakan, diringi oleh, Yang Dipertua PIBG SK Brantian
Tawau, Pn. Amidah binti Amit, Yang Berusaha Encik Asabar bin Hj. UCAPAN ALUAN
Nolie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Brantian Tawau serta barisan PENGERUSI
pentadbir sekolah. MAJLIS

**** Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku****

Hadirin dipersilakan duduk

Bismillah….

Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan


salam Malaysia Madani ...

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,

NAYLIEZA 2015 Page 1


MAPC SKBNT 2022/23

Sayang merbah di pohon cemara;


Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
Tuan Saharuddin bin Saleh,
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.71 Tg. Batu

Yang Berbahagia,
Pn. Amidah binti Amit,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Brantian Tawau

Yang Berusaha, En. Asabar bin Hj. Nolie,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Brantian Tawau

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan


Brantian Tawau

En. Sahar bin Side – GPK Pentadbiran


En. Edwin Lumban Radja – GPK HEM
En. Kahar bin Laonceng – GPK Ko-Kurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah


Kebangsaan Brantian Tawau sesi 2022,

Guru-guru penjana modal insan gemilang,

Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

Selamat datang ke Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sekolah


Kebangsaan Brantian Tawau bagi sesi 2022/2023.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memeriahkan


lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di samping dapat
mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta jalinan kerjasama di antara
guru-guru dan ibu bapa dan penjaga serta murid-murid sekalian.

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang


BACAAN DOA
Buluh ditarik panjang sepuluh,
Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

NAYLIEZA 2015 Page 2


MAPC SKBNT 2022/23

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh YM Ustaz Tengku
Muhamad Arsyad bin Tg. Md. Fauzi. Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YM Ustaz Tengku


Muhamad Arsyad bin Tg. Md. Fauzi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan
majlis hari anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Asabar bin Hj.
Nolie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Brantian untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
UCAPAN GB
mempersilakan.

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Saharuddin bin Saleh, Pemimpin Pembangunan Masyarakat
Kawasan N.71 Tg. Batu untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya UCAPAN
merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang bagi sesi 2022/2023. PERASMI

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan Perasmian ****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Encik Faizal di atas ucapan perasmian itu tadi.

Seterusnya, dijemput YDP PIBG SK Brantian serta barisan pentadbiran SIMBOLIK


sekolah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Saharuddin bin Saleh PERASMIAN
bagi menyempurnakan upacara simbolik perasmian Majlis Apresiasi
Pelajar Cemerlang bagi sesi 2022/2023. Majlis dengan segala hormatnya

NAYLIEZA 2015 Page 3


MAPC SKBNT 2022/23

mempersilakan.

**** Perasmi tandatangan sign mockup ****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan


Saharuddin bin Saleh kerana telah menyempurnakan upacara simbolik
perasmian itu sebentar tadi.

Sebelum majlis penyampaian anugerah dan sijil bermula, kita akan


disajikan dengan persembahan pantun oleh Adik Alysha Nur Sofia, adik
Izzatul Zahirah & adik Nur Ramadani. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
PERSEMBAHAN 1
**** Persembahan bermula **** (ALYSHA,
IZZATUL &
Tahniah diucapkan kepada adik Alysha, adik Izzatul dan adik RAMADHANI)
Ramadhani atas persembahan itu tadi. Untuk pengetahuan hadirin
sekalian, adik-adik ini merupakan juara bagi pertandingan Pesta Pantun
yang julung kali diadakan di peringkat sekolah bagi tahun 2022.

Hadirin yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Anugerah &
Sijil.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Saharuddin bin
Saleh diiringi oleh Yang Berusaha Encik Asabar bin Hj. Nolie untuk
menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Sijil Tamat Prasekolah ****

Acara dimulakan dengan penyampaian sijil tamat prasekolah

**** Baca senarai penerima hadiah****


PRASEKOLAH
Tahniah diucapkan kepada adik-adik Prasekolah kerana berjaya
menamatkan pendidikan Prasekolah mengikut syarat yang ditetapkan
oleh KPM.

**** Anugerah Prasekolah mengikut tunjang ****

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada murid-


murid prasekolah yang mendapat pencapaian terbaik prasekolah
mengikut tunjang.

**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan


Saharuddin bin Saleh atas penyampaian anuegrah dan sijil itu tadi.

NAYLIEZA 2015 Page 4


MAPC SKBNT 2022/23

Bagi meneruskan majlis, dengan sukacitanya saya menjemput dan


mempersilakan En. Sahar Side, PK 1 SK Brantian untuk mengiringi
YDP PIBG, Pn. Amidah binti Amit. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

**** Anugerah Pencapaian Terbaik PBD ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah sebentar tadi.

**** Anugerah Pencapaian Terbaik Mengikut Mata Pelajaran ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

**** Anugerah Pena Emas ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

**** Anugerah Permata ****


KURIKULUM &
**** Baca senarai penerima hadiah**** HEM
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG, Pn.
Amidah binti Amit atas kesudian untuk menyampaikan anugerah dan
sijil itu sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah di bawah unit Hal


Ehwal Murid. Dengan itu saya menjemput En. Edwin Lumban Radja
selaku PK HEM SK Brantian untuk mengiringi ________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Anugerah Sahsiah Terbaik ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

**** Anugerah Penampilan Diri ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

**** Anugerah Kecemerlangan Kendiri ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _________ atas


kesudian untuk menyampaikan anugerah dan sijil itu sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, PERSEMBAHAN 2


Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita nikmati (PRASEKOLAH)
persembahan daripada anak-anak Prasekolah SK Brantian.

Dipersilakan....

NAYLIEZA 2015 Page 5


MAPC SKBNT 2022/23

**** Persembahan Prasekolah ****

Terima kasih dan berikan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang
cukup comel lagi berbakat ini. Untuk pengetahuan semua, persembahan
ini telah dibimbing oleh Pn, Bungahati dan Pn. Hasriah.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah di bawah unit


Kokurikulum. Dengan itu saya menjemput En. Kahar Laonceng selaku
PK Kokurikulum untuk mengiringi Tn. Guru Besar, En. Asabar Hj.
Nolie. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

**** Anugerah Kepimpinan Kokurikulum ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Guru Besar, En.
Asabar Hj. Nolie atas kesudian untuk menyampaikan anugerah dan sijil KOKURIKULUM &
SIJIL
itu sebentar tadi.
PENGHARGAAN
BADAN
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada KEPIMPINAN/
badan kepimpinan sekolah serta sijil tamat tahun 6. Dengan itu saya TAHUN 6
menjemput Ustaz Tengku Muhammad Arsyad selaku guru disiplin SK
Brantian untuk mengiringi PK 1, En Sahar Side bagi meneruskan acara.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Penyampaian sijil kepada badan kepimpinan sekolah ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

**** Sijil tamat tahun 6 ****


**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Sahar bin Side atas
kesudian untuk menyampaikan sijil penghargaan itu sebentar tadi.

NAYLIEZA 2015 Page 6


MAPC SKBNT 2022/23

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada


pihak luar yang sentiasa memberi sokongan, sumbangan dan khidmat
bakti kepada sekolah kita. Dengan itu saya menjemput YDP PIBG, Pn.
Amidah binti Amit untuk mengiringi Tn. Guru Besar, En. Asabar Hj.
Nolie bagi meneruskan acara. Majlis dengan segala hormatnya SIJIL
mempersilakan. PENGHARGAAN
KEPADA PIHAK
**** Penyampaian sijil penghargaan kepada pihak luar**** LUAR
**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Guru Besar, En.
Asabar Hj. Nolie atas kesudian untuk menyampaikan sijil penghargaan
itu sebentar tadi.
Adat Melayu budaya dijulang,
Tetamu bertandang diberikan bingkisan;
Sebelum pulang ditinggalkan balasan,
Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.

Sebagai tanda penghargaan dan atas kesudian hadir menyempurnakan CENDERAHATI


majlis kami pada hari ini, majlis dengan segala sukacitanya menjemput KEPADA PIHAK
dan mempersilakan Tn. Guru Besar, En. Asabar Hj. Nolie mewakili PERASMI
warga SK Brantian menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
kepada pihak YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Hj Bandy yang
sudi hadir memeriahkan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan segala
hormat mempersilakan.

Kini tibalah detik yang dinantikan oleh semua hadirin pada hari ini, iaitu
penyampaian anugerah khas Majlis Apresiasi SK Brantian 2022/2023.
Dengan sukacitanya saya menjemput YDP PIBG serta barisan
pentadbir sekolah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Saharuddin
bin Saleh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Anugerah Khas **** ANUGERAH KHAS


**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan


Saharuddin atas kesudian untuk menyampaikan sijil penghargaan itu
sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada penerima.

Tuan-tuan dan puan-puan, PERSEMBAHAN 3


Sebelum majlis kita pada pagi ini melabuhkan tirai, marilah kita (TAHUN 6)
menyaksikan persembahan daripada Tahun 6 sebagai tanda perpisahan
dan kenangan terakhir mereka di SK Brantian sebelum melangkah ke
sekolah menengah. Dipersilakan.

**** Persembahan tahun 6 ****

Begitulah persembahan daripada murid tahun 6, berikan tepukan yang


gemuruh.

NAYLIEZA 2015 Page 7


MAPC SKBNT 2022/23

Begitulah adat dalam kehidupan, setiap ada pertemuan, pasti akan


adanya perpisahan.

Majlis menyerahkan acara seterusnya kepada En. Sahar bin Side untuk
mengendalikan slot seterusnya. Dipersilakan. PEMENANG
BERTUAH

Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Brantian


bagi sesi 2022/2023.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan majlis pada hari
ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga Sekolah
serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung
bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian atas
keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak akan
purnama tanpa matahari.

Segala yang baik datang dari Alah SWT dan segala yang kurang atau
kelemahan adalah dari kami insan biasa. Sebelum mengundur diri,
sambutlah salam manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

NAYLIEZA 2015 Page 8

You might also like