You are on page 1of 4

FASA 3 PEMBUBARAN AJK EXCO PIBG 2021/2023 DAN PELANTIKAN AJK EXCO PIBG SK ABG AING

2023/2025

Hadirin yang dimuliakan,

Kapur gambir dalam puan,

Menggobek sirih tepi serambi,

Selamat datang hadirin dan taulan,

Tambah sempurna majlis kami.

N ALU- Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan


ALUAN MC berkat kerahmatan dan keizinan-Nya dapat juga kita berkumpul
di Persada Perpaduan ini untuk menjayakan Mesyuarat PIBG
Sekolah Kebangsaan Kota Masai kali ke-17 bagi tahun 2020.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan


para tetamu yang sudi hadir dalam majlis yang sangat signifikan
ini.

Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan


percambahan idea, maklum balas dan pandangan bagi
meningkatkan segala macam bentuk kemajuan untuk sekolah
ini menjadi lebih terkehadapan di masa yang akan datang.

UCAPAN Para tetamu yang dihormati,


YDP PIBG
Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang selisih,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan Yang dihormati, Encik Siddiq bin Yaman, Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Abang Aing untuk
membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG sesi 2022. Dipersilakan.

-Saya mohon hadirin yang hadir mencadang dan


menyokong Minit mesyuarat yang telah dibentangkan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP .

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Bagi membentang, menerima dan mengesahkan Penyata


Kewangan PIBG bagi sesi 2022/2023 Majlis menjemput Cikgu
Yunus b. Pawi untuk membentang.

KEWANGAN Saya mohon hadirin yang hadir mencadang dan


menyokong Pembentangan Penyata kewangan PIBG yang
telah dibentangkan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Yunus b.


Pawi

Bagi membentang, menerima dan mengesahkan LAPORAN


TABUNG BENCANA SEKOLAH bagi sesi 2022/2023 Majlis
menjemput PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Ustazah
LAPORAN Rosty Bt. Bujang untuk mengemukakan laporan.
TABUNG
BENCANA
Saya mohon hadirin yang hadir mencadang dan
menyokong Pembentangan LAPORAN TABUNG BENCANA
SEKOLAH yang telah dibentangkan.

LAPORAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


AKTIVITI
SEKOLAH Bagi membentang, menerima dan mengesahkan LAPORAN
AKTIVITI SEKOLAH Bagi sesi 2022/2023 yang akan
dibentangkan oleh cikgu Sharifah Jamaiah bt. Haji Wan Zain.
Dipersilakan.

Saya mohon hadirin yang hadir mencadang dan


menyokong Pembentangan LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
Bagi sesi 2022/2023 yang telah dibentangkan oleh cikgu
Sharifah Jamaiah bt. Haji Wan Zain sebentar tadi.
Terima kasih Cikgu Sh

Majlis diteruskan lagi dengan Tayangan Montaj sepanjang Ogos


2022 hingga Jun 2023. Saksikanlah.

MONTAJ
Untuk pengetahuan semua, Montaj ini telah dihasilkan oleh En.
Ami Syarif b Ismawi.

Hadirin sekaliann Majlis mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sk


USUL Abang Aing Sesi 2023, kita teruskan dengan Pengutaraan Usul
oleh YDP PIBG Encik Siddiq B. Yaman. Dipersilakan.

Hadirin Sekalian, Pembentangan Minit mesyuarat Agung


TAhunan PIBG sesi 2022, Penyata kewangan PIBG sesi
PEMBACA 2022/2023, Laporan Tabung Bencana telah dibuat. Begitu
AN juga Laporan Aktivitii sekolah telah dibentangkan oleh
KEPUTUS setiausaha PIBG. Baru sebentar tadi YDP PIBG telah
AN menyuarakan 9 usul kepada kita.
MESYUAR
AT
AGUNG Kini, Majlis menjemput Setiausaha PIBG untuk membaca
hasil dapatan Keputusan Mesyuarat Agung TAhunan
SKAA sesi 2023. Dipersilakan.

Hadirin sekalian, Majlis menjemput Koordinator Majlis kita Encik


Abang Rosni Bin Abang Moslini untuk mengacarai Majlis
FASA III Pembubaran AJK EXCO PIBG SESI 2021-2023 DAN SETERUSNYA
MAJLIS PELANTIKAN AJK EXCO PIBG SK ABG AING SESI 2023-
2025.

DIPERSILAKAN.

bersurai
Bertiup bayu di pantai indah,
Burung kedidi terbang melayang,

Mana yang kurang silap dan salah,

Jangan menjadi bekalan pulang,

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita berakhir di sini


Saya mewakili pihak majlis mengucapkan terima kasih
kepada semua tetamu, ibu bapa dan murid-murid yang
hadir pada hari ini. Semoga kita bersua lagi pada masa
yang akan datang.

Assalammualaikum w.b.t

You might also like