You are on page 1of 6

TINDAKAN/

ATURCARA TEKS
CATATAN
8:30 pagi
--------
KEHADIRAN &
PENDAFTARAN

Salam Sejahtera, Salam Murni Perpaduan

Lenggang bertapak seni memandang,


Silat sendeng menyusun jari,
Salam Sembah selamat datang,
Merapat ukhwah jalinan PIBG.

Yang Berusaha En. Peter Use Lenjau


Pengetua SMK ST. JOSEPH MIRI,
9:00 pagi
Yang Dihormati Encik Matthew Silek,
UCAPAN
Yang Dipertua PIBG SMK ST. JOSEPH MIRI,
ALU-ALUAN
Barisan Guru Penolong Kanan,

Semua exco PIBG, guru-guru, dan ibu bapa yang dihormati


sekalian.

Sejuta kesyukuran dipanjatkan kerana kita dapat sama-


sama
berhimpun dalam Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2021/2022
walaupun hanyalah secara alam maya sahaja.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala


hormatnya dijemput Cik Su Li Na untuk memimpin bacaan
doa.
9:10 pagi
Dipersilakan.
BACAAN DOA
*BACAAN DOA*

Terima kasih diucapkan kepada Cik Su Li Na di atas


kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.

9:15 pagi
Hadirin yang dihormati sekalian,
UCAPAN
PENGETUA Majlis seterusnya mempersilakan yang berusaha Tuan
Pengetua SMK St. Joseph Miri, Encik Peter Use Lenjau
untuk menyampaikan ucapan beliau.

*UCAPAN PENGETUA*
Terima kasih Tuan Pengetua untuk kata-kata semangat
yang diberikan.

Terbang di awan burung garuda,


Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami persila,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya


9:30 pagi mempersilakan Yang Dihormati, Encik Matthew Silek
selaku Yang DI Petua PIBG SMK St Joseph Miri 2019/2020
UCAPAN YDP untuk menyampaikan sepatah dua kata.
PIBG

*UCAPAN TETAMU KEHORMAT*

Terima kasih diucapkan kepada Encik Matthew di atas


ucapan sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Encik Bobby


9:45 pagi William selaku Timbalan Setiausaha Exco PIBG untuk
memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti
LAPORAN Tahunan PIBG Sesi 2019/2020. Dipersilakan.
AKTIVITI
TAHUNAN PIBG *PEMBENTANGAN LAPORAN*
SESI 2019/2020
Terima kasih diucapkan kepada Encik Bobby.

Seterusnya, kita beralih pula kepada Bendahari Persatuan


Ibu Bapa & Guru SMK St. Joseph Miri, Cikgu Chan Jin Han
untuk memaklumkan dan mengesahkan laporan
kewangan PIBG Sesi 2019/2020.

10:00 pagi *PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN*

LAPORAN Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Chan di atas


KEWANGAN penerangan yang telus sebentar tadi.
PIBG SESI
2019/2020

10:15 pagi Berakhirnya pembentangan laporan sebentar tadi,


selaku pengerusi majlis pada hari ini, saya mengumumkan AJK UNDIAN
PEMBUBARAN bahawa Barisan Exco PIBG 2019/2020 telah pun
EXCO dibubarkan bagi memberi laluan kepada perlantikan exco
baharu 2021/2022.

2019/2020 Dengan ini, majlis akan memperkenalkan calon-calon


baharu exco PIBG sesi 2021/2022. Calon dipersilakan
PENGENALAN untuk memperkenalkan diri.
CALON BAHARU

*RUJUK SENARAI

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis akan berehat selama 20 minit

Sementara itu, marilah kita sama-sama menjalankan


10:30 pagi
tanggungjawab untuk mengundi Exco Baharu PIBG Sesi
2021/2022.
REHAT
Undian dijalankan melalui Google Form yang telah
(UNDIAN
disediakan. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan,
DIJALANKAN)
undian hanya boleh dijalankan sekali sahaja dan mereka
yang hadir untuk mesyuarat kali ini sahaja disahkan
undiannya. Terima kasih dan selamat mengundi.

Selamat bertemu Kembali.


11:00 pagi
CIKGU KAM
Saya serahkan majlis kepada AJK UNDIAN untuk
PENGUMUMAN
mengumumkan keputusan undian bagi Exco Tertinggi
EXCO BARU
Majlis PIBG SMK ST. JOSEPH MIRI SESI 2021/2022.
SESI 2021/2022
Dipersilakan.

11:30 pagi SITUASI 1:

GIMIK Merujuk kepada keputusan undian rasmi sebentar tadi,


PENYERAHAN tampuk pimpinan kita sudahpun beralih kuasa. Oleh itu,
PORTFOLIO majlis mempersilakan Encik Matthew Silek selaku YDP
PIBG Sesi 2019/2020 untuk menyempurnakan gimik
penyerahan Portfolio kepada YDP PIBG 2021/2022. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

SITUASI 2:
Merujuk kepada keputusan undian sebentar tadi, jelaslah
kuasa YDP PIBG Sesi 2021/2022 masih lagi dikekalkan oleh
Encik Matthew Silek. Majlis dengan ini mempersilakan
Encik Matthew untuk menyampaikan ucapan sempena
perlantikan Exco PIBG Baharu sesi 2021/2022.
*UCAPAN*

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG kita.


Sempurnalah perlantikan barisan exco PIBG SMK ST.
JOSEPH MIRI bagai belayar bernakhoda, berjalan dengan
yang tahu, berkata dengan yang pandai.

Ibu bapa yang hebat sekalian,

Pelbagai usul dan cadangan telah pun diterima oleh pihak


sekolah. Namun terlebih dahulu, ianya perlu dibahaskan
seadilnya untuk kebaikan bukan sahaja anak-anak,
malahan guru-guru, dan ibu bapa.

*MC BACA USUL & CADANGAN*

Oleh itu, saya serahkan majlis seketika kepada Tuan


Pengetua, Encik Peter Use Lenjau dan Exco Tertinggi untuk
12:00 Tengah sesi membahas dan menerima usul dan cadangan.
hari Dipersilakan.

MEMBAHAS &
MENERIMA *SOALAN SEMASA MESYUARAT*
USUL DAN
CADANGAN HAdirin sekalian, ada beberapa soalan cepumas juga telah
ditanya oleh ibu bapa semasa mesyurat sedang dijalankan.
Antaranya:

Saya serahkan kepada Exco tertinggi untuk menjawab


segala persoalan yang diberikan.

Terima kasih diucapkan kepada semua.

12:50 tengah
Tamat sudah sesi perbahasan usul dan pertanyaan.
hari
Sebagai tanda peleraian majlis, majlis mempersilakan
_________________________ selaku Yang Dipertua PIBG
UCAPAN
SMK St. Joseph Miri 2021/2022 untuk memberi ucapan
PENANGGUHA
penangguhan.
N YDP PIBG
1:00 Petang
Dengan berakhirnya ucapan penangguhan sebentar tadi,
BERSURAI maka tamatlah sudah Mesyuarat Agung PIBG Sesi
2021/2022 kita pada hari ini.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


semua yang telah hadir dan menjayakan mesyuarat pada
kali ini.
Maaf andai kata ada salah silap sepanjang saya
mengemudi majlis. Semoga kita berjumpa lagi pada masa
akan datang. Salam hormat.

You might also like