You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH,

21610 MERCHANG, MARANG, TERENGGANU


TEL / FAX : 09-8454032 / 09-8481894
EMAIL : TBA4006@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1/2021

Tarikh : 25 Januari 2021


Hari : Isnin
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Dewan Sekolah (SOP ketat)

Pengerusi : Cg. Khairos bt Taha (GPK KoKurikulum)

Kehadiran : Cg. Wan Zuraida bt Wan Ali (Guru Besar)


Cg. Abdul Ropal b Ngah (GPK Pentadbiran)
Cg. Samsiah bt Mohamad (GPK HEM)
Cg. Suria bt Hasan (Setiausaha)
Cg. Abdul Khalid b Abdullah
Ust. Azmi b Yusof
Cg. Mohd Lotfi b Muhammad
Cg. Asmawi b Abdullah
Cg. Mohd Hisham b Puteh
Cg. Zabari b Ahmad
Cg. Ema Marliana bt Mohammad
Cg. Farizan bt Ismail
Ust. Idaruwati bt Ali
Cg. Nurul Afiqah bt Awang
Cg. Zurainee bt
Tidak hadir : Cg. Nurul Emira bt Md Yusoff (Cuti Bersalin)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa dan Ummul Kitab Al-
Fatihah serta mengalu-alukan kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ini.

Tindakan: Makluman
2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam Mesyuarat


Kokurikulum Bil 1/2021 pada kali ini.

2.2 Guru Besar menyentuh tentang beberapa perkara antaranya:

2.2.1 Keberadaan guru di sekolah sewaktu PKP


 Bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 1.15 petang.
 Sekiranya ada guru yang terpaksa keluar ke mana-mana dalam
tempoh tersebut, mereka dikehendaki memaklumkan terus kepada
pihak pengurusan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak
diingini.

2.2.2 eRPH dan PdPR 2021


 Semua guru diarahkan untuk memberi tumpuan kepada rekod
penulisan eRPH dan pembelajaran PDPR dalam tempoh PKP.

2.2.3 Gotong-royong dan mengemaskini bilik darjah mengikut SOP yang


ditetapkan akan dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi sesi
persekolahan yang akan dibuka dalam waktu terdekat.

2.2.4 Punca kuasa Guru Besar di mana beliau mempunyai kuasa dan hak
untuk memanggil mana-mana guru datang bertugas ke sekolah bila-bila
masa yang diperlukan.

Tindakan: Semua Guru

2.2.5 Pembukaan sekolah bagi sesi 2021 telah ditangguhkan di mana


sepatutnya tarikh pembukaan persekolahan adalah pada 20 Januari 2021.

2.2.6 Sesi perkenalan di antara guru-guru kerana seramai 4 orang guru baru
telah melaporkan diri ke sekolah ini bagi sesi 2021.

Tindakan: Makluman

3.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2020

3.1 Cikgu Suria selaku Setiausaha Mesyuarat Kokurikulum yang lalu telah
membentangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 3/2020.

3.2 Cikgu Ema Marliana mencadangkan agar minit mesyuarat Kokurikulum Bil
3/2020 disahkan.

3.3 Cikgu Farizan menyokong agar minit mesyuarat Kokurikulum Bil 3/2020
disahkan.
3.4 Minit mesyuarat diterima tanpa sebarang pindaan oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

4.0 Maklum Balas / Perkara Berbangkit

4.1 Mesyuarat telah sebulat suara untuk mengesahkan maklum balas minit
mesyuarat lalu tanpa sebarang pindaan.

5.0 Pengurusan KoKurikulum 2021 (Normal Baharu)

5.1 Pengerusi menyentuh tentang beberapa perkara antaranya:

5.1.1 Menzahirkan ucapan tahniah kepada semua guru dan murid di atas
pencapaian dan kejayaan dalam bidang Kokurikulum sepanjang 2020
terutamanya dalam sukan dan pertandingan secara dalam talian rentetan
Pandemik Covid 19 yang melanda negara.

5.1.2 Pembentangan Ahli Jawatankuasa Kokurikulum sesi 2021 dilaksanakan


dan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat dengan pindaan.

Tindakan: Makluman

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Cikgu Suria menerangkan secara ringkas tentang Program Peluasan Sekolah
Penarafan KBAT 2019 – 2023 yang mana SK Pasir Puteh telah tercalon untuk
program tersebut. Kebitaraan sekolah bagi bidang Kurikulum adalah
Rekacipta Sains dan bagi bidang KoKurikulum adalah Ping pong.

Tindakan: Makluman

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi menegaskan agar mesyuarat dapat memahami segala maklumat


yang disampaikan dan mematuhinya bagi memastikan segala aktiviti dan
tugas-tugas yang dilaksanakan dapat memberi impak yang besar kepada
kecemerlangan organisasi.
7.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat
menghadirkan diri dalam Mesyuarat KoKurikulum Bil 1/2021 ini dengan
jayanya.

7.3 Mesyuarat disudahi dengan bacaan tasbih Kifarah dan surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15 pagi.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SURIA BT HASAN) (WAN ZURAIDA BT WAN ALI)


Setiausaha KoKurikulum Guru Besar
SK Pasir Puteh SK Pasir Puteh

You might also like