You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG MUTIARA

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 4

Tarikh : 14 Februari 2023

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Ladang Mutiara

Pengerusi : En Shamsuddin bin Tamsir

Kehadiran(Bilangan) :

18/19

Tidak Hadir Bersebab :

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan aluan oleh Pn. Kastuna Binti Md. Tompang di atas kehadiran guru-guru
ke Mesyuarat Kurikulum Bil 4 /2022

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En Sufian bin Hashim

2.2. Disokong untuk pengesahan oleh En Mohd Taufik bin Salleh

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada

4.0 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pembentangan Kalendar Akademik sesi 2022/2023

4.1.1 Pengerusi membentangkan tentang semua aktiviti yang dijalankan oleh Unit
kurikulum sepanjang tahun 2022/2023

4.1.2 Pengerusi menerangkan secara terperinci setiap aktiviti yang dijalankan dan
aktiviti tambahan yang tiada dalam takwim sekolah seperti perasmian surau baru.

Makluman : semua guru

4.2. E- RPH

4.2.1 Pengerusi meminta semua guru untuk melengkapkan RPH masing – masing
dan mencatat setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi persekolahan 2022/2023

Tindakan: semua guru

4.3 Scoreboard SKLM

4.3.1 semua guru matapelajaran perlu mengisi dan mengemaskini scoreboard


sekolah

4.3.2 Guru – guru diminta untuk menyiapkan dalam kadar segera agar cuti guru tidak
terganggu.

Tindakan: semua guru

4.4 Takwim Awal Persekolahan

4.4.1 Semua guru perlu hadir ke sekolah seminggu awal sebelum pembukaan
sekolah

4.4.2 Pada 13 Mac 2023 akan diadakan mesyuarat Pengurusan, Kewangan, PSO,
TS25, halatuju dan Kurikulum .

4.4.3 Pada 14 Mac 2023, akan diadakan Mesyuarat HEM, Kokurikulum dan
mesyuarat Panitia bil 1/2023

4.4.4 Pada 15 Mac 2023, akan diadakan Jualan buku, Transisi dan Taklimat Tahun 1
serta Pemakluman TS25 kepada ibu bapa.

4.4.5 Pada 16 Mac 2023, akan diadakan aktiviti pengurusan kelas, mengecat bilik
darjah dan bilik – blik khas.

Tindakan: semua guru


5.0 HAL – HAL LAIN

5.1 Pengerusi mengumumkan guru kelas bagi setiap kelas tahun 1 hingga tahun 6.

5.2 Aktiviti pertukaran kelas akan dilaksanakan pada 15 Februari 2023.

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi

Disediakan oleh,

SETIAUSAHA
Mesyuarat Kurikulum Bil 4 / 2022
SK Ladang Mutiara

Tarikh : 14 Februari 2023

You might also like