You are on page 1of 10

LAPORAN MAJLIS AKHIR TAHUN DAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN

KASIH

SK TELOI KANAN

TAHUN 2021

1.0 Nama Program


LAPORAN MAJLIS AKHIR TAHUN DAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

2.0 Pengenalan

Majlis akhir tahun dan sanjungan budi lambaian kasih adalah aktiviti yang dijalankan pada setiap hujung tahun
dan setiap kali ada warga sekolah yang bersara atau berpindah dari perkhidmatan  di sekolah ini sama ada
guru mahu pun staf sekolah.  Melalui aktiviti yang dijalankan, ia merupakan satu acara bagi menghargai warga
kerja yang telah lama berkhidmat di sekolah dan diberikan penghargaan untuk memaklumkan kepada semua
warga sekolah bahawa perkhidmatan mereka telah berakhir di SK Teloi Kanan.

Melalui program yang dijalankan, ia dapat memupuk sifat menghargai orang lain, mengambil tahu dan
meraikan seseorang pada hari yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang
dikenang sepanjang masa. Secara tidak langsung, diharapkan majlis ini dapat memberikan impak kepada
golongan muda agar sentiasa bekerja dengan tekun dan ikhlas agar sentiasa menjadi contoh agar diri
dihargai sehingga ke hari terakhir perkhidmatan mereka. Malah mereka juga masih boleh memberi
sumbangan kepada komuniti walaupun mereka sudah bersara atau telah berpindah ke sekolah lain

3.0 Anjuran
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan

4.0 Tarikh
08 Disember 2021 (Rabu)

5.0 Masa
2.00 petang

6.0 Tempat
Rimbun D’Teloi SKTK
7.0 Aturcara Program
1. Pendaftaran
2. Bacaan doa
3. Ucapan guru besar
4. Ucapan yang diraikan
5. Penyampaian Hadiah
6. Upacara Potong Kek
7. Jamuan
8. Cabutan Bertuah
9. Bersurai

8.0 Laporan Aktiviti Bergambar


Rujuk Lampiran
LAPORAN MAJLIS AKHIR TAHUN DAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN

KASIH

SK TELOI KANAN

TAHUN 2021

Pada hari Rabu, 08 Disember 2021 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan telah mengadakan majlis
akhir tahun dan majlis perpisahan kepada guru dan staf yang telah berpindah. Sambutan tersebut diadakan di
Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan bertempat di Rimbun D’Teloi mengikut SOP yang telah ditetapkan
disebabkan wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara masa kini.

Semua guru dan staf telah berkumpul di Kawasan Rimbun D’Teloi pada jam 2.00 petang. Majlis
dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis. Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa oleh
Ustaz Mohd Danin. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pn Razah Bt Dollah, PK Kurikulum SK
Teloi Kanan menggantikan guru besar yang tidak dapat hadir ke majlis kerana ada urusan. Majlis diteruskan
dengan ucapan oleh tetamu jemputan.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada guru dan staf yang telah
berpindah. Sekali lagi majlis diserikan dengan upacara pemotongan kek oleh yang diraikan pada hari ini.
Seterusnya, semua tetamu dijemput menjamu selera. Majlis kemuncak adalah upacara cabutan bertuah
kepada semua tetamu yang hadir.

Pada jam 3.30 petang, majlis bersurai dengan lambaian kasih oleh warga SK Teloi Kanan kepada
tetamu jemputan.

Disediakan Oleh;

………………………….
Siti Mawarni bt Murat
Setiausaha Dokumentasi
SK Teloi Kanan

LAP
OR
AN
AKT
LAMPIRAN BERGAMBAR
LAMPIRAN BERGAMBAR
LAMPIRAN BERGAMBAR
LAMPIRAN BERGAMBAR
LAMPIRAN BERGAMBAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SIDAM KIRI
09400 PADANG SERAI Z955
KEDAH DARUL AMAN

LAPORAN MAJLIS

SANJUNGAN BUDI

KILAUAN BAKTI

TAHUN 2021
TARIKH
08 DISEMBER 2021 (KHAMIS)
TEMPAT
RIMBUN D’TELOI SKTK
ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM SK TELOI
KANAN

You might also like