You are on page 1of 4

SAMBUTAN HARI

KANAK-KANAK

TARIKH : 9 DISEMBER 2022


MASA : 7.30 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
ANJURAN : SJKC SAM YOKE

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Penghargaan

2.0 Pengenalan

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Kumpulan Sasaran

6.0 Laporan Aktiviti

7.0 Lampiran

2
LAPORAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
SJKC SAM YOKE, KUALA LUMPUR.

1.0 Penghargaan

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah berlangsung pada 9 Disember 2022
bersamaan dengan hari Jumaat bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 11.30 pagi
Aktiviti ini telah disertai semua warga SJKC Sam Yoke pada tahun 2022.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir
sekolah atas kerjasama dan sokongan bagi menjayakan sambutan Hari Kanak-kanak ini.
Malah , penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru,murid-murid dan pembantu-
pembantu pengurusan murid yang telah memberi kerjasama.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah
berusaha keras dalam menjayakan kelancaran perjalanan majlis ini. Terima kasih juga
diucapkan kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atas
sokongan dan kerjasama yang diberi.

Semoga dengan sokongan semua pihak, sekolah ini akan menjadi lebih
cemerlang pada masa akan datang.

2.0 Pengenalan

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan
meminta semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai“ Satu Hari  Bagi Persaudaraan
Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak ”. Malaysia adalah di antara 150 buah
negara yang menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun.
Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan
kanak-kanak, pihak sekolah di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit
Bimbingan & Kaunseling turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.
Pada tahun ini, pihak sekolah meraikan murid-murid bersama aktiviti yang
dilaksanakan.Antara aktivti yang dijalankan ialah Persembahan Murid,Permainan
Bubbles,Pertandingan Kostum dan Pemberian Goodies Bag.

3.0 Matlamat

Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk
menyambut Hari Kanak-kanak bersama rakan sebaya.

4.0 Objektif
4.1 Menghargai peranan dan sumbangan murid di sekolah.
4.2 Meraikan murid sempena Hari Kanak-kanak dengan menghiburkan mereka
4.3 Mewujudkan suasana sekolah penyayang.
4.4 Mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara hak kanak-kanak.
4.5 Menimbulkan rasa seronok dan gembira dalam kalangan murid.

5.0 Kumpulan Sasaran

Murid-murid a SJKC Sam Yoke.


3
6.0 Laporan Aktiviti

Pada 9 Disember 2022, SJKC Sam Yoke telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak
pada peringkat sekolah.

Sambutan Hari Kanak-Kanak bermula dengan nyanyian lagu Negaraku,


LaguWilayah Persekutuaan dan lagu sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan
Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ,Puan Tay Mee Hwa.Seterusnya, ucapan
disampaikan oleh Naib Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah merangkap Yang Dipertua
PIBG iaitu Encik Ng Chee Fian.Ucapan yang terakhir disampaikan oleh Guru Besar
SJKC Sam Yoke, Dr Lo Yoon Mee.

Sambutan Hari Kanak-Kanak diteruskan dengan nyanyian lagu Hari Kanak-


Kanak.Bagi sesi persembahan murid, murid arus perdana tampil ke pentas untuk
menyampaikan tarian mereka.Malah,murid speech & drama SJKC Sam Yoke telah
membuat lakonan.Tidak terkecuali,murid PPKI juga diberi peluang untuk membuat
persembahan tarian. Hadiah telah diberi oleh para tetamu kehormat bagi Pertandingan
Kostum Hari Kanak-Kanak. Lembaga LPS dan PIBG telah menyampaikan
goodies bag kepada semua murid bersempena dengan Hari Kanak-Kanak.Warga sekolah
serta tetamu kehormat telah berkumpul di depan dewan kereta untuk permainan
‘bubbles”.Sesi fotografi juga diadakan apabila semua murid ,para guru dan tetamu
kehormat berkumpul dalam dewan setelah permainan bubbles selesai.Kemudian, murid
telah bersurai dari dewan dan jamuan kelas diadakan di kelas masing-masing.

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru
dan murid SJKC Sam Yoke yang telah menjayakan sambutan dan aktiviti sempena
Hari Kanak – Kanak 2022.Sambutan Hari Kanak-Kanak ini secara tidak langsung telah
menggembirakan hati murid-murid di samping memberi penghargaan kepada
mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________             ______________ ________________

(CIK ARCHANAH) (EN LOO SIN HUI) (DR LO YOON MEE)


PK KO GURU BESAR
                                                SJKC Sam Yoke SJKC Sam Yoke

You might also like