You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN MUDZAFFAR SHAH

LOG LAPORAN AKTIVITI

TARIKH 30 OGOS 2022 HARI SELASA

MASA 12.30 PM

PROGRAM SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK 2022 ( AMBANG KEMERDEKAAN )

FOKUS PEMBANGUNAN DAN SAHSIAH DIRI MURID

TEMPAT DEWAN SULTAN MUDZAFFAR SHAH

ANJURAN UNIT KOKURIKULUM

KERJASAMA PUSAT SUMBER SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH


PANITIA SEJARAH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PANITIA PSV
PANITIA MUZIK
PANITIA BAHASA MELAYU
PANITIA SENI
PANITIA P. JASMANI DAN KESIHATAN
PANITIA RBT
PANITIA BAHASA INGGERIS
PANITIA MATEMATIK

SASARAN SEMUA MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 HINGGA 6

PENCERAMAH/JEMPUTAN PUAN SITI BALKIS BINTI OTHMAN


PENOLONG PPD, PPP SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KMY

KOS/BELANJAWAN Rujuk Kertas Kerja Program Sambutan Bulan Patriotik 2022

RUJUKAN/BAHAN 1. Laporan dan dokumentasi bergambar


2. Kertas Kerja Program

OBJEKTIF 4.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar
supaya terus berkekalan
4.2 Mencetus dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan
walaupun sambutan dibuat dari rumah dengan suasana pandemik yang memerlukan
pengorbanan daripada semua pihak.

4.3 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan antara murid, waris serta pihak
sekolah,seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat

4.4 Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan pelbagai kreativiti dalam


meraikan bulan kemerdekaan tanpa sempadan.

KELEMAHAN Pihak Jawatankuasa perlu berbincang dan bermesyuarat serta membahagikan tugas-tugas
sebelum program dijalankan.

Masalah yang dihadapi adalah program ini yang bertindih dengan program lain.

KEKUATAN Penyertaan dari murid amat menggalakkan dan memberangsangkan.

Murid memberi kerjasama dan perhatian terhadap program yang dijalankan oleh pihak
sekolah.

CADANGAN Semua guru memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan sambutan Bulan
Patriotik tersebut.

LAPORAN AKTIVITI Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengambil peluang menghayati
makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya
sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata namun ianya adalah detik
negara tercinta kita bebas daripada cengkaman penjajah dan
memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri.

Sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia ke-65 bagi tahun 2022 ini,
kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi
menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi
semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Bertemakan Hari Kebangsaan Tahun 2022, “ #Keluarga Malaysia Teguh


Bersama”, ianya menepati dengan situasi semasa Malaysia yang
menunjukkan keprihatinan kerajaan serta rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, bersama-sama bersungguh dan tabah menghadapi cabaran dan
dugaan berhadapan dugaan wabak COVID-19.

Oleh itu sambutan kemerdekaan diadakan diperingkat sekolah untuk memupuk semangat
patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan Negara serta berusaha
mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai sehingga ke hari ini.

Pihak sekolah telah mengadakan sambutan Ambang Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
pada 30 Ogos 2022 yang telah dirasmikan oleh Puan Siti Balkis Binti Othman selaku wakil
dari Pejabat Pendidikan Daerah KMY.

Selain itu, penglibatan dan kerjasama yang prihatin dari waris dan PIBG sekolah sangatlah
memberansangkan dan memeriahkan lagi sambutan ambang merdeka peringkat sekolah
tahun ini.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan
yang telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah dan Pusat Sumber Sekolah. Antaranya ialah,
pertandingan mewarna poster, melukis poster, basikal berhias, membaca pantun,
deklamasi sajak merdeka, pakaian beragam patriotik dan nyanyian solo patriotik.

Majlis tersebut telah disambut meriah oleh seluruh warga sekolah dengan semua warga
sekolah memakai pakaian yang bertemakan hari kemerdekaan. Selain itu, nyanyian lagu
patriotik turut didendangkan dan dinyanyikan beramai-ramai.

Semoga dengan penganjurannya kita dapat menghayati erti kemerdekaan dan perjuangan
yang sebenar dalam konteks kehidupan kita sekarang.

Sekian, MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

ULASAN GURU BESAR _______________________________________________________


___________________________________________________

DI SEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

…………………………….... ……………………………………………………..
( NOR AZALIAH BT ZUKI) (EN MOHAMAD NOOR BIN AHMAD)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Sultan Mudzaffar Shah. SK Sultan Mudzaffar Shah.

DISAHKAN OLEH,

..........................................
(ISMAIL BIN JEMALUDIN)
Guru Besar
SK Sultan Mudzaffar Shah.

You might also like