You are on page 1of 2

1.

0 PENDAHULUAN
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan dengan kerjasama Panitia Sejarah, Panitia
Pendidikan Seni Visual, Panitia Muzik, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi, Panitia, Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
Panitia Agama Islam dan Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan sambutan Bulan
Merdeka bagi menyemarak semangat kecintaan warga Sekolah Kebangsaan pada
tanahair tercinta. Justeru itu, Unit Kokurikulum, Panitia Matapelajaran dan PSS akan
mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti bersempena sambutan Hari
Kebangsaan yang bertemakan “Malaysia Prihatin”. Malaysia Prihatin membawa
pengertian kesepaduan selrruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira
peringkat masyarakat serta kepedulian kerajaan melalui inisiatif prihatin yang
mengutamakan kesejahteraan rakyat.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama sambutan kemerdekaan ini adalah untuk memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan serta meningkatkan kesedaran
dan tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan bagi
menuntut kemerdekaan. Di samping itu, pertandingan yang akan dianjurkan di peringkat
sekolah dapat mencungkil bakat-bakat terpendam murid-murid Sekolah Kebangsaan.
Hal yang demikian, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mewakili dan mengharumkan nama sekolah ke pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan oleh PKG, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
negara.
3.2 Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
3.3 Murid-murid dapat mengamalkan hidup norma baharu dalam memerangi COVID-
19 dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
3.4 Mewujudkan persekitaran sekolah sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang
dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
3.5 Melahirkan masyarakat prihatin dan sifat kepedulian dalam kalangan masyarakat
setempat.
3.6 Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

1
4.0 PENGANJURAN
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan dengan kerjasama Panitia Sejarah, Panitia
Pendidikan Seni Visual, Panitia Muzik, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi, Panitia, Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
Panitia Agama Islam dan Pusat Sumber Sekolah

5.0 TARIKH
Bermula 27 Ogos 2020 sehingga 20 September 2020.

6.0 PENGLIBATAN
Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan.

7.0 STRATEGI
Aktiviti sempena bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan semua murid
secara menyeluruh. Oleh itu, satu jadual pelaksanaan akan dirangka yang melibatkan
semua bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran
dan pembelajaran.

8.0 CADANGAN AKTIVITI DAN JADUAL PELAKSANAAN

You might also like