You are on page 1of 9

LAPORAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH 2022
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE - 65

SJKC JINJANG TENGAH 1, JALAN PERMAI 8

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM

DENGAN KERJASAMA

PANITIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PANITIA PENDIDIKAN


MUZIK SERTA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENDAHULUAN
Unit Pentadbiran Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan
Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik serta Panitia Pendidikan Moral telah
mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SJKC Jinjang Tengah 1
bagi tahun 2022. Justeru, pihak Unit Pentadbiran Kokurikulum dan panitia telah
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65
bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Sambutan Kemerdekaan ini
melibatkan murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta seluruh warga sekolah.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat
dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat
patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan
guru-guru SJKC Jinjang Tengah 1.

2.0 MATLAMAT
 Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi
memupuk semangat patriotisme di kalangan murid-murid dan guru-guru SJKC Jinjang
Tengah 1 serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan
sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih
kemerdekaan. Selain itu, pertandingan turut dianjurkan di peringkat sekolah supaya
dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SJKC Jinjang Tengah 1 secara
menyeluruh. Secara tidak langsung, para guru dapat mengenal pasti potensi murid
yang mampu mengharumkan nama baik SJKC Jinjang Tengah 1 di peringkat yang lebih
tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF
i. Menyemai semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
ii. Menanam sikap sayang dan cinta akan sekolah dan seterusnya negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta
menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan
Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa
pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima
kasih atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan
dengan penonton.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman
masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 ANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah, Panitia


Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik serta Panitia Pendidikan Moral
bersama-sama guru-guru SJKC Jinjang Tengah 1.

5.0 TARIKH
Sempena Bulan Kemerdekaan dari 2 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru serta warga sekolah SJKC Jinjang Tengah 1.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini telah melibatkan


penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan telah
dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan
dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Sejarah, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Moral.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. - ‘Tanggal 31’ Muzik Lagu patriotik diajarkan Sepanjang Bulan
- ‘Jalur Gemilang’ --- pada waktu Muzik. Kemerdekaan
Nyanyian Lagu
Patriotik oleh semua
murid (di kelas
masing-masing)
2. Menghasilkan Mahkota Panitia Seni Semua murid sekolah 2 Ogos 2022 -
Visual
Cintai Negara melaungkan syarat 30 Ogos 2022
tangan semasa
nyanyian lagu Patriotik.
3 Membuat pertunjukkan Panitia Sejarah Semua murid 30 Ogos 2022
fesyen pakaian tradisional
4 Pertandingan kuiz Panitia Semua murid 30 Ogos 2022
Pendidikan
Moral
5. Sambutan Hari Panitia Sejarah Semua murid 30 Ogos 2022
Kemerdekaan Ke-65
i. Nyanyian lagu
patriotik
ii. Pengumuman
keputusan
pertandingan fesyen
iii. Laungan x7 kali
merdeka

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Pertandingan Kuiz 39 X RM 4.50 RM 175.50

2. Menghasilkan Kraftangan Cintai 18 X RM 4.50 RM 81.00


Negara

3. Pertandingan Membuat Kad 21 X RM 4.50 RM 94.50


Rukun Negara

4. Pertandingan Membuat PPT 12 X RM 4.50 RM 54.00

JUMLAH RM 405.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN


KEMERDEKAAN

Pengerusi Pn. Foo Vooi Vooi (Guru Besar SJKC Jinjang Tengah 1)

Penyelaras Pn. Tan Cor Ann (GPK Kokurikulum)

Setiausaha Cik Woo Siew Foon

Pengacara Majlis Cik Tan Poh Ching

Dokumentasi En Pua Hock Siong

Hasil Kraftangan Cintai Pn Ong Sheau Yen & Guru Panitia Moral
Negara
Fotografi Cik Lo Xiao Jing

P.A Sistem & Muzik En. Wong Munn Wai

Persembahan 1) Cik Lim Siow Chin & Pn. Tan Poh Choo
2) Pn Chong Sook Feir & Pn. Lee Li Peng
3) Pn Shoong Chooi Leng

Kawalan Disiplin Pn Wong Yoke Maan, En Vincent Kua


Kuiz Kemerdekaan En Looi Fong Yeng
Hadiah Cik Tan Ging Shun, Pn Lim Tien Ying
Pertunjukan Fesyen Cik Woo Siew Foon

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


Masa Aturcara Majlis
9.00 pagi Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah

Perutusan Perdana Menteri (En Kamal)

Ucapan Pn. Wong Kim Leng ( Pengerusi PIBG)

UcapanPn. Foo Vooi Vooi ( Guru Besar SJKC


Jinjang Tengah 1)

Kuiz Kemerdekaan

Pertunjukkan Kemerdekaan 1 – Fesyen Show

Pertunjukkan Kemerdekaan 2 – Action Song


(Tanggal 31)

Pertunjukkan Kemerdekaan 3 – Lagu ‘Gunakan


Cuaca Malaysia menyampaikan cintaku” (BC)

Laungan 7X Merdeka!

Nyanyian Lagu Patriotik

Pengumuman keputusan pertandingan

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SJKC Jinjang Tengah 1 ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah
yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan
lagi semangat permuafakatan sesama murid sekolah ini. Warga SJKC Jinjang
Tengah 1 juga dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui program itu di
samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.
“Malaysia Prihatin”

LAMPIRAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

LAPORAN PEMANTAUAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN ke-65 (Tahun 2022)


1. Tajuk Program SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN – MALAYSIA PRIHATIN

2. Tarikh Pelaksanaan 30 OGOS 2022

3. Masa Pelaksanaan 8:00a.m. – 10:00a.m.

3. Aktiviti yang 1. Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SJKC JINJANG TENGAH 1


dijalankan
2. Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.

4. Masa pelaksanaan : 800a.m. – 10:00a.m.

5. Sambutan Hari Kebangsaan dijalankan di Dewan Besar Sekolah

4. Hasil Tanda ( / ) dalam ruangan yang berkenaan sahaja

4.1 Dapat dilaksanakan Ya ( √ ) Tidak ( )

4.2 Ulasan : a) Kebanyakan murid aktif dalam semua aktiviti.

b) Satu platform yang baik untuk menyemaikan perasaan citai negara.

c) Guru menerapkan unsur cintai akan negara .

5. Cadangan untuk Penambahbaikan :

a) Program mula dengan tepat masa.


b) Cara video masih boleh ditambahbaikkan.
c) Background guru digalakkan menukar kepada background yang bersesuaian dengan
tema program.

2021 年增江中区(一)校国庆日职务表

Jadual Tugas Perayaan Hari Kemerdekaan


日期:2021 年 8 月 30 日(星期一)

时间:上午 9:00 时 地点:谷歌视讯会议

顾问 :符薇薇校长

策划 :陈国恩副校长

司仪 :李慧珊

国歌、校歌及爱国歌曲 :黄雨文

国庆及历史短片 :吕方贤

音响 :黄文威

制作演示文稿 历史科老师

制作国庆手工 低年级:道德科老师

纠察 (Disiplin) :-

摄影 :潘福祥

You might also like