You are on page 1of 9

ASRAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SENIBAI

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA SAMBUTAN

BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT

ASRAMA SK SENBAI

TAHUN 2023

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE - 66

MALAYSIA MADANI
TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN
ANJURAN :

UNIT ASRAMA SK SENIBAI


1.0 PENDAHULUAN

Unit asrama, Sekolah Kebangsaan Senibai (SKS) akan mengadakan aktiviti


bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Asrma Sekolah Kebangsaan Senibai bagi
tahun 2022. Justeru, pihak asrama akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti
sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 bertemakan ‘ MALAYSIA MADANI,
TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN ’. Sambutan Kemerdekaan ini
melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua penghuni asrama iaitu dari Tahun
1 hingga Tingkatan 5. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai
pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra
dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Senibai.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Kemahang 1 serta meningkatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai
pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan dalam
peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK
Kemahang 1 secara menyeluruh. Di samping itu, para guru dapat mengenal pasti
potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Kemahang 1 di peringkat
yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF
i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA
ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN
Panitia Sejarah Sekolah Kebangsaan Kemahang 1 (SKK1) dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Kesenian, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik bersama-sama
guru-guru Sekolah Kebangsaan Kemahang 1.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kebangsaan dari 16 Ogos 2019 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 16 September 2019.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Kemahang 1. (Termasuk guru dan murid
Pra Sekolah)

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Kesenian, Pendidikan Seni Visual dan
Pendidikan Muzik.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Pelancaran mengibarkan Jalur Sejarah, Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - Pendidikan Seni sekolah. Ogos
Menghiasi persekitaran Visual dan Muzik
sekolah dengan Jalur / Tapak
Gemilang , poster Perhimpunan
Kemerdekaan dan lain-lain

2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Mewarna: 26 Ogos 2019


Visual / Kantin .Pra Sekolah (Isnin)
.Tahap I ( Tahun 1-3) 11.45 pg-1.15 tgh
Melukis Logo:
.Tahap 2 (Tahun 4 dan 5)
#Guru-guru Pendidikan
Seni Visual.
3. Pertandingan Menghias Kelas Sejarah / Kelas Semua murid dan semua 25 Ogos- 11 Sept
(mengikut tema masing-masing guru kelas. 2019
Kemerdekaan) Hakim Pertandingan:
Pentadbir
4. Nyanyian Lagu Patriotik Muzik / Tapak Semua murid dan semua Sepanjang Bulan
oleh semua murid (pada Perhimpunan guru. Kemerdekaan
waktu perhimpunan Lagu Tema: Malaysia
pagi ) Bersih
5. Pertandingan Rekacipta Pendidikan Seni Murid Tahun 4 dan 5 27 Ogos 2019
Mercu Tanda Negara Visual dan (antara kumpulan) (Selasa)
Sejarah

6. Pertandingan Deklamasi Bahasa Melayu / Murid Tahap 2 28 Ogos 2019


Sajak Merdeka Speakers Corner (Terbuka) (Rabu)

7. Pameran Merdeka (Sudut PSV dan Sejarah AJK Sambutan dan Sepanjang Bulan
Sejarah) Perayaan Kemerdekaan
8. Tayangan video sempena Sejarah Tayangan filem bertemakan 29 Ogos 2019
bulan kemerdekaan kemerdekaan dan (Khamis)
patriotism.
9. Majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan Ke-62 -Laluan akan yang 12 September 2019
i. Perarakan Merdeka  Sekitar Felda
ditetapkan oleh (Khamis)
ii. Kayuhan Merdeka Kemahang 1
iii. Perhimpunanan Khas Jawatankuasa Perarakan .
 Acara dewan
iv. Deklamasi Sajak -Deklamasi Sajak dari
Patriotik
pemenang pertandigan
v. Persembahan Patriotik
vi. Pertandingan Kostum -Persembahan Patriotik dari
Kebangsaan setiap Tahap (1-6)
-Wakil dari setiap kelas

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanjaan
1. Hadiah

i. Pertandingan Mewarna - Tahap 1


(Set Alat Tulis)
i. Pertama (3 tahun) RM 5 × 3
ii. Kedua (3 tahun) RM 3 × 3 RM 30.00
iii. Ketiga (3 tahun) RM 2 × 3

ii. Pertandingan Melukis - Tahap 2


Logo i. Pertama (3 tahun) RM 5 × 3
(Set Alat Tulis) ii. Kedua (3 tahun) RM 3 × 3 RM 30.00
iii. Ketiga (3 tahun) RM 2 × 3

iii. Pertandingan Menghias Bendera setiap kelas


Kelas. - Tahun 1 RM 50 × 2
- Tahun 2 RM 50 × 2
- Tahun 3 RM 50 × 2 RM 500.00
- Tahun 4 RM 50 × 2
- Tahun 5 RM 50 × 2

Hadiah / Hamper
(Hamper) Tahap 1
i) Pertama RM 30 RM 50.00
ii) Kedua RM 20

Tahap 2
i) Pertama RM30 RM 50.00
ii) Kedua RM20

iv. Pertandingan Fesyen - Pertama RM 8


Merdeka - Kedua RM 7 RM 29.00
(Alat Tulis) - Ketiga RM 5
- Sagu Hati RM 3 (3×)

- Pertama
v. Pertandingan Basikal RM 8
- Kedua
Berhias RM 7 RM 20.00
- Ketiga
(Alat Tulis) RM 5

i. Pertama
vi. Pertandingan
(Tahap 1 dan tahap 2)
Deklamasi Sajak RM 5 × 2
Kemerdekaan ii. Kedua RM 20.00
(Tahap 1 dan tahap 2) RM 3 × 2
(Alat Tulis) iii. Ketiga
(Tahap 1 dan tahap 2) RM 2 × 2

vii. Pertandingan Rekacipta Hadiah / Hamper


monumen kebanggaan i. Pertama RM 30
Negara ii. Kedua RM 20 RM 65.00
(Hamper) iii. Ketiga RM 15

2. Bendera Malaysia

i. Bendera Kecil 360 × RM 1.00 RM 360.00


(Lambaian Merdeka)

ii. Bendera besar 10 × RM 5.00 RM 50.00

iii. Tiang Bendera 10 × RM 5.00 RM 50.00

3. i) Banner RM 100.00 RM 100.00

ii) Bunting 2 × RM 30.00 RM 60.00

4. Makan Minum 232 x RM 3.00 RM 696.00

Jumlah RM 2110.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN


KEBANGSAAN
Sila rujuk Lampiran 1
11.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Kemahang


1 ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Semoga semua warga SK
Kemahang 1 dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di
samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cintakan Negara Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. …………………………………….

NIK AMIN B. NIK DAUD WAN RAZITA BT. WAN DAUD

Ketua Panitia Sejarah Guru Besar


SK Kemahang 1 SK Kemahang 1
17510 Tanah Merah, 17510 Tanah Merah,
Kelantan. Kelantan.

You might also like