You are on page 1of 11

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2019
SAMBUTAN KEMERDEKAAN HARI KEMERDEKAAN KE -62

PERINGKAT SEKOLAH 2019

SAYANGI MALAYSIA KU:


MALAYSIAKU BERSIH

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM


DENGAN KERJASAMA
PUSAT SUMBER SEKOLAH
PANITIA SEJARAH
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

1
1.0 PENDAHULUAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum serta Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan


Sungai Lembing dengan kerjasama Panitia Sejarah akan mengadakan aktiviti bulan
kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing bagi tahun
2019. Justeru, pihak Panitia dan PSS akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti
sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 bertemakan SAYANGI MALAYSIA
KU: MALAYSIAKU BERSIH. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra
Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai
pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra
dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai
Lembing.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing serta meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan
pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran
dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK
Sungai Lembing secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti
potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Sungai Lembing di
peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan
daerah.

2
3.0 OBJEKTIF

i. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
ii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iii. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
v. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vi. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
vii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
viii. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
ix. Mencungkil bakat pelajar.
x. Menguji pengetahuan am para pelajar
xi. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiii. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xiv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Ketua
Panitia Sejarah dan Panitia Pendidikan Seni Visual bersama-sama guru-guru Sekolah
Kebangsaan Sungai Lembing.

3
5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 16 Ogos 2019 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 20 September 2019.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid, guru dan komuniti Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual,dan Pusat Sumber Sekolah.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia Perincian Cadangan Tarikh

1. Pelancaran Bulan Su Kokurikulum Semua Murid Dan Guru 6 Ogos 2019

4
Kemerdekaan Berhimpun Di Dewan
2. Pertandingan Menghias Kelas Pusat Sumber Semua Murid Dan Semua Sepanjang Bulan
Guru Kelas. Kemerdekaan
3. Nyanyian Lagu Patriotik Guru Bertugas Semua Murid Dan Semua Sepanjang Bulan
(Pada Waktu Perhimpunan) Guru. Kemerdekaan
4. Kibaran Jalur Gemilang Pekerja Sekolah Menghiasi Persekitaran Sepanjang Bulan
Sekolah Dengan Jalur Kemerdekaan
Gemilang
5. Pertandingan Buku Skrap Bahasa Inggeris Tahap II 12-19 September
2019
6. Sambutan Hari Kemerdekaan Pusat Sumber / Semua Murid Dan Guru 30 Ogos 2019
Ke-62 Dan Solat Hajat Sejarah / Berhimpun Di Surau Dan
Perdana UPSR Penyelaras Tahun
Dewan
6

7. Pertandingan Pakaian Pra Sekolah Semua Murid Pra Sekolah 30 Ogos 2019
Merdeka
8. Pertandingan Basikal Berhias Sejarah Semua Murid Sekolah 30 Ogos 2019

9. Pertandingan Melukis Poster Pendidikan Seni Tahap II 30 Ogos 2019


Kemerdekaan Visual

10. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Tahap I , Pra Sekolah Dan 30 Ogos 2019
Visual Pendidikan Khas
11. Perhimpunan Hari Malaysia / Pusat Sumber / Semua Murid Dan Guru 20 September 2019
Majlis Penutupan Hari Sejarah Berhimpun Di Dewan
Kemerdekaan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Aktiviti Bilangan hadiah Kos Anggaran
Perbelanj
aan

5
1. Hadiah
Tahun 1
i. Pertandingan - Pertama RM 7
Mewarna - Kedua RM 6 RM 18
- Ketiga
RM 5

Tahun 2
- Pertama
- Kedua RM 7
- Ketiga RM 6
RM 5 RM 18

Tahun 3
- Pertama
- Kedua
- Ketiga RM 7
RM 6
RM 5 RM 18
ii. Pertandingan Tahun 4
- Pertama
Melukis Poster
- Kedua
- Ketiga
RM 7
RM 6
Tahun 5 RM 5 RM 18
- Pertama
- Kedua
- Ketiga

Tahun 6 RM 7
- Pertama RM 6
RM 5 RM 18
- Kedua
- Ketiga
-
PPKI RM 7
- Pertama RM 18
RM 6
- Kedua
- Ketiga RM 5
- Tahap I
- Tahap II
RM 7
iii. Pertandingan RM 6
Menghias Kelas - Pertama RM 5 RM 18
- Kedua
- Ketiga RM 60
RM 30 x 2
iv. Pertandingan
Basikal Berhias

6
RM 7 RM 18
RM 6
RM 5

Jumlah RM 204 .00

7
10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN
KEMERDEKAAN
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Tuan Haji Shari B. Muda
Timbalan Pengerusi : En. Azman Mat Yasin
Naib Pengerusi 1 : Pn Indah Seri Bt Ismail
Naib Pengerusi 2 : Pn Raunah Bt Ibrahim
Setiausaha : En. Mohd Khalis b. Mohd Ariffin

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

HAKIM PERTANDINGAN PENGACARA MAJLIS


- Pn Fazliyatul Nadiah - Pn Norzyalina/Guru Bertugas
(Pakaian Paling Patriotik)
-En Mohd Azarudin AJK SIARAYA/LCD
(Basikal Paling Patriotik) - En Mohd Shahrul Ridzuan
- Pn. Aisyah
(Kelas Paling Patriotik)
- En. Rozidan AJK PERSIAPAN TEMPAT
( Pertandingan Buku Skrap) - En Muhamad Iswadi
- Pn Husna Hadirah - En Mohd Azman
(Pertandingan Mewarna) - Pn Zainoriah Bt Ibrahim
-Pn. Natrah Bt Jusoh
AJK HADIAH
-Noor Azniera BACAAN DOA
-Pn Norlaila - En. Mohd Azman

DOKUMENTASI/PELAPORAN/BROSUR PERSEMBAHAN
- Pn. Nurul Huda - Pn. Suraisya Hanim

AJK KAWALAN MURID/JURUGAMBAR


Semua Guru
11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

11.1 ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 5/8/2019 (Isnin)

Masa : 7.45 pagi – 8.45 Pagi

Tempat : Dewan Za’aba

7.45 pagi : Murid berkumpul di dewan

8
: lagu negaraku

: Lagu Negeri Pahang

: Lagu Sekolah

: Bacaan Doa

: Ucapan Guru Bertugas

: Tayangan Video Pendek Kemerdekaan

: Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

: Gimik Pelancaran

: Penyerahan Jalur Gemilang kepada setiap wakil kelas

: Nyanyian lagu-lagu patriotik

- Tanggal 31
- Keranamu Malaysia
- Jalur Gemilang
- Lagu Tema : Malaysiaku Bersih

9.00 Pagi: Tamat

11.2 MAJLIS AMBANG MERDEKA DAN SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

Tarikh : 30/8/2019 (Jumaat)

Masa : 7.45 pagi – 12.05 tgh

Tempat : Dewan Za’aba

7.45 Pagi : Murid Tahun Tahap I, Tahap II dan PPKI Berkumpul Di Dewan.

: Solat Hajat

: Bacaan Yaasin
9
: Titisan Ilmu (Tahun 5 dan 6)

: murid prasekolah, murid pkki dan murid tahun 1- 4 masuk kelas ( aktiviti seni )

 Pertandingan Mewarna
 Pertandingan Melukis Poster

10.00 Pagi : Rehat

10.30 Pagi : Semua Murid Berkumpul Di Dewan ( Sambutan Ambang Kemerdekaan )

: Aluan Pengerusi Majlis

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Nyanyian Lagu Negeri Pahang

: Nyanyian Lagu Sekolah

: Lagu Tema Kemerdekaan : Malaysiaku Bersih

: Bacaan Perutusan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-62

: Persembahan Murid

: Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik

o Tanggal 31
o Keranamu Malaysia
o Jalur Gemilang
o Saya Anak Malaysia

: Pertandingan Pakaian Merdeka

: Pertandingan Basikal Berhias

12.05 tgh : Majlis Bersurai

*Pertandingan melukis postur bagi Tahun 5 dan 6 ditaangguhkan pada waktu seni mengikut jadual
kelas masing-masing.

11.3 MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN

Tarikh : 20/9/2019 (Jumaat)


Masa : 7.45 pagi – 12.05 tgh
Tempat : Dewan Za’aba
7.45 pagi : Murid Tahun Tahap I, Tahap II dan PPKI Berkumpul Di Dewan.

:Penyampaian Hadiah
 Pertandingan Fesyen Merdeka
 Pertandingan mewarna
 Pertandingan Melukis Poster
 Pertandingan Buku Skrab
10
 Pertandingan Basikal Berhias
 Pertandingan Kelas Ikon Kemerdekaan
:Penutup

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Sungai Lembing dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh Disemak oleh

_________________ _________________

(MOHD KHALIS B. MOHD ARIFFIN) (EN. AZMAN B. MAT YASIN)


Penyelaras Sambutan Kemerdekaan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing. Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing

Diluluskan oleh,
.................................................
(TUAN HAJI SHARI B. MUDA)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing.

11

You might also like