You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN

26100 KUANTAN

PAHANG DARUL MAKMUR

___________________________________________________________________________

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA

SEMPENA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-63 (2020)

PERINGKAT SEKOLAH

‘Malaysia Prihatin’
ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan


bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Pelabuhan. Justeru, pihak Panitia Seni
akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan
Ke-63 bertemakan “Malaysia Prihatin”. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 .
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan
memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk
memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam
kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Pelabuhan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Pelabuhan serta meningkatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai
pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan pada
peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK
Pelabuhan secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi
murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Pelabuhan di peringkat yang lebih
tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat cinta dan sayangi negara tercinta Malaysia.


ii. Menanam sikap sayang dan cinta akan sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria pada bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan akan warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Pelabuhan.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 7 hingga 11 September 2020


6.0 PENYERTAAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Pelabuhan.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Kesenian.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN

8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1.
i) Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Tahap I- Pertandingan 7-11 September
ii)Pertandingan Melukis dan Visual / Bilik mewarna 2020
Mewarna PSV/Kelas Tahap II-Pertandingan waktu subjek PSV
Tema: Kemerdekaan melukis dan mewarna (thn
Malaysia Prihatin 4,5 dan 6)

Majlis Sambutan dan Kelas Masing- Semua Murid


2. 14 September
Penutupan Hari Kemerdekaan masing
2020
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran


Hadiah Perbelanjaan

Hadiah
1. Tahap 1

Pertandingan Mewarna - Pertama RM 15 x 16


( Tahap I) - Kedua RM 12 x 16
- Ketiga RM 10 x 16
- Saguhati RM 7 x 32

RM 1479.00

Pertandingan Melukis Tahap 11


dan mewarna Poster
Merdeka - Pertama RM 15 × 13
(Tahap 11) - Kedua RM 12 × 13
- Ketiga RM 10 × 13
- Saguhati RM 7 x 26

Jumlah RM 1479.00
SUMBER KEWANGAN

Bil Mata Pelajaran Jumlah

1 Pertandingan mewarna dan melukis tahap 1 dan RM 1479.00


tahap 11

Peruntukan YKS (Pendidikan Seni)

Jumlah RM 1479.00
10.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Pelabuhan ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Pelabuhan dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh, Disemak oleh:

……………………………………. ……………………………………….

(PUAN FARAHIAH BINTI SHAMSUDIN) (ENCIK MOHD AMIR BIN HARUN)


Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Pelabuhan. Sekolah Kebangsaan Pelabuhan.

Disahkan oleh,

..........................................................
(PUAN ROSLIZAH BINTI MAHMUD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pelabuhan.
ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-63

Masa Aturcara Majlis


JUMAAT - Perhimpunan di kelas masing-masing
28 OGOS 2020 - Bacaan Yassin
7.45 pagi
- Bacaan doa

TEMPAT - Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu Negeri Pahang,


Di kelas masing-masing lagu Sekolah, lagu Jalur Gemilang, 31 Ogos dan
lagu tema ‘Malaysia Prihatin’

- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Pelancaran


Kemerdekaan.

- Gimik Pelancaran Kemerdekaan

- Lafaz ‘Rukun Negara’

- Lafaz ikrar anak merdeka

- Deklamasi Puisi Merdeka

- Nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan


jalur gemilang oleh warga SKP.

Penutup - Laungan Merdeka 3 kali


Tema Guru : Baju dan tudung berasaskan warna-warna Jalur Gemilang.

TENTATIF PROGRAM SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN KE-63


SK PELABUHAN

SETIAP HARI - Nyanyian lagu-lagu patriotik


PERHIMPUNAN
- (satu lagu patriotik setiap hari)
PAGI

7 SEPTEMBER - Pertandingan mewarna (Tahun 1 ,2 dan 3)


HINGGA
11 SEPTEMBER 2020
- Pertandingan melukis Poster Tema Kemerdekaan
(Tahun 4 ,5 dan 6)
(waktu subjek psv dan pendidikan kesenian)

Tindakan: Ketua Panitia Seni Visual

7 SEPTEMBER - Kuiz kemerdekaan ( Terbuka )


HINGGA
(Tahun 4,5 dan 6)
11 SEPTEMBER 2020

Tindakan : Ketua Panitia Sejarah

14 SEPTEMBER 2020 - Sambutan dan Penutupan Bulan Kebangsaan


ISNIN
Ke-63
- Pertandingan payung berhias
(Antara Semua Panitia)

Tindakan : Semua guru-guru Sk Pelabuhan

You might also like