You are on page 1of 9

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

&
KIBAR JALUR GEMILANG
PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS


JAYA 2

TAHUN 2019

ANJURAN:

PANITIA SEJARAH
DAN
UNIT KOKURIKULUM

DENGAN KERJASAMA

PANITIA DUNIA MUZIK, PANITIA SENI VISUAL, PANITIA MORAL,

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, PRA SEKOLAH SERTA

PENDIDIKAN KHAS

1.0 Pengenalan
Bidang kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi
kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, Panitia
Sejarah dan Unit Kokurikulum kerjasama Panitia Muzik, Kesenian, Pendidikan Moral
Pendidikan kesihatan dan Jasmani, Pra sekolah serta Pendidikan Khas dalam
melaksanakan program Kemerdekaan. Program ini bertujuan menggalakkan murid
untuk bersama-sama mencintai dan menghargai Negara. Selain itu, program ini
dapat mengasah menonjolkan bakat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan
murid dan guru. Bulan Kemerdekaan akan disambut dan dilaksanakan mulai 19
Ogos 2019 sehingga 16 September 2019.

2.0 Matlamat

Melalui penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan agar murid -


murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Di
samping itu, dapat menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia
supaya kekal aman dan terus maju.

3.0 Objektif

1.Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid


sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
2.Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
3.Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan dalam semua peringkat.
4.Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.
5.Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa
menjalankan program sambutan Hari Kemerdekaan.

4.0 Penganjuran
Panitia Sejarah dan Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Dunia Muzik,
Panitia Seni Visual, Panitia Moral ,Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pra
sekolah serta Perndidikan Khas bersama guru – guru Sekolah Kebangsaan Taman
Permas Jaya 2.

5.0 Sasaran

Semua warga SK Taman Permas Jaya 2

6.0 Tarikh / Masa Pelaksanaan

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 19 Ogos 2019 (majlis pelancaran) hingga Majlis
Sambutan Kemerdekaan pada 13 September 2019 (majlis penutupan).

7.0 Penyertaan

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 2. (Termasuk
guru dan murid Pra Sekolah dan Pendidikan Khas)

8.0 Strategi

Aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid


dan guru secara menyeluruh. Justeru, satu jadual pelaksana akan dirangka
melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan
kerjasama guru – guru Panitia Sejarah, Panitia Seni Visual, Panitia Dunia Muzik,
Panitia Moral ,Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pra sekolah serta
Pendidikan Khas.

9.0 Ahli Jawatankuasa


9.1 Jawatankuasa induk
Penasihat : Pn. Zubaidah binti Mahsan
Timbalan Pengerusi : Pn. Siti Ramlah binti Mohd Ideris
Naib Pengerusi 1 : Pn. Misliah binti Ithnin
Naib Pengerusi 2 : En. Khairul Nizam bin Mahpol
Penyelaras : Pn. Santini Surashkumar
Setiausaha : En. Ahmad Rafizy bin Razak
Bendahari : Pn. Masitah bt Sujak
Penyelaras Program :1. En. M.Hairi Josit bin Abdullah
2. En. Muhd Hariz bin Hassan
3. En. Muhd Irfan bin Mat Aris
4. En. Muhd Saifuddin bin Adnan

9.2 Jawatankuasa Kerja

Juru Acara Majlis :Cik. Siti Syafiqah bt Shafi’e


Buku Program :Pn.Ahmad Rafizy bin Razak
Hadiah :Pn.Misliah binti Ithnin
Jurugambar :En.Muhd Irfan Bin Mat Aris
Protokol Acara :En.M.Hairi Josit bin Abdullah
Peralatan :En.Farhan bin Pauzan
Dokumentasi / Laporan :Pn.Siti Ramlah binti Mohd Ideris

10.0 Ajk-Ajk Pertandingan/ Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan 2019

Gimik
 En. Muhammad Irfan bin Mat Aris
 Muhammad Hariz bin Hassan

Pertandingan Kuiz Sejarah


(Tahap2)
 Pn. Misliah binti Ithnin

Pertandingan Melukis Poster


(Tahap 2)
 En. Muhammad Irfan bin Mat Aris

Pertandingan Mewarna
(Tahap 1& Pendidikan Khas)
 En. Muhammad Irfan bin Mat Aris

Pertandingan Pakaian Beragam


(Aliran Perdana, Prasekolah dan Pendidikan Khas)
 En.M. Hairi Josit bin Abdullah
 Pn. Faizah binti Ab Rahim
 Norhasliza binti Hashim

Pertandingan Menyanyi lagu patriotik


 Muhammad Hariz bin Hassan

11.0 Kewangan
Anggaran Kos

PERKARA BIL HARGA JUMLAH PANITIA


SEUNIT HARGA
Pertandingan Kuiz Merdeka (Tahap 2) 15 RM 6 RM 90 SEJARAH
Pertandingan teka silang kata (Tahap 2) 15 RM 6 RM 90 SEJARAH
Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) 15 RM 6 RM 90 SENI VISUAL
Pertandingan Mewarna
Tahap 1 15 RM 6 RM 90 SENI VISUAL
Pra sekolah 6 RM 6 RM 36 PRA SEKOLAH
Pendidikan khas 3 RM 6 RM 18 P. KHAS
Pertandingan Pakaian Beragam
Aliran Perdana 2 RM 25 RM 50 MORAL
2 RM 20 RM 40
2 RM 10 RM 20
4 RM 8 RM 32
14 RM 5 RM 70
Pra Sekolah 10 RM 5 RM 50 PRA SEKOLAH
Pendidikan Khas 5 RM 5 RM 25 P.KHAS

Pertandingan menyanyi lagu patriotik 12 RM 6 RM 72 MUZIK


(Tahun 3, 4, 5 dan 6)
Pertandingan menyanyi dalam 2 RM 150 RM 300 KOKU
kumpulan (Badan Beruniform)
Pertandingan menyanyi dalam 2 RM 150 RM 300 SEJARAH
kumpulan
Banner Pelancaran Sambutan Bulan 1 RM 60 RM 60 SEJARAH
Kemerdekaan
Banner Negeri (15 keping) 1 RM 300 RM 300 LPBT
Kain Rentang (Bunga Raya) 1 RM 350 RM 350 LPBT
JUMLAH RM 2083
12.0 Aturcara Majlis Perasmian & Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Majlis Perasmian : Isnin, 19 Ogos 2019

 Bacaan Doa
 Nyayian Lagu Negeri Johor, Negaraku dan Sekolah
 Ucapan Guru Besar
 Pelancaran Bulan Kebangsaan
 Laungan Kemerdekaan 7 kali
 Persembahan murid
 Nyanyian Lagu Patriotik
 Bersurai

Majlis Penutupan Rasmi: Khamis, 13 September 2019

 Bacaan doa
 Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia
 Pertandingan Pakaian Beragam
 Peryampaian hadiah
 Persembahan murid-murid
 Ucapan Guru Besar
 Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
 Bersurai

13.0 Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman Permas


Jaya 2 ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej
sekolah yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi semangat
patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh:

___________________
(AHMAD RAFIZY BIN RAZAK)
Setiausaha,
Sambutan Bulan Kebangsaan,
SK Taman Permas Jaya 2
Disemak oleh:

___________________
(SANTINI SURASHKUMAR)
Penyelaras Program,
Sambutan Bulan Kebangsaan,
SK Taman Permas Jaya 2

Disokong oleh:

___________________
(SITI RAMLAH BINTI MOHD IDERIS)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Taman Permas Jaya 2

Disahkan Oleh:

__________________
(ZUBAIDAH BINTI MAHSAN)
Guru Besar.
SK Taman Permas Jaya 2

You might also like