You are on page 1of 6

Sambutan Bulan Kebangsaan 2020

KERTAS CADANGAN BULAN KEBANGSAAN 2020

TEMA : MALAYSIA PRIHATIN

1.0 Pengenalan

Sambutan Bulan Kebangsaan atau kemerdekaan merupakan aktiviti tahunan


yang diadakan saban tahun di setiap sekolah sebagai satu usaha untuk memupuk
semangat cintakan negara dan juga menghargai kebebasan yang diperolehi. Unit
Ko-kurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah dan Pusat Sumber SK Batu Bor
akan mengadakan aktiviti Bulan Kebangsaan bermula 17 Ogos hingga 18
September 2020 bagi mengisi takwim SK Batu Bor bagi tahun 2020. Bagi
memastikan keberkesanan program dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) ini, maka pihak jawatankuasa akan mengambil inisiatif dengan mengadakan
pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga 6 mengikut
kesesuaian dan SOP yang telah digariskan kerajaan.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan
kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan
kerjasama daripada warga SK Batu Bor disamping dapat menerap semangat
patriotisme yang tinggi di kalangan murid dan warga sekolah amnya.

2.0      Matlamat
2.1 Memupuk semangat patriotisme dan sayang akan Negara Malaysia.
2.2 Mencungkil bakat terpendam murid-murid Sk Batu Bor secara menyeluruh.
2.3 Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman Bulan
Kebangsaan yang dijalankan.

3.0      Objektif
3.1 Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha
untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
3.2 Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah
mengharumkan nama Malaysia.
3.3 Murid-murid dapat mengamalkan hidup bekerjasama dan tolong menolong
dalam menghayati tema sambutan kemerdekaan.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN | 


Sambutan Bulan Kebangsaan 2020

4.0 Kumpulan Sasaran


4.1 Semua warga SK Batu Bor

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Mohd Rudzuan Bin Mohd Nor (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En Hasmadi Azlan Bin Mohamad (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Cik Nor Rasidah Binti Abdullah (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohamad Wira B Said (GPK Hem)

Penyelaras : Cik Adibah Hanis Binti Azmin


Pen. Penyelaras : Pn. Norazean Binti Rusli

AJK PELAKSANA

Pengacara Majlis : Mohamad Wira B. Said


Bacaan Doa : En. Hasmadi Azlan Bin Mohamad
AJK Hadiah : Pn. Suhailah Bt Abd Rahim
: Pn. Norazean Bt Rusli
AJK Dokumentasi/fotografi/Video : En Wan Mohd Firdaus Bin W. Zaidi                    
AJK Pertandingan/larian : En. Muhammad Zulfadli Bin Zainal
: En. Muhammad Aiman Bin Yusoh Azih
AJK Persembahan : Pn. Junaidah Binti Abd lani
AJK Buku Program      : En Norazean Bin Rusli
AJK Banner : En. Hasmadi Azlan Bin Mohamad
AJK Disiplin Dan Kebersihan : Pn. Junaidah Binti Abd Lani
: Semua Guru
AJK Hakim : En. Mohd Rudzuan Bin Mohd Nor (Ketua)
: Cik Nor Rasidah Bt Abdullah                    
: En. Mohammad Wira Bin Said    
: En Hasmadi Azlan Bin Mohamad

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN | 


Sambutan Bulan Kebangsaan 2020

6.0 TARIKH PELANCARAN DAN AKTIVITI:

HARI : ISNIN
TARIKH : 17 OGOS 2020
MASA : 8.30 PAGI

TARIKH AKTIVITI PENYELARAS


17.08.2020 Pelancaran Bulan Kebangsaan (FB rasmi En. W. M. Firdaus bin
Sekolah) Wan Zaidi
- Video Pelancaran Bulan Kebangsaan
- Ucapan pelancaran oleh Guru Besar
- Persembahan sajak/nyanyian murid
20 – 24.08.2020 Pertandingan buku skrap Cik Adibah Hanis binti
Azmin
(Tahap 2)
Tema – Institusi Beraja di Malaysia

25.08.2020 Pertandingan mewarna Poster Kemerdekaan Pn Norazean binti Rusli


(8.30 - 9.30PG)
(Tahap 1) Pn. Suhailah binti Abd
Rahim
25.08.2020 Pertandingan melukis Jalur Gemilang Pn Junaidah binti Abd
(8.30 - 9.30PG) Lani
(Tahap 2)
26.08.2020 Pertandingan Tulisan Kreatif En Mohamad Wira bin
(8.00 - 9.00 PG) Said
(lirik lagu Tanggal 31) - Tahun 1-3
26.08.2020 Kepentingan Kemerdekaan (Peta i-Think) En Zulfadli bin Zainal
(8.00 - 9.00 PG)
(Tahap 2).
27.08.2020 Treasure Hunt En. Muhammad Aiman
(8.00 - 9.00 PG) bin Yusoh Azih
18.09.2020 Pakaian Beragam Kebangsaan Guru Kelas
(2 orang setiap kelas) GB dan semua GPK
1 - 14.9.2020 Pertandingan Gerbang Kelas (Kemerdekaan) Guru kelas
18.09.2020 Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan dan En. Hasmadi Azlan bin
Hari Malaysia Mohamad
- Bacaan Yasin/Doa kesyukuran En. Muhammad Aiman
bin Yusoh Azih
- Kuiz Kemerdekaan

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN | 


Sambutan Bulan Kebangsaan 2020

7.0 TENTATIF PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN (VIDEO)

- Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang Dan Lagu Sekolah


- Bacaan doa
- Ucapan Tuan Guru Besar serta Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan
- Aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan
- Upacara Mengibar Jalur Gemilang dan Persembahan murid (sajak /
Nyanyian)
- Majlis bersurai

8.0 TEMPAT
            8.1 FACEBOOK RASMI SEKOLAH

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI JUMLAH

1. Bendera dan tiang RM 80.00


2. Banner RM 200.00
3. Hiasan kelas RM 180.00
4.
Kuiz Kemerdekaan
RM 48.00
(12 x RM 4.00)

5. Pertandingan buku skrap Tahap 2


Tempat Pertama - RM 6.00
Tempat Kedua - RM 5.00 RM 15.00

Tempat Ketiga - RM 4.00


6.
Pertandingan mewarna Poster Kebangsaan Tahap 1
Tempat Pertama - RM 6.00 RM 15.00
Tempat Kedua - RM 5.00
Tempat Ketiga - RM 4.00

7.
Pertandingan melukis Jalur Gemilang Tahap 2
Tempat Pertama - RM 6.00 RM 15.00
Tempat Kedua - RM 5.00
Tempat Ketiga - RM 4.00

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN | 


Sambutan Bulan Kebangsaan 2020

8.
Pertandingan Tulisan Kreatif Tahun 1,2 dan 3
Tempat Pertama - RM 6.00 RM 15.00
Tempat Kedua - RM 5.00
Tempat Ketiga - RM 4.00

9.
Kepentingan Kemerdekaan (i-Think) Tahap 2
Tempat Pertama - RM 6.00 RM 15.00
Tempat Kedua - RM 5.00
Tempat Ketiga - RM 4.00

10.
Pertandingan Treasure Hunt Tahap 1 dan 2
Tempat Pertama - RM 30.00 (x 2) RM 140.00
Tempat Kedua - RM 20.00 (x 2)
Tempat Ketiga - RM 20.00 (x 2)

11.
Pakaian Beragam Tahap 1 dan 2
Bertemakan Kebangsaan
RM 36.00
Johan : RM 7.00 (x 2)
Naib Johan : RM 6.00 (x 2)
Ketiga : RM 5.00 (x 2)

12.
Pertandingan Kelas
Johan : RM 30.00 RM 70.00
Naib Johan : RM 20.00
Ketiga : RM 20.00

JUMLAH RM 829.00

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN | 


Sambutan Bulan Kebangsaan 2020

10.0 PENUTUP
           Semoga program yang dirancang ini diharapkan dapat mempertingkatkan
dan mengukuhkan lagi kefahaman murid tenting kepentingan dan takrif
kemerdekaan serta menghargai kebebasan yang dikecapi dengan lebih bermakna di
kalangan pelajar sekolah SK Batu Bor. Disamping dapat  memanfaatkan ilmu yang
diperolehi semasa pameran dan aktiviti yang dijalankan dalam memupuk budaya
semangat patriotisme dan cintakan Negara.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................ ........................................
(ADIBAH HANIS BINTI AZMIN) (HASMADI AZLAN BIN MOHAMAD)
Penyelaras Sambutan Bulan Kebangsaan GPK Kokurikulum
SK Batu Bor SK Batu Bor

Disahkan oleh

........................................
(MOHD RUDZUAN BIN MOHD NOR)
Guru Besar
SK Batu Bor

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN | 

You might also like