You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

34400 SIMPANG EMPAT


SEMANGGOL
PERAK
ABA 3036
NO. TELEFON/ FAX : 05-8905215

KERTAS CADANGAN SAMBUTAN


BULAN KEBANGSAAN DAN
HARI MALAYSIA
TAHUN 2022

TARIKH:
05 OGOS – 15 SEPTEMBER 2022

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM & PANITIA SEJARAH

DENGAN KERJASAMA:

PIBG

SEMUA UNIT PANITIA

PRASEKOLAH

MASJID KAMPUNG SELAMAT


KERTAS CADANGAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022
ANJURAN UNIT KOKURIKULUM & PANITIA SEJARAH
DENGAN KERJASAMA:
PIBG, SEMUA UNIT PANITIA, PRA SEKOLAH, MASJID KAMPUNG SELAMAT

1. TAJUK KERTAS CADANGAN


Kertas Cadangan Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia Peringkat Sekolah Tahun 2022.

2. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM


Unit Kokurikulum , PIBG dan Panitia Sejarah akan berkolabrasi dengan semua panitia, Pra Sekolah
dan Masjid Kampung Selamat akan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan
ini merupakan aktiviti tahunan Unit Kokurikulum dan Panitia Sejarah.
Unit Kokurikulum dan Panitia Sejarah berbesar hati untuk menganjurkan sambutan Bulan
Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama-sama panitia lain agar kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957
terus diingati dan ditanam di dalam jiwa murid-murid yang bakal memimpin masa depan.
Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan
negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama
dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai
kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 65.
Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik
dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

3. TEMA HARI KEBANGSAAN 2022


Keluarga Malaysia Teguh Bersama

4. MATLAMAT PROGRAM
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

5. OBJEKTIF PROGRAM
a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar pelajar sekolah supaya
terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua
peringkat.
d. Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen
ini.
6. KUMPULAN SASARAN
➢ Murid Pra Sekolah
➢ Murid Tahun 1 – 6
➢ PIBG

7. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Sambutan : 5 Ogos 2022 – 15 September 2022

Perasmian : 5 Ogos 2022 (Jumaat- 7.45 pagi)

Penutup : 15 September 2022 (Khamis – 7.45pagi)

Tempat : Dataran Perhimpunan SKKS, Kantin, Masjid Kg Selamat, Persekitaran Kg. Selamat

8. JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Saiful Azli Bin Ahmad Junid (YDP PIBG)

Penasihat : En. Badrol Manan Bin Mohamad (Guru Besar)

Pengerusi : Tn. Hj. Abd Malek Bin Shamsuddin (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi : En. Amirrudin Bin Ismail (PK Pentadbiran)

Pn. Hjh Rohani Binti Ahmad (PK HEM)

Penyelaras Program : Pn. Siti Aminah Binti Sedek

Bendahari : Pn. Anita Binti Ismail


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Juru Acara Majlis : En. Mohd Zaki Bin Abd Kairi

Bacaan Doa : Adik Muhammad Adam Darwisy Bin Mohd Firdaus

Info Sejarah : Pengawas Bertugas

Soalan Kuiz Sejarah : Guru Bertugas Mingguan/ Slot

Siaraya : En. Mohd Ismade Bin Ramli

Persiapan Tempat : En. Haironizam Bin Ismail

En. Ahmad Firdaus Bin Ismail

Pn. Siti Haslina Binti Abd Halim

Gimik Pelancaran : En. Mohd Fahmi Bin Abd Kadir

Persembahan Murid : Tahun 1 – En. Ahmad Firdaus

Tahun 2 – Pn. Siti Aminah

Tahun 3 – Pn. Hjh Kalsom

Tahun 4 –En. Haironizam

Tahun 5 – En. Mohd Zaki

Tahun 6 – En. Mohd Fahmi

Pengurus Hadiah : Pn. Norsuriaty Binti Ahmad Sarkawi

Pn. Anita Binti Ismail

Pn. Hazwani Binti Khalimi

Pn. Rosnani Binti Abdul Hamid

Jurufoto : En. Mohd Zaki Bin Abd Kairi

Disiplin Murid : Pn. Hjh Kalsom Binti Ahmad

Pn. Norhayati Binti Sulaiman

Semua Guru

Hakim : Ikut Slot Pertandingan

Buku Program / Dokumentasi : Pn. Siti Aminah Binti Sedek


9. AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

BIL TARIKH/ MASA AKTIVITI TINDAKAN/ HAKIM


1. 2 – 15 September 2022 Persiapan menghias - Unit Kokurikulum
persekitaran sekolah (Pagar, - Panitia Sejarah
Dataran Sekolah, Kelas, Sudut - Guru Kelas
Sejarah) - Guru & Pekerja sekolah

2. 5 Ogos 2022 - Majlis Pelancaran & - Unit Kokurikulum


(Jumaat) Perasmian Bulan - Panitia Sejarah
(7.45 – 8.45 pagi) Kemerdekaan dan Hari
Malaysia 2022

- Kata Aluan - Guru Bertugas


- Doa oleh Pengawas - Ustaz Zaki (sedia teks)
- Nyanyian Lagu Negaraku - En. Mohd Ismade
- Majlis Perasmian - Guru Besar
- Gimik Pelancaran - En. Mohd Fahmi, GB & PK
- Nyanyian Lagu Patriotik - En. Mohd Ismade
- Penerangan Aktiviti - Penyelaras Program
Sepanjang Bulan
Kemerdekaan & Hari Malaysia

3. Setiap Hari Jumaat Pemakaian Baju Kebangsaan - Unit Kokurikulum


Sepanjang Bulan (Baju Melayu & Baju Kurung) - Guru Kelas dan Guru
Patriotik - semua guru dan murid Bertugas
(5 Ogos – 15 September
2022)

4. 5 – 18 Ogos 2022 Pertandingan Buku Skrap - Pn. Siti Haslina


(murid buat di rumah Kemerdekaan - Pn. Siti Aminah
dan hantar) (Terbuka Individu)

* Antara Unit Beruniform


[Hasil yang terbaik
dipamerkan di Pameran PSS]

5. 5 Ogos – 12 September Pertandingan Pameran Sudut - Pn. Norsuriaty


2022 Sejarah dan Hias Kelas - Pn. Anita
Bertemakan Kemerdekaan - Guru Kelas

6. 12, 19 Ogos 2022 - Nyanyian Lagu Patriotik - En. Mohd Ismade


(Setiap Jumaat) ( 3 Lagu- 31 Ogos, Keranamu
Malaysia, Jalur Gemilang)

- Bacaan Info Kemerdekaan - Pengawas Bertugas


- Kuiz (5 soalan) - Guru Bertugas (sedia
soalan dan hadiah)
7. 18 Ogos 2022 Pertandingan Permainan - En. Mohd Fahmi
(Khamis) Tradisional Malaysia
8.00 – 10.15 pagi (Batu Seremban, Galah * Hadiah PIBG
Panjang, Dam Haji, Tuju Tin,
Baling Kasut, Tuju Guli dll)

* antara Kelab , Sukan/


Permainan

8. 19 Ogos 2022 - Pertandingan Mewarna - En. Mohd Firdaus


( Jumaat) (Pra Sekolah & Tahap 1) - Panitia Seni
8.00 – 10.00 pagi - Pertandingan Melukis Poster
- Kelas masing-masing (Tahap 2) * Hadiah PIBG

9. 23 Ogos 2022
(Selasa)
8.00 – 10.15 Pagi - Larian Merdeka (T1- T6) - En. Haironizam
[Lari Pegang Bendera] (Hadiah Pingat M.Desa)

10.35 – 12.05 Tgh - Larian Merdeka (PIBG & - En. Mohd Fahmi
Guru) - AJK PIBG
[Terbuka]
* Hadiah PIBG

10. 24 Ogos 2022 (Rabu) Tayangan Filem / Video - En. Mohd Ismade
10.35 – 1.05 petang Kemerdekaan - Guru Bertugas (Kuiz dari
- Makmal Komputer Tayangan Filem / Hadiah)
- Paskal

11. 26 Ogos 2022 - Bacaan Yassin Perdana Bulan - En. Mohd Zaki
(Jumaat) Kebangsaan Di Masjid Kg - PIBG
7.45 – 8.45 pagi Selamat - Komuniti Kg Selamat

12. 30 Ogos 2022 a) Pertandingan Koir Nyanyian - En. Mohd Ismade


(Selasa) Lagu Patriotik (Setiap Kelas) - Pn. Hazwani
Ambang Kemerdekaan - Guru Kelas
Di Kantin SKKS b) Pertandingan Sajak/ Syair/ - Hj Malek
Pantun antara Kelab/ - Hjh Kalsom
a) 7.45 – 10.15 pagi Persatuan (Terbuka) - Pn. Norhayati
b) 10.35 – 1.05 tgh
* Hadiah PIBG

13. 15 September 2022 -Majlis Penutup Bulan - Pengacara: En. Mohd Zaki
(Khamis) Kemerdekaan dan Hari - AJK Hadiah
10.15 – 1.05 petang Malaysia
Di Kantin - Penyampaian Hadiah

* Tertakluk pada pindaan


10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. AKTIVITI KATEGORI JUMLAH

1. Kuiz Kemerdekaan 25 soalan RM 13.90

2. Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan Pertama – RM 5.00 x 1 RM 10.30


(Individu) Kedua - RM 3.00 x 1
Ketiga – RM 2.30 x 1

3. Pertandingan Pameran Sudut Sejarah Pertama – RM 15.00 x 1 RM 67.00


Dan Hias Kelas Kedua – RM 12.00 x 1
Ketiga – RM 10.00 x 1
Saguhati – RM 10.00 x 3

4. Pertandingan Permainan Tradisional


a) Batu Seremban (Individu) Pertama – RM 5.00 x 2 RM 25.20
b) Dam Haji (Individu) Kedua - RM 3.00 x 2
Ketiga – RM 2.30 x 2
Keempat – RM2.30 x 2
c) Tuju Tin (Kumpulan)
Pertama – RM 10.00 x 1 RM 28.00
Kedua - RM 8.00 x 1
Ketiga – RM 5.00 x 1
Keempat – RM5.00 x 1

5. Pertandingan Mewarna Setiap hadiah RM2.30 x 21 RM 48.30


(Pra Sekolah & Tahap 1)

Pertandingan Melukis Poster


(Tahap 2)

6. Larian Merdeka Hadiah dari merentas desa -


(Tahun 1 – 6) 36 medal

Larian Merdeka RM 10.00 x 6 RM 60.00


(PIBG & Guru)

7. Pertandingan Koir/ Nyanyian Pertama – RM 15.00 x 1 RM 37.00


Lagu Patriotik Kedua - RM 12.00 x 1
Ketiga – RM 10.00 x 1

8. Pertandingan Sajak/ Syair/ Pantun Pertama – RM 5.00 x 1 RM 10.30


Kemerdekaan Kedua - RM 3.00 x 1
Ketiga – RM 2.30 x 1

JUMLAH PERBELANJAAN RM 300.00


10. SUMBER KEWANGAN

PIBG SK Kampong Selamat.

11. PENUTUP

Diharap dengan penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan ini, dapat menanam sikap sayangkan
tanah air tercinta. Sikap tersebut sangat penting dan dapat membantu mengekalkan keamanan dan
kemakmuran bumi bertuah ini.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

……………………………………… …………………………………………………………..
(SITI AMINAH BINTI SEDEK) (TN. HJ. ABD MALEK BIN SHAMSUDDIN)
Penyelaras Program Pen. Kanan Kokurikulum
SK Kampong Selamat SK Kampong Selamat

Disahkan Oleh:

……………………………………………………
(BADROL MANAN BIN MOHAMAD)
Guru Besar
SK Kampong Selamat
TENTATIF ATURCARA PENUTUPAN

ATURCARA SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2022

HARI : KHAMIS

MASA : 10.35 – 1.05 PETANG

10.35 Pagi - Berkumpul di kantin

- Ucapan Guru Besar

- Penyampaian Hadiah

- Nyanyian Lagu :

LAGU NEGARAKU

LAGU NEGERI PERAK

LAGU SEKOLAH

LAGU PATRIOTIK

1.05 Petang : Majlis Bersurai

You might also like