You are on page 1of 10

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU

SEKSYEN 2, KUALA LUMPUR.

1. Pendahuluan

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi negara kita. Hari


kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan
kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang
perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai
acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti
mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan,
kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan
agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti
dan menghayati kebaikannya. Begitu juga dengan sekolah ini, mempunyai agenda
tersendiri bagi menyambut hari kemerdekaan ini.

Sepertimana kebiasaannya, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat


sekolah diadakan selama 2 bulan bermula bulan Ogos sehingga bulan September.
2. Perancangan

Pada peringkat perancangan ini, saya telah mengadakan 2 kali


mesyuarat. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 3 September 2012. (Sila lihat
lampiran – Minit Curai 1). Mesyuarat ini dihadiri oleh Jawatankuasa Unit Pentadbiran
dan Kurikulum sahaja. Di antara tujuan mesyuarat pertama ini adalah untuk membuat
perancangan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55 Tahun Peringkat Sekolah
2012. Dalam mesyuarat ini kami membincangkan tentang tarikh pelaksanaan dan
pengisian program tersebut.

Mesyuarat ke 2 pula dijalankan pada 5 September 2012. (Sila lihat


lampiran – Minit Curai 2). Mesyuarat ke 2 ini telah dihadiri oleh semua guru. Turut hadir
En. Mohamad Nasir b. Mohd. Noor selaku Guru Besar merangkap Pengerusi Sambutan
Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012. Dalam mesyuarat kali ini banyak perkara
telah diputuskankan. Di antaranya ialah :

a) Tarikh Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah ditetapkan pada 3


Ogos 2012.
b) Menentukan acara dan aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan
kemerdekaan.

c) Melantik Jawatankuasa Pelaksana sambutan bulan kemerdekaan.

d) Meminta supaya setiausaha menyediakan kertas kerja.

e) Menentukan bahan dan peralatan yang diperlukan.

f) Mengenalpasti kos perbelanjaan yang diperlukan.

Saya selaku penyelaras program meminta kerjasama semua guru agar dapat
menjayakan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Di samping itu
juga saya mengingatkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat
menjalakan tugas dan tanggungjawab mengikut perancangan.

3. Pelaksanaan

Dalam peringkat pelaksanaan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :


a) Majlis Pelancaran
b) Pengisian Program
c) Sambutan Merdeka Raya
d) Majlis Penutupan

3.1 Majlis Pelancaran


Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55
peringkat sekolah telah diadakan pada 7 September 2012 (Jumaat). Ia
dijalankan mengikut sesi; Sesi Pagi dan Sesi Petang. Aturcara Majlis
Pelancaran adalah seperti berikut :

PERKARA
MASA (Pagi) MASA (Petang)
Bacaan Yasin dan doa (pagi)
7.40 pg 2.20 ptg Bacaan doa (petang)
Upacara menaikkan Jalur Gemilang
- Nyanyian lagu Negaraku
8.00 pg 2.30 ptg - Nyanyian lagu negeri Selangor
- Nyanyian lagu patriotik

Ucapan pelancaran oleh :


- En. Mohamad Nasir bin Mohd Noor
( Guru Besar )
8.15 pg 2.45 ptg
- Pn. Muzi Hariani binti Jumari ( PK
Petang )
Ucapan guru bertemakan kemerdekaan
- En. Abdul Rahman bin Abdul Karim
8.30 pg 3.00 ptg ( pagi )
- En. Nor Faizal bin Aziz ( petang )

8.40 pg 3.10 ptg Simbolik penyerahan bendera


8.45 pg 3.15 ptg Persembahan murid
Bersurai (murid masuk ke kelas
8.50 pg 3.20 ptg
masing-masing)

3.2 Pengisian Program

Banyak aktiviti dan acara yang dipertandingkan sepanjang


sambutan bulan kemerdekaan. Ia telah disusun dan dijalankan mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Segala aktiviti yang dirancang telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Ini semua adalah hasil daripada kerjasama
dan penglibatan aktif daripada guru-guru dan murid-murid. Di antara aktiviti-
aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

Aliran Waktu Aktiviti Tindakan

11/9/2012 1) Mewarna bendera @ Pn. Hamidah


logo 1 Malaysia
Tahun 1
20/9/2012 2) Pakaian tradisional kaum Cik Nurulhudha
Malaysia

11/9/2012 1) Membina mini Jalur Pn. Nur Hakimah


Gemilang

Tahun 2 18/9/2012 2) Melafazkan pantun 4 Pn. Tg. Zaimilah


kerat

20/9/2012 3) Pakaian tradisional kaum Cik Alawiyah


Malaysia
11/9/2012 1) Teka silangkata Pn. Liana Sharkawi

18/9/2012 2) Melafazkan pantun 4 Pn. Hanisah


Tahun 3 kerat

20/9/2012 3) Pakaian tradisional kaum Cik Umamageswary


Malaysia
11/9/2012 1) Membuat poster merdeka Pn. Hasnita

18/9/2012 2) Mendeklamasikan sajak Pn. Muna


Tahun 4
17/9/2012 3) Nyanyian lagu patriotik Pn. Rozita

11/9/2012 1) Melukis bunga Pn. Norliana Sentat


kebangsaan(bunga raya)

Tahun 5 18/9/2012 2) Mendeklamasikan sajak Pn. Tuan Hazlin

17/9/2012 3) Nyanyian lagu patriotik Pn. Maizatulakmar

Tahun 6 7/9/2012
Pn. Razita
Hingga Folio Merdeka
Pn. Aspalela
21/9/2012

Prasekolah 19/9/2012 1) Nyanyian patriotik


20/9/2012 2) Tulisan cantik Pn. Shamsul Bariah
21/9/2012 3) Pakaian tradisional

Pendidikan 19/9/2012 Mewarna Logo 1 Malaysia Pn. Khamlizah


Khas
Pn. Tuan Hazlin(PG)
20/9/12 1) Jalur Gemilang (cap Pn. Fatihatun Najah
tapak tangan) (PTG) & semua guru
Tahap 2 KT,PSK,PSV
(Thn 4,5,6)
20/9/12 2) Menghias Basikal Pn. Rozaili
Patriotik Pn. Liana Ishak

17/9/2012 PAGI
Terbuka (Isnin selepas 1) Kuiz Spontan Cik Norazlin
perhimpunan) Pn. Norrita

PETANG
Pn. Siti Nazura
Pn. Kartina Wati

3.3 Sambutan Merdeka Raya

Sambutan Merdeka Raya merupakan sambutan Hari Raya


peringkat sekolah. Disebabkan ia disambut di dalam bulan kemerdekaan,
maka ia disebut sebagai Merdeka Raya. Sambutan ini dijalankan pada 14
September 2012 (Jumaat). Sambutan Merdeka Raya dijalankan secara
berasingan mengikut sesi. Kebanyakkan aktiviti dijalankan mengikut sesi
kerana bilangan pelajar terlalu ramai. Kiranya ia dijalankan secara serentak,
dikuatiri akan menimbulkan suasana kurang selesa dan di luar kawalan.
Namun begitu program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa,
Murid-murid berasa gembira dengan memakai baju raya dan membawa
kuih raya masing-masing. Di antara aturcara program adalah seperti
berikut:

i) Sesi Pagi :
7.30 – 8.00 : Pertandingan basikal berhias (Tahun 5 & 6)
8.00 – 10.00 : Jamuan raya murid di kelas
10.00 – 10.30 : Rehat
10.30 – 11.00 : Jamuan raya guru di Bilik Seni
11.0 – 12.00 : Pertandingan pakaian beragam (Tahun 1)
12.05 : Murid-murid bersurai

ii) Sesi Petang :


2.30 – 3.30 : Jamuan raya guru dan murid di kelas
3.30 – 4.00 : Rehat
4.00 – 6.00 : Pertandingan pakaian beragam (Tahun 2 & 3)
6.00 – 6.30 : Nyanyian lagu patriotik
3.4 Majlis Penutupan

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini


telah diadakan pada 24 September 2019 (Selasa). Ia dijalankan secara
serentak untuk kedua-dua sesi di dalam Dewan Terbuka Ultras, SK Seri
Pristana. Sejak jam 7.00 pagi, kelihatan murid-murid telah mula berkumpul di
dalam dewan ini. Tepat jam 8.00 pagi majlis penutupan dimulakan. Acara
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan
Patriotik. Seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar dan bacaan doa oleh Tn.
Hj. Ruzaidi b. Sidek.
En. Mohamad Nasir b.Mohd. Noor, selaku Guru Besar merangkap
Pengerusi Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55, Peringkat SK Seri Pristana,
telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.
Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang kepentingan kita mengingati
jasa-jasa orang-orang terdahulu bagi menuntut kemerdekaan. Kita
sepatutnya bersyukur dapat hidup bebas, aman, dan tenteram tanpa
peperangan. Beliau mengingatkan semua murid agar belajar bersungguh-
sungguh, berjiwa kental serta sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga
maruah negara agar tidak dijajah lagi.
Di antara aturcara majlis penutupan adalah seperti berikut :

7.20 – 7.50 : Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan


Guru mengambil kehadiran murid
7.50 – 8.00 : Bacaan doa
8.00 – 8.15 : Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, sekolah dan
patriotik
8.15 – 8.20 : Bacaan ikrar
8.20 – 8.30 : Ucapan Guru Besar (perasmian penutup Bulan
Kemerdekaan)
8.30 – 8.50 : Penyampaian hadiah untuk Pra sekolah, Pendidikan Khas
dan Tahun 1
8.50 – 9.10 : Rehat Pra sekolah, Pendidikan Khas dan Tahun 1
Penyampaian hadiah untuk Tahun 2 dan 3
9.10 – 9.30 : Rehat Tahun 2 & 3
Penyampaian hadiah untuk Tahun 4, 5 dan 6.
9.30 – 9.50 : Rehat Tahun 4, 5 & 6
Persembahan 5 pemenang pakaian beragam untuk murid
Pra sekolah, Tahun 1, 2 dan 3.
9.50 – 10.20 : Persembahan johan dan naib johan pertandingan koir
merdeka Tahun 4 dan 5.
10.20 – 10.30 : Persembahan johan dan naib johan pertandingan pantun
Tahun 2 dan 3.
10.30 – 10.45 : Persembahan johan dan naib johan pertandingan deklamasi
sajak Tahun 4 dan 5
10.45 – 11.00 : Acara memotong kek Anak Merdeka dan Anak Malaysia
11.00 – 11.15 : Persembahan sketsa merdeka
11.15 – 11.30 : Peragaan fesyen merdeka oleh guru-guru
Penyampaian hadiah untuk Raja dan Permaisuri Merdeka
11.30 – 11.45 : Nyanyian lagu-lagu patriotik
11.45 – 12.00 : Laungan merdeka
12.05 : Bersurai

4. Penilaian

Pada keseluruhannya Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 55


Peringkat SK Seri Pristana telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan.
Semua pihak termasuk Guru Besar, guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SK
Seri Pristana sangat berpuas hati dengan sambutan tersebut. Tiada sebarang
masalah besar yang timbul sepanjang sambutan bulan kemerdekaan tersebut.
Setiap acara yang dipertandingkan telah dapat diadili seadil-adilnya oleh hakim-
hakim yang telah dilantik. Semua keputusan hakim adalah muktamak. Senarai
penuh pemenang ada disertakan di bahagian lampiran.

5. Kesimpulan

Langkah pihak sekolah mengadakan Program Sambutan Bulan


Kemerdekaan Ke-55 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah
mewujudkan situasi kemerdekaan di samping mendedahkan para pelajar tentang
bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita diraikan.

Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh kita selama 55 tahun bukanlah


datang secara percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang
terdahulu dan atas titik tolak perundingan yang telah diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman, untuk membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama
lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini.

Semoga segala aktiviti dan acara yang dijalankan diharapkan dapat


menyemarakkan lagi rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara yang tercinta.
Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini.

Sekian terima kasih.


hakim yang telah dilantik. Semua keputusan hakim adalah muktamak. Senarai
penuh pemenang ada disertakan di bahagian lampiran.

5. Kesimpulan

Langkah pihak sekolah mengadakan Program Sambutan Bulan


Kemerdekaan Ke-55 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah
mewujudkan situasi kemerdekaan di samping mendedahkan para pelajar tentang
bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita diraikan.

Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh kita selama 55 tahun bukanlah


datang secara percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang
terdahulu dan atas titik tolak perundingan yang telah diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman, untuk membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama
lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini.

Semoga segala aktiviti dan acara yang dijalankan diharapkan dapat


menyemarakkan lagi rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara yang tercinta.
Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini.

Sekian terima kasih.

You might also like