You are on page 1of 6

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

4.0 SASARAN

5.0 JUMLAH PESERTA

6.0 LAPORAN PROGRAM

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

9.0 PENUTUP

10.0 LAMPIRAN

1
1.0 PENGENALAN

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, Negara Malaysia akan menyambut Hari

Kemerdekaan Negara. Hari kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun

mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan

hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta

akan negara ini. Hari Kemerdekaan Negara hendaklah disambut agar generasi muda

yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati

hari kemerdekaan. Tema hari kemerdekaan pada tahun 2019 iaitu ‘Sayangi

Malaysiaku Malaysia Bersih’ telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan

ke-62.

Bagi memenuhi keperluan ini, maka Panitia Sejarah, dengan

kerjasama panitia-panitia yang lain berserta pihak pengurusan sekolah telah

melaksanakan Program Kemerdekaan 2019. Program ini bertujuan memupuk

semangat cinta akan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat serta diharap dapat

mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid dan juga guru-guru.

2
2.0 OBJEKTIF

1. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cinta akan negara, berdisiplin, bekerjasama,

mempunyai semangat patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan murid.

2. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

3. Dapat memupuk semangat perpaduan kaum di mana murid-murid berbilang

bangsa akan bersama-sama melibatkan diri semasa sambutan hari

kemerdekaan diadakan

4. Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara

3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Tempat : SK Wangsa Maju Seksyen 2

Tarikh : 21 Ogos – 24 September 2019

Masa : Waktu persekolahan

4.0 SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah dalam kalangan guru ,murid PPKI , murid Tahap 1 dan Tahap 2

SKWM2

5.0 JUMLAH PESERTA

Jumlah peserta adalah seramai 500 orang (anggaran) iaitu guru,murid PPKI,murid

tahap 1 dan tahap 2 SKWM2.

3
6.0 LAPORAN PROGRAM

Pada 21 Ogos 2019 yang lalu, Majlis Pembukaan Program Sambutan

Kemerdekaan SK Wangsa Maju Seksyen 2 telah diadakan di dewan sekolah. Majlis

ini dihadiri oleh semua guru dan murid SK Wangsa Maju Seksyen 2. Majlis ini diadakan

pada pukul 8.00. Mantan Guru Besar SK Wangsa Maju Seksyen 2 iaitu Tn Hj Zain Bin

Hamzah telah merasmikan dan melancarkan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan

peringkat sekolah. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku oleh semua

warga SK Wangsa Maju Seksyen 2. Semua warga SK Wangsa Maju Seksyen 2

menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat. Selepas itu, majlis

diteruskan lagi dengan acara penyerahan bendera @ watikah kemerdekaan di sekolah

terpilih dan acara seterusnya ialah nyanyian lagu patriotik. Lagu-lagu yang dinyanyikan

oleh semua warga SK Wangsa Maju Seksyen 2 pada hari tersebut ialah lagu Warisan,

Jalur Gemilang, Bahtera Merdeka dan banyak lagi. Semua guru dan murid

menyanyikan lagu tersebut sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan

menyanyikan lagu tersebut dengan sepenuh penghayatan. Selepas itu, majlis

diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada mantan guru besar sebagai

simbolik perasmian majlis pada hari tersebut. Pada hari tersebut juga diadakan

pertandingan pakaian beragam daripadapa murid aras perdana dan PPKI.

Pada 28 hingga 29 Ogos 2019 pula telah diadakan Pertandingan nyanian lagu

patriotik dan pertandingan mewarna Logo Kemerdekaan bagi murid-murid tahap satu.

Semua murid tahap satu iaitu murid-murid bagi tahun satu hingga tahun 3 telah

mengambil bahagian dalam acara ini. Kesemua peserta telah menunjukkan bakat

dengan mewarna logo kemerdekaan dengan cantik sekali. Pertandingan melukis Logo

Kemerdekaan turut diadakan bagi murid-murid tahap dua iaitu murid-murid tahun

empat, lima dan enam. Semua murid tahap dua telah mengambil bahagian dalam
4
acara ini. Mereka semua berasa teruja kerana dapat mengambil bahagian dalam acara

seperti ini.

Pada 11 September 2019,Pertandingan Mendeklamasi Sajak telah diadakan.

Pertandingan ini melibatkan murid-murid tahun tiga dan murid-murid tahap dua.

Kesemua peserta telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan dan dapat

menyampaikan sajak patriotik dengan penuh penghayatan. Pujian patut diberikan

kepada semua peserta kerana berjaya mendeklamasikan sajak dengan begitu baik

dan penuh bersemangat. Pertandingan seperti ini merupakan suatu usaha yang baik

dan wajar diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang bagi melahirkan generasi

alaf baru yang celik tentang sejarah negara.

Pada 4 September 2019, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik telah diadakan

untuk murid tahun 2. Semua peserta yang mengambil bahagian kelihatan begitu

gembira dan seronok semasa membuat persembahan. Penonton-penonton yang

terdiri daripada guru-guru dan murid-murid pula begitu teruja menonton persembahan

pada hari tersebut. Pujian patut diberi kepada semua peserta yang mengambil

bahagian kerana berani tampil di hadapan umum dan berlatih bersungguh-sungguh

untuk memenangi pertandingan yang dipertandingkan.

Pada 24 September 2019 pula Majlis Penutupan Sambulan Bulan

Kemerdekaan SK Wangsa Maju Seksyen 2 telah diadakan di dewan sekolah. Majlis

ini dimulakan dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Sazali bin Samad ,Atlet Bina

Badan Malaysia. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid-

murid iaitu persembahan nyanyian lagu patriotik oleh juara bagi acara tersebut,

persembahan ukelele sekolah, persembahan tarian dripada murid-murid PPKI .

Semua warga Sk Wangsa Maju Seksyen 2 begitu teruja dan seronok melihat

persembahan yang telah dipersembahkan pada hari tersebut. Selepas kesemua

persembahan tamat, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta-


5
peserta yang telah berjaya dalam kesemua pertandingan yang telah dipertandingkan

sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini diadakan di peringkat sekolah. Semua

peserta gembira menerima hadiah. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu

patriotik oleh semua guru dan murid-murid. Lagu-lagu patriotik dinyanyikan dengan

penuh semangat oleh warga SK Wangsa Maju Seksyen 2. Sebelum majlis selesai,

laungan merdeka telah dilaungkan oleh SK Wangsa Maju Seksyen 2 sebanyak tujuh

kali. Laungan tersebut memenuhi setiap ceruk dewan.

97.0 PENUTUP

Secara umumnya, selesai sudah Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan

peringkat sekolah. Diharap objektif tercapai dan manfaatnya dapat dikongsi

bersama guru-guru dan murid-murid. Diharap majlis seumpama ini dapat

diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh; Disahakan oleh,

………………………….. ..........................................

Shila Bt Zainal

AJK Dokumentasi

You might also like