You are on page 1of 27

TANGKAPAN.

1. Definisi tangkapan melibatkan menghadkan/kekangan terhadap kebebasan


seseorang untuk bergerak. Kebiasaannya dilakukan untuk memaksa seseorang
patuh pada undang-undang.

Kes R V Inwood
 Kes ini membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk membuat tangkapan.
 Hakim memutuskan tiada formula magik, hanya kewajipan untuk patuh
kepada apa yang diarahkan atau buat dan seseorang itu bukan lagi orang
yang bebas.

2. Artikel 5 PP.
Seseorang itu tidak boleh dinafikan hak kebebasannya kecuali mengikut undang-
undang.

3. 4 kategori orang yang boleh menangkap iaitu;


i. Pegawai polis (s. 23 (1)(a) KPJ)
ii. Penghulu (s. 25 kpj)
iii. Majestret / jaksa pendamai
iv. Orang awam / orang perseorangan (s. 27 kpj)

*semua kategori orang di atas boleh menangkap tanpa waran mengikut


situasi tertentu.

4. Peruntukan undang-undang untuk tangkapan oleh polis di bawah seksyen 23 (1)


(a) kpj.

5. Tangkapan tanpa waran oleh polis atau penghulu boleh dibuat apabila adanya
unsur-unsur berikut:
i. Berlakunya kesalahan yang boleh ditangkap (Seksyen 2 kpj)
ii. Adanya aduan yang munasabah
iii. Maklumat yang boleh dipercayai untuk membuat tangkapan
iv. Syak yang munasabah seseorang itu terlibat dalam kesalahan

6. Apakah itu kesalahan yang boleh ditangkap?

Seksyen 2 KPJ menyatakan suatu kesalahan yang mana dan ‘kes boleh
tangkap’ ertinya suatu kes yang mana pegawai Polis boleh menangkap tanpa
waran mengikut jadual pertama ruangan ketiga. Namun tertakluk kepada
pengecualian mengikut akta-akta tertentu dan peruntukan undang-undang.

7. Aduan yang munasabah.


 Tidak ada suatu makna yang ditetapkan untuk munasabah.
 Aduan merujuk kepada S 107 berkata, apabila maklumat diberi secara lisan
kepada seorang ketua balai polis berkenaan kejadian satu satu kesalahan,
ketua balai polis itu atau pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah
menulis maklumat itu.

1
Tan Key Teck [1957] MLJ 237 & anor v AG
 Ng pergi ke rumah tan untuk meminta hutang sebelum dikurung oleh Tan dan
isteri bersama 2 lagi lelaki di dalam rumah Tan.
 Ng ditawarkan Rm 1000 untuk selesaikan hutang namun menolak dan
membuat laporan polis sebelum Tan ditahan.
 Tan ditahan atas kesalahan Sek. 347 kk namun aduan Ng terhadap Tan atas
isu Tan tidak mahu bayar hutang.
 Hakim putuskan aduan adalah tidak munasabah terhadap kesalahan yang
diadu.

Yong Moi Sin v Kerajaan Malaysia


 aduan telah dibuat oleh A mengenai rompakan barang kemas dirumahnya. 2
orang telah ditangkap {F dan M}. Kedua dua telah disoal. Salah seorang beri
maklumat bahawa barang kemas itu telah dijual kepada Golden Jewellary yang
dimiliki oleh Khoo.
 Khoo telah disoal siasat dan berkata bahawa dia telah menjual pula kepada
Yuen Dong Jewellary yang dimiliki oleh perayu.
 Polis menyoal siasat si perayu berdasarkan kesalahan menerima barang yang
dicuri. Didapati bahawa barang tersebut disimpan dalam satu peti besi dan
hanya si perayu sahaja yang boleh membuka tetapi mengikut si perayu, peti itu
akan terbuka mengikut seperti yang telah diprogramkan iaitu keesokkan
paginya.
 dalam isu ini, aduan yang munasabah memang telah dibuat.

8. Maklumat yang boleh dipercayai.

Suatu maklumat haruslah boleh dipercayai sebelum suatu tangkapan dibuat.

Hashim Saud v Yahaya Hashim


 Polis terima maklumat tertuduh terlibat dalam kes curi generator dan
pembacuh simen dan tertuduh ditahan.
 Tertuduh ambil tindakan undang-undang kerana mendakwa polis menahan
secara salah.
 Hakim judge Harun putuskan tangkapan tersebut adalah sah berdasarkan
kepada maklumat awal. Sekiranya selepas siasatan tertuduh tidak terlibat
akan dibebaskan.

9. Syak yang munasabah.

Sekiranya timbul syak yang munasabah seseorang itu terlibat dalam jenayah.
Tangkapam boleh dibuat.

Shaaban & Ors v Chong Fook Kam & anor.


 Satu kes undang-undang terhadap polis atas dakwaan buat tahanan salah.
 Sebuah kereta ditimpa kayu balak yang didakwa jatuh dari sebuah lori yang
dipandu oleh tertuduh. Seorang penumpang kereta maut.
 Laporan polis dibuat sebelum arahan untuk kesan lori dibuat. Lori dikesan di
bukit tinggi jam 0717 pagi. Polis arahkan tertuduh tunggu di lokasi hingga
pegawai penyiasat datang dari mentakab. Tertuduh beri alibi dan pegawai

2
polis bawa ke mentakab untuk semak alaibi sebelum tertuduh dimasukkan ke
dalam lokap jam 6 ptg.
 Hakim Lord Devlin putuskan ada 2 situasi perlu dilihat bila syak yang
munasabah itu timbul:
i. Bila konstabel polis jumpa lori?
ii. Bila tertuduh dibawa ke mentakab dan alibi diperiksa dan diketepikan?
 Hakim putuskan syak yang munasabah timbul apabila alibi telah diperiksa
dan didapati tipu.
 Tahanan yang pertama adalah salah kerana syak yang munasabah itu belum
wujud.

Tan Eng Hoe [1933] MLJ 150,


 Maklumat mengenai seorang lelaki yang dikehendaki menginap di sebuah
bilik hotel.
 Pihak polis yang pergi ke hotel telah membuat tangkapan dan mendakwa ada
syak yang munasabah.
 Namun tertuduh bukan saspek yang dicari. Saspek sebenar Sia Eng tan,
tinggal di hotel yang sama, umur sama, asal dari melaka, baju lebih kurang
sama dan membawa beg hitam.
 Hakim putuskan penahanan adalah sah atas syak yang munasabah.

Cara tangkapan dibuat.

1. Cara tangkapan dibuat diterangkan di bawah seksyen 15 kpj.

(1) Menyatakan tangkapan itu dibuat dengan cara percakapan, sentuh,


mengurung, melainkan seseorang itu menyerah diri.
(2) Dan jika seseorang itu mengelak atau melawan untuk ditahan boleh gunakan
semua langkah yang perlu untuk melaksanakan tangkapan.
*namun tidak ada peruntukkan hingga boleh menyebabkan kematian kecuali
bagi kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati.

2. Tangkapan berlaku apabila:


i. Seorang pegawai polis menyatakan seseorang itu ditahan
ii. Polis menggunakan kekerasan untuk menghadkan pergerakan dan menahan
seseorang itu
iii. Apabila melalui kata-kata atau kelakuan dia menyatakan dengan jelas
bahawa dia akan, jika perlu, menggunakan kekerasan untuk menghalang
individu itu dari pergi ke mana dia mahu pergi. ”Ia tidak berlaku apabila dia
berhentikan seorang individu untuk membuat pertanyaan. "

Shaaban and Ors v Chong Fook Kam


 Lord Devlin putuskan setatkat memberhentikan seseorang itu bukan satu
penahanan.
 3 situasi tangkapan itu berlaku:
i. Pegawai polis menyatakan dengan jelas bahawa dia sedang membuat
tangkapan

3
ii. Apabila dia menggunakan kekerasan untuk mencegah pergerakkan
individu tersebut.
iii. Pegawai polis melalui perkataan atau tindakan menunjukkan dengan jelas
bahawa dia akan menggunakan kekerasan untuk mencegah pergerakkan
individu tersebut.

Jayaraman and Ors v PP


 2 orang telah membuat laporan berkenaan dengan pergaduhan di suatu
kuil Hindhu di Kerling.
 Kpl Ghani telah pergi ke tempat tersebut dan ternampak 8 orang bersama
sami kuil tersebut. Dia meminta supaya mereka jangan tinggalkan tempat
tersebut. Setelah itu seorang bernama ASP Jamaluddin telah sampai dan
menyoal kelapan lapan lelaki tadi.
 Mahkamah putuskan tiada penahanan berlaku semasa kpl Ghani arahkan
kesemua 8 lelaki india tersebut supaya tunggu di situ.

Tangkapan oleh orang persendirian. (Sek 27 kpj)

1. Tangkapan oleh orang persendirian dinyatakan di bawah seksyen 27 kpj.

2. Mana-mana orang persendirian boleh menangkap mana-mana orang yang


melakukan kesalahan boleh ditangkap dan yang tidak boleh dijamin yang
berlaku pada pandangannya atau orang yang lari dari waran tangkap yang
sedang berkuatkuasa.

Maksud dalam pandangan dan dalam penglihatan adalah seseorang itu hadir
semasa kejadian itu berlaku. Sama ada Nampak seseorang itu melakukan
kesalahan atau lari dari tempat kejadian jenayah yang boleh mendatangkan
syak dia yang melakukan jenayah tersebut.

Metro Golden Mile v Paul Chua,


 kes ini memberi interpretasi yang ketat kepada fasa ‘yang berlaku pada
pandangannya’.

PP v Sam Hong Choy


 P9 adalah saksi yang sedang masuk ke bangunan. Dia mendengar bunyi
tembakan dan seseorang menjerit ‘tolong kejar perompak’ kemudian dia
nampak 2 orang sedang melarikan diri. Seorang memegang beg plastik dan
seorang lagi memegang pistol.
 PW 9 telah mengejar dan menangkap tertuduh. Tertuduh diserah kepada
Polis.
 Hakim putuskan sesiapa yang nampak seseorang melarikan diri selepas
melakukan kesalahan boleh menahan orang itu.
 perbuatan melarikan diri dari rompakan itu boleh sebabkan orang
berpendapat orang itu melakukan kesalahan.

4
John Lewis & Co. Ltd v Tims
 Tangkapan terhadap Tims dan anaknya dibuat oleh pengawal keselamatan
pusat membeli belah.
 Mereka ditahan dan disoal siasatan sebelum Tims dibebaskan manakala
anaknya dituduh.
 Timbulkan isu penahanan salah dan tidak dserahkan terus kepada polis.
 Mahkamah putuskan penahanan tersebut sah.

Hak-hak orang yang ditangkap.

1. Hak-hak orang yang ditangkap perlu diberikan kepada orang yang ditangkap
seberapa segera selepas tangkapan dibuat:
i. Hak untuk diberitahu sebab-sebab tangkapan (5 (3)PP / 28 A (1) kpj)
ii. Hak untuk mendapatkan khidmat peguam ( 5 (3) PP / 28 A 2,5,6,7 kpj)
iii. Hak untuk berhubung dengan keluarga / rakan.
iv. Hak untuk dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam
v. Hak untuk dibebaskan dengan jaminan bagi kes boleh jamin
vi. Hak untuk berdiam diri
vii. Hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah.

Remedies.
i. Hak untuk mempertahankan diri
ii. Hak untuk habeas corpus
iii. Hak untuk tuntutan ganti rugi

2. Hak untuk diberitahu sebab-sebab tangkapan.

Artikel 5 (3) perlembagaan Persekutuan


 Perlu diberitahu sebab kenapa ditangkap sebaik saja selepas tangkapan atau
dengan seberapa segera.

Seksyen 28 A Kpj
(1) Diberitahu sebab tangkapan dengan seberapa segera

Cristie v Leanchinsky
 Mahmakah memutuskan kalau pihak polis tidak berpeluang untuk
memaklumkan segera sebab-sebab tangkapan jika;
 Jika keadaan sedemikian tidak mengizinkan untuk orang yang ditangkap
mesti tahu secara umum kesalahan yang didakwa di mana dia ditahan
(ditangkap secara terus);
 Sekiranya orang yang ditangkap sendiri menyebabkan situasi yang
menjadikannya mustahil untuk memberitahunya - contohnya. Serangan balas
segera atau lari.
Boleh memaklumkan kemudian bila keadaan mengizinkan.

Prinsip kes ini diikuti dalam kes Abdul Rahman v Tan Jo Koh dan kes Khaeryl
Benjamin Ibrahim v KPN.

5
3. Hak untuk mendapatkan khidmat peguam.

Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan


 Orang yang ditahan perlu diberi hak untuk memilih peguam dan dibela oleh
peguam yang bertauliah.

28 A (2) (b) Kpj.


 Seseorang yang ditahan boleh memilih dan berunding dengan peguam
pilihannya.

Hashim Saud
Ooi Ah Phua
Ramli b Salleh

Ooi Ah Phua
 Hak seseorang yang ditangkap untuk berunding dengan peguamnya bermula
dari masa penangkapan, tetapi Hakim berpendapat bahawa hak tidak boleh
dilaksanakan sebaik sahaja ditangkap. Keseimbangan harus diserapkan di
antara hak orang yang ditangkap untuk berunding dengan peguamnya
kewajiban polis untuk melindungi orang awam dari orang yang melakukan
kesalahan dengan menangkap mereka dan mengumpul apa sahaja bukti
yang ada terhadap mereka. Kepentingan keadilan adalah sama pentingnya
dengan kepentingan orang yang ditangkap dan diketahui dengan jelas
bahawa unsur-unsur jenayah sangat dihalang oleh kepastian pengesanan,
penangkapan dan hukuman.

4. Hak untuk berhubung dengan keluarga / rakan.

Seksyen 28 A (2) (a) Kpj

 Di bawah seksyen ini orang yang ditahan perlu diberi hak untuk berhubung
atau cuba berhubung dengan saudara atau rakan untuk memaklumkan di
mana mereka berada.
 Namun hak ini boleh dinafikan mengikut seksyen 28A (2)(8) kpj dan hanya
pegawai polis berpangkat DSP boleh menafikan di bawah Seksyen 28A (2)
(9)kpj.

5. Hak untuk dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam.

 Ia merujuk kepada S 28 KPJ. Hak ini adalah untuk membuat tuduhan tetapi
secara praktis diberi perintah tahanan reman.

Artikel 5 (4) pelembagaan Persekutuan


 jika seseorang ditangkap dan tidak dibebaskan dia hendaklah tanpa
kelewatan yang tidak munasabah, dan dalam apa-apa hal dalam masa dua
puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)
dikemukakan di hadapan majistret dan tidak akan ditahan lagi dalam jagaan
tanpa kuasa majistret '.

6
Seksyen 28 (1) Kpj
 Seorang pegawai polis yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah
tanpa kelewatan yang tidak perlu dan tertakluk kepada peruntukan yang
terkandung di dalamnya sebagai jaminan atau pelepasan terdahulu
mengambil atau menghantar orang yang ditangkap di hadapan Majistret.

Seksyen 117 kpj.


 Seksyen ini merujuk kepada prosedur jika siasatan tidak boleh
diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Polis dengan segera hendaklah
menghantar salinan catatan harian mengenai kes tersebut dan juga
menghantar tertuduh itu dihadapan Majistret.

Seksyen 119 kpj.


Keong Mei Cheng Audrey (Audrey Keong)


 Dalam kes ini, salinan catitan tidak dikemukakan.
 Isunya samada adakah S 119 adalah wajib?
 Mahkamah memutuskan, ya butir-butir dalam catatan tersebut akan
memberikan maklumat yang agak tepat mengenai siasatan tersebut. Maka
tanpa salinan catatan, permohonan sepatutnya ditolak.

R. Sivarasa
 Menyentuh tentang pentingnya diari siasatan pihak polis semasa
permohonan tahanan reman di hadapan majistret.
 persoalannya adakah salinan catatan dikemukakan untuk mendapatkan
perintah tahanan selanjutnya?
 Didapati bahawa dokumen yang dikemukakan adalah tidak mencukupi
untuk mematuhi peruntukkan S 119 KPJ. Dokumen ini hanyalah 3 helai
kertas yang menyenaraikan nama-nama orang tersebut dan satu jadual yang
merekodkan pergerakkan orang yang ditangkap. Dokumen tersebut tidak
merujuk kepada prosiding harian mengenai siasatan tersebut.
 Maka tahanan lanjut itu tidak sah.

6. Hak untuk dibebaskan dengan jaminan bagi kes boleh jamin

Seksyen 387 kpj.


 Di bawah seksyen ini jika kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan yang
boleh dijamin, jaminan perlu diberikan.
 Namun jika seksyen 117 kpj digunakan, peruntukan ini akan mengambil alih
hak untuk jaminan seperti di bawah seksyen 387 kpj.

7
Maja anak Kus
 Dalam kes ini mahkamah memutuskan jika kesalahan yang dilakukan adalah
kesalahan yang boleh dijamin, maka jaminan perlu diberikan.

 Jika ada seksyen 117 kpj digunakan, maka seksyen tersebut akan
mengambil alih hak untuk jaminan tersebut.

7. Hak untuk berdiam diri

Seksyen 112 Kpj


 Sebelum ini, ini terbukti dalam prosedur sebelum rakaman percakapan
beramaran.
 Peruntukan sedia ada di sek 112 kpj - seseorang tidak diwajibkan untuk
menjawab apa-apa soalan yang mempunyai kecenderungan untuk
menyalahkannya.
 Tetapi ada undang-undang khusus seperti Akta Pencegahan Rasuah 1997 &
Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang mempunyai peruntukan dengan kesan
yang menarik kepada suspek untuk menjawab soalan.

8. Hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah.

Seksyen 15 (2) dan (3) Kpj.


 Seseorang yang terkesan dengan penangkapan hanya boleh menggunakan
kekerasan yang munasabah apabila diperlukan.
 Seksyen 15 (1) kpj menyatakan polis boleh gunakan kekerasan yang
munasabah sahaja semasa melakukan tangkapan.
 Orang yang hendak ditangkap ada hak untuk menggunakan kekerasan yang
munasabah untuk mempertahankan diri daripada kekerasan yang tidak
munasabah yang digunakan oleh polis.

Mahmood v Govt. of malaysia

Kesan penahanan salah kepada penyiasatan.

1. Jika berlaku kesilapan semasa terhadap porsedur semasa tangkapan, tertuduh


akan mempunyai hak remedies seperti berikut:

i. Hak peribadi / pertahan diri.


 Hak hanya boleh dilakukan dalam situasi di mana penangkapan dan /
atau penahanan adalah salah.

Ong Kee Seong


 Kesalahan tidak boleh ditangkap dan dikatakan penangkapan tertuduh
tidak mempunyai alasan kukuh jadi penangkapan itu tidak sah dan
penentangan terhadap penangkapan (menendang seorang PO di
abdomen & mengigit seorang lagi di kaki) tidak menyalahi undang-
undang

8
Kok Khee
 Penjual sayuran menyerang seorang pegawai dengan tongkat
'daching'

Khor Ah Kah
 Penjual sapu tangan memukul seorang pegawai dengan selipar

ii. Hak untuk wirt habeas corpus

 Writ habeas corpus diberikan untuk membebaskan seseorang yang telah


ditahan secara tidak sah (seksyen 365 KPJ)
 Artikel 5 (2) Perlembagaan persekutuan

Abdul Ghani Haroon


Ooi Ah Phua
Rajeshkanna

iii. Hak untuk tuntutan ganti rugi

 Punca tindakan mungkin terjadi daripada penangkapan yang salah,


pencerobohan dan penjara tanpa alasan yang sah

Shaaban
Kuan Kwai Choi

9
GELEDAH.

1. Di bahagikan kepada 3 iaitu :


i. Badan
ii. Orang di dalam premis
iii. Premis (dengan waran atau tanpa waran)

2. Prosedur yang berkenaan apabila mencari dan membuat penyitaan2 Aspek


pencarian iaitu, penyitaan & pelupusan / pengekalan barang-barang yang
dirampas
3. Kuasa untuk merampas di mana perkara yang tidak disenaraikan dalam senarai
carian
4. Kebolehpercayaan Bukti-bukti yang Diperolehi secara tidak sah

i. Badan

Seksyen 17 KPJ.
 Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah
dengan waran.
 Ini adalah berkaiatan dengan geledahan di premis. Dimana geledahan dibuat
ditempat dan orang yang berada ditempat itu boleh diperiksa jikalau barang yang
dicari disembunyikan di badan orang itu.

S 19 (2) KPJ.
 Peraturan memeriksa perempuan.
 Menyatakan bahawa jikalau geledahan dibuat pada wanita, ia patut diperiksa
oleh perempuan lain dengan menitikberatkan kesopanan.

Seksyen 20 KPJ.
 Pemeriksaan orang yang ditahan.
 Peruntukkan ini membenarkan orang yang ditangkap itu diperiksa oleh pegawai
polis dan ini bermakna pegawai polis bolehlah mengambil segala barang-barang
yang ada pada badan orang tersebut selain dari pakaian yang mana barang
tersebut adalah alat atau hasil keterangan sesuatu perbuatan jenayah.

Seksyen 20A kpj:


 Mana-mana pemeriksaan orang untuk mematuhi Jadual Keempat
 Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, peruntukan Jadual 4
hendaklah terpakai bagi apa-apa pencarian seseorang yang dijalankan oleh
seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa yang diberi kuasa
penangkapan atau penggeledahan seseorang.

Tujuan jadual keempat:


a) untuk mendapatkan keterangan yang membuktikan mengenai pelakuan
kesalahan yang baginya dia telah ditangkap;
b) merampas barang seludup, hasil jenayah, atau benda-benda lain yang dimiliki
dari jalan jenayah atau digunakan bersabit dengan kesalahan yang baginya dia
telah ditangkap

10
c) bagi penemuan bukti yang berkaitan dengan sebab penangkapan atau untuk
memelihara keterangan atau untuk mencegah pelupusan bukti itu oleh orang
yang ditangkap

Body search

Pat down Intimate Intrusive


Strip search
search search search
Part IV
Part III Part V Part VI

Pat Down
 pemeriksaan Pat Downbermaksud tindakan mencari di luar pakaian seseorang
yang ditangkap yang akan dijalankan dengan cepat menggunakan tangan dan
meraba pakaian orang yang ditangkap dari luar.
 Tidak memerlukan kebenaran mana-mana pegawai.

Strip
 carian kaedah Strip bermaksud carian yang melibatkan penyingkiran sebahagian
daripada pakaian luar atau penyingkiran semua pakaian orang yang ditangkap,
dan semasa pencarian, orang yang ditangkap boleh dibenarkan untuk
sebahagiannya berpakaian dengan membenarkannya memakai pakaian atasnya
sebelum menanggalkan pakaian di bahagian bawah.
 Perlukan kebenaran Inspektor ke atas

Intim
 pemeriksaan intim bermakna pencarian yang terdiri daripada pemeriksaan fizikal
badan seseorang yang ditangkap selain dari mulut, hidung dan telinga.
 Kebenaran ASP ke atas

Intrusive
 carian mengganggu bermaksud suatu carian yang melibatkan pemeriksaan
seseorang yang ditangkap untuk menentukan kewujudan apa-apa objek,
keterangan, senjata atau seludup di dalam orifices badan atau badan orang itu
dan termasuk penyingkiran objek, bukti, senjata atau seludup itu.
 hanya akan dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pegawai
Perubatan, atau oleh mana-mana pembantu hospital atau jururawat berdaftar
yang bertindak di bawah Pegawai Perubatan Kerajaan atau arahan Pegawai
Perubatan
 kebenaran KPD atau setaraf

S 21 KPJ. Kuasa merampas senjata berbahaya.

S 22 KPJ. Memeriksa orang kerana hendak tahu nama dan tempat tinggal.

11
ii. Orang di dalam premis

Seksyen 16 kpj.
 Jika seseorang yang bertindak menurut waran atau yang diberi kuasa dengan
betul untuk menangkap mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa
orang yang ditangkap telah memasuki mana-mana tempat, maka dia berhak
untuk menuntut masuk bebas ke premis tersebut untuk mencari orang itu
untuk ditangkap.
 Sekiranya kebenaran masuk tidak boleh diperolehi & kelewatan boleh orang
yang hendak ditangkap mempunyai peluang untuk melarikan diri, adalah sah
bagi dia untuk memaksuki secara paksa dengan memecahkan mana-mana
pintu / tetingkap luar / dalaman

Seksyen 58 kpj
 membenarkan seorang Majistret untuk mengeluarkan waran geledah untuk
mencari seseorang yang dipercayai dikurung dengan salah

iii. Premis.

Dengan waran Tanpa waran


Seksyen 54 hingga 61 kpj Hanya dalam keadaan berkecuali
yang digariskan dalam bahagian 62,
62A, 62B, 63 & 116 kpj

Pemeriksaan dengan waran.

Seksyen 54 (1):
 Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah jika –
(a) mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang yang kepadanya
saman di bawah s 51 atau 52 (1) telah atau mungkin telah dialamatkan
tidak akan atau akan mengemukakan harta atau dokumen sebagaimana
yang dikehendaki oleh permintaan itu;
(b) Hartanah atau dokumen itu tidak diketahui oleh mahkamah untuk dimiliki
mana-mana orang; atau
(c) Ia berpendapat bahawa tujuan keadilan atau sebarang siasatan,
perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kod ini akan disampaikan oleh
pemeriksaan am atau geledah.

Seksyen 55 kpj.
 Jika carian telah diperintahkan oleh Mahkamah, mahkamah boleh
membataskan atau menggambarkan skop carian dengan menyatakan dalam
waran tempat tertentu atau sebahagian daripadanya yang hanya pencarian itu
hendaklah dilanjutkan.

12
Seksyen 56 kpj
 Majistret boleh mengeluarkan waran geledah untuk memasuki dan mencari
mana-mana tempat yang hakim mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa 'apa-apa atas, oleh atau yang berkenaan dengannya suatu kesalahan
telah dilakukan, atau apa-apa keterangan atau perkara yang perlu untuk
menjalankan suatu penyiasatan apa-apa kesalahan boleh didapati.

Tempoh penguatkuasaan waran geledah


...........untuk bilangan hari yang munasabah yang dinyatakan dalam waran itu.

Lam Chiak v PP
 waran ggeledah bertarikh 3 November 1984 tidak menyatakan tempohnya untuk
terus berkuatkuasa. Ia telah dilaksanakan pada 8 November 1984.
 majlis berhujah, dalam menghendaki pengisytiharan bahawa pelaksanaan waran
itu tidak sah dan bahawa barang-barang yang dirampas diperintahkan untuk
dikembalikan kepada pemohon,
 bahawa waran itu tidak berkuatkuasa pada tarikh pelaksanaan.
 kegagalan untuk menentukan bilangan hari tidak menyebabkan waran tidak sah
sejurus selepas tarikh terbitannya. Waran adalah sah apabila dikeluarkan dan
masih sah untuk beberapa hari yang munasabah, walaupun bilangan hari
tersebut tidak dinyatakan di dalamnya.
 Dalam kes ini, 5-7 hari selepas terbitannya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, waran
berkuatkuasa pada tarikh pelaksanaan iaitu 8 November 1984

Seksyen 116 kpj: pemeriksaan oleh pegawai polis.

Geledah tanpa waran.

Memerlukan justifikasi - sumber drastik.


Seksyen 62
Seksyen 63
Seksyen 116

Seksyen 62 kpj: geledah tanpa waran.


 Maklumat yang diberikan kepada mana-mana PO tidak kurang dari pangkat
Inspektor;
 Maklumat mesti menunjukkan sebab yang munasabah untuk mengesyaki
bahawa apa-apa harta yang dicuri disembunyikan atau diserahkan di mana-
mana tempat;
 Pegawai harus mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa oleh
sebab kelewatan dalam mendapatkan waran geledah, harta itu mungkin akan
dikeluarkan; dan
 Senarai harta yang didakwa dicuri akan dihantar atau diturunkan secara bertulis
(sebelum serbuan / penggeledahan) yang menyatakan bahawa harta itu telah
dicuri & pemberi maklumat mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai
bahawa harta itu didepositkan di tempat tersebut.

13
Seksyen 63 kpj: penggeledahan terus.
 Memerlukan kebenaran bertulis CPO (KP) dan carian adalah berkenaan dengan
harta yang dicuri.
 Tidak perlu menentukan mana-mana harta tertentu dalam surat pemberian itu
- sebab untuk percaya secara umum bahawa terdapat harta yang dicuri yang
disimpan di dalam premis adalah mencukupi

Yong Moi Sin


 Polis syak barang curi disimpan di dalam premis dan buat geledahan tanpa
waran.
 Timbulkan isu tidak boleh geledah tanpa waran.
 Mahkamah putuskan geledahan itu sah dan boleh mengikut peruntukan seksyen
62 dan 63 kpj.

Gooi Loo Seng


 Tertuduh dituduh mengedar dadah. Search list disediakan.
 Io dakwa dadah dijumpai dalam almari oleh IO sendiri selepas ditunjukkan oleh
tertuduh.
 Namun di dalam search list io tulis jumpa sendiri.
 Tertuduh dibebaskan.

Seksyen 65 KPJ. Penghuni hendaklah hadir semasa geledahan.

Seksyen 116 kpj. Geledah oleh pegawai polis.


 Satu pindaan baru yang ditambah mengenai porsedur dan siapa yang boleh
melakukan geledahan tanpa waran.
116A – geledahan dalam premis
116B - akses kepada data komputer
116C - pemintasan talian

14
RAMPASAN.

Seksyen 435 kpj.


 Mana-mana anggota pasukan polis boleh merampas mana-mana harta yang:
-salah atau
-Mungkin disyaki telah dicuri,
atau
-yang ditemui di bawah keadaan yang menimbulkan curga bahawa suatu
kesalahan telah dilakukan, dan anggota itu, jika pegawai bawahan kepada
pegawai yang bertanggungjawab balai polis yang terdekat, hendaklah dengan
segera melaporkan penyitaan itu kepada ketua polis balai

Chic Fashions Ltd v Jones


 polis telah diberi kuasa dengan waran untuk menggeledah kedai yang dipunyai
oleh P untuk mencari barang yang dicuri dari kedai ‘Ian Peters Ltd’.
 Polis tidak menjumpai barang-barang tersebut tetapi mereka telah merampas
barang lain yang difikirkan telah dicuri.
 P telah membawa tuntutan. Diputuskan bahawa ketika pegawai polis memasuki
premis dengan waran geledah untuk mencari barang-barang curi, dia boleh
merampas bukan sahaja barang yang dia percayai yang tertakluk kepada
waran geledah tersebut tetapi juga barangan lain yang dia percaya telah
dicuri. Samada tindakan peg itu sah bergantung kepada pendapat peg tersebut
pada masa geledahan dibuat dan bukannya selepas itu.

Kah Wai Video (Ipoh) Sdn Bhd


 hakim Edgar Joseph Jr. Kes di bawah Akta Hak Cipta. Waran geledah telah
dikeluarkan tetapi barang-barang yang dirampas adalah tidak berkaitan
dengan waran tersebut.
 Majistret telah memulangkan barang-barang tersebut kepada tuan punya.
 Isu adalah samada perintah Majistret itu sah?
 HC telah memutuskan bahawa apa yang dilakukan oleh majistret adalah tidak
sah kerana majistret tidak ada kuasa untuk berbuat begitu. Kalaupun majistret
mempunyai kuasa adalah berdasarkan fakta-faktanya. Majistret tidak sepatutnya
memberikan perintah tersebut kerana rampasan yang dilakukan sah.

Ghani and ors v Jones


 Seorang wanita hilang disyaki dibunuh
 Polis pergi ke premis untuk siasatan dan ambil semua pasport orang di dalam
premis
 Isu mendakwa rampasan tersebut tidak sah dan tidak ada isu atau kaitan
 Lord Denning dalam memberikan penghakiman memutuskan jika siasatan awal
untuk perkara lain namun perkara lain yang dibuat polis perlu:
Pertama : polis perlu mempunyai alasan yang munasabah satu kesalahan telah
dilakukan
Kedua : polis perlu mempunyai alasan yang munasabah bahawa barang-
barang atau dokumen mempunyai kaitan dengan kes
Ketiga : mempunyai alasan yang munasabah seseroang itu terlibat dalam
kesalahan
Keempat : polis tidak boleh simpan sesuatu dokumen lebih dari yang diperlukan
untuk siasatan. Jika perlu buat salinan dan salinan asal dipulangkan.
 Lord Denning memutuskan polis tidak memberikan asalan yang munasabah
kaitan pasport tersebut dengan kes buunh yang disiasat.

Saw Kim hai


 Isu ditimbulkan mengenai bukti yang diperolehi secara tidak sah.
 Mahkamah putuskan walaupun butk idiperolehi secara tidak sah, namun tidak
akan memberikan kesan kepada kebolehterimaannya di mahkamah.
PENYIASATAN POLIS.

1. Penyiasatan polis meliputi:


 Laporan maklumat pertama
 Siasatan di tempat kejadian
 Kuasa menghendaki kehadiran orang yang mengetahui keadaannya
 Pemeriksaan dan rakaman pernyataan
 Geledahan & rampasan
 Penangkapan & Permohonan untuk perintah reman
 Pengeluaran bon
 Menyeklenggara diari siasatan (ID)
 Lapor kepada PP & keputusan sama ada atau tidak untuk mendakwa

Seksyen 107 KPJ. Maklumat mengenai kesalahan


 Adalah berkenaan dengan maklumat mengenai kesalahan. Dimana maklumat
yang diberikan hendaklah ditulis dan dibacakan semula kepada si
pengadu dan di tandatangani. Di kenali juga sebagai maklumat pertama.

Chow Kam Meng


 Dalam kes ini frasa ’FIR’ adalah berkaitan maklumat pertama yang diterima
oleh pihak polis berkaitan sesuatu kesalahan, dan jika tiada report report
pertama, report tangkapan akan menjadi report pertama.

Emperor v Kwejei
 Siasatan polis biasanya bermula dengan FIR
 Tetapi FIR bukan semestinya adalah langkah pertama dalam siasatan polis.

2. Objektif FIR
i. Bagi menggerakkan sesuatu siasatan
ii. Mendapatkan maklumat awal tentang sesuatu kesalahan sebelum dilupakan
faktanya oleh saksi
iii. Tidak semestinya jika tiada FIR siasatan tidak boleh dijalankan. (PP v DSAI)

3. Kepentingan FIR

Pardeep Singh
 Tujuan FIR adalah untuk memaklumkan polis tentang kesalahan dan
menggerakkan polis untuk menjalankan siasatan.

4. Isi kandungan FIR

Tan Ping Seng


 Tujuan utamanya adalah untuk memberi maklumat tentang kesalahan yang
dapat difahami kepada pihak polis untuk menggerakkan siasatan.
 Bentuk laporan polis hanya memerlukan seorang pemaklum untuk
memberikan 'butiran ringkas termasuk tarikh, masa dan tempat di mana
kesalahan itu berlaku.
5. Jika FIR tidak diturunkan dalam bentuk bertulis?

PP v Foong Chee Cheong


 Majistret telah membebaskan tertuduh tanpa memanggil untuk membela diri
kerana laporan tidak diturunkan dalam bentuk bertulis, dan polis tidak
mempunyai kuasa untuk menyiasat dan tangkapan yang dilakukan adalah
salah.
 PP membuat rayuan ke mahkamah tinggi.
 Hakim memutuskan tidak semestinya FIR mesti dalam bentuk bertulis, cukup
sekadar menerima maklumat dan mengarahkan perbicaraan dijalankan
semula.

Namun di bawah Seksyen 107 (2) (c) kpj menyatakan laporan maklumat pertama
perlu dalam bentuk betulis.

6. FIR adalah dokumen awam dan boleh diperolehi oleh orang awam dan boleh
diperolehi oleh orang yang mempunyai kaitan dengan kes seperti peguam dan
pengadu serta tertuduh.

Husdi v PP
 Hakim mahkamah tinggi berpendapat bahawa adalah undang-undang biasa
hak tertuduh untuk memeriksa FIR timbul dari tugas polis untuk memberitahu
tertuduh alasan penangkapannya, sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan.

7. Setelah satu laporan FIR diterima:


i. Perlu klasifikasi report sama ada kesalahan boleh ditangkap atau kesalahan
tidak boleh ditangkap.
ii. Kesalahan tidak boleh ditangkap di bawah Seksyen 108 Kpj
 Perlu dapatkan OTI dari majistret baru boleh jalankan siasatan.

iii. Kesalahan boleh ditangkap di bawah Seksyen 109 kpj.


 Boleh terus jalankan siasatan.

8. Seksyen 107A kpj. Pengadu boleh meminta laporan status perkembangan


siasatan kes.

9. Seksyen 112 kpj: pemeriksaan oleh polis.


i. kuasa untuk memeriksa orang-orang yang mengetahui fakta kes yang
sedang disiasat (Mohamad Ezam Bin Mohd Nor)
ii. hendaklah menjawab semua soalan kecuali jika boleh mengaitkan seseorang
dengan kesalahan yang disiasat
iii. wajib bercakap benar ( husdi v PP )
iv. perlu bacakan amaran II dan III
v. perlu dibacakan semula dan ditandatangan
Abd Ghani Jusoh
 Ia menjelaskan boleh dalam bentuk lisan atau bertulis.
 Mahkamah putuskan 112 kpj perlu dalam bentuk bertulis

Jayaraman
 Dalam kes suatu pernyataan lisan juga boleh diterima kerana perkataan
‘apabila boleh’ dalam S 112 (v) adalah terpakai kepada bukan sahaja
perkataan ‘dan ditandatangani’ oleh orang yang memberi keterangan itu
tetapi juga kepada diambil dengan cara bertulis.
 Ini bermakna bahawa walaupun terdapat tugas untuk mencatatkan
pernyataan tertuduh secara bertulis, kegagalan berbuat begitu, jikalau
terdapat alasan yang munasabah untuk kegagalan tersebut, tidak akan
menjejaskan kebolehterimaan pernyataan tersebut. Cara ini akan
menyelaraskan S 112(v) dan S 113.

10. Sesiapa memberikan keterangan palsu boleh dikenakan tindakan di bawah


seksyen 193 atau 203 Kanun Keseksaan.

11. Seksyen 113 kpj: Penerimaan kenyataan.


 Pengecualian:
 S.113 (3) - pernyataan boleh digunakan untuk menyokong pembelaan
semasa perbicaraan
CHUNG TAIN KONG v. PP [2010] 2 CLJ 308 [2009] 1 LNS 5102.
 Kenyataan saksi boleh digunakan untuk impeachment
 Boleh diterima jika dibuat untuk kawad cam
 jika ia jatuh di bawah s 27 atau s 32 (1) (a) Akta Keterangan
 jika pembuat pernyataan yang dikenakan untuk kesalahan yang berkaitan
dengan pembuatan atau isi pernyataan itu.

12. Seksyen 119 Kpj: diari siasatan


 Perluu dikemukakan semasa permohonan seksyen 117 kpj.
 Pihak pembelaan tidak boleh dapat diari siasatan dengan syarat ianya dirujuk
oleh pihak pendakwaan

Audrey Keong
 Hanya boleh mendapat akses jika dirujuk oleh IO semasa perbicaraan.
 Jika dirujuk sebelum memberi keterangan untuk memulihkan ingatan

13. Permintaan salinan dokumen


Seksyen 51 kpj
Seksyen 51 A kpj
PEMINDAHAN KES.

Seksyen 177 kpj :


 Apabila majistret berpendapat patut dibicarakan oleh mahkamah yang lebih
tinggi.
 Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang hakim, jika muncul di mana-
mana peringkat dalam perbicaraan yang dari mana-mana sebab kes itu adalah
pada pendapat Majistret patut dibicarakan oleh beberapa mahkamah yang lebih
tinggi daripada bidang kuasa sendiri, atau jika sebelum atau semasa
permohonan perbicaraan dibuat oleh PP, Majistret akan berhentikan perbicaraan
dan memindahkan kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi. '

1. Kuasa mahkamah tinggi memindahkan kes.


 Dinyatakan di bawah seksyen 417 kpj.

Seksyen 417 kpj.


Alasan untuk memindahkan kes:
a. Bahawa perbicaraan yang adil dan saksamana tidak boleh dilakukan di
mana-mana mahkamah jenayah yang lebih rendah darinya- DP
Vijandran
b. Bahawa beberapa persoalan undang-undang tentang masalah yang luar
biasa mungkin timbul- Dato 'Kee Yong Wee [1987] 2 MLJ 198
c. Bahawa lokasi tempat kejadian di mana kesalahan yang telah dilakukan
lebih dekat dan mungkin diperlukan untuk perbicaraan yang memuaskan
hati
d. Bahawa sesuatu perintah di bawah seksyen ini cenderung kepada
kemudahkan umum pihak-hak terlibat atau saksi
e. Bahawa apa-apa perintah adalah suai manfaat bagi penghujung proses
keadilan atau dikehendaki oleh mana-mana peruntukan kanun ini

2. Jenis pindahan yang dibenarkan


 Bahawa apa-apa kesalahan dibicarakan oleh mana-mana mahkamah yang
tidak diberi kuasa di bawah seksyen 121 hingga 126 tetapi dalam hal lain
yang berupaya untuk mencuba bicarakan kesalahan sedemikian
 Bahawa mana-mana kes tertentu atau kelas kes dipindahkan dari mahkamah
jenayah yang bawahan kepadanya kepada mana-mana mahkamah jenayah
lain yang sama atau lebih tinggi
 Bahawa mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan ke dan dibicarakan di
mahkamah tinggi

3. Seksyen 417(2)- Mhk Tinggi bertindak berdasarkan laporan Mahkamah rendah,


atau permohonan PP atau tertuduh atau inisiatif Mahkamah Tinggi sendiri

4. Seksyen 418(2) - permohonan dibuat sebelum perbicaraan tamat

5. Seksyen 177A- pindahan kes dengan izin pendakwa raya


 untuk semua kesalahan yang akan dibicara di Mhk Tinggi
 tertuduh dikemukakan di Mahkamah Magistrate untuk tuduhan dibaca dan
diterangkan, tetapi pengakuan tidak boleh diambil - Lee Chan Sang [1989] 1
MLJ 224
 - Mahkamah Magistrate hantarkan kes ke Mahkamah Tinggi selepas keizinan
(consent) PP diperolehi

6. Bolehkah kes dipindahkan tanpa keizinan Pendakwaraya?

Oladotun Lukmaru
 berkenaan s.41A DDA
 mahkamah putuskan kes tidak boleh dipindahkan tanpa keizinan
pendakwaraya kerana akan menyebabkan ‘further prosecuting the
accused person’

PP v Marwan Ismail
"Seksyen 41A DDA adalah peruntukan khas di bawah undang-undang khas yang
beroperasi secara bebas daripada apa-apa peruntukan lain. Ia menyediakan satu
prosedur yang mudah di mana seseorang yang dipertanggungjawabkan dengan
kesalahan modal di bawah DDA yang boleh dibeli hanya oleh Mahkamah Tinggi
boleh dikeluarkan sebelum "mahkamah rendah yang bersesuaian" untuk
mendapatkan perintah untuk penghantaran. Sebaik sahaja dikeluarkan, mahkamah
itu berada di bawah kewajipan mandatori untuk memerintahkan penghantaran kes
itu.
PERTUDUHAN

1. apabila tertuduh dibawa ke mahkamah, pertuduhan mengandungi kesalahan


akan dibaca dan akan ditanya jika mengaku salah atau tidak.

R v Mohamed Humayoon Shah


 mahkamah tetapkan maklumat kesalahan mesti disampaikan dengan terang,
jelas dan tepat tentang kesalahan yang akan dibuktikan terhadap tertuduh.

2. Maklumat yang perlu ada di dalam pertuduhan


i. Kesalahan
ii. Tarikh dan masa kesalahan
iii. Tempat berlakunya kesalahan tersebut
iv. Undang-undang yang dituduh dan hukuman
v. Maklumat mengenai kejadian tersebut / perbuatan tertuduh

3. Maklumat yang perlu ada dalam pertuduhan dinyatakan di bawah:

Seksyen 152 kpj: bentuk pertuduhan

Seksyen 153 kpj: Butir-butir masa, tempat dan orang

Seksyen 154 Kpj: Cara kesalahan mesti dinyatakan

Lim Beh v Opium Farmer (1842)


 Membincangkan tentang kesalahan
 Kesalahan perlu dinyatakan dengan jelas supaya tertuduh tahu apa
persediaan yang perlu untuk membela diri

Dato Sri Anwar Ibrahim


 Membincangkan berkenaan tarikh dan masa
 Tarikh dan masa kejadian berlaku perlu dinyatakan dalam pertuduhan

4. Jika berlaku kesilapan dalam pertuduhan.

Seksyen 156 kpj. Kesan kesilapan


 Kesilapan yang berlaku dalam pertuduhan tidak boleh hingga mengelirukan
tertuduh

5. Kuasa membenarkan pembetulan ke atas pertuduhan dan kesilapan yang


berlaku tidak boleh hingga menyebabkan ketidakadilan kepada tertuduh

Zahidi Murad
Azhar Che Wil
6. Pindaan pertuduhan

Seksyen 158 kpj


 Mahkamah boleh mengubah atau menambah pada pertuduhan pada bila-bila
masa sebelum hukuman dijatuhkan

Nyuk Fook
Chiu Poh Keong

7. Bila pertuduhan boleh dipinda.


 Pertuduhan boleh dipinda pada bila-bila masa sebelum hukuman dijatuhkan

Tan Kim Kong


 Walaupun mahkamah ada kuasa untuk membuat pindaan, namun lebih adil
jika pindaan dibuat pada akhir pendakwaan (sebelum hukuman dibacakan)

Liew Cheok Hin


Letchumanan a/l Suppiah

8. Pindaan tidak boleh dibuat semasa peringkat rayuan.

Quek Ching Kim


JAMINAN

BOLEH JAMIN TIDAK BOLEH JAMIN TIADA JAMINAN


<3 thn penjara / denda > 3 thn hingga hukuman mati Akta tertentu di dalam
sahaja undang-undang, s 388
Hak tertuduh Budibicara mahkamah Tidak boleh dijamin
langsung
1. Secara umunya, jaminan adalah harta yang disimpan atau diwartakan kepada
mahkamah untuk membenarkan seseorang keluar dari tahanan dan akan
kembali untuk perbicaraan.

2. Syarat-syarat akan ditetapkan oleh mahkamah.

3. Kesalahan boleh jamin seperti di bawah Seksyen 2 (1) kpj.


 Seperti di jadual pertama dan ruangan ke lima ada menyatakan sama ada
boleh jamin atau tidak
 Jaminan merupakan hak tertuduh dan perlu diberikan

Mohd jalil Bin Abdullah


 Mahkamah putuskan jaminan perlu diberi kerana haknya walaupun dia telah
buat kesalahan

Wong Kim Woon


 Jaminan perlu diberikan mengikut peruntukan seksyen 387 Kpj

4. Seksyen 387 Kpj: Bila seseorang boleh lepas dengan jaminan


(a) dituduh melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin; dan
(b) ditangkap atau ditahan tanpa waran; atau
(c) serah diri atau dibawa ke hadapan mahkamah dan
(d) bersedia untuk diberi jaminan.

5. Seksyen 388 kpj: Kesalahan tak boleh jamin boleh diberi jamin
(1) Orang yang dituduh bagi kesalahan tak boleh jamin boleh diberi jamin atas
syarat-syarat
 16 tahun ke bawah
 Perempuan
 Orang sakit
6. Mengikut malal prosedur code, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
jaminan iaitu:
i. Keadaan dan keberatan kesalahan
ii. Keadaan keterangan bukti yang ada
iii. Jika ada kepercayaan munasabah tertuduh terlibat dalam jenayah
iv. Keseriusan hukuman yang akan dijatuhkan
v. Jika seseorang itu akan lari dan tidak hadir semasa perbicaraan
vi. Bahaya jenayah akan diulang semula
vii. Saksi akan diganggu
viii. Menganggu dan merosakkan bukti
ix. Kemungkinan akan membuat / mewujudkan bukti palsu
x. Tertuduh akan mempunyai peluang untuk mencipta alibi mempertahankan diri
xi. Karektor seseorang tertuduh
xii. Tempoh masa tahanan yang lama

Wee Swee Siang


 9 faktor diambil kira daripada 12 faktor dalam Malal Prosedure Code
 Namun tidak terhad kepada 12 faktor, boleh merangkumi kesihatan, umur,
jantina adalah relevan

Dato Sri Anwar Ibrahim


 PP dakwa DSAI akan ganggu bukti jika diberi jaminan
 Mahkamah minta jelaskan bagaimana cara bukti akan terganggu
 Hakim Tan Sri Lamin tak berikan jaminan kerana atas alasan akan
menganggu ketenteraman awam kerana pengikut DSAI terlalu ramai
 Ramai polis diperlukan dan akan gunakan dana kerajaan untuk setiap operasi
 Perlu diambil kira sebelum jaminan diberikan

PP v Letchumy
 Seorang perempuan dituduh kesalahan bunh
 Majistret benarkan jaminan dan DPP membuat rayuan
 Boleh guna budibicara, tapi perlu dengan berhemah
 Perlu ada alasan yang khusus:
i. Tertuduh ada 10 orang anak dan anak kacil masih menyusu badan
 Mahkamah rayuan katakan alasan tidak khusus dan jaminan ditolak

Che Su Bin Daud


 Kes 39 B ADB
 Hakim putuskan walupun ada 6 orang anak dan masih menyusu, tertuduh
bersama mengedar dadah adalah tidak terlalu berat seperti membunuh.
 Namun keputusan tersebut salah kerana di bawah Seksyen 41B ADB
mahkamah tidak boleh beri jamin

Loew Nyiok Chin


 Perempuan berumur 58 thn dituduh
 Pihak pembelaan berhujah
 Anak guma boleh dijamin mengikut S. 388 (i) kpj
 Tak ada rekod jenayah lampau
 Ada masalah mental dan perlukan rawatan
 Tidak ada ancaman kepada komuniti
 Tidak ganggu saksi, tak jahat
 Perlu jagaan keluarga untuk pulihkan emosi
 Mahkamah putuskan tak bagi jamin kerana alasan bukan alasan istimewa

Balwant Singh
 Dituduh kes bunuh
 Mohon jaminan Sek 388 (i) kpj
 Faktor kesihatan / medical report dirujuk
 Mahkamah berikan jaminan

7. Adakah jaminan boleh ditarik balik?

Seksyen 388 (v) Kpj


 Mana-mana Mahkamah boleh di mana-mana peringkat prosiding di bawah
akta ini menyebabkan mana-mana orang yang telah dibebaskan di bawah
seksyen ini untuk ditangkap dan boleh meletakkan dia di dalam tahanan.

8. Seksyen 404 Kpj: Hak tarik balik jamin

Kho Ewe Suan


Chou Tai Chuan

9. Adakah polis boleh berikan jamin polis selepas seseorang dibebaskan oleh
mahkamah atau selepas reman 117 tamat?

Kwan Hung Cheong v Inspektor Yusof Hj Othman


 Adakah sah bagi pihak polis untuk menerbitkan jaminan bon polis terhadap
suspek yang telah dibebaskan oleh perintah mahkamah SETELAH reman di
bawah seksyen 117 dari CPC?
 Adakah sah bagi bon ikat jamin polis untuk mengenakan syarat bahawa
suspek terpaksa hadir dan melaporkan kepada Polis di balai polis pada tarikh
tetap dan keadaan itu kemudian dipanjang untuk tempoh yang tidak pasti
selagi kes terhadap suspek masih dalam siasatan polis?
 Sekiranya sama ada atau kedua-duanya di atas adalah / menyalahi undang-
undang, adakah ia kemudiannya membahayakan kebebasan peribadi suspek
'yang melanggar Pasal 5 (1) FC yang menimbulkan remedi / pelepasan?

Jawapan:
Soalan 1:
 S28 atau s 29 tidak boleh dibaca dengan sendirinya - memberikan kuasa
untuk melepaskan suspek dengan syarat
 S388: tidak terpakai sebagai rekod menunjukkan bahawa dia (PO) memohon
pembebasan tertuduh dan Encik Lai atas jaminan polis sementara menunggu
penyiasatan polis
 Majistret tidak mengenakan apa-apa syarat apabila pembebasan plaintif, itu
adalah menyalahi undang-undang bagi pihak polis untuk berbuat demikian.

Soalan 2
 Bentuk borang yang perlu yang ditandatangani oleh plaintif dengan syarat
mereka perlu tampil ke hadapan mahkamah dan bukan di balai polis yang
bertentangan dengan perintah tersebut.

Soalan 3
 YA! Oleh itu mereka berhak mendapat ganti rugi!

RAYUAN SEMAKAN
Mahkamah boleh meneliti bukti yang ada Mahkamah harus membatasi diri sendiri
dan membuat keputusan yang bebas hanya untuk menyemak kesilapan
tentang fakta isu. undang-undang / prosedur (hanya pada
kesilapan isu keadilan)

Perayu mempunyai kawalan ke atas Mahkamah mempunyai kawalan


tindakan prosiding. pelaksanaan prosiding itu.

Perayu berhak menuntut adjudikasi atas Semakan tidak dianggap sebagai rayuan
semua soalan fakta / undang-undang kedua mengenai persoalan undang-
yang dinyatakan dalam rayuan itu. undang, tetapi mahkamah tinggi harus
mempertimbangkan sama ada keadilan
yang besar telah dilakukan dan sama
ada ia harus mengganggu atas
kepentingan keadilan. Ia juga
kepentingan mahkamah untuk
membetulkan ketidakadilan yang telah
berlaku.

Prosedur rayuan dan garis masa jelas Tiada prosedur atau garis masa untuk
disenaraikan dalam S. 307 kpj dan dipatuhi kerana pihak-pihak hadir ke
adalah mandatori untuk dipatuhi. mahkamah berdasarkan jemputan hakim
yang duduk dalam semakan tersebut.

Hanya pihak yang terlibat dalam kes itu Bukan sahaja terhad kepada pihak-pihak
boleh membawa tindakan sedemikian dalam prosiding. Malah boleh dibuat
melalui surat tidak rasmi yang tidak
bertarikh dan ditandatangani oleh orang
yang tidak dikenali. Re v juvenile.

You might also like