You are on page 1of 10

• Apabila mooters telah membuat penyelidikan dan merasa

yakin dengan autoriti yang dirujuk dan dikumpulkan,


mooters boleh meletakkan semua otoriti tersebut di dalam
Ikatan Autoriti.

• Ikatan autoriti adalah merupakan himpunan autoriti yang


kuat yang mooters telah perolehi melalui penyelidikan
perundangan.
• Adalah dicadangkan bagi tujuan penyeragaman, warna
muka hadapan ikatan autoriti untuk subjek moot ini
hendaklah:
- Biru bagi Perayu
- Orange bagi responden

• Ikatan autoriti hendaklah ditandakan di sudut atas sebelah


kanan muka hadapan:
- IA (P) untuk Perayu
- IA (R) untuk responden
IA mestilah meliputi perkara-perkara berikut:
- Isi Kandungan
- Fakta Kes
- Kerangka penghujahan (outline of submissions)
- Autoriti-bermula dengan:
• Akta-akta
• Kes-kes
• Artikel dari jurnal
• Autoriti-autoriti lain seperti pendapat mazhab-mazhab
lain
• Kerangka penghujahan merupakan panduan ringkas bagi
hakim dan pihak lawan berkenaan isu-isu perundangan
anda dan bagaimana anda menanganinya serta autoriti-
autoriti yang menjadi sandaran.
1) Isu perundangan yang berkaitan-kebiasaannya akan
dibuat dalam bentuk soalan-boleh diikuti oleh sub-issue
yang berkaitan
2) Penghujahan anda berkenaan isu yang tersebut
3) Autoriti yang menjadi sandaran
• Rujuk kepada Akta yang dicetak oleh percetakan negara
• Fotostat muka hadapan Akta yang mengandungi catar
kerajaan, tajuk Akta dan nombor Akta
• Fotostat seksyen yang berkenaan sahaja
• Akta hendaklah ditandakan mengikut urutan-S1,...
• Kes-kes juga dirujuk bagi menunjukkan bagaimana
sesuatu seksyen itu diterimapakai oleh mahkamah
• Kes juga dirujuk bagi sesuatu prinsip undang-undang-
merujuk kepada ratio
• Sebelum merujuk kepada kes, lihat kepada:
1) Persamaan fakta
2) Mahkamah yang memutuskan kes tersebut
3) Ratio
• Walaubagaimanapun, perlulah diingati bahawa
mahkamah Syariah tidak mengamalkan prinsip ‘stare
decisis’ dimana keputusan Mahkamah Sivil yang tinggi
mengikat mahkamah sivil yang lebih rendah. Di
Makhamah Syariah, setiap hakim boleh merujuk kepada
keputusan mahkamah yang lebih tinggi tetapi ianya
tidaklah mengikat, sebaliknya hanyalah persuasive atau
memujuk
• Mahkamah Syariah terikat kepada Hukum Syarak.
• IA hendaklah tidak mengandungi selain daripada autoriti
yang akan dirujuk. Setelah anda mengenalpasti autoriti
dan mengenalpasti bahagian yang perlu dihighlight
(warna kuning), tag dan beri mukasurat yang baru kepada
IA.
• Ia hanya akan dirujuk setelah anda selesai dengan
pembukaan hujah dan menyatakan kepada Mahkamah
kerangka penghujahan.
• Setelah itu anda akan memulakan penghujahan dan
penghujahan hendaklah disokong oleh autoriti dimana
anda akan merujuk hakim kepada IA

You might also like