You are on page 1of 10

Hakim : Assalamualaikum….

Baiklah sila teruskan pembantu


mahkamah
: Di dalam Mahkamah Rendah Syariah di Hulu Langat
Pembantu Negeri Selangor, kes jenayah bernombor 10005-159-
Mahkamah
1231-2021 di antara Pendakwa Syarie Negeri Selangor
lawan Azfar Hairi Bin Kamaruddin.
: Dengan izin Yang Arif, saya Nuzullailah Binti Abd Rashid
merupakan Pendakwa Syarie Bersama saya Nurul Izzaida
Binti sikar yang mewakili Jabatan Agama Islam Negeri
Pendakwa Selangor. Untuk makluman Mahkamah kes pada pagi ini
ditetapkan bagi perbicaraan jenayah melibatkan tertuduh
Encik Azfar Hairi Bin Kamaruddin. Tertuduh hadir ke
Mahkamah pada hari ini.
:

Saya juga percaya disebelah saya adalah rakan bijaksana


yang merupakan peguam syarie tertuduh.
: Dengan Izin Yang Arif saya Norhafizah binti Kibang
Peguam Syarie bersama saya Erna Marsilla bte Abd Malek, dari
tetuan ................. bertindak selaku peguam syarie
mewakili tertuduh. Sesalinan wakalah peguam syarie
telah diserahkan dan difailkan kepada mahkamah.
Hakim : Baiklah, Pendakwa sila mulakan kes
: Yang Arif, tertuduh hadir ke mahkamah pada hari ini yang
Pendakwa Syarie mana telah dituduh di bawah Sekyen 30 Enakmen
Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu mengenai keslahan
lelaki berlagak seperti perempuan. Mohon untuk
dibacakan pertuduhan Yang Arif.
Hakim : Baiklah, silakan.
: Bahawa kamu Azfar Hairi Bin Kamaruddin, No K/P:
(970913-10-6887) pada 6 Februari 2021 sekitar jam lebih
Pembantu
Mahkamah
kurang 11.00 pagi yang beralamat di N0.11, Jalan P/1,
Seksyen 13, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar
Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan telah didapati
melakukan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan
dibawah Seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)
1995.
Sekiranya disabitkan kesalahan kamu boleh didenda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Hakim : Encik Azfar Hairi Bin Kamaruddin, kamu faham dengan
pertuduhan tersebut?
Tertuduh : Faham Yang Arif
Hakim : Adakah kamu mengaku bersalah?
Tertuduh : saya tidak mengaku bersalah dan saya mohon untuk
dibicarakan Yang Arif.
: Baiklah, dengan ini kamu Encik Azfar Hairi Bin Kamaruddin
dikhendaki untuk membela diri.
Hakim
:
Baiklah, Adakah pihak Pendakwa Syarie sudah bersedia?
Pendakwa : Ya tuan hakim, pihak Pendakwaan ingin meneruskan
untuk membacakan fakta kes.
Hakim : Baiklah, mahkamah mengizinkan. Sila teruskan.
: Terima kasih Yang Arif,
(Pendakwa Syarie membacakan fakta kes)

Pendakwa : Dengan izin Yang Arif, saya memohon kebenaran untuk


meneruskan perbicaraan ini dengan mengambil
keterangan daripada saksi. Untuk makluman Yang Arif,
pihak Pendakwa Syarie akan mengemukakan 2 orang
saksi. Oleh itu, izinkan saya untuk memanggil Saksi
Pertama masuk ke kandang untuk memberikan
keterangan.
Hakim : Mahkamah membenarkan perbicaraan dijalankan dan
Mahkamah memberi kebenaran untuk memanggil Saksi
Pertama ke kandang.
: (pendaftar berdiri di sebelah Saksi Pertama)
Pendaftar/Pembantu Dengan izin Yang Arif, baiklah Tuan sila angkat tangan dan
Mahkamah
baca ikrar.
: (Saksi Pertama angkat sumpah)

Saksi Pertama
Bismillahirohmannirrahim, bahawasanya saya Zaid Bin
Shaharudin, berikrar dan berjanji akan bercakap benar
tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar
belaka.

SAKSI PERTAMA (KETUA PPA)


PEMERIKSAAN UTAMA
Pendakwa : Yang Arif, izinkan saya untuk memulakan sesi pemeriksaan
utama terhadap saksi pertama, saya akan mengemukakan
beberapa soalan diperingkat pemeriksaan utama ini, sila
Tuan jawab dengan jelas dan menghadap kepada Yang Arif
Hakim.
Sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama penuh, umur,
no. K/P dan pekerjaan Encik.
Saksi : Nama saya Zaid Bin Shaharudin, berumur 29 tahun, no.
K/P 921127-10-5544. Saya bekerja sebagai Ketua Pegawai
Penguatkuasa Agama (PPA) di Jabatan Agama Islam Negeri
Selangor.
Pendakwa : Apa tujuan anda hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saksi : Saya hadir ke mahkamah pada hari ini untuk memberi
keterangan berkaitan kesalahan lelaki berlagak seperti
perempuan.
Pendakwa : Boleh saya tahu, siapakah individu yang melakukan
kesalahan itu?
Saksi : Individu yang saya maksudkan itu ialah individu yang
berada dalam kandang tertuduh.
Pendakwa : Pernah memberikan keterangan di mahkamah sebelum
ini?
Saksi : Saya pernah memberikan keterangan di mahkamah.
Pendakwa : Sebanyak berapa kali?
Saksi : 5 kali
Pendakwa : Adakah semuanya diterima?
Saksi : Ya
Pendakwa : Baiklah, Tuan Zaid. Boleh jelaskan apa kaitan tuan dengan
kes ini?
Saksi : Saya bertanggungjawab untuk membuka kertas siasatan
terhadap tertuduh iaitu kesalahan lelaki berlagak seperti
perempuan. Saya juga merupakan ketua penyiasatan dan
ketua operasi tangkapan tertuduh.
Pendakwa : Boleh Tuan ceritakan kepada mahkamah mengenai rekod
penyiasatan secara ringkas?
Saksi : Pihak JAIS telah menerima aduan pada 5 Februari 2021
dan telah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk
membuka kertas siasatan. Pihak JAIS telah mendapatkan
maklumat tertuduh daripada pihak-pihak berkaitan seperti
pekerja-pekerja dalam syarikat tertuduh, pihak Jabatan
Pendaftaran Negeri, jiran-jiran dan ahli keluarga tertuduh.
Penyiasatan dijalankan pada keesokan harinya di sekitar
premis perniagaan milik tertuduh dan tertuduh telah
diberikan saman untuk menghadirkan diri ke Mahkamah
untuk memberikan keterangan lanjut.
Pendakwa : Boleh Tuan sahkan gambar sewaktu tertuduh disoal
siasat?
Saksi : Ya, saya boleh sahkan
: Adakah gambar ini telah diambil sewaktu tertuduh disoal
Pendakwa siasat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama? (tunjuk
gambar)
: Benar, gambar ini diambil sewaktu tertuduh disoal siasat
saksi oleh PPA. Untuk makluman Yang Arif, gambar ini telah
diambil oleh saya sendiri
Pendakwa : Mohon Yang Arif merujuk ikatan dokumen halaman 1
yang ditandakan sebagai eksibit P1.
Hakim : Baiklah, sila teruskan.
Pendakwa : Baiklah Tuan Zaid, bagaimana Tuan dapat mengenalpasti
bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan lelaki
berlagak seperti perempuan?
Saksi : Tertuduh berpakaian baju Muslimah dan berhijab semasa
disoal siasat dan mendapati bahawa di dalam kad
pengenalan tertuduh, tertuduh adalah berjantina lelaki.
Pendakwa : Boleh Tuan sahkan gambar tertuduh berpakaian wanita?
Saksi : Ya, saya boleh sahkan
Pendakwa : Adakah ini gambar tertuduh berpakaian seperti wanita?
(tunjuk gambar)
Saksi : Benar, ini adalah gambar tertuduh berpakaian seperti
wanita.
Pendakwa : Mohon Yang Arif merujuk ikatan dokumen halaman 2
yang ditandakan sebagai eksibit P2.
Pendakwa : Sebentar tadi, Tuan ada mengatakan penyiasatan
dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negeri, apakah bentuk
siasatan yang dilakukan di sana?
Saksi : PPA yang ditugaskan melakukan siasatan di JPN adalah
bertujuan untuk mengambil sijil lahir Tertuduh untuk
membuktikan status jantina tertuduh ialah seorang lelaki.
Pendakwa : Adakah ini sijil lahir tertuduh yang dimaksudkan itu?
Saksi : Ya
Pendakwa : Mohon Yang Arif merujuk ikatan dokumen halaman 3
yang ditandakan sebagai eksibit P3.
Hakim : Baiklah, sila teruskan.
Pendakwa : Boleh Tuan jelaskan secara terperinci butiran siasatan
bersama tertuduh?
: Kami telah mengambil keterangan ringkas dan rakaman
percakapan tertuduh dengan adanya kebenaran untuk
menyiasat. Kami juga ada ada menggeledah beg tangan
Saksi
kepunyaan tertuduh dan meminta tertuduh untuk
mengemukakan bukti yang kukuh daripada doktor pakar
atau bukti-bukti lain yang menyatakan dia adalah khunsa.
Pendakwa : Apakah yang dijumpai dalam bag tertuduh?
: kami menjumpai pil hormon dan alatan make up di dalam
Saksi beg tersebut.
Pendakwa : Adakah Tuan ada melakukan sebarang rampasan barang-
barang tertuduh?
Saksi : Ya
Pendakwa : Adakah ini barang-barang yang dimaksudkan oleh Tuan?
(Tunjuk)
Saksi : Ya
Pendakwa : Mohon Yang Arif, untuk merujuk ikatan dokumen
halaman 4 dan 5 yang ditandakan sebagai eksibit P4 dan
P5.
Hakim : Baiklah, sila teruskan.
Pendakwa : Baiklah tuan, selain itu adakah tuan mempunyai
keterangan atau bukti lain untuk menyokong dakwaan
tuan?
Saksi : Ada, pihak kami ada mengarahkan tertuduh untuk
membuat pemeriksaan jantina kepada doktor.
Pendakwa : Adakah ini laporan perubatan yang tuan maksudkan?
Saksi : Ya
Pendakwa : Mohon Yang Arif, untuk merujuk ikatan dokumen
halaman 6 yang ditandakan sebagai eksibit P6.
Pendakwa : Terima kasih Tuan. Yang Arif, saya tidak mempunyai
soalan lagi.
Hakim : Baiklah, seterusnya saya serahkan kepada pihak
pembelaan untuk mulakan sesi soal balas.

SOAL BALAS
Peguam : Terima kasih Yang Arif, Sebentar tadi Tuan menyatakan
tuan merupakan Ketua siasatan ini, Adakah Tuan
merekodkan secara terperinci butir penyiasatan?
Saksi : Ya, Ada.
Peguam : Setuju jika saya katakan bahawa pihak tuan ada
menggunakan kekerasan sewaktu menjalankan siasatan?
Saksi : Tidak setuju
Peguam : Setuju atau tidak jika saya katakan tuan tidak mematuhi
prosedur dalam menjalankan siasatan.
Saksi : Tidak setuju
Peguam : Baiklah Tuan Zaid, Terima Kasih Yang Arif, itu sahaja
soalan dari saya.
hakim : Baiklah. Adakah pendakwa ingin meneruskan dengan soal
semula?

SOAL SEMULA
Pendakwa : Ya, tuan hakim. Setuju dengan cadangan saya untuk
mengatakan setiap siasatan dijalankan secara terperinci?
Saksi : Ya setuju
Pendakwa : Adakah wujud campur tangan pihak luar selain PPA
semasa siasatan dijalankan?
Saksi : Tidak, saya memastikan hanya anggota PPA yang
ditugaskan sahaja untuk mengendalikan segala urusan kes.
Pendakwa : Boleh Tuan terangkan dengan lebih lanjut, mengapa tuan
boleh yakin dengan kenyataan tuan tadi?
Saksi : Setiap penyiasatan di bawah tanggungjawab saya jadi saya
akan pastikan tiada unsur-unsur campur tangan pihak
tidak sepatutnya dalam kes ini dan kami menjalankan
penyiasatan dengan sangat teliti tanpa berat sebelah.
Pendakwa : Baiklah terima kasih Encik, Yang Arif, itu sahaja dari saya.
Saya memohon kepada mahkamah yang mulia ini untuk
melepaskan saksi dari kandang saksi.
Hakim : Mahkamah membenarkan.

SAKSI KEDUA (IBU TERTUDUH)


KETERANGAN UTAMA

Pendakwa : Dengan izin Yang Arif, izinkan saya meneruskan


perbicaraan dengan memanggil saksi kedua ke kandang
saksi untuk memberikan keterangan.
Hakim : Mahkamah membenarkan perbicaraan dijalankan dan
mahkamah memberi kebenaran untuk memanggil Saksi
ke kandang.
Pendaftar/Pembantu : (Pendaftar berdiri di sebelah Saksi Kedua)
Mahkamah Dengan izin Yang Arif, baiklah Puan sila angkat tangan
dan baca ikrar.
Saksi : (Saksi Kedua angkat sumpah)

Bismillahirohmannirrahim, bahawasanya saya Azizah


Binti Hisyam, berikrar dan berjanji akan bercakap benar
tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar
belaka.
Pendakwa : Yang Arif, izinkan saya untuk memulakan sesi
pemeriksaan utama terhadap saksi kedua. Saya akan
mengemukakan beberapa soalan diperingkat
pemeriksaan utama ini, sila Puan jawab dengan jelas
dan menghadap kepada Yang Arif Hakim.
: Sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama penuh,
umur, no. K/P dan pekerjaan Puan.
Saksi : Saya Azizah Binti Hisyam berumur 40 tahun, no. K/P:
811209-10-5127 dan saya merupakan suri rumah
tangga.
Pendakwa : Apa tujuan anda hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saksi : Saya hadir ke mahkamah pada hari ini untuk memberi
keterangan berkaitan kesalahan lelaki berlagak seperti
perempuan.
Pendakwa : Baiklah Puan, boleh Puan beritahu kepada mahkamah
apakah hubungan Puan dengan tertuduh?
Saksi : Tertuduh merupakan anak kandung saya
Pendakwa : Boleh Puan beritahu kepada mahkamah apakah jantina
tertuduh sewaktu dilahirkan?
Saksi : Boleh, tertuduh adalah lelaki sejak dari lahir dan pernah
berkhatan.
Pendakwa : Adakah puan benar-benar pasti bahawa tertuduh
adalah lelaki sejak lahir dan pernah berkhatan?
Saksi : Ya saya pasti
Pendakwa : Baiklah, boleh Puan sahkan gambar tertuduh adalah
sebagai seorang lelaki sewaktu kecil?
Saksi : Boleh, saya boleh sahkan.
Pendakwa : Adakah ini gambar yang dimaksudkan itu? (tunjuk
gambar)
Saksi : Ya benar
Pendakwa : Mohon Yang Arif merujuk ikatan dokumen halaman 6
yang ditandakan sebagai eksibit P6.
Hakim : Baiklah, sila teruskan.
Pendakwa : Adakah tertuduh masih tinggal bersama Puan?
Saksi : Tertuduh tidak lagi tinggal bersama saya
Pendakwa : Baiklah terima kasih Puan Azizah, Yang Arif, itu sahaja
soalan dari saya.
Hakim : Baiklah, seterusnya silakan peguam bela untuk teruskan
kepada sesi soal balas.

SOAL BALAS

Peguam : Sebentar tadi puan, ada menyatakan bahawa tertuduh


pernah berkhatan. Sila jelaskan kepada mahkamah pada
umur berapa tertuduh berkhatan?
Saksi : Tertuduh berkhatan pada umur 9 tahun.
Peguam : Bagaimana puan begitu yakin bahawa akan peristiwa
tersebut sedangkan kejadiannya sudah lama berlaku.
Setuju jika saya katakan bahawa puan telah mereka
cerita?
Saksi : Tidak setuju
Peguam : Dalam soal utama, Puan ada mengatakan yang tertuduh
tidak lagi tinggal bersama Puan. Setuju dengan cadangan
saya bahawa puan tidak mengetahui keadaan sebenar
anak puan sendiri?
Saksi : Tidak setuju sebab saya sudah lama tinggal dengan anak
saya.
Peguam : Baiklah Puan, Terima Kasih Yang Arif, itu sahaja soalan
dari saya.
Hakim : Baiklah. Adakah pendakwa ingin meneruskan dengan
soal semula?

SOAL SEMULA

Pendakwa : Ya, tuan hakim. Baiklah puan, setuju atau tidak saya
katakan bahawa sebenarnya puan ada semasa majlis
berkhatan anak puan sendiri?
Saksi : Ya setuju
Pendakwa : Setuju dengan cadangan saya sebenarnya anak puan ini
adalah berjantina lelaki sejak lahir?
Saksi : Ya Setuju
Pendakwa : Setuju atau tidak saya katakan bahawa Puan merupakan
ibu kepada tertuduh yang sudah lebih lama hidup
dengan tertuduh dan lebih mengetahui perjalanan hidup
dan diri sebenar tertuduh.
Saksi : Ya setuju
Pendakwa : Baiklah terima kasih Puan, itu sahaja dari saya. Dengan
izin Yang Arif, saya memohon kebenaran daripada
mahkamah yang mulia ini untuk melepaskan saksi dari
kandang saksi.
Hakim : Mahkamah membenarkan.

PEMBELAAN
KETERANGAN TERTUDUH

Hakim : Baiklah, adakah peguam bela sudah bersedia?


Peguam Bela : Ya Tuan Hakim, Pihak Pembelaan ingin memanggil terus
tertuduh dalam kes ini iaitu Encik Azfar Hairi Bin
Kamaruddin untuk masuk ke kandang.
Hakim : Baiklah, Encik Hairi. Kamu diberi tiga pilihan oleh undang-
undang. Pertama kamu boleh memilih untuk berdiam diri,
jika kamu memilih pilihan ini, kamu tidak boleh disoal.
Pilhan kedua, kamu boleh memberikan keterangan tanpa
mengangkat sumpah. Jika kamu membuat pilihan ini, kamu
hanya boleh memberikan keterangan tetapi tidak boleh
disoal balas. Manakala, pilihan ketiga kamu boleh
memberikan keterangan dengan bersumpah serta kamu
boleh disoal siasat.
Peguam bela : Tuan hakim, anak guam saya memilih pilihan kedua iaitu
dia akan memberikan keterangan dengan tanpa
mengangkat sumpah.
Hakim : Baiklah, kita teruskan dengan prosiding ini.
Peguam Bela : Izinkan saya Tuan Hakim, Boleh encik terangkan kepada
mahkamah mengapa encik tidak mahu mengaku bersalah?
Tertuduh : Saya tidak mahu mengaku bersalah kerana saya
mempunyai hak untuk memperjuangkan bahawa saya
adalah khunsa.
Peguam Bela : Bila kah encik mengetahui encik ini lebih ke arah seorang
perempuan?
Tertuduh : Saya mula menyedari bahawa diri saya ini lebih ke arah
seorang perempuan, apabila saya mula masuk ke sekolah
menengah, perwatakkan dan perlakuan saya lebih ke arah
perempuan mempunyai emosi yang sensitif seperti
seorang perempuan dan minat saya ke arah seorang
perempuan.
Peguam Bela : Adakah keluarga encik mengetahui bahawa encik lebih ke
arah seorang perempuan?
Tertuduh : Ya
Peguam Bela : Boleh encik terangkan bagaimana penerimaan keluarga
encik terhadap perubahan encik?
Tertuduh : Ya, tahu tetapi mereka tidak menerima malah menghalau
saya keluar dari rumah.
Peguam Bela : Adakah pekerja encik, menerima encik yang bersifat
keperempuanan?
Tertuduh : Ya, mereka terima kerana ia adalah salah satu hak masing-
masing.
Peguam Bela : Bagaimanakah encik, berani untuk memperjuangkan hak
jantina encik?
Tertuduh : Saya mengetahui bahawa dunia ini sudah maju dan setiap
orang mempunyai hak masing-masing untuk hidup.
Peguam Bela : Boleh encik beritahu kepada mahkamah, encik memakai
pakaian apa sewaktu disoal siasat oleh PPA?
Tertuduh : Saya berpakaian sopan dan menutup aurat dengan
mengenakan busana Muslimah dan berhijab.
Peguam Bela : Baiklah. Terima kasih Encik. Itu saja dari saya Tuan Hakim.
Saya minta agar anak guam saya dibebaskan.
Hakim : Baiklah. Anda boleh keluar.

You might also like