You are on page 1of 2

DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH PETALING JAYA

KES TANGKAP NO: 1234567/2016

PENDAKWA RAYA

LAWAN

RASIDAH BT RAHMATULLAH
(KPT NO: 700123-08-6019)

FAKTA KES
Di dalam kes ini, hubungan Pengadu dan Rasidah bt Rahmatullah(OKS) adalah merupakan
suami isteri sehingga 1 Mac 2011. Pada 19.4.2010, lebih kurang jam 3 petang, telah berlaku
pergaduhan di mana Mohamed Nasser Bin Abdul Razak (SP1) telah mengadu bahawa beliau
telah dipukul secara bertubi-tubi ke arah muka dan telinga di samping menghasut dalam katakata kesat. SP1 cuba keluar dari rumah tetapi telah dihalang dan ditolak serta ditampar di
bahagian muka dan tengkuk belakang pengadu. Selain itu juga, SP1 mendakwa bahawa OKS
telah masuk ke dapur untuk mengambil serbuk cili dan menerkam sambil duduk di atas paha
dan tangan kanan SP1 sambil meletakkan serbuk cili itu ke muka beliau.
SP1 pada masa kejadian mendakwa bahawa beliau baru sahaja keluar dari hospital kerana
menghidap penyakit denggi yang akrut. Dan beliau berada dalam keadaan lemah dan tidak
bermaya.
SP1 telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menyatakan beliau telah
mengalami kesan lebam di sebelah kiri pipi, serbuk cili di mata, kesan lebam di sebelah kiri
mata dan dahi, tangan dengan kesan gigitan dan lebam di tengkuk dan telinga kiri sebelah
bawah. Beberapa keping gambar telah diambil dan di tandakan sebagai P2A-P2D.
SP2 adalah merupakan doctor yang merawat SP1 semasa berada di wad kecemasan dan
beliau telah mengemukakan laporan perubatan dan ditandakan sebagai D6.

SP3 adalah pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan terhadap kes ini, beliau telah
menerima laporan polis yang dibuat oleh pengadu, dan seterusnya telah mengeluarkan borang
untuk SP1 hadir ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selain itu juga, beliau juga telah
merakam percakapan SP1 dan cuba untuk merakam percakapan orang gaji yang berada di
tempat kejadian, namun sewaktu beliau hadir ke rumah tersebut, beliau dimaklumkan oleh
OKS bahawa orang gaji telah melarikan diri semasa waktu kejadian. Beliau tidak dapat
merakam percakapan. Beliau juga telah mengarahkan jurufoto untuk mengambil gambargambar kecederaan dan juga mengarahkan SP1 untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Saksi Plaintiff
SP1 :

Mohamed Nasser Bin


Abdul Razak

- Pengadu

SP2 :

Alimin Khawalid Bin


Madani

- Doktor

SP3 :

Sarjan Ruzita Binti Ali

- Pegawai Penyiasat

Saksi Defendan
a)

SD1

Rasidah Bt Rahmatullah

OKS

b)

SD2

En Shahabar

Abang Ipar

c)

SD3

En Supramaniam

Sahabat

You might also like