You are on page 1of 3

SKRIP MITIGASI

NAMA BUTIR ULASAN


Shao Dengan izin Tuan Majistret, saya Tan Shao
Yang, mewakili pihak pendakwaan. Bersama-
saya adalah rakan bijaksana saya Encik Loh
Wei An.
Orang Kena Tuduh diwakili oleh rakan
bijaksana saya Encik Logesh Siva S.
Sivanathan. Bersama-sama beliau adalah
Encik Divesh A/L Ramani.
-----
Shao Dengan izin Tuan Majistret, saya kemukakan
Kertas Pertuduhan dan mohon ditandakan
sebagai Eksibit P1.

Kemukakan Charge Sheet to Judge.


-----
Jurubahasa Reads Charge Sheet.

Adakah kamu bersalah?


-----
Shao Dengan izin Tuan Majistret, pohon Fakta Kes
di Tag G, m/s 12-13 Ikatan Dokumen
Bahagian B dikemukakan dan dibacakan
kepada tertuduh.
-----

Shao Dengan izin Tuan Majistret, pohon Fakta Kes


di Tag G, m/s 12-13 Ikatan Dokumen
Bahagian B ditandakan sebagai Eksibit P2.
-----
Shao Dengan izin Tuan Majistret, pohon untuk
tandakan dokumen-dokumen berikut:-

Sila rujuk Salinan FIR di Tag A, m/s 3-4


Ikatan Dokumen Bahgian A dan pohon
tandakan sebagai Eksibit P3.

Sila rujuk Salinan Gambar Tempat Kejadian


di Tag B, m/s 5 Ikatan Dokumen Bahgian A
dan pohon tandakan sebagai ID 4.

Sila rujuk Salinan Laporan Perubatan Pengadu


di Tag C, m/s 6 Ikatan Dokumen Bahgian A
dan pohon tandakan sebagai ID 5.
Sila rujuk Salinan Laporan Kawad Cam di Tag
I, m/s 16-20 Ikatan Dokumen Bahgian B dan
pohon tandakan sebagai ID6.
Tuan Majistret, nama saya S.Y. Tan dan saya mewakili Pendakwa Raya untuk menolak
mitigasi bagi OKT. OKT telah dituduh di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi seksaan
kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Dengan izin Tuan Majistret, izinkan saya memulakan hujahan menolak mitigasi.

Saya ingin merujuk Mahkamah yang Mulia ini kepada kes Lim Yoon Fah v Public
Prosecutor [1970] 1 LNS 66 yang memutuskan bahawa:

“In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain
considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly
enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing
it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may
deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the
supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be
negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a
crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest
is indeed served, and best served, if the offender in induced to turn from criminal ways
to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime,
but fixes a maximum sentence and leaves it to the Court to decide what is, within the
maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances
of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the Court
has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”

Pihak pendakwa ingin merujuk kepada ‘aggravating factor’ iaitu ‘Nature of the offence &
Circumstances of the Offence committed’. Jika kesalahan adalah perkara biasa dan berleluasa,
Mahkamah boleh menjatuhkan deterrent sentence terhadap OKT. OKT telah dengan sengaja
menyebabkan cedera parah kepada Pengadu termasuk kecederaan lebam di rusuk kiri dan pipi
kiri serta kehilangan dua (2) batang gigi. Kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah bersifat
serius. Oleh hal yang demikian, deterrent sentence yang boleh ditetapkan sebagai amaran
kepada orang lain yang ingin menjadi pesalah harus dipertimbangkan.

Saya dengan rendah diri memohon Mahkamah yang Mulia ini supaya menolak mitigasi OKT.
Oleh sebab OKT telah sengaja menggunakan keganasan terhadap mangsa, saya mencadangkan
supaya Mahkamah mempertimbangkan hukuman maksima di mana penjara selama tempoh
setahun dan didenda dua ribu Ringgit Malaysia.
Walau bagaimanapun, Tuan Majistret adalah lebih arif dan bijaksana untuk memutuskan
hukuman ini seadil-adilnya.

Terima Kasih.

You might also like