You are on page 1of 7

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU

DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA


NCVC 1
[NO. GUAMAN: JA-22NCC-32-06/2021]

ANTARA

JESVANT SINGH A/L CHANAN SINGH …PLAINTIF


(NO. K/P: 791207-14-6343)
(Beramal di bawah firma guaman Chambers of Jesvant Singh)

DAN

CHARANJIT KAUR A/P HARBAJAN SINGH …DEFENDAN


(NO. K/P: 830526-14-5546)

AFIDAVIT BALASAN
Bagi Menolak Notis Permohonan Plaintif Untuk Permohonan Injunksi Mareva Di Bawah
Aturan 29 Kaedah 1 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012

Saya Charanjit Kaur A/P Harbajan Singh (No. K/P: 830526-14-5546) seorang warganegara
Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di 3-7-10, 436, Jln Tun Razak,
Kelab Golf di Raja Selangor, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan
sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:

1. Saya adalah bekas pengurus pejabat di firma plaintif dan diberi kuasa sepenuhnya untuk
mengikrarkan afidavit ini bagi saya sendiri.

2. Fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah dalam pengetahuan saya sendiri dan/atau
diperolehi daripada dokumen-dokumen dalam simpanan Plaintif yang mana saya
mempunyai akses ke atasnya kecuali yang dinyatakan dengan sebaliknya.

3. Saya telah melihat salinan notis permohonan untuk mendapatkan injunksi mareva bagi
jumlah RM1,000,000.00 terhadap saya, selepas ini dirujuk sebagai ‘permohonan tersebut’
dan salinan afidavit sokongan yang diikrarkan Jesvant Singh A/L Chanan Singh pada
28.6.2021 dan kini menjawab afidavit plaintif tersebut. Saya telah dinasihati peguamcara
saya dan sesungguhnya percaya bahawa permohonan ini adalah tidak sesuai dan patut
ditolak oleh mahkamah yang mulia ini.
4. Firma Batu Pahat mengendalikan kes sivil manakala firma Johor Bahru mengendalikan
perkara-perkara korporat dan pindahmilik hartanah. Saya menyatakan bahawa adalah telah
menjadi persetujuan di antara plaintif dan defendan bahawa plaintif akan jaga Batu Pahat
manakala saya akan mengurus firma plaintif di Johor Bahru sebagai pengurus pejabat.

5. Tugas saya hanyalah sebagai pengurus pejabat di firma plaintif dan bukanlah peguamcara
di firma tersebut, kerana plaintif merupakan pemilik tunggal firma yang berdaftar dengan
Badan Peguam Malaysia. Oleh itu, secara mutlaknya, pihak yang mempunyai kuasa dan
autoriti ke atas mana-mana transaksi luar dan dalam firma adalah terletak kepada plaintif
dan diuruskan oleh plaintif sendiri kerana kesemua transaksi perlu mendapatkan kebenaran
dan kelulusan daripada Plaintif terlebih dahulu.

6. Pada setiap masa yang material, kesemua urusan pejabat di Johor Bahru memerlukan
kebenaran dan kelulusan daripada Plaintif sendiri memandangkan beliau merupakan
pemilik tunggal firma tersebut.

Sekarang dikemukakan salinan carian firma guaman Badan Peguam Malaysia dan
diekshibitkan sebagai Ekshibit – D1.

7. Sebelum mengenali Plaintif, saya merupakan seorang pengamal undang-undang di sebuah


firma guaman di Melaka. Namun begitu, pengalaman saya dalam bidang guaman adalah
singkat sahaja dan saya kini tidak lagi beramal undang-undang dan sebaliknya saya
meneruskan kerjaya saya dalam bidang korporat.

a. Plaintif telah menyatakan hasratnya untuk membuka cawangan di Johor Bahru dan
memerlukan pengurus pejabat di cawangan tersebut. Saya telah ditawarkan
pekerjaan tersebut oleh Plaintif kerana saya mempunyai kenalan yang ramai di
dalam bidang korporat dan juga kerana Plaintif memerlukan seseorang yang boleh
dia percayai.

b. Disebabkan hubungan baik antara kami berdua, Plaintif telah menawarkan jawatan
sebagai pengurus pejabat di firmanya di Johor Bahru dan saya telah menerima
tawaran untuk menguruskan cawangan tersebut.

c. Tambahan lagi, Plaintif tidak mempunyai pengalaman meluas dalam bidang


korporat, oleh kerana saya berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang
korporat, Plaintif berhasrat untuk menggunakan peluang tersebut bagi meluaskan
perkembangan firma yang akan dibangunkan di Johor Bahru dengan kenalan saya
yang ramai di bidang korporat.
8. Selain itu, hubungan saya dan Plaintif bukan sekadar sebagai majikan dan pekerja sahaja
kami juga merupakan rakan kongsi kepada sebuah syarikat tekstil “Geletis Sdn Bhd”. Saya
dan Plaintif merupakan pengarah-pengarah kepada syarikat tersebut dan syarikat tersebut
juga merupakan satu perniagaan tambahan milik Plaintif selain daripada firma guamannya.

Sekarang dikemukakan salinan carian SSM syarikat Geletis Sdn Bhd yang ditandakan
sebagai Ekshibit – D2.

9. Ingin saya tekankan disini bahawa tugas-tugas saya di firma tersebut adalah terhad kepada
urusan pejabat sahaja dan apa-apa keputusan berkenaan dengan akaun-akaun milik firma
guaman Plaintif di Batu Pahat mahupun di Johor Bahru adalah terletak kepada Plaintif
seorang sahaja dimana Plaintif adalah pemilik tunggal firma.

10. Sebagai menjawab kepada Perenggan 7 dan 8, saya dengan ini menafikan mengenai
dakwaan Plaintif bahawa saya telah melantik seorang kerani akaun bernama Rozita Chik
Wan, ini kerana pelantikan Rozita telah dilakukan atas perbincangan bersama dengan
Plaintif dan hanya Plaintif yang mempunyai kuasa penuh atas pelantikan Rozita berikutan
bidang kuasa saya hanyalah sebagai seorang pengurus pejabat dan saya tiada sebarang
otoriti untuk melantik mana-mana kakitangan untuk bekerja di dalam firma tersebut.

a. Saya juga menyatakan bahawa keperluan untuk melantik seorang kerani akaun adalah
kerana beban kerja yang bertambah memandangkan perniagaan firma pada ketika itu
sangatlah baik dan pelantikan tersebut adalah untuk membantu saya dalam urusan
pentadbiran dan perakaunan di firma Plaintif di Johor Bahru.

b. Memandangkan Plaintif sepanjang masa berada di firma cawangan Batu Pahat dan
kesemua kerja-kerja di Johor Bahru diuruskan oleh saya seorang sahaja, saya telah
meminta pertolongan dan persetujuan Plaintif untuk melantik kerani akaun iaitu
Rozita oleh kerana pelantikan hanya boleh dibuat oleh Plaintif dan memerlukan
persetujuan daripada Plaintif sebagai pemilik tunggal firma tersebut.

11. Sebagai menjawab kepada Perenggan 10,12,14,15 afidavit sokongan Plaintif, Plaintif
kononnya mendakwa beliau tiada pengetahuan tentang pindahan wang dan transaksi
dilakukan yang melibatkan akaun-akaun firma. Namun begitu, seperti yang telah saya
nyatakan, setiap arahan dan transaksi yang dibuat oleh saya perlu mendapat kelulusan
daripada Plaintif sebagai pemilik tunggal syarikat yang berdaftar. Oleh yang demikian,
tidak masuk akal jika Plaintif tiada pengetahuan sama sekali tentang transaksi dilakukan
yang melibatkan akaun-akaun firma dan akaun-akaun klien kerana bukan sahaja Plaintif
merupakan pemilik tunggal firma, Plaintif juga merupakan pengamal undang-undang yang
berpengalaman yang telah beramal melebihi 20 tahun.
12. Sebagai menjawab Perenggan 11 afidavit sokongan Plaintif, saya sama sekali tiada
pengetahuan tentang pertemuan Plaintif bersama Rozita dan ini adalah fakta yang tidak
diketahui oleh saya. Oleh itu, Plaintif diletakkan diatas beban pembuktian yang kukuh
untuk membuktikannya.

13. Bagi menjawab Perenggan 12 afidavit sokongan Plaintif, dakwaan Plaintif mengenai
kelakuan saya yang telah mengarahkan Rozita untuk melakukan transaksi pemindahan
wang tersebut adalah tidak berasas dan tidak masuk akal. Saya ingin menegaskan bahawa
segala transaksi yang dibuat berkaitan dengan akaun firma tersebut adalah bergantung
sepenuhnya kepada arahan dan kebenaran daripada Plaintif kerana hanya Plaintif yang
boleh memberi kata putus sebagai peguamcara dan pemilik tunggal firma tersebut. Saya
merupakan seorang pengurus pejabat sahaja dan saya tidak mempunyai apa apa kuasa
untuk melakukan sebarang transaksi tanpa kebenaran dan pengetahuan Plaintif terlebih
dahulu.

14. Sebagai menjawab Perenggan 13 afidavit sokongan Plaintif, tindakan Plaintif yang telah
meminta semua salinan imej cek-cek daripada pihak Maybank dan CIMB adalah tindakan
diluar pengetahuan saya dan pihak Plaintif diletakkan diatas beban pembuktian yang kukuh
untuk membuktikannya.

15. Sebagai menjawab Perenggan 17 afidavit sokongan Plaintif, pecahan bagi wang
berjumlah RM1,000,000 dimana Plaintif telah mengarahkan saya untuk memindahkan
wang tersebut dari akaun klien ke dalam akaun peribadi saya bagi tujuan bayaran untuk
kegunaan syarikat tekstil Geletis Sdn Bhd dimana butir-butirnya adalah seperti berikut:

a. Sebanyak RM500,000 yang dipindahkan dari akaun klien ke akaun Maybank


“16202932321” Defendan pada 20.05.2019, adalah sebahagiannya sebanyak
RM300,000 digunakan untuk melabur ke dalam syarikat tekstil Geletis untuk
meraih 300,000 unit saham biasa “Ordinary Shares” berharga RM1 seunit dan
transaksi bayaran dibuat pada 23.05.2019 kepada akaun Maybank Syarikat Geletis
bernombor “16202935697”.

b. Manakala RM200,000 lagi digunakan untuk pembayaran kerja-kerja renovasi


keatas premis Geletis Sdn Bhd beralamat di Unit 40, Jalan Saudagar 9, 11900,
Bayan Lepas, Pulau Pinang yang di invoiskan sebagai “AE11020” pada 18.05.2019
dan transaksi bayaran dibuat pada 25.05.2019 kepada akaun Maybank syarikat
Shunzu Construction Ltd bernombor “16202959126”.

Sesalinan Perjanjian Pemegang Saham “Shareholders Agreement” adalah


dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit – D3.
Sesalinan invois dan resit pembayaran Syarikat Shunzu Construction Ltd adalah
dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit – D4.

16. Seterusnya berkenaan RM500,000 yang dipindahkan dari akaun klien ke akaun kad kredit
CIMB Bank Defendan yang bernombor “1203-8472-9309-8765” (‘Kad Kredit”) pada
12.12.2019 adalah untuk pembayaran balik “reimbursement” keatas cas kad kredit CIMB
tersebut dimana butir-butir cas keatas cas Kad Kredit adalah seperti berikut:

a. Sebanyak RM100,000 adalah untuk perbelanjaan melancong syarikat Geletis yang


melibatkan pembayaran kepada syarikat pelancongan, kos penginapan hotel, kos
perjalanan dan perbelanjaan makan dan minum untuk sepuluh (10) orang pekerja
syarikat Gulatis ke Pochampally India selama tujuh (7) hari dari 29.10.2019 hingga
4.11.2019.

b. Manakala RM400,000 adalah cas Kad Kredit pembelian tekstil iaitu sebanyak
empat puluh (40) gulung kain sutera daripada syarikat India Silk Trade untuk
Syarikat Geletis dan transaksi tersebut dibuat pada 2.11.2019

Sekarang dilampirkan sesalinan Bil Kad Kredit CIMB Bank dan diekshibitkan
sebagai Ekshibit – D5.

17. Berkenaan dengan perenggan 16, pada 1.2.2020, saya telah berhadapan dengan Plaintif
setelah saya mendapat tahu tentang surat tuntutan yang diterima terhadap firma. Setelah
itu, Plaintif telah mengajak saya untuk berkomplot untuk memfailkan tuntutan palsu
terhadap syarikat insuran dan berniat untuk menjadikan saya sebagai kambing hitam.
Apabila saya tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, Plaintif telah memecat saya dan
beliau mengugut untuk/telah membuat laporan polis.

a. Pemecatan saya telah dilakukan secara pada 3.2.2020 dua hari selepas saya
menolak ajakan berkomplot Plaintif dan pemecatan saya dibuat secara mengejut,
tidak adil dan berunsurkan mala fide.

Sesalinan notis pemecatan adalah dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit – D6.

18. Ingin saya menyatakan bahawa sebab sebenar pemecatan saya oleh Plaintif adalah kerana
saya tidak bersetuju dengan rancangan Plaintif untuk membuat tuntutan palsu pada syarikat
insurans bagi membayar balik wang RM1,000,000.00 yang telah dikeluarkan daripada
akaun klien. Rancangan itu selanjutnya memerlukan saya untuk dipersalahkan dengan
menjadi kambing hitam Plaintif ke atas kehilangan duit tersebut.

a. Apabila saya menyedari kewujudan surat tuntutan sebanyak RM1,000,000.00 yang


dibuat terhadap firma Plaintif, wang berjumlah RM1,000,000.00 tersebut
merupakan wang pemegang taruhan klien yang sepatutnya diberikan kepada klien
semula setelah amanah klien telah selesai dijalankan.

19. Merujuk Perenggan 16, tujuan laporan polis dibuat ke atas kehilangan RM1,000,000.00
adalah untuk merealisasikan rancangan Plaintif dalam membuat tuntutan palsu kepada
syarikat insurans berkenaan dengan penyelewengan duit pemegang taruhan tersebut.

20. Berdasarkan laporan polis di mana Plaintif mendapati duit RM1,000,000.00 tersebut telah
diseleweng iaitu pada 20.05.2019 dan 12.12.2019 dan juga tarikh dimana laporan polis
telah dibuat iaitu pada 1.2.2020, jelas disini bahawa laporan polis dibuat hampir setahun
selepas Plaintif mendapati terdapat penyelewengan duit tersebut.

a. Sebagai seorang pemilik firma tunggal yang berpengalaman lebih daripada 20


tahun, setelah mendapat tahu di mana terdapat duit yang telah dipecah amanah,
Plaintif sepatutnya dengan segera membuat laporan polis dan memecat saya.
Namun sebaliknya, Plaintif telah bertindak dengan melakukan siasatan sendiri
termasuklah pergi berjumpa dengan Rozita tanpa pengetahuan saya.

b. Sebagai seorang pemilik firma tunggal yang berpengalaman lebih daripada 20


tahun, Plaintif sepatutnya tidak membenarkan apa-apa transaksi dari akaun klien
untuk mana-mana pembayaran selain daripada untuk menyelesaikan amanah klien.

21. Sebagai menjawab Perenggan 18 afidavit sokongan Plaintif, Plaintif mendakwa bahawa
saya telah melakukan tindakan fraud dan pecah amanah dan ingin saya tekankan bahawa
ini adalah dakwaan kosong semata-mata dan relif-relif yang dimohon oleh Plaintif dalam
pernyataan tuntutan adalah tidak wajar. Plaintif juga telah gagal untuk membuat
pendedahan yang menyeluruh dan jelas di dalam affidavit sokongan mereka. Alasan
Plaintif adalah tidak bermerit dan saya telah dinasihatkan oleh peguamcara saya bahawa
terdapat percanggahan fakta dan Plaintif mempunyai niat jahat terhadap saya.

22. Plaintif tidak mempunyai kes yang boleh dibahaskan dan tidak membuat pendedahan yang
penuh dan menyeluruh dimana ianya tidak mematuhi kehendak-kehendak aturan 29 kaedah
kaedah mahkamah 2012. Bukan sahaja Plaintif dengan sengaja tidak memaklumkan
kepada pihak mahkamah tentang kewujudan syarikat baru Geletis Sdn Bhd, malahan niat
Plaintif bagi memfailkan injunksi mareva hanyalah untuk menjadikan saya sebagai
kambing hitam bagi penyelewengan wang berjumlah RM1,000,000.00.

23. Plaintif telah dengan sengaja sembunyikan dan tidak dedahkan fakta-fakta maklumat
tentang kewujudan syarikat baru Plaintif “Geletis Sdn Bhd” dimana Plaintif telah
menggunakan wang pemegang kliennya sebanyak RM1,000,000.00. Plaintif juga tidak
dedahkan wang pembayaran balik kepada saya untuk kegunaan kad kredit dan akaun bank
saya untuk perbelanjaan pejabat seperti bayaran untuk pembelian saham syarikat baru
tersebut, pembelian stok fabrik dan perbelanjaan untuk lawatan kerja Syarikat Geletis ke
India dimana segala perbelanjaan dibuat oleh saya dan kemudian dibayar balik kepada saya
oleh pejabatnya. Plaintif bukan sahaja tidak membuat ‘full and frank disclosure’ tetapi
‘willfully suppressed material facts’.

24. Sebagai menjawab kepada Perenggan 21 afidavit sokongan Plaintif, Plaintif mendakwa
bahawa saya mempunyai masalah kewangan dan itu adalah faktor pihak Plaintif membuat
permohonan injunksi mareva ini kerana Plaintif khuatir saya akan lesapkan wang tersebut.
Saya menyatakan bahawa perbualan dari whatsapp tersebut yang menunjukkan keadaan
masalah kewangan saya adalah tidak relevan sama sekali kerana surat tuntutan yang
diterima oleh firma Plaintif sebenarnya menunjukkan bahawa Plaintif yang sedang
mengalami masalah kewangan.

Sebagai menjawab Perenggan 21 afidavit sokongan Plaintif, terdapat bukti perbualan


whatsapp di mana Plaintif sendiri telah memaklumkan kepada saya bahawa Plaintif sedang
berada dalam kesempitan duit dan disebabkan itu Plaintif mengajak untuk berkomplot bagi
membuat tuntutan palsu insurans terhadap saya.

25. Sebagai menjawab kepada Perenggan 23 di dalam afidavit sokongan Plaintif, aku janji
yang diberikan oleh Plaintif adalah tidak memadai untuk menunjukkan apa-apa langkah
bahawa Plaintif mampu membayar kepada Defendan jika permohonan injunksi mareva ini
ditolak oleh Mahkamah.

26. Saya dengan ini menyatakan bahawa jumlah wang sebanyak RM500,000 yang telah
dipindahkan dari akaun klien ke akaun peribadi saya adalah atas sebab arahan langsung
daripada Plaintif sendiri untuk tujuan pembayaran wang sebanyak RM300,000 sebagai
modal kepada syarikat baru yang dikenali sebagai “Geletis Sdn Bhd” dan wang sebanyak
RM200,000 lagi telah digunakan untuk kerja-kerja renovasi premis syarikat baru tersebut.

27. Saya juga menyatakan bahawa wang sejumlah RM500,000 yang telah dipindahkan ke
dalam akaun kad kredit milik saya adalah digunakan untuk pembayaran balik untuk semua
perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perjalanan ke India. Sebanyak RM400,000 telah
dipindahkan ke akaun kredit kad untuk tujuan pembelian kain fabrik dan stok bagi
kegunaan syarikat Geletis Sdn Bhd dan sebanyak RM100,000 lagi adalah bertujuan untuk
pembayaran balik perbelanjaan yang dikeluarkan semasa lawatan kerja ke India.

28. Permohonan plaintiff tidak mempunyai alasan yang bermerit dan gagal membuat full and
frank disclosure pendedahan yang jujur dan menyeluruh berhubung dengan penubuhan
syarikat baru tersebut. Saya telah dinasihatkan oleh peguamcara saya dan saya
sesungguhnya percaya bahawa terdapat percanggahan fakta yang tidak bona fide dan
Plaintif mempunyai niat jahat terhadap saya.

You might also like