You are on page 1of 3

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN


(BAHAGIAN KELUARGA)
PETISYEN PERCERAIAN NO. - 2020

Dalam perkara Seksyen 52 Akta


Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Penceraian)
1976

…PEMPETISYEN ISTERI

PETISYEN PERCERAIAN

Petisyen menunjukkan bahawa :-


1. Pempetisyen Isteri adalah

2. Pempetisyen Suami adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur


dan yang kini berdomisil di Malaysia

3. Pada 24/6/2015, Pempetisyen-pempetisyen telah mendaftarkan perkahwinan


mereka dengan sempurnanya dan secara sah di sisi undang-undang di Persatuan

4. Pempetisyen-pempetisyen mempunyai seorang (1) anak daripada


Perkahwinan tersebut (‘Anak tersebut’) seperti berikut:
a)

Sesalinan Sesalinan Daftar Perkahwinan tersebut DAN Sijil Kelahiran Anak


kepada Perkahwinan tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai
“Ekshibit-A”.

5. Pempetisyen Isteri diberikan hak jagaan, pemeliharan dan kawalan terhadap Anak
tersebut.
6. Pempetisyen Suami akan mempunyai hak lawatan yang bebas terhadap Anak
tersebut.

7. Pempetisyen-pempetisyen akan berkongsi menanggung segala nafkah kehidupan


bulanan bagi Anak tersebut

8. Tiada harta benda matrimonial kepunyaan Pempetisyen Suami dan Pempetisyen


Isteri yang berbangkit daripada perkahwinan tersebut yang dianggap perlu dan
kedua-dua Pempetisyen juga bersetuju bahawa mereka tidak ada dan tidak
akan menuntut apa-apa penyenggaraan dan nafkah hidup untuk diri mereka
terhadap satu sama lain.

9. Pempetisyen-pempetisyen tidak lagi bersekedudukan sebagai Suami dan Isteri


lebih daripada dua tahun di bawah bidangkuasa Mahkamah yang Mulia ini dan
disebabkan Perkahwinan tersebut merosot tanpa boleh ditebus (irretrievably
broken down), Pempetisyen-pempetisyen memohon agar perkahwinan tersebut
harus dibubarkan;

11. Tidak ada prosiding Mahkamah sebelum ini di Malaysia atau di luar Malaysia
bersabit dengan perkahwinan tersebut dan/atau terhadap Anak keluarga itu
berkenaan dengan harta bersama atau berasingan Pempetisyen-Pempetisyen
tersebut; Tidak ada sebarang prosiding yang masih berterusan di mana-mana
negara di luar Malaysia yang berkaitan dengan perkahwinan ini atau yang
berupaya menyentuh keesahan atau kewujudan perkahwinan ini;

12. PEMPETISYEN-PEMPETISYEN DENGAN ITU MEMOHON:-


a) Perkahwinan tersebut dibubarkan serta-merta;

b) Pempetisyen Isteri diberikan hak jagaan, pemeliharan dan kawalan


terhadap Anak tersebut;

c) Pempetisyen Suami akan mempunyai hak lawatan bebas terhadap


Anak tersebut;
d) Kedua-dua Pempetisyen akan berkongsi menanggung segala nafkah
kehidupan bulanan bagi Anak tersebut;

e) Tiada apa-apa tuntutan penyenggaraan dan nafkah hidup untuk


Pempetisyen-pempetisyen terhadap satu sama lain;

f) Mana-mana relief selanjutnya atau relief yang difikirkan suaimanfaat


oleh Mahkamah yang Mulia ini.

You might also like