You are on page 1of 17

Mock Trial Kes Jenayah (Bunuh).

Lakonan Perbicaraan.
Watak Utama.
1) Hadi- Hakim.
2) Aisyah & Zurfiqah- Peguambela.
3) Fatihah- a) Orang Kena Tuduh, b) Polis.
4) Mariyam & Fatihah- Pendakwa Raya.
5) Zurfiqah- Jurubahasa.

Saksi-Saksi.
1) Zurfiqah- Pengadu.
2) Fatihah- Inspektor Polis.
3) Mariyam- Pegawai Forensik.
4) Aisyah- Pakar Forensik.

PENDAKWA RAYA
LAWAN
ANIKA NATASHA SUBRAMANIAM.
(NO. K/P: 691014-01-6077)

SEBUTAN KES

(Fatihah) Polis: Mahkamah Bangun. (Hakim berjalan masuk dan duduk dalam dewan mahkamah).
(Zurfiqah) Jurubahasa: Di dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka, kes bernombor MA-45B-
02-05/2017, kes Pendakwa Raya lawan Anika Natasha Subramaniam. (Orang Kena Tuduh (OKT),
Anika Natasha Subramaniam di bawa ke kandang tertuduh diiringi oleh polis mahkamah).
(Mariyam) Pendakwa Raya: Tuan Hakim, saya Siti Mariyam Binti Abdullah, dari Tetuan Siti &
Cofriends, bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak plaintif, dan di pihak
pembelaan pula, Orang Kena Tuduh Anika Natasha, diwakili oleh Siti Aisyah Sabrina, selaku
Peguambela dari Tentuan Zurfiqah Aisyah & Partners.
(Syah) Peguambela: Benar tuan Hakim, saya Siti Aisyah Sabrina, selaku Peguambela bagi pihak
defendan dari Tentuan Zurfiqah Aisyah & Partners.
(Mariyam) Pendakwa Raya: Yang Arif, saya memohon pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.
(Jurubahasa bangun dan pendakwaraya memberi borang pertuduhan kepadanya).
(Zurfiqah) Jurubahasa: Bahawa kamu, Anika Natasha Subramaniam, bahawasanya kamu, pada
13.12.2017 jam lebih kurang 4.30 pagi hingga 5.00 pagi di Kolam Tadahan Semulajadi Machap
Baru, di dalam Daerah Alor Gajah, di dalam Negeri Melaka, telah menyebabkan kematian
terhadap Benedict Varghese a/l Varugas (No. K/P: 810725-08- 6273) dengan niat menyebabkan
kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya, dan dengan itu kamu telah
melakukan homisid salah tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu kamu menyebabkan kematian si mati dengan cuai.
Jika sabit kesalahan, kamu boleh dihukum penjara yang boleh sampai tiga puluh tahun dan
bolehlah juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan
niat hendak menyebabkan kematian, atau hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang
mungkin menyababkan kematian”. Adakah kamu faham dengan pertuduhan ini?
(Fatihah) Orang Kena Tuduh (OKT): Saya faham. (Sambil mengangguk)
(Zurfiqah) Jurubahasa: Kamu mengaku bersalah ataupun minta bicara?
(Fatihah) OKT: Saya mengaku tidak bersalah yang arif dan memohon untuk dibicarakan.
Hakim: Baiklah. Pihak pendakwaraya, adakah kamu telah bersedia untuk prosiding selanjutnya?
Pendakwa Raya: Ya yang arif, semua prosedur dan segala siasatan telah disempurnakan oleh pihak
kami.
Hakim: Peguam bela, pihak kamu bagaimana?
Peguambela: Tiada bantahan dari pihak kami, Yang arif. (hakim pandang jurubahasa untuk tarikh
yang sesuai untuk teruskan perbicaraan.
Jurubahasa: 17 Januari 2018, Yang Arif.
Hakim: Baiklah, tarikh perbicaraan kes ini akan dijalankan pada 17 Januari 2018.
Polis: Mahkamah bangun...
Selesai sebutan kes.

PERBICARAAN KES

Hakim berjalan masuk dewan mahkamah...


Polis: Mahkamah bangun...(Hakim duduk, semua duduk)
Jurubahasa: Di dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka, kes bernombor MA-45B-02-05/2017,
kes Pendakwa Raya lawan Anika Natasha Subramaniam. (Orang Kena Tuduh (OKT), Anika
Natasha Subramaniam di bawa ke kandang tertuduh diiringi oleh polis mahkamah).
Pendakwa Raya: Yang Arif, saya mohon kebenaran mahkamah yang mulia ini untuk membacakan
pertuduhan terhadap tertuduh sekali lagi.
Hakim: Silakan.
Jurubahasa: Bahawa kamu, Anika Natasha Subramaniam, bahawasanya kamu, pada 13.12.2017
jam lebih kurang 4.30 pagi hingga 5.00 pagi di Kolam Tadahan Semulajadi Machap Baru, di dalam
Daerah Alor Gajah, di dalam Negeri Melaka, telah menyebabkan kematian terhadap Benedict
Varghese a/l Varugas (No. K/P: 810725-08- 6273) dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh
badan yang mungkin menyebabkan kematiannya, dan dengan itu kamu telah melakukan homisid
salah tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a)
Kanun Keseksaan iaitu kamu menyebabkan kematian si mati dengan cuai. Jika sabit kesalahan,
kamu boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau lebih dari tempoh dua tahun atau dengan
denda atau dengan kedua-duanya sekali. Apakah pengakuan kamu?
(Fatihah) OKT: Saya faham pertuduhan yang dibacakan, akan tetapi saya mengaku tidak bersalah
dan memohon untuk dibicarakan yang arif.
Jurubahasa: Yang arif, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Hakim: Baiklah, adakah pihak pendakwaraya sudah bersedia?
Pendakwa Raya: Pihak kami sudah bersedia yang arif. Pihak pendakwaraya akan mengemukakan
4 orang saksi pendakwaan.
Hakim: Baiklah, mulakan sidang mahkamah.
Pendakwa Raya: Kami memohon kebenaran Mahkamah yang mulia ini untuk memanggil saksi
pertama iaitu pengadu, Siti zurfiqah Binti Gupin. Pengadu merupakan orang pertama yang berada
di tempat kejadian lalu melaporkannya pada pihak polis.
(Pengadu berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi) (Jurubahasa
mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan. Kemudian,
jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan)
(Pika) Pengadu: (Berdiri) Bahawasanya, saya siti Zurfiqah Binti Gupin, mengaku bahawa segala
yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar
melainkan yang benar-benar belaka.
Pendakwa Raya: Dengan izin Yang Arif, Cik Zurfiqah, sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama,
umur, tempat tinggal dan pekerjaan kamu.
Pengadu: Nama saya siti zurfiqah binti gupin, umur saya 30 tahun dan saya tinggal di yang
beralamat Lebuh AMJ, Taman Seri Aman, 78000 Alor Gajah, Melaka. Saya bekerja sebagai
pembantu di restoran yang dikenali dengan nama The Opegoh yang terletak di dalam daerah alor
gajah, Melaka.
Pendakwa Raya: Baiklah Cik zurfiqah, boleh ceritakan sedikit apa yang kamu nampak pada waktu
kejadian?
Pengadu: Pada waktu kejadian saya sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah dan laluan
yang saya guna itu adalah jalan yang bersebelahan dengan kolam tadahan semulajadi machap baru.
Akibat kelelahan selepas usai waktu bekerja lalu saya memandu secara perlahan sahaja. Ketika
saya sedang asyik memandu sambil mendengar lagu pada radio tiba-tiba saya ternampak seorang
perempuan berbangsa india berlari keluar dari satu sudut di depan saya, akan tetapi bukanlah betul-
betul di depan saya Maksudnya ada jarak antara kami dan kemudian dia berkelakuan seperti
seorang yang tidak tentu arah, selepas itu saya nampak lagi dia seperti seolah-olah sedang mencuba
untuk menelefon sesiapa tetapi tiada yang mengangkat panggilannya. Lalu saya buat keputusan
untuk menolongnya akan tetapi semasa dia nampak kereta saya menghampirinya dia terus
bergegas pergi.
Pendakwa Raya: Adakah kamu nampak nombot plat kereta perempuan berbangsa india itu?
Pengadu: Saya bukan tidak nampak tapi saya langsung tak terfikir untuk melihat pada keretanya
kerana mata saya hanya fokus pada perempuan itu sahaja.
Pendakwa Raya: Cik zurfiqah, cuba kamu lihat pada kandang tertuduh, betulkah itu perempuan
yang berbangsa india yang kamu maksudkan?
Pengadu: Benar puan peguam dialah yang saya nampak pada jam 4:30 pagi itu.
Pendakwa Raya: Selepas itu apa lagi yang kamu nampak sehingga kamu membuat laopran polis?
Pengadu: Selepas saya nampak dia beredar dari situ, saya hanya rasa pelik. Sebab mana ada orang
yang lepak atau keluar pada jam 4:30 pagi lalu berkelakuan pelik di tepi jalan, pada mulanya saya
ingatkan keretanya rosak, tapi apabila saya melihat dia masuk dan terus beredar itu. Perkara itu
membuatkan saya sangat curiga dan ingin tahu apa yang dia buat di tepi kolam tadahan semulajadi
machap baru tersebut. Kemudian dengan rasa ingin tahu saya terdetik untuk turun dari kereta dan
melihat keadaan sekeliling kolam itu. Pada mulanya saya berasa tidak nampak apa-apa kerana
waktu itu juga masih gelap sangat walaupun saya sudah menggunakan lampu telefon saya. Tiba-
tiba saya nampak sesuatu yang terapung-apung lalu saya fokuskan sahaja untuk menyuluh pada
objek tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat dengan jelas bahawa objek yang
terapung itu ialah seorang lelaki india. Dan selepas itu saya cuba tenangkan diri saya dan
memutuskan untuk laporkan pada polis.
Pendakwa Raya: Laporan Polis yang dibuat oleh pengadu. Ditandakan sebagai ekshibit-1. Baiklah
itu sahaja daripada saya yang arif.
Hakim: Baiklah silakan peguambela.
Peguambela: Terima kasih yang arif. Baiklah cik zurfiqah, boleh kamu beritahu pada mahkamah
pada waktu itu kamu bersama siapa?
Pengadu: Saya hanya seorang diri pada waktu kejadian.
Peguambela: Pernah tak kamu ada masalah penglihatan mata selama ini?
Pengadu: Tidak, mata saya sihat dan dalam keadaan baik.
Peguambela: Okay jika kamu tiada masalah penglihatan, apakah warna baju yang perempuan india
itu pakai pada jam 4:30 pagi itu?
Pengadu: (Berfikir2, tapi tak yakin) Saya tidak ingat dia pakai baju warna apa.
Peguambela: Mengikut keterangan kamu tadi, kamu tidak melihat nombor plat kereta perempuan
india itu kan, apakah kamu masih ingat kereta jenis apa yang perempuan india itu pandu pada
waktu kejadian?
Pengadu: Saya juga tidak ingat jenis kereta itu.
Peguambela: Cik zurfiqah, kamu kata kamu tiada masalah penglihatan, adakah sekarang kamu
mempunyai masalah ingatan pula?
Pengadu: Maaf yang arif, saya tidak ingat perkara-perkara yang puan peguam persoalkan kerana
pada waktu itu saya dalam keadaan penat dan lelah selepas pulang dari tempat kerja, oleh kerana
itu mata saya hanya memandang apa yang saya fokus sahaja pada waktu kejadian.
Peguambela: Baiklah jika begitu, adakah sebenarnya kamu yang telah membunuh si mati lalu
kamu membuat laporan polis dengan menuduh perempuan india itu untuk menutup jenayah kamu?
Pengadu: Apa?? Tidak Yang arif, saya tidak sanggup untuk menjadi penjenayah.
Pendakwa Raya: Bantahan yang arif, jika ini tuduhan semata-semata bagi pihak pembelaan.
Sedangkan inilah tujuan perbicaraan ini dijalankan untuk mencari bukti.
Hakim: Bantahan diterima, peguambela sila tanyakan soalan yang relevan dengan kes.
Peguambela: Baiklah yang arif maafkan saya, itu sahaja daripada saya.
Hakim: Baiklah, pendakwaraya kamu masih ada soalan yang mahu ditanyakan pada saksi?
Pendakwa Raya: Tiada yang arif, saya memohon saksi utama dilepaskan. Kemudian yang arif saya
memohon untuk memanggil saksi kedua ke kandang saksi. Saksi kedua Inspektor Polis, Puan
Fatihah.
(Inspektor Polis berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi) (Jurubahasa
mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan. Kemudian,
jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan)
(Fatihah) Inspektor Polis: ) Bahawasanya, saya Siti Nur Al Fatihah Binti Alias, mengaku bahawa
segala yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar
melainkan yang benar-benar belaka.
Pendakwa Raya: Izinkan saya, Yang Arif. Inspektor, sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama,
umur, dan pekerjaan anda.
Inspektor Polis: Nama saya siti nur al fatihah binti alias, berumur 44 tahun, sekarang saya
merupakan Pegawai Penyiasat di IPD Alor Gajah.
Pendakwa Raya: Terima Kasih, Puan inspektor. Menurut rekod penyiasatan, Inspektor adalah
orang yang menerima panggilan dari tempat kejadian dan mendapat maklumat bahawa terdapat
satu kejadian bunuh di tempat tersebut. Adakah benar?
Inspektor Polis: Ya, benar.
Pendakwa Raya: Bolehkah Inspektor ceritakan kepada mahkamah secara menyeluruh tentang
kejadian tersebut.
Inspektor Polis: Baiklah. Pada 13 Disember 2017, saya merupakan inspektor bertugas pada hari
tersebut bersama-sama dengan beberapa orang lagi anggota polis yang lain. Kira-kira pada pukul
4:30 pagi-5:00 pagi, kami menerima satu panggilan daripada seorang wanita.
Pendakwa Raya: Inspektor nampaknya betul-betul yakin akan masa tersebut, iaitu 4:30. Boleh
Inspektor terangkan kepada mahkamah bagaimana Inspektor yakin dengan waktu yang dinyatakan?
Peguambela: Bantahan, Yang Arif. Soalan yang di kemukakan oleh pihak pendakwa raya tidak
relevan dengan pokok perbicaraan ini.
Pendakwa Raya: Yang Arif, kami ingin membuktikan bahawa keterangan ini tidak akan
bercanggah dengan bukti-bukti bedah siasat mangsa.
Hakim: Bantahan ditolak. Inspektor, Sila jawab soalan tersebut.
Inspektor Polis: Memang panggilan tersebut di terima pada waktu tersebut kerana setiap panggilan
yang diterima, anggota yang bertugas akan merekodkan masa dan nama pemanggil dalam buku
rekod panggilan.
Pendakwa Raya: Baiklah. Teruskan. Siapakah pemanggil tersebut?
Inspektor Polis: Panggilan tersebut datang daripada seorang wanita. Semasa panggilan itu diterima,
dia bersuara agak kuat seperti orang yang sedang panik. Oleh sebab itu saya tidak dapat mendengar
dengan jelas pertuturannya.
Pendakwa Raya: Hmm…kemudian?
Inspektor Polis: Pemanggil tersebut mengatakan namanya zurfiqah dan dia menjumpai satu mayat
yang sedang terapung-apung di kolam tadahan semulajadi di machap baru. Dia berkata lagi
bahawa minta pihak polis datang cepat ke tempat kejadian kerana dia takut mayat itu akan dibawa
arus. Selepas kami mengambil butir-butir tempat kejadian, saya bersama 6 orang anggota polis
yang lain bergegas ke tempat kejadian.
Pendakwa Raya: Berapa lama masa di ambil untuk sampai ke tempat kejadian?
Inspektor Polis: Lebih kurang 10 minit.
Pendakwa Raya: Bolehkah Inspektor gamabarkan kepada mahkamah, bagaimanakah keadaan
tempat kejadian pada masa tersebut?
Inspektor Polis: Setibanya kami di sana, kami melihat ada seorang perempuan dalam 30-an
sudahpun terduduk dengan muka pucat dan terkejut dan matanya hanya fokus melihat pada mayat
yang terapung-apung itu. Kemudian, kami mengenal pasti wanita yang membuat panggilan. Beliau
merupakan pembantu kedai di restoran The Opegoh di daerah Alor Gajah, cik zurfiqah. Pihak kami
nampak satu mayat yang terapung-apung di dalam kolam tadahan semulajadi tersebut, lalu pihak
kami berusaha sedaya upaya untuk mencapai mayat tersebut untuk bawa naik ke darat. Lalu saya
meminta pihak forensik dari jataban forensik Hospital Melaka dan JPAM Alor Gajah untuk datang
dan bantu siasatan kami.
Pendakwa Raya: Selain itu, apa lagi yang di temui di tempat kejadian?
Inspektor Polis: Berdasarkan apa yang diceritakan dari pengadu, kami menjumpai kesan tayar
sebuah kereta yang lain yang tiada pada waktu saya sampai di tempat kejadian tersebut, kesan
tapak kaki yang agak-agak samar dan kesan tompok-tompokan darah yang terpercik di rumput-
rumput di tempat kejadian. Kemudian salah seorang daripada pegawai forensik mengambil sampel
darah tersebut untuk tujuan ujikaji oleh pakar forensik. Kami juga mempunyai sebilah pisau di
semak-samun di kawasan yang agak jauh dari tempat kejadian.
Pendakwa Raya: Adakan pisau ini yang di maksudkan?
Inspektor Polis: Ya, itu adalah pisau yang kami temui.
Pendakwa Raya: Yang Arif, saya memohon pisau ini ditanda sebagai ekshibit-2 sebagai bahan
bukti. (Pendakwa menyerahkan pisau kepada jurubahasa untuk ditunjukkan kepada hakim)
Baiklah, seterusnya apa yang dilakukan oleh pihak Tuan?
Inspektor Polis: Saya cuba menenagkan pengadu kerana dia sangat panik dan terdiam sahaja dari
ketika saya sampai sehingga kami sedang lakukan siasatan di temppat kejadian. Lalu saya meminta
seorang anak buah saya untuk teman pengadu pulang ke rumahnya agar saya dapat elak perkara
yang tidak diingini berlaku terhadap pengadu kerana dialah satu-satunya saksi utama dalam kes
ini.
Pendakwa Raya: Baiklah itu sahaja daripada saya yang arif.
Hakim: Teruskan dengan peguambela.
Peguambela: Dengan izin yang arif. (Hakim angguk kepala). Puan Inspektor, tadi kamu
mengatakan bahawa semasa kamu sampai itu, kamu lihat hanya pengadu dan mangsa sahaja yang
berada di situ?
Inspektor Polis: Ya, benar hanya mereka sahaja yang saya dan pihak kami nampak. Siasatan awal
di tempat kejadian merupakan kolam takungan air di kawasan Machap dan mayat seorang lelaki
telah dijumpai dalam keadaan tertiarap. Kawasan tersebut merupakan kawasan tempat memancing
dan dilitupi oleh pakis air di kebanyakan kawasan kolam tersebut.
Peguambela: Bagaimana kamu pasti bahawa yang membunuh mangsa itu adalah bukan pengadu?
Inspektor Polis: Kerana pihak kami sudahpun siasat isi kereta milik pengadu, dan kami menjumpai
barang-barang yang selalu berada di kedai restoran seperti bekas-bekas makanan buffet, besen-
besen dan sebagainya, dan satu lagi perkara penting ialah kami tidak menjumpai satupun cap jari
pengadu pada mayat dan pada kesan-kesan darah, tayar di tempat kejadian. Andai kata pengadu
adalah seorang pembunuh pun pihak kami sukar untuk mencari perkaitan pengadu dengan mangsa
kerana mereka memang tiada hubungan apa-apa dan pengadu juga tidak mengenal mangsa,
manakala jika orang kena tuduh iaitu Anika Natasha Subramaniam pula lain, kerana dia seorang
perempuan simpanan kepada mangsa. Berdasarkan fakta kes juga, kami mendapati bahawa si
mangsa pernah mengugut kepada tertuduh untuk menyebarkan gambar, video, chat-chat perbualan
yang tidak senonoh mereka di sosial media di khalayak ramai. Oleh itu tertuduh sudahpun
mempunyai motif untuk membunuh mangsa lalu membuang mayat kekasihnya itu di kolam
tadahan semulajadi di machap baru tersebut.
Peguambela: Baiklah terima kasih Inspektor. Adakah inspektor tahu bahawa pengadu juga seorang
yang mahir dalam menggunakan pisau dan benda-benda tajam?
Inspektor Polis: Benar yang arif, pihak kami sudah menyiasat latar belakang pengadu yang mana
saya telah pergi ke restoran di mana tempat pengadu bekerja, majikan pengadu memang
mengatakan bahawa pengadu adalah seorang yang mahir menggunakan pisau akan tetapi dia
seorang yang baik dan tegas dengan pendiriannya, pengadu juga tidak pernah melakukan perkara-
perkara yang akan menyusahkan dirinya dan orang lain. Kerana dia merupakan seorang yang
selamba tetapi tidak suka bercakap perkara yang negatif sepanjang kami kenal. Yang arif saya
tidak faham, adakan pihak pembelaan mahu menyatakan pengadu adalah seorang pembunuh hanya
kerana dia mahir menggunakan pisau, jika itu andaian pihak pembelaan. Maka sesiapapun boleh
jadi pembunuh tuan hakim.
Peguambela: (Muka tak puas hati) Haa, bukan begitu puan inspektor, jika ini hanya andaian saya
sekalipun saya pasti ianya tidak akan dapat bantu dalam membuktikan bahawa pengadu adalah si
pelaku yang sebenar, bukan begitu puan Inspektor.
Inspektor Polis: Ya benar puan peguam.
Pendakwa Raya: Bantahan Yang Arif. Pihak peguambela membuat andaian yang tidak munasabah.
Hakim: Bantahan di terima. Pihak peguambela, sila tukar soalan anda.
Peguambela : Yang Arif, saya tidak ada soalan lain, setakat itu sahaja daripada saya.
Hakim: Baiklah pendakwaraya teruskan.
(Fatihah) Pendakwa Raya: Yang arif, saya mohon saksi dilepaskan dan saya juga memohon untuk
memanggil saksi ketiga ke kandang saksi iaitu Pegawai Forensik, Dr.Haryanti Sara Binti Mohd
Razali yang memegang jawatan ketua jabatan di jabatan forensik Hospital Melaka.
(Pegawai Forensik berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan.
Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan)
(Yam) Pegawai Forensik: Bahawasanya, saya Dr.Haryanti Sara Binti Mohd Razali, mengaku
bahawa segala yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar dan tidak ada yang
tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.
Pendakwa Raya: Baiklah Doktor Haryanti, sila beritahu pada mahkamah apakah nama, umur dan
pekerjaan kamu?
Pegawai Forensik: Nama saya Haryanti Sara Binti Mohd Razali, umur saya 44 tahun, saya bekerja
di hospital Melaka sudah terlalu lama dari saya menjalani latihan praktikal hinggalah kini,
sampailah saya mendapat jawatan sebagai ketua jabatan di jabatan forensik di Hospital Melaka.
Pendakwa Raya: Doktor Haryanti, boleh kamu ceritakan tentang mayat yang dijumpai di tempat
kejadian?
Pegawai Forensik: Mayat tersebut telah dikeluarkan dari kolam tersebut dengan bantuan pihak
JPAM Alor Gajah. Mayat dalam keadaan tidak berbaju dan memakai seluar panjang warna hitam,
dan berada dalam keadaan kembung. Mayat dipercayai seorang lelaki India dalam umur
lingkungan 30-an. Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai daripada mayat tersebut.
Pendakwa Raya: Apakah hasil ujian forensik terhadap mayat tersebut?
Pegawai Forensik: Mayat telah tiba di Hospital Alor Gajah dan pemeriksaan awal telah dilakukan
oleh Pegawai Perubatan Hospital Alor Gajah iaitu Dr Sri Janaki Devi a/p Palakastin. Pemeriksaan
awal mendapati terdapat beberapa kesan luka koyakan pada kepala mayat. Dr Sri Janaki Devi a/p
Palakastin telah mengesyaki terdapat unsur jenayah dan kami telah membuat keputusan untuk
merujuk mayat tersebut kepada Pakar Forensik yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur pada
masa itu iaitu Dr Nurliza Binti Abdullah dan tarikh bedah siasat telah ditetapkan. Seterusnya, kami
menyerahkan bedah siasat kepada Doktor Nurliza Binti Abdullah. Kami berusaha mencari sebab
kematian si mati dengan pelbagai cara termasuklah dengan meminta bantuan dari kawan saya iaitu
Doktor Nuliza yang bekerja di Hospital Kuala Lumpur.
Pendakwa Raya: Selain daripada mayat tersebut, apakah barang-barang kes yang diserahkan oleh
pihak polis untuk dianalisis?
Pegawai Forensik: Mereka menyerahkan sebilah pisau yang telah ditandakan sebagai ekshibit-2,
sampel kesan tayar di atas jalan (dalam bentuk gambar) serta sedikit tanah/pasir yang melekat pada
jalan yang ditandakan sebagai ekshibit-3, sampel rambut yang ditandakan sebagai ekshibit-4 dan
sampel darah yang ditandakan sebagai ekshibit-5 yang telah ditemui di tempat kejadian.
Pendakwa Raya: Apakah keputusan analisa forensic yang puan jalankan?
Pegawai Forensik: Setelah menjalankan pemeriksaan terhadap pisau yang ditemui, bentuk pisau
tersebut sepadan dengan luka-luka tikaman pada badan si mati. Kami juga menemui beberapa
kesan cap jari di pisau tersebut. Setelah dikenal pasti, terdapat dua jenis cap jari dan ianya adalah
milik si mati dan juga milik tertuduh. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa sewaktu
kejadian, si mati ada mempertahankan dirinya. Sebab itulah kesan cap jarinya juga terdapat di
pisau itu. Tetapi kesan cap jari tertuduh adalah lebih banyak dikesan pada pisau itu.
Pendakwa Raya: Adakah ini pisau tersebut, Doktor?
(Mengangkat pisau dalam plastik, Hakim mengangguk pendakwaraya memberikan pisau itu
kepada jurubahasa dan seterusnya menyerahkan kepada hakim untuk dibuat catatan).
(Pika) Jurubahasa: Barang bukti ini telah pun ditanda sebagai ekshibit-2.
Pendakwa : Anda cam pisau ini, doktor?
Pegawai Forensik: Ya, pisau inilah yang telah diserahkan kepada saya oleh anggota polis tersebut.
Pendakwa Raya: Terima Kasih Doktor Haryanti, setakat itu sahaja daripada saya tuan hakim.
Hakim: Baiklah teruskan peguambela.
(Pika) Peguambela: Baiklah Doktor Haryanti, boleh kamu beritahu pula ada berapa kesan tayar
pada jalan tempat kejadian dan apa hasil ujian forensik dalam hal itu?
Pegawai Forensik: Kesan tayar yang berada di jalan tempat kejadian, kami menjumpai beberapa
kesan tayar kereta. Kami tidak dapat mengenal pasti dengan jelas berapa kereta yang telah berada
di situ kerana ianya merupakan jalan besar bagi semua pengguna jalan raya oleh kerana itu kami
sukar untuk mengenal pasti bilangannya. Setelah kami siasat dengan lebih lanjut dengan bantuan
Kamer Litar Tertutup pada sebatang tiang elektrik yang dipasang oleh pihak kerajaan di situ, kami
dapat mengecam jenis kereta tersebut iaitu kesan tayar yang dijumpai oleh pihak polis itu, hasilnya
merupakan sebuah motokar jenis Proton Iswara warna kelabu dan nombor pendaftaran kenderaan
pula JEN 8242. Hasil siasatan pihak polis, kereta tersebut meruapakan kereta milik tertuduh.
Peguambela: Bagaimana pula dengan kesan darah yang dijumpai oleh pihak polis?
Pegawai Forensik: Pada kesan darah tersebut kami mendapati DNA mangsa dan tertuduh.
Peguambela: Berdasarkan fakta kes, pengadu juga turut berada pada waktu kejadian, betul ke tiada
sebarang cap jari pengadu, cik zurfiqah di situ?
Pegawai Forensik: Segala yang saya beritahu pada mahkamah adalah berdasarkan hasil ujian
forensik dari pihak kami dan hasilnya memang kami tidak jumpa sebarang cap jari pengadu pada
mana-mana bahan bukti.
Peguambela: Di dalam jabatan kamu, adakah semua anak buah kamu membuat kerja dengan telus
dan benar?
Pendakwa Raya: Bantahan Yang arif. Soalan peguambela tidak patut ditanya.
Peguambela: Yang arif, saya persoalkan hal ini kerana jika terdapat sebarang kepalsuan terhadap
barang bukti buruk padahnya terhadap tertuduh kerana tertuduh yang harus menanggungnya dan
selain itu, kita harus memandang kelayakan mereka yang arif.
Hakim: Bantahan ditolak, saksi sila jawab soalan peguambela.
Pegawai Forensik: Yang arif, kita semua ini hanyalah manusia biasa sahaja yang tidak lari dari
kesilapan tetapi jika ini lah yang dipersoalkan oleh peguambela, saya berani menyatakan bahawa
anak-anak buah saya, mereka sangat telus dan benar dalam membuat kerja kerana sebarang ujian
yang mereka mahu lakukan terhadap barang bukti, mereka perlu maklum pada saya terlebih dahulu
dan saya pula sebagai ketua mereka. Maka semestinya tiada sebarang isu pemalsuan bukti dalam
kerjaya saya selama ini.
Peguambela: Terima kasih doktor haryanti. Setakat itu sahaja soalan daripada saya yang arif.
Hakim: Baiklah pihak pendakwaraya masih ada soalan yang mahu ditanyakan pada saksi?
(Fatihah) Pendakwa Raya: Tiada yang arif, mohon saksi dilepaskan. Dan seterusnya saya mohon
untuk memanggil saksi yang terakhir ke kandang saksi. Saksi terakhir iaitu pakar forensik, Doktor
Nurliza Binti Abdullah.
(Pakar Forensik berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi) (Jurubahasa
mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan. Kemudian,
jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan)
(Syah) Pakar Forensik: Bahawasanya, saya Nurliza Binti Abdullah, mengaku bahawa segala yang
akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan
yang benar-benar belaka.
Pendakwa Raya: Baiklah doktor nuliza, boleh beritahu pada mahkamah apakah nama, umur dan
pekerjaan kamu?
Pakar Forensik: Nama saya Nurliza binti abdullah, umur saya 52 tahun dan saya bekerja sebagai
seorang doktor yang memegang jawatan pakar forensik di Hospital Kuala Lumpur.
Pendakwa Raya: Apakah tujuan kamu hadir ke mahkamah pada hari ini?
Pakar Forensik: Saya datang ke mahkamah pada hari ini untuk memberi keterangan sebagai saksi
bagi pihak pendakwaan.
Pendakwa Raya: Baiklah kamu kata kamu dari Hospital Kuala Lumpur kan?
Pakar Forensik: Ya, benar.
Pendakwa Raya: Kenapa kamu sanggup datang ke Alor Gajah, Melaka ini untuk menjadi saksi.
Adakah kamu mempunyai sebarang hubungan dengan sesiapa dalam kes ini?
Pakar Forensik: Saya mempunyai seorang kawan dalam kes ini iaitu Doktor Haryanti, beliau yang
meminta kerjasama dari saya untuk mengecam dan mengenalpasti bahan-bahan bukti. Selain itu,
pihak pendakwaraya juga meminta untuk saya memberi keterangan sebagai saksi berdasarkan
segala bukti. Namun selain daripada itu saya sudah tiada niat lain untuk berada di sini.
Pendakwa Raya: Jadi kalau begitu boleh doktor nurliza ceritakan tentang apa lagi punca kematian
mangsa?
Pakar Forensik: Seperti yang kawan saya iaitu dokrot haryanti sebut tadi, bahawa mayat telah
diserahkan pada pihak saya untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat 12 kesan
tikaman pada badan si mati. Luka-luka tikaman ini terdapat di merata-rata tempat pada badan si
mati. Antaranya terdapat 7 tikaman di dada, 1 di bahagian perut, 1 di bahagian lengan tangan kanan,
1 di leher dan 2 di kepala. Hasil bedah siasat juga menemui banyak kesan luka yang disebabkan
oleh mempertahankan diri seperti luka hirisan dan torehan di tapak tangan dan lengan. Ini
menunjukkan bahawa si mati ada bergelut dengan tertuduh untuk mempertahankan dirinya. Selain
daripada itu, terdapat banyak kesan cap jari tertuduh pada badan mangsa. Selain itu juga laporan
bedah siasat juga melaporkan bahawa mangsa telah mengalami “beberapa kesan koyakan pada
bahagian kepala berserta kesan patah dan lekok pada tulang tengkorak. Punca kematian adalah
‘blunt force injury of the head with drowning’. Doktor bedah siasat berpendapat bahawa
kecederaan pada kepala sedemikian adalah tidak bersesuaian dibuat oleh mangsa sendiri (not self-
inflicted) tetapi lebih bersesuaian dengan perbuatan pihak ketiga dengan sengaja.
Pendakwa Raya: Boleh doktor camkan borang apakah ini?
Pakar Forensik: Ya, inilah borang laporan hasil bedah siasat yang saya lakukan ke atas mangsa.
Pendakwa Raya: Yang Arif, saya mohon laporan ini ditandakan sebagai ekshibit-6. (Hakim
mengangguk). Baiklah doktor. Merujuk kepada laporan ini, apakah punca sebenar yang
menyebabkan kematian mangsa?
Pakar Forensik: Kecederaan yang serius akibat daripada 7 tikaman di dada si mati yang telah
menembusi paru-paru si mati dan telah menyebabkan massive haemorrhage iaitu pendarahan yang
sangat teruk. Akibat daripada pendarahan ini, si mati kehilangan darah yang sangat banyak dan ini
adalah punca kematiannya.
Pendakwa Raya: Baiklah. Jadi, doktor adakah anda bersetuju bahawa tertuduh merupakan orang
menyebabkan kematian si mati?
(Pika) Peguambela: Bantahan Yang Arif. Kes ini belum dibuktikan.
Hakim: Bantahan diterima. Pendakwa raya sila tukar soalan anda.
(Fatihah) Pendakwa Raya: Maaf Yang Arif. Setakat ini dahulu, saya tidak ada soalan lain untuk
saksi ini.
Peguambela: Izinkan saya Yang Arif. (Hakim menganggukkan kepala). Doktor, anda betul-betul
yakin bahawa luka tikaman adalah punca kematian si mati?
Pakar Forensik: Ya, saya yakin.
Peguambela : Berdasarkan rekod kesihatan si mati, dia pernah mendapat serangan jantung kira-
kira 4 bulan sebelum kematiannya. Adakah keadaan ini tidak membawa apa-apa kesan kepada
punca kematian si mati?
Pakar Forensik: Tidak. Ini kerana hasil bedah siasat memang menunjukkan bahawa tikaman demi
tikaman yang dibuat secara rambang yang menembusi paru-parunya dan merupakan punca sahih
kepada kematiannya. Walaupun si mati mempunyai rekod serangan jantung, tidak ada sebarang
tanda serangan di jumpai pada jantungnya yang menyebabkan kematian.
Peguambela : Maksudnya, tidak ada langsung?
Pakar Forensik: Ya, tidak ada. Kalau anda tidak puas hati, anda boleh tanyakan pendapat pakar-
pakar yang lain. (merengus tidak puas hati).
Peguambela : Baiklah, Yang Arif, setakat ini dulu soalan saya untuk saksi ini.
Hakim: Baiklah teruskan pendakwaraya.
Pendakwa Raya: Yang Arif, saya tidak ada soalan lain untuk saksi ini. Saya meminta agar saksi di
bebaskan.
Hakim: Baiklah. Anda boleh keluar. (polis datang untuk mengiring saksi. Saksi tunduk dan
berjalan keluar dari mahkamah). Baiklah pihak mahkamah memberi masa selama 10 minit untuk
bersedia dan berehat kepada kedua-dua belah pihak untuk membuat hujah penggulungan.
Jurubahasa: Baiklah sidang mahkamah rehat lima minit.

Lepas sepuluh minit.


Hakim: Baiklah, peguam bela apakah hujah penggulungan kamu?
(Pika) Peguambela: Izinkan saya Yang Arif. Setelah mendengar keterangan saksi-saksi
pendakwaraya, terdapat Bukti-bukti yang masih samar mengenai liabiliti jenayah anak guam kami.
Terdapat tiga faktor utama iaitu: Pertama, saksi utama pihak pendakwa raya iaitu pengadu, cik
zurfiqah hanya melihat anak guam kami berkelakuan aneh di tepi jalan tetapi dia bukanlah nampak
secara terang yang anak guam saya telah membunuh dan membuang mayatnya di kolam tadahan
semulajadi di machap baru tersebut. Ini tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa tikaman oleh
tertuduh telah mengakibatkan kematian kepada si mati hanya kerana sebab cap jari yang ada di
pisau itu. Hanya kerana saksi melihat anak guam kami yang berada di tepi jalan, cik zurfiqah tidak
pula memberi keterangan bahawa yang anak guam kamilah pembunuh kepada si mati. Ini hanyalah
andaian semata-mata Yang Arif lantas menimbulkan keraguan dalam kes ini.
Kedua, hasil keterangan daripada saksi kedua yang hubungan anak guam kami dan si mati dingin.
Biarpun mereka ada mengatakan bahawa anak guam kami dan si mati ada bertengkar dan
sebagainya, kami menganggap bahawa ini adalah satu situasi biasa bagi pasangan kekasih, inikan
pula anak guam saya merupakan perempuan simpanan terhadap si mati, sebagai seorang
perempuan adalah wajar bagi mereka merasa perkara begitu tidak adil kerana mahu mendapatkan
pengiktirafan dari kekasih dari sekadar menjadi perempuan simpanan. Jadi, ini menunjukkan anak
guam kami tidak mempunyai motif untuk membunuh suaminya. Tambahan pula, tiada keterangan
atau pembuktian mens rea di lakukan oleh pihak pendakwa raya. Ini juga boleh menimbulkan
keraguan yang besar dalam kes ini yang Arif.
Ketiga, senjata yang digunakan untuk membunuh si mati juga terdapat dua cap jari iaitu cap jari
anak guam kami dan si mati. Oleh itu, kehadiran cap jari si mati membawa keraguan yang besar
dalam kes ini Yang Arif.
Konklusinya di sini, pihak pembelaan ingin menekankan bahawa tiada kes prima facie di pihak
pendakwaan disebabkan mereka tidak berjaya membuktikan kes malampaui keraguan munasabah.
Justeru, pihak pembelaan memohon kepada mahkamah yang mulia ini untuk membebaskan anak
guam kami.Sekian, terima kasih.
Hakim: Baiklah, pendakwaraya apakah hujah penggulungan kamu?
(Fatihah) Pendakwa Raya: Izinkan saya Yang Arif. Pihak pendakwa raya telah membuktikan
bahawa terdapat kes prima facie di pihak kami atas beberapa faktor utama iaitu: Pertama, tertuduh,
Anika Natasha Subramaniam merupakan orang terakhir yang dijumpai bersama si mati.
Ini dikukuhkan oleh keterangan saksi utama. Beliau telah melihat tertuduh berada dalam keadaan
mencurigakan di tepi jalan. Sementara itu, hasil keterangan saksi kedua dan ketiga juga
menunjukkan bahawa mustahil wujudnya orang luar yang boleh di jadikan suspek pembunuhan
kerana hanya tertuduh dan si mati sahaja berada di tempat kejadian tersebut. Walaupun mereka
tidak melihat perbuatan tertuduh membunuh si mati, dengan bukti-bukti yang telah di kemukakan
kepada mahkamah pada hari ini, jelaslah menunjukkan bahawa tertuduh telah menikam si mati
lalu membuang mayat si mati dan ini juga menunjukkan wujudnya elemen actus reus dalam kes
ini.
Kedua, analisis pakar forensik oleh Dr Nurliza Binti Abdullah telah jelas membuktikan bahawa
akibat daripada tikaman di dada si mati telah menjadi punca kematian dalam kes ini. Tikaman ini
jelas di lakukan oleh tertuduh. Ini dibuktikan dengan penemuan kesan cap jari tertuduh pada badan
mangsa dan juga pada pisau yang di temui di tempat kejadian.
Ketiga, berdasarkan keterangan saksi kedua bahawa hubungan antara tertuduh dan si mati adalah
dingin membawa maksud yang tertuduh memiliki mala fide atau niat buruk untuk melakukan
jenayah. Dengan melakukan 12 tikaman secara bertubi-tubi terhadap mangsa, ini jelas
menunjukkan bahawa tertuduh seolah-olah melepaskan geram terhadap si mati dan beliau sedar
dengan apa yang dilakukan ketika itu.
Justeru, pihak kami telah membuktikan kedua-dua elemen dalam kes jenayah iaitu actus reus dan
mens rea, dan kami memohon budi bicara mahkamah untuk memutuskan bahawa terdapat prima
facie dalam kes ini. Sekian, terima kasih.
(Mahkamah berehat sebentar)

KEPUTUSAN HAKIM (WUJUD PRIMA FACIE ATAU TIDAK)


Hakim : Baiklah. Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, iaitu pihak pendakwaraya dan
pihak pembelaan, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa terdapat kes prima facie di pihak
pendakwaraya berdasarkan faktor-faktor ini:
Saya berpuas hati dengan saksi-saksi yang di kemukakan oleh pihak pendakwaraya. Pihak
pendakwaraya telah berjaya membuktikan kewujudan elemen actus reus dalam kes ini. Ini
dibuktikan dengan keterangan-keterangan daripada kesemua saksi pihak pendakwaraya. Saya
mendapati tiada sebarang keraguan dalam pembuktian ini.
Kedua, analisis Forensik daripada pihak pendakwaraya amat meyakinkan dan ianya jelas
menunjukkan perbuatan yang menyebabkan kematian si mati di lakukan oleh tertuduh.
Ketiga, bagi elemen mens rea, beban pembuktian berada di bahu pihak pembela untuk
membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang motif atau niat untuk membunuh si
mati.
Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa terdapat kes prima facie di pihak
pendakwaraya dan dengan ini, mahkamah mengarahkan supaya tertuduh tampil membuat
pembelaan. Jurubahasa?
Jurubahasa: 23 Januari 2018, Yang Arif.
Hakim: Baiklah, Mahkamah bersidang semula pada 23 Januari, jam 9 pagi. (Hakim bangun,
berjalan keluar).
(Fatihah) OKT: Yang arif, saya tidak mahu membuat pembelaan. (Sambil bercakap dengan
peguambela).
Hakim: Betulkah peguambela?
(Syah) Peguambela: Ya, benar yang arif. Anak guam saya tidak mahu membuat pembelaan.
Hakim: Bagaimana pula dengan pendakwaraya?
(Yam) Pendakwa Raya: Jika begitu tuan hakim, yang arif saya mohon untuk membuat
penghakiman terus terhadap Orang Kena Tuduh Anika Natasha Subramaniam hari ini.
Hakim: Baiklah di atas semua persetujuan kedua-dua belah pihak. Pihak Mahkamah ditangguhkan
untuk membuat keputusan. Mahkamah akan kembali bersidang pada jam 2:30 petang ini.
(Siti) Polis: Mahkamah Bangun..
Tunggu jam 2:30 petang….

KEPUTUSAN HAKIM
Hujah Penghakiman.
(Fatihah) Polis: Mahkamah bangun...(Hakim masuk dan duduk).
(Hadi) Hakim: Setelah mendengar hujah-hujah dari kedua belah pihak, terdapat beberapa hujah
yang telah dapat di simpulkan di dalam kes ini iaitu, Mahkamah ini telah ambil maklum bahawa
di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] 2 CLJ 405, Mahkamah Persekutuan
telah memutuskan bahawa: “In assessing the length of custodial sentence, the court must look at
the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the offence committed,
secondly the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigation
factor, and fourthly, the sentence that have been imposed in the past for similar offences to
determine the trend of sentencing policy, if any.”
Mahkamah ini juga ambil maklum bahawa dalam menjatuhkan hukuman: “No plea in mitigation
should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts
presented by the prosecution.” seperti yang diputuskan di dalam kes Raja Izuddin Shah v. PP [1979]
1 MLJ 270. [20] Mahkamah ini juga ambil maklum bahawa dalam menjatuhkan hukuman, “The
correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and
the interest of the accused” seperti yang diputuskan di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 2
MLJ 256.
Pertimbangan Mahkamah Tinggi A). “The gravity of the offence committed” Kesalahan yang
dilakukan oleh Tertuduh adalah kesalahan yang serius. Kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh
telah membawa kepada kecederaan yang teruk kepada mangsa dan akhirnya kepada kehilangan
nyawa mangsa.
B). “The facts in the commission of the offence” Mangsa dahulunya mempunyai hubungan di
mana OKT adalah bekas teman wanita mangsa. OKT adalah anak saudara perempuan kepada si
mati di mana Inspektor Polis telah memberi keterangan bahawa mangsa telah mengugut OKT
bahawa OKT akan dipukul, dibogelkan dan gambar- gambar peribadi OKT akan disebar kerana
OKT memutuskan hubungan dengan mangsa.
Menurut OKT, atas permintaan OKT, Tertuduh pada mulanya telah pergi untuk berbincang dengan
mangsa mengenai masalah peribadi antara mangsa dan OKT. Namun pertengkaran di antara
mereka menjadi teruk.
Laporan bedah siasat melaporkan bahawa mangsa telah mengalami “beberapa kesan koyakan pada
bahagian kepala berserta kesan patah dan lekok pada tulang tengkorak. Punca kematian adalah
‘blunt force injury of the head with drowning’ ”. Doktor bedah siasat berpendapat bahawa
kecederaan pada kepala sedemikian adalah tidak bersesuaian dibuat oleh mangsa sendiri (not self-
inflicted) tetapi lebih bersesuaian dengan perbuatan pihak ketiga dengan sengaja.
Mahkamah ini telah melihat kepada “the overall picture in perspective” termasuk “impact
statement” oleh isteri mangsa. Seterusnya, mengenai isu anak, Mahkamah ini dapati bahawa
semasa “impact statement” oleh isteri mangsa, si isteri telah menyatakan bahawa terdapat 4 orang
anak dan isteri mangsa membangkitkan kesukaran untuk menanggung anak-anak dari segi
kewangan dan penjagaan.
Mangsa telah dicampak ke dalam kolam. Oleh kerana cause of death termasuk “drowning” adalah
andaian munasabah bahawa mangsa masih hidup semasa mangsa dicampak ke dalam kolam.
Tertuduh menyatakan bahawa tindakan Tertuduh bukan “premeditated’ atau tidak dirancang.
Tertuduh juga menyatakan beliau tidak membawa sebarang senjata ke perbincangan dengan
mangsa. Mahkamah ini dapati bahawa tindakan-tindakan oleh Tertuduh adalah tindakan yang amat
“disproportionate” dan kejam terhadap mangsa.
Namun begitu, Tertuduh tidak ada sebarang sabitan sebelum ini. Tertuduh adalah “first time
offender”. Tertuduh menyatakan beliau telah membantu pihak polis dengan siasatan mereka.
Faktor-faktor ini diambil kira oleh Mahkamah ini, walaupun berat yang diberikan kepada faktor-
faktor ini bagi sabitan bagi kesalahan yang serius ini, yang telah membawa kepada kecederaan
yang serius dan akhirnya kehilangan nyawa mangsa, adalah terhad. Meskipun begitu, faktor-faktor
ini adalah “mitigating factors” di dalam kes ini.
Mahkamah ini telah mengingati bahawa di dalam Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, seksyen itu
juga memperuntukkan “...and shall also be liable to fine...”. Mahkamah ini dapati setelah
mengambil kira semua fakta-fakta dan faktor-faktor di dalam kes ini, hukuman denda adalah tidak
wajar.
Oleh itu, Mahkamah ini juga telah menjalankan satu pertimbangan dan telah mengambil kira
“strike a balance” antara kepentingan Tertuduh dan kepentingan awam. Perbicaraan Anika
Natasha berakhir hari ini. Setelah mendapat semua keterangan daripada kedua belah pihak, pihak
mahkamah sudah mendapat kesimpulan keseluruhan. Defendan sila bangun.
(Fatihah) OKT: (Bangun dan berdiri sahaja)
Hakim: Dengan ini mahkamah membuat keputusan bahawa defendan Anika Natasha
Subramaniam, bersalah atas semua tuduhan dan tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen
304(a) Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dari tarikh tangkap
(21.12.2016).

You might also like