You are on page 1of 3

KEJOHANAN BOLA JARING PROGRAM CELIK NUTRISI 2019

PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING


1. PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Undang-Undang Persekutuan Persatuan Bola JaringAntarabangsa ( IFNA )
Tahun 1997.

1.2 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM MSSWPKL.

1.3 Mana-mana peraturan dan syarat-syarat yang tidak tercatat, Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan
Bola Jaring berhak/berkuasa mengubahsuaikan syarat-syarat tersebut mengikut
keadaan semasa jika diperlukan.

2. SYARAT PENYERTAAN

2.1 Kejohanan ini terbuka kepada murid-murid yang terlibat dengan Program Celik Nutrisi
2019.

2.2 Kategori umur pemain : 10 tahun hingga 12 tahun pada tahun semasa.

2.3 Salinan MyKids yang telah disahkan oleh pihak sekolah dan juga surat kebenaran ibu
bapa hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang pendaftaran.

5. PENDAFTARAN PASUKAN

5.1 Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang pemain , seorang ( 1 ) orang Pengurus
Pasukan dan Seorang ( 1 ) Jurulatih.

5.2 Semua pemain hendaklah warganegara Malaysia.

5.3 Setiap pasukan mestilah diwakili oleh pemain dari sekolah berkenaan. Tidak
dibenarkan menggunakan khidmat pemain dari sekolah yang lain.

5.4 Sekiranya terdapat pasukan yang melanggar syarat penyertaan, penyertaan


pasukan akan dibatalkan

6. MASA PERLAWANAN

Masa perlawanan ialah 5 minit setiap separuh masa dengan 1 minit masa rehat (5:1:5)
mengikut sistem Running Time.

PERATURAN BOLA JARING 1


7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya TIGA (3) pasukan

7.2 Pasukan akan bertanding secara liga dalam kumpulan dan kalah mati di pusingan
kedua, Suku akhir, separuh akhir dan akhir.

7.3 Hanya Johan dan Naib Johan setiap kumpulan sahaja akan mara ke peringkat
pusingan Kedua.

KEJOHANAN BOLA JARING PROGRAM CELIK NUTRISI 2019


2.0 PERTUKARAN PEMAIN

2.1 Sebelum pertandingan dimulakan, Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan


senarai nama pemain-pemain kepada pengadil pertandingan di dalam borang yang
disediakan;

2.2 Bilangan gantian pemain semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain
yang telah diganti boleh masuk semula bermain sebagai pengganti kepada pemain
lain menggunakan Sistem Pertukaran “Flying Substitution”.

2.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian mestilah berada di kawasan yang
disediakan terlebih dahulu.

7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Tiap – tiap pemain hendaklah mematuhi tata cara pakaian yang dibenarkan semasa
pertandingan berlangsung.

7.2 Pemain perlu memakai seluar yang sama warna sepasukan, begitu juga baju yang
berwarna seragam.

7.3 Pemain dilarang memakai seluar tight. Hanya seluar trek dan legging sahaja yang
dibenarkan.

8.0 KELEWATAN, MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

8.1 Tiap – tiap pasukan hendaklah berada di padang permainan 5 minit sebelum
perlawanan dimulakan.

8.2 Masa 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika selepas 10 minit
pasukan berkenaan masih belum tiba atau belum bersedia, pihak lawannya akan
diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan 3 – 0.

PERATURAN BOLA JARING 2


8.3 Sekurang – kurangnya mesti ada 4 orang pemain bagi satu – satu pasukan berada di
gelanggang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang
daripada 4 orang pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri.

8.4 Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi 3 mata dengan keputusan
jaringan 3 – 0 atau jaringan semasa yang mana lebih tinggi.

9.0 BANTAHAN

9.1 Sila rujuk Undang – Undang dan Peraturan AM MSSWPKL.

10.0 LEMBAGA JURI RAYUAN

10.1 Sila rujuk Undang – Undang dan Peraturan AM MSSWPKL.

KEJOHANAN BOLA JARING PROGRAM CELIK NUTRISI 2019


11.0 PERCANGGAHAN

Bagi semua perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak membuat
sebarang keputusan dan semua keputusannya adalah muktamad

12.0 HADIAH

12.1 Hadiah dan Sijil ;

12.1.1 Piala : Johan, Naib Johan, Ketiga

12.1.2 Sijil Pencapaian : Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat

12.1.3 Sijil Penyertaan : Semua peserta dan pegawai kecuali perkara 12.1.2

PERATURAN BOLA JARING 3

You might also like