You are on page 1of 12

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

SJK (C) KONG MIN

1. Pendahuluan

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi negara kita. Hari kemerdekaan
negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang
tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan
dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk
menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan
atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh
itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi
tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.
Begitu juga dengan sekolah ini, mempunyai agenda tersendiri bagi menyambut hari
kemerdekaan ini.

Sepertimana kebiasaannya, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah


diadakan selama 1 bulan bermula bulan Ogos sehingga bulan September. Dalam
penulisan laporan ini, ia merangkumi proses perancangan, pelaksanaan, penilaian dan
refleksi.

2. Perancangan

Pada peringkat perancangan ini, kami telah mengadakan 2 kali mesyuarat.


Mesyuarat pertama telah diadakan pada 3 Ogos 2016. Mesyuarat ini dihadiri oleh
Jawatankuasa Unit Pentadbiran dan Kurikulum sahaja. Di antara tujuan mesyuarat
pertama ini adalah untuk membuat perancangan Program Sambutan Bulan
Kemerdekaan ke 59 Tahun Peringkat Sekolah 2016. Dalam mesyuarat ini kami
membincangkan tentang tarikh pelaksanaan dan pengisian program tersebut.
Mesyuarat ke 2 pula dijalankan pada 9 Ogos 2016. Mesyuarat ke 2 ini telah
dihadiri oleh semua guru. Turut hadir En. Lim Lian Teck selaku Guru Besar merangkap
Pengerusi Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016. Dalam mesyuarat
kali ini banyak perkara telah diputuskankan. Di antaranya ialah :

a) Tarikh Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah ditetapkan pada


22 Ogos 2016.
b) Menentukan acara dan aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan
kemerdekaan.

c) Melantik Jawatankuasa Pelaksana sambutan bulan kemerdekaan.

d) Meminta supaya setiausaha menyediakan kertas kerja.

e) Menentukan bahan dan peralatan yang diperlukan.

f) Mengenalpasti kos perbelanjaan yang diperlukan.

Penyelaras program meminta kerjasama semua guru agar dapat menjayakan program
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Di samping itu juga, diingatkan
kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat menjalakan tugas dan
tanggungjawab mengikut perancangan.

3. Pelaksanaan

Dalam peringkat pelaksanaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :


a) Majlis Pelancaran
b) Pengisian Program
c) Majlis Penutupan

3.1 Majlis Pelancaran


Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 59
peringkat sekolah telah diadakan pada 22 Ogos 2016 (Isnin). Ia dijalankan
mengikut sesi; Sesi Pagi dan Sesi Petang. Aturcara Majlis Pelancaran adalah
seperti berikut :
MASA (Pagi) MASA (Petang) PERKARA
Guru-guru dan murid-murid berkumpul di
7.45 pg 1.10 ptg dewan.
Upacara menaikkan Jalur Gemilang
- Nyanyian lagu Negaraku
7.50 pg 1.15 ptg - Nyanyian lagu negeri Pahang
- Nyanyian lagu patriotik

Ucapan pelancaran oleh :


- En. Lim Lian Teck ( Guru Besar )
8.15 pg 1.45 ptg - Pn. Ong Lee Fong ( PK Petang )

Ucapan guru bertemakan kemerdekaan


- Cik Tiyor Ai Yin ( pagi )
8.30 pg 2.00 ptg - Pn. Siti Mariani Bt Hj Osman
( petang )

8.40 pg 2.10 ptg Simbolik penyerahan bendera

8.45 pg 2.15 ptg Persembahan murid


Bersurai (murid masuk ke kelas masing-
8.50 pg 2.20 ptg
masing)

3.2 Pengisian Program

Banyak aktiviti dan acara yang dipertandingkan sepanjang sambutan


bulan kemerdekaan. Ia telah disusun dan dijalankan mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Segala aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Ini semua adalah hasil daripada kerjasama dan penglibatan
aktif daripada guru-guru dan murid-murid. Di antara aktiviti-aktiviti yang
dipertandingkan adalah seperti berikut :
Aliran Waktu Aktiviti Tindakan

22/8/2016 1) Mewarna bendera @ Pn. Swee Wei Nee


logo 1 Malaysia
Tahun 1
23/8/2016 2) Pakaian tradisional kaum Cik Lim Yee Wen
Malaysia

22/8/2016 1) Membina mini Jalur Pn. Debbie Loh


Gemilang

Tahun 2 23/8/2016 2) Melafazkan pantun 4 Pn. Tang Shiau Yin


kerat
24/8/2016 3) Pakaian tradisional kaum Pn. Mazlina
Malaysia

22/9/2016 1) Teka silangkata Pn. Mazita

23/9/2016 2) Melafazkan pantun 4 Pn. Mazlina


Tahun 3 kerat

24/9/2016 3) Pakaian tradisional kaum Pn. Tang Shiau Yin


Malaysia

22/9/2016 1) Membuat poster merdeka Pn. Nurul

23/9/2016 2) Mendeklamasikan sajak Pn. Hidayah


Tahun 4
24/9/2016 3) Nyanyian lagu patriotik En. Ong Ir win

22/9/2016 1) Melukis bunga Pn. Ng Su Yee


kebangsaan(bunga raya)

Tahun 5 23/9/2016 2) Mendeklamasikan sajak Pn. Soh Siew Khoon

24/9/2016 3) Nyanyian lagu patriotik En. Ong Ir Win

Tahun 6 22/8/2016
Hingga Folio Merdeka Pn. Thiew Hong Ling
21/9/2016 Pn. Lee Lai Yee
Prasekolah 22/8/2016 1) Nyanyian patriotik
23/8/2016 2) Tulisan cantik Pn. Gan Phik Hoon
24/8/2016 3) Pakaian tradisional

Pn. Tan Fui Bee (KK)


Tahap 2 25/8/2016 1) Jalur Gemilang (cap Pn. Ng Khoo Bee &
(Thn 4,5,6) tapak tangan) semua guru PSV

5/9/2016 PAGI
Terbuka (Isnin selepas 1) Kuiz Spontan Pn. Nurul
perhimpunan) Pn. Hidayah

PETANG
Pn. Siti Mariani
Pn. Mazita

3.3 Majlis Penutupan

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini telah


diadakan pada 23 September 2016 (Jumaat). Ia dijalankan secara serentak
untuk kedua-dua sesi di dalam Dewan SJK (C) Kong Min. Sejak jam 7.00
pagi, kelihatan murid-murid telah mula berkumpul di dalam dewan ini. Tepat
jam 8.00 pagi majlis penutupan dimulakan. Acara dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang, Sekolah dan Patriotik. Seterusnya
diikuti dengan bacaan ikrar oleh Pn. Hidayah.
En. Lim Lian Teck, selaku Guru Besar merangkap Pengerusi Sambutan
Bulan Kemerdekaan ke 59, Peringkat SJK (C) Kong Min, telah diberi
penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Dalam ucapannya,
beliau menyentuh tentang kepentingan kita mengingati jasa-jasa orang-orang
terdahulu bagi menuntut kemerdekaan. Kita sepatutnya bersyukur dapat
hidup bebas, aman, dan tenteram tanpa peperangan. Beliau mengingatkan
semua murid agar belajar bersungguh-sungguh, berjiwa kental serta sanggup
berkorban apa sahaja demi menjaga maruah negara agar tidak dijajah lagi.

Di antara aturcara majlis penutupan adalah seperti berikut :

7.20 8.00 : Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan


Guru mengambil kehadiran murid
8.00 8.15 : Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang, sekolah dan
patriotik
8.15 8.20 : Bacaan ikrar
8.20 8.30 : Ucapan Guru Besar (perasmian penutup Bulan
Kemerdekaan)
8.30 8.40 : Penyampaian hadiah untuk Pra sekolah
8.40 8.50 : Penyampaian hadiah untuk Tahun 4, 5 dan 6.
8.50 9.15 : Nyanyian lagu-lagu patriotik
9.15 9.20 : Laungan merdeka
9.20 : Bersurai

4. Penilaian

Pada keseluruhannya Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 59 Peringkat


SJK (C) Kong Min telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Semua
pihak termasuk Guru Besar, guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SJK (C)
Kong Min sangat berpuas hati dengan sambutan tersebut. Tiada sebarang masalah
besar yang timbul sepanjang sambutan bulan kemerdekaan tersebut. Setiap acara
yang dipertandingkan telah dapat diadili seadil-adilnya oleh hakim-hakim yang telah
dilantik. Semua keputusan hakim adalah muktamad.
5. Kesimpulan

Langkah pihak sekolah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan


Ke-59 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi
kemerdekaan di samping mendedahkan para pelajar tentang bagaimana sepatutnya
kemerdekaan negara kita diraikan.

Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh kita selama 59 tahun bukanlah datang
secara percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang terdahulu
dan atas titik tolak perundingan yang telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, untuk
membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama lebih 4 abad
menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini.

Semoga segala aktiviti dan acara yang dijalankan diharapkan dapat


menyemarakkan lagi rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara yang tercinta.
Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini.

Sekian terima kasih.

You might also like