You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

SAMBUTAN
KEMERDEKAAN
PERINGKAT SK PIASAU
2019

19 – 30 OGOS 2019
SK PIASAU KOTA BELUD
1.0 PENDAHULUAN
Unit Pentadbiran dengan kerjasama Panitia Sejarah akan mengadakan aktiviti
bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Piasau bagi tahun 2019.
Justeru, pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari
Kemerdekaan Ke-62 bertemakan Sayangi Malaysiaku. Sambutan Kemerdekaan ini
melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6
serta Pra Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan
manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat
patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Piasau.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Piasau serta meningkatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai
pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan dalam
peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SKP Piasau
secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang
mampu mengharumkan nama baik SK Piasau di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat patriotik.


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran, Panitia Sejarah dan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah


5.0 TARIKH

1. Sambutan : 19 Ogos 2019 – 30 Ogos 2019

2. Perasmian : 19 Ogos 2019

3. Kempuncak/Penutup: 30 Ogos 2019

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Piasau.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru.

8.0 JADUAL PELAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Sasaran Cadangan Tarikh Tindakan


1. Pertandingan Mewarna Tahap Tahap 1 dan Pra 22 Ogos 2019 (Selasa) Panitia DSV
1 dan Pra Sekolah Sekolah Pn Jakiyah Abd Raup
2. Pertandingan Buku Skrap Semua murid tahap 2 22 Ogos – 29 Ogos Pn Zahariah
Tahap 2 2019

3. Pertandingan Melukis Poster Semua murid Tahap 2 20 Ogos 2019 Pn Valerie Damin
Tahap 2
4. Pertandingan Basikal Berhias Terbuka kepada 30 Ogos 2019 En Sandang Gunsalam
semua murid
5. Pembinaan Power Point PDP Terbuka Kepada 27 Ogos 2019 Pentadbir
Kemerdekaan Semua guru.
6. Pertandingan Nyanyian Lagu Semua Kelas Tahap 2 28 Ogos 2019 Pn Suzana Harun
Patriotik
7. Pertandingan Pakaian Paling Terbuka kepada 30 Ogos 2019 Pn Ardiatiwarni
Patriotik semua murid Abdullah Nawawi
8 Pertandingan Model Pakaian Terbuka kepada 30 Ogos 2019 Pn Darvina Ubud
Tradisional semua murid

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanjaan
1. Hadiah

a)Pertandingan mewarna Pertama RM 5 × 3 RM 30.00


Kedua
Tahap 1 Ketiga RM 3 × 3
RM 2 × 3
Pertama
b) Pertandingan melukis Kedua RM 5 x 3
poster Tahap 2 Ketiga RM 3 x 3 RM 30.00
RM 2 x 3

Pertama
c)Pertandingan Buku Skrap RM 5 x 3 RM 30.00
Kedua
Tahap II RM 3 x 3
Ketiga
RM 2 x 3

d) Pertandingan Fesyen RM 10 × 4 RM 40.00


Merdeka (Tahap 1 dan 2)
Kategori Lelaki dan
perempuan

Pertama RM 10 x 1 RM 22.00
e)Pertandingan Basikal Kedua RM 7 x 1
Berhias Ketiga RM 5 x 1

Pertama Rm 30.00
f)Pertandingan Koir Tahap 2 Kedua RM 10 x 3
Ketiga

RM 20.00
g) Pertandingan Pakaian RM 10 x 2
Tradisional (L & P)

Pertama
Kedua RM 60
h) Pertandingan Pembinaan 1 x 30
Power Point PDP ketiga 1 x 20
Kemerdekaan 1x 10

Peralatan pentas
RM 50.00
Jumlah (RM) 312

Perbelanjaan Makan dan Minum


Bil Perkara Kos Jumlah

1 Makan dan Minum murid 338 x RM 3 RM 1014

a) Jumlah Perbelanjaan = RM 432.00 + RM 1014.00

= RM 1446

b) Sumber :

- SUA

- PCG Panitia Sejarah

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN


KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019
Sila rujuk Lampiran 1

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


7.30 pagi - Perarakan Kemerdekaan
- Pertandingan dijalankan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’,
- Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku
- dan lagu ’31 Ogos”
- Lafaz ‘Rukun Negara’
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60.
- Penyampaian hadiah
- Nyanyian lagu patriotik
- Penutup dan jamuan makan

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Piasau ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Piasau dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

_________________

(ZAHARIAH MASTAR)

Setiausaha Panitia Sejarah

Sekolah Kebangsaan Piasau

Disemak oleh,
...............................................
(PN MARIATI ELMIN)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Piasau

Diluluskan oleh,
.................................................
(EN RUSDI SUIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Piasau.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG
EN RUSDI SUIN
GURU BESAR SK PIASAU

PENGERUSI
PN MARIATI ELMIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

TIMBALAN PENGERUSI 1
PN JANIATI NAIN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

TIMBALAN PENGERUSI 2
PN TAILUN MALIASAN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PENYELARAS
PN JAITAH SULAIMAN
PN DARVINA UBU
PN JANIATI NAIN

SETIAUSAHA
CIK ZAHARIAH BINTI MASTAR

BENDAHARI
PN NORAMALASARI ABD MAJAD

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017

AJK HADIAH
PN SUZANA HARUN
NORASLYNDAH ASLI
ZAITUN SAPIN
JAKIYAH ABD RAUP
PN ANIMAH YUNUS
PN VALERIE DAMIN

AJK BACKDROP
PN MARIATI
SITI SHARIHAH HASAN
PN VALERIE DAMIN
PN ROSTINAH GOIH
PN NORFAIZAH AHMAD

AJK TEMPAT
SAMRIE LANTUKAN
OSMAN JOH
VINCENT ANTHONY
UST AHMAD FIRDAUS

AJK TEKNIKAL
RICKIE
PAUL TEE KIT HEN

JURUKAMERA
SITI NURHAFIZA TIM

JURU ACARA
PN HAIRI ASUL

AJK JAMUAN
PN NORMALASARI
PN SALMI
PN SARINAH

You might also like